Showing posts with label Berita Seks. Show all posts
Showing posts with label Berita Seks. Show all posts

17 September 2011

PESTA SEKS DAN DADAH PELAJAR IPT

ALOR GAJAH: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dari Selangor serta negeri ini antara 87 ditahan ketika menyertai parti liar membabitkan pengambilan dadah di sebuah banglo dua tingkat di sebuah resort di sini, yang disewa kononnya bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, malam kelmarin.

Difahamkan ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Cif Inspektor Mohd Hisham A Rahman menyerbu banglo terbabit kira-kira jam 2.30 pagi, ramai peserta pesta itu berhibur dalam keadaan khayal.

Menurut sumber, dalam serbuan itu, polis menahan 87 orang termasuk 17 perempuan dan sebahagian daripada mereka pelajar IPT awam dan swasta berusia 18 hingga 35 tahun.
Katanya, ketika serbuan, ada antara mereka berada di kawasan kolam renang dan ruang tamu, manakala sebahagian lagi dalam tiga bilik di tingkat atas dan lebih mengejutkan ada peserta tidur berpelukan tanpa menyedari kehadiran polis.

Penyertaan untuk pesta ‘private party’ itu dikatakan percuma, tetapi jemputan melalui laman sosial, facebook dan SMS daripada kenalan masing-masing. Malah, ada antara peserta tidak mengenali antara satu sama lain.

Harian Metro difahamkan, banglo itu turut dilengkapi sistem audio yang dikendalikan seorang DJ yang dipercayai kenalan kepada penganjur pesta berusia 30-an bagi menghiburkan pengunjung mulai jam 10 malam.
Menurut sumber itu, beberapa peserta yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal kerana banglo terbabit dikepung.

“Polis merampas dadah jenis syabu dan ganja dipercayai digunakan peserta,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke balai polis berdekatan untuk menjalani ujian air kencing dan hasilnya 15 suspek didapati positif dadah.

Seramai 19 suspek termasuk tujuh wanita ditahan kerana memiliki dadah manakala selebihnya dibebaskan tanpa syarat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman yang dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Difahamkan, turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang wanita yang sudah bertunang didapati memiliki dadah, manakala tunangnya dibebaskan tanpa syarat.

Kebanyakan pelajar yang menyertai parti berkenaan berasal dari Johor, Kuala Lumpur, Perlis serta Terengganu dan mereka terdiri daripada pelajar IPT, mekanik, penganggur dan jurujual.

Difahamkan, ketika siasatan awal, peserta parti itu cuba menyembunyikan identiti penganjur yang didakwa berada di Ipoh, Perak.

Malah, serbuan dianggotai empat pegawai dan 14 anggota JSJN IPK negeri itu dilakukan selepas mendapat maklumat risikan sejak awal Jun lalu dan penganjur didapati menggunakan facebook untuk menjemput peserta.

Tinjauan Harian Metro di banglo terbabit mendapati ia dipenuhi botol minuman keras selain penemuan kondom di luar pekarangan banglo itu.

SUMBER: HMETRO

24 April 2011

GEJALA SEKS REMAJA - DI RUMAH

Terlanjur di rumah
PETIKAN HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Ada ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik tidur.

Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap melakukan seks oral bersama pasangan.

Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.


Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.



KES 1 - ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.


KES 2 - RAHMAN, 15:

“SAYA mengenali seks sejak sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan suka memasuki laman web lucah.

Selepas memasuki sekolah menengah, pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih tua daripada saya jadi mat motor (rempit).

Tak usah cakaplah mengenai rakan perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.

Setiap malam, kami sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana dan tahu hubungan kami.

Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan baru.

Hujung minggu, saya dan Liana keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.

Ke mana saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.

Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).

Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.

Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.

Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).

Kami tidak pernah terlanjur lagi setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.

Di kalangan rakan, soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam telefon bimbit.

Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas kerana abangnya sentiasa ada.

Biasanya kami berkumpul jika ayah dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu Liana adalah jurujual.

Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.

Ibu tidak pernah persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.

Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong.

Daripada habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan. Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.

Saya tidak pernah bosan dengan rakan, lagi pula duduk di kawasan apartmen memang banyak kenalan.

Apa yang saya lakukan di luar, bak kata orang pandai makan, pandailah simpan.”

04 October 2009

Cerita Cium Isteri Orang

Sabtu, 2008 Mei 10

KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak dapat menahan nafsu lalu bertindak kurang sopan dengan mencium isteri orang, seorang jurujual terpaksa membayar harga yang mahal apabila diperas ugut suami wanita itu supaya membayar wang `tebus dosa' sebanyak RM3,600.

Mangsa yang berusia 30-an dipaksa membayar wang berkenaan selepas suami wanita itu naik angin dengan tindakan mangsa menyentuh isterinya.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Yee. dikatakan menemui wanita terbabit yang juga bekas kekasihnya di rumah wanita berkenaan di Sentul, di sini.

Difahamkan, mangsa dan wanita terbabit sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta sebelum berpisah kira-kira enam tahun lalu.

Akibat gembira dan teruja sebaik bertemu semula dengan bekas kekasih lamanya itu, Yee didakwa mencium wanita itu dengan penuh perasaan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong, berkata mangsa langsung tidak mengetahui status bekas teman wanitanya itu yang sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan.

Menurutnya, bala mula menimpa tiga hari kemudian apabila seorang lelaki tiba-tiba menghubungi Yee dan menyatakan rasa marahnya kerana mendakwa mangsa mencium isterinya.

“Yee dikatakan ragu-ragu dengan kenyataan lelaki terbabit sambil bertanya sama ada suspek mempunyai bukti menunjukkan dia mencium wanita berkenaan.

Suspek kemudian memberitahu mempunyai rakaman kejadian itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, suspek melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan mangsa ‘mencabul' isterinya dengan menganggap perbuatan itu sebagai biadab dan boleh didakwa di mahkamah.

“Mangsa cuba mempertahannya diri dengan mendakwa tidak mengetahui status bekas teman wanitanya itu sambil memberitahu tindakannya turut mendapat tindak balas positif daripada wanita berkenaan,” katanya. - Sumber

Cerita Maksiat Di Bulan Ramadhan

Selasa, 2008 September 23

MELAKA: “Apa tahan-tahan orang pula. Apa salah kami,” rungut seorang wanita yang ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam operasi bersepadu cegah maksiat yang diadakan di Taman Melaka Raya, kelmarin.

Operasi bagi mencegah kemungkaran di bulan Ramadan itu disertai oleh Polis dan Bahagian Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan memeriksa empat premis pusat hiburan berkenaan.

Operasi selama empat jam bermula jam 12 tengah malam itu diketuai Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani.

Menurut Rahimin, ketika menahan sekumpulan wanita di sebuah pusat hiburan berkenaan, seorang daripadanya tiba-tiba mempertikaikan kuasa Jaim memeriksa dokumen pengenalan diri mereka.

Katanya, mereka mendakwa di hadapan premis berkenaan tidak mempunyai notis melarang wanita memasuki pusat hiburan.

“Memang tiada notis melarang mereka masuk, tetapi mereka ditahan untuk pemeriksaan kerana didapati berpakaian tidak sopan.

“Kita mempunyai kuasa untuk menahan mereka untuk siasatan lanjut dan ada peruntukkan undang-undang bagi kesalahan itu,” katanya kepada Metro Ahad.

Rahimin berkata, dalam operasi berkenaan seramai 10 wanita berusia 19 hingga 30 tahun ditahan kerana berpakaian kurang sopan, termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan kerana masih dibawah umur.

Katanya, semua wanita terbabit diberi saman hadir sebelum dibebaskan, manakala dua lagi wanita berusia 20 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.

“Mereka ditahan kerana didapati berpakaian seksi melampau dengan berskirt pendek serta berbaju menampakkan dada.

“Seorang daripadanya adalah seorang penuntut sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), manakala seorang lagi adalah penganggur.

“Kesemua yang ditahan serta diberi saman hadir itu boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara enam bulan mengikut Seksyen 71, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana berpakaian tidak sopan,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi itu Jaim mendapati pusat hiburan terbabit penuh dengan pengunjungnya walaupun pada Ramadan.

Katanya, ketika serbuan dibuat sebahagian besar mereka yang menyedari kehadiran kami bertempiaran lari.

“Kita juga dapati ada juga pusat hiburan yang masih beroperasi lebih masa dan menyebabkan ia masih menjadi tumpuan,” katanya. - Sumber

Cerita Perogol Bersiri Culik dan Rogol Lapan Gadis

Khamis, 2009 Januari 08

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh lima bulan, seorang ketua penjenayah yang juga perogol bersiri dikenali sebagai Jongos dikesan menculik dan merogol sekurang-kurangnya lapan wanita dan gadis sunti.

Lebih memeranjatkan apabila lelaki gila seks terbabit didapati sengaja menanam bebola besi ke dalam kemaluannya dipercayai untuk mendapatkan lebih keseronokan ketika memperkosa mangsa bersama beberapa rakan lain.

Lelaki itu tumpas selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur melakukan operasi khas memburu kumpulan itu yang turut mendalangi jenayah curi kereta mewah.

Suspek berusia 35 tahun yang mengepalai kumpulan lima penjenayah ‘Geng Jongos’ diberkas polis bersama rakannya berusia 30 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi, bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata suspek yang berasal dari Perak ditahan bersama rakannya di dua rumah berasingan sekitar Wangsa Maju di sini.

Menurutnya, hasil soal siasat, tiga lagi ahli Geng Jongos berusia 18 hingga 30 tahun diberkas di sekitar daerah Gombak, Selangor.

“Kelima-lima suspek yang diberkas dikesan aktif melakukan samun dan curi kenderaan sebelum menjadikan kegiatan merogol mangsa sebagai ‘hobi’ sampingan.

“Berdasarkan siasatan awal, kumpulan penjenayah itu kerap menggunakan taktik mengekori kenderaan mangsa di kalangan wanita yang baru keluar berurusan di bank,” katanya.

Menurutnya, mangsa biasanya disamun menggunakan parang sebaik keluar dari pintu kenderaan untuk membuka pagar rumah.

“Mereka akan mengugut mangsa menyerahkan kenderaan. Bagaimanapun, dalam beberapa kes, mangsa dilarikan bersama kenderaan sebelum diperkosa beramai-ramai.

“Hasil siasatan mendapati, suspek terus menjual kereta curi itu kepada broker kenderaan atau pembeli yang berminat mendapatkan kereta murah,” katanya.

Sabtu berkata, hasil penahanan lima suspek terbabit, polis memberkas 14 broker atau jurujual kereta curi yang dikesan menggunakan khidmat dua suspek lain yang berupaya mencetak cukai jalan palsu dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Siasatan mendapati, seorang pesara tentera adalah ‘kaki’ yang membekalkan cukai jalan palsu dengan menjualnya kepada orang ramai pada harga antara RM200 hingga RM300 sekeping. Suspek terbabit kini direman bagi membantu siasatan.

“Hasil penahanan semua suspek, polis menemui semula 13 kenderaan mewah yang dicuri kumpulan penjenayah itu membabitkan model Honda Civic, Toyota Camry, BMW, Mercedes Benz, Toyota Harrier dan Perodua Kembara,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah dan jurujual terbabit dikesan menjual kenderaan curi itu pada harga diskaun luar biasa sehingga mencecah potongan 90 peratus daripada harga asal.

“Kereta Toyota Camry yang berharga sekitar RM150,000 cuma dijual pada harga RM15,000 manakala Honda Civic model baru berharga RM115,00 dijual pada harga runtuh RM20,000.

“Hasil kejayaan terbaru ini, polis yakin menyelesaikan 14 kes samun dan curi kenderaan di Kuala Lumpur, 10 kes di Selangor, satu di Kedah dan satu di Johor. Selain itu, lapan kes rogol dikaitkan dengan suspek,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, semalam.

Sabtu menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya sekiranya ditawarkan kenderaan mewah yang dijual pada harga murah.

“Pembeli boleh dituduh mencuri kenderaan terbabit dan boleh dipenjara lima hingga enam tahun termasuk denda mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya. - Culik, rogol lapan gadis

Pesta Seks - Kuala Lumpur (Jln P.Ramlee) JAN

Isnin, 2009 Januari 05

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan ditahan kerana disyaki menjadi dalang menyewa sebuah bilik di tingkat 11 sebuah hotel di Jalan P. Ramlee di sini untuk menganjurkan pesta seks dan dadah semalam.

Turut ditahan ialah seorang rakan kepada pasangan suami isteri itu yang dipercayai turut mengeluarkan wang modal untuk menjayakan pesta tersebut.

Bagaimanapun, keseronokan pesta itu tidak berpanjangan apabila bilik hotel itu diserbu polis.

Polis turut menahan 23 orang yang menyertai pesta tersebut yang kesemuanya berusia 18 hingga 31 tahun.

Daripada 23 orang itu, turut ditahan seorang pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta dan seorang pelakon wanita muda yang merupakan deejay sebuah kelab malam di hotel itu.

Kedua-dua selebriti wanita berusia 25 tahun itu juga didapati positif dadah jenis ketamin dan syabu bersama sembilan lagi peserta pesta liar tersebut. - Dua selebriti berpesta seks

Pasangan Khalwat Terlepas Kerana Rasuah

Rabu, 2007 November 07

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini, semalam membenarkan rayuan seorang Pembantu Hal Ehwal Jabatan Agama Islam Balik Pulau yang disabitkan kesalahan menerima rasuah bagi melepaskan pasangan yang ditahan kerana khalwat pada 2004.

Hakim Datuk Rahim Uda juga mengarahkan hukuman terhadap Ahmadi Yahya, 34, yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Mac lalu iaitu denda RM10,000 dan penalti RM1,000 serta wang jaminan RM8,000 dipulangkan.

Rahim membuat keputusan itu dalam permohonan rayuan Ahmadi yang sebelum ini didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM1,000.

Dalam penghakimannya, Rahim berkata, Hakim Mahkamah Sesyen gagal mempertimbang percakapan beramaran yang dibuat sejurus selepas Ahmadi ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 2004, sebelum membuat keputusan.

"Ia bukan perkara teknikal tapi elemen penting iaitu percakapan beramaran langsung tidak dipertimbangkan. Ia menjadi satu ketidakadilan kepada Ahmadi," katanya.

Ahmadi ditahan BPR pada 8 Februari 2005 kerana dituduh menerima rasuah daripada Mohd Fairuz Ismail dan Fauziah Ismail bagi mengelakkan mereka didakwa atas kesalahan khalwat.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima rasuah RM1,000 daripada pasangan itu kira-kira jam 3.30 petang di Jabatan Agama Islam Balik Pulau, pada 2004.

Mahkamah Sesyen kemudian mengenakan denda sebanyak RM10,000 dan penalti RM1,000 serta penjara selama 14 hari, tetapi hukuman penjara ditangguh bagi membolehkan rayuan dibuat.

Di luar kamar, peguam bela Ahmadi, RSN Rayer, berkata pihaknya akan menemui pentadbiran Jabatan Agama Islam Balik Pulau bagi mengembalikan jawatan dan gaji tertunggak sejak Ahmadi digantung kerja pada 2004.

Katanya, Ahmadi juga sedang menimbang kemungkinan memfail saman malu terhadap Mohd Fairuz dan Fauziah kerana menyebabkan kehidupannya terjejas berikutan dakwaan mereka.

Timbalan Pendakwa Raya BPR, Farah Azlina Latif, pula berkata, beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Terdahulu, Rayer dalam penghujahannya, berkata dakwaan rasuah itu fitnah bagi membolehkan pasangan terbabit melepaskan diri daripada tindakan mahkamah.

"Kakitangan dan pegawai penjawat awam mudah ditohmah ketika menjalankan tanggungjawab masing-masing. Mahkamah perlu lebih berhati-hati dalam menangani kes sebegini," katanya. - Sumber

Rasuah Seks

Rabu, 2007 November 07

KUALA LUMPUR: Seorang Pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan cuba memperoleh rasuah dengan mendapatkan habuan seks daripada seorang wanita berusia 40-an, pada 8 Mei lalu.

Tertuduh, Amiruddin Hassan, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zamri Ibrahim dan meminta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, Amiruddin dari Kampung Sungai Udang, Klang, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya habuan seks daripada seorang pekerja salun berusia 43 tahun.

Tindakan itu sebagai dorongan bagi melakukan perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipalnya untuk menyelesaikan kes terhadap mangsa kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10 (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9, Tahun 1995 (menyebabkan agama Islam dipandang hina).

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik bernombor di sebuah hotel di Jalan Tambi Pillay Off Jalan Tun Sambathan, Brickfields di sini, pada jam 9.15 malam 8 Mei lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah (BPR), Nik Azrin Zairin Nik Abdullah.

Terdahulu pihak pendakwaan mencadangkan tertuduh dibenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi mengelak tertuduh mengganggu saksi, selain seorang penguat kuasa Jais yang ditangkap pihak berkuasa.

Zamri membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 Disember depan. - Sumber

Kelasi Tayang Kemaluan

Sabtu, 2008 Mei 10

KUANTAN: Seorang kelasi sebuah bot pengangkut pelbagai barangan keperluan ke Pulau Tioman yang dikatakan gagal mengawal nafsu bertindak liar dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita warga asing di Pulau Tioman, kelmarin.

Lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari Jitra, Kedah, terbabit dikatakan melihat wanita berusia 42 tahun itu sedang berehat di hadapan chalet kira-kira jam 7 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner T Narenasegaran, berkata selepas lelaki terbabit melihat wanita warga Belanda itu, dia kemudiannya berasa ghairah, membuka pakaiannya dan menunjukkan kemaluan.

“Kerana ketakutan melihat gelagat lelaki terbabit, mangsa terus bertindak menghubungi pihak keselamatan dan lelaki itu kemudiannya ditahan pihak keselamatan chalet berkenaan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) negeri di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, suspek dibebaskan pihak keselamatan itu selepas maklumat peribadi lelaki terbabit diambil.

“Bagaimanapun, mangsa turut membuat laporan polis dan polis kini sedang mengesan lelaki terbabit yang identitinya sudah dikenal pasti bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya. - Sumber

Ugut - Kuala Lumpur | JUN

Jumaat, 2008 Jun 06

KUALA LUMPUR: Berhati-hati jika didatangi gadis menawarkan khidmat seks percuma. Dia mungkin diupah kumpulan lelaki untuk mengugut mangsa kemaruk seks.

Gadis terbabit dihantar sebagai umpan menggoda lelaki yang kemudian dibawa ke lokasi tertentu untuk melakukan ‘projek’ sebelum diekori rakan lelakinya.

Sejurus menjejakkan kaki di hotel atau rumah bersama gadis terbabit, beberapa lelaki akan menyerbu dan menggertak mangsa dengan mendakwa gadis itu adik atau saudara mereka.

Mereka akan menuduh mangsa cuba melarikan gadis terbabit serta meminta sejumlah wang kononnya untuk menyelesaikan kes tanpa membabitkan polis.

Jika enggan menjelaskan bayaran itu, mereka mengugut akan menghubungi jabatan agama kononnya mangsa membuat maksiat.

Gentar dengan ugutan itu yang boleh menimbulkan malu memaksa mangsa menyerahkan wang dan barang berharga kepada kumpulan lelaki terbabit.

Dalam kes terbaru, seorang lelaki menjadi mangsa kumpulan terbabit apabila dia diugut memberi wang selepas membawa pulang seorang gadis yang ditemuinya di sebuah pasar raya di ibu kota.

Menceritakan pengalaman pahitnya, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azam, 22, berkata dia ketika itu sedang menunggu rakan berhampiran sebuah pasar raya sebelum didatangi seorang gadis tidak dikenali.

Gadis terbabit menyapanya serta memperkenalkan diri sebagai Wati dan memberitahu dia turut menunggu rakan. Mereka berdua berborak kira-kira setengah jam.

“Tidak lama kemudian, telefon bimbit gadis itu berbunyi dan dia memberitahu rakannya tidak dapat bertemu sebelum mengajak saya minum di restoran berhampiran.

“Tanpa perasaan curiga, saya mengekorinya dan kami sama-sama berbual di restoran terbabit,” katanya.

Gadis terbabit kemudian meminta dia menemaninya bersiar-siar kerana rakannya tidak dapat bertemunya pada hari itu.

“Saya menghubungi rakan dan membatalkan temu janji pada hari itu semata-mata mahu menemani Wati yang kononnya keseorangan,” katanya.

Ketika bersiar-siar, gadis itu memberitahu Azam, dia tidak kisah dibawa ke mana saja asalkan dapat menghilangkan kesunyian.

Malah, dia tanpa segan silu memberitahu sedia membuat hubungan seks asalkan ada tempat sesuai.

Azam yang tertarik dengan tawaran gadis itu membawanya pulang ke rumah sewa.

Namun, sebaik menjejakkan kaki ke rumah, dia terkejut apabila pintu rumahnya diketuk kuat sebelum mendapati tiga lelaki dengan muka bengis menyuruhnya membuka pintu.

Sebaik masuk ke dalam rumah, mangsa disoal bertalu-talu kumpulan lelaki berkenaan kononnya mendakwa dia melarikan adik mereka yang dicari selama ini.

Kata Azam, ketika itu, dia langsung tidak diberi kesempatan menceritakan keadaan sebenar, malah gadis terbabit hanya mendiamkan diri.

Saya memang tidak tahu mereka merancang merompak saya. Berikutan itu, saya kerugian hampir RM2,000 apabila mereka mengambil wang dan telefon bimbit selepas mengugut melaporkan kepada polis dan jabatan agama,” katanya.

Mangsa enggan membuat laporan polis kerana malu walaupun menyedari diperangkap kumpulan terbabit.

“Saya menasihati orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu wanita yang baru dikenali,” katanya. - Sumber