Showing posts with label Malam Pertama. Show all posts
Showing posts with label Malam Pertama. Show all posts

13 August 2012

MY FIRST TIME: MALAM PERTAMA KAHWIN

MY FIRST TIME: MALAM PERTAMA KAHWIN
Perkahwinan Menurut Islam

Sumber iluvislam.com
Firman Allah yang bermaksud."Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum, ayat 21).

Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.
Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.

Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)

Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya.

Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam sebenarnya tidak menggalakkan umatnya mengambil sikap berkecuali dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya.

Sabda Baginda SAW bermaksud: "Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: "Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak." (Riwayat Ahmad)

Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar.

Apakah yang dikatakan perkahwinan itu? Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy meletakkan definisi perkahwinan atau al-nikah sebagai 'satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.'

Menerusi definisi ini, beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:

# Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

# Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.

# Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.

# Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.

# Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.

# Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.
You might also like:

MY FIRST TIME: PENGALAMAN MALAM PERTAMA

MY FIRST TIME: PENGALAMAN MALAM PERTAMA

Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. "Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya.

Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. "Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang." Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

"Abang nak ke mana tu?" Soalku. "Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi." Jawabnya.
"Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan.
"Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. "Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya."

my first time

Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah.
Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

my first time info

"Bila Ana turun?", soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja, "Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang."
"Maafkan abang sayang", Dia menghampiriku. "Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.
Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.

"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita", Rungkutku tersipu-sipu.
Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. "Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang." Jawabnya tersenyum.
"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi." "Betul ni?" Soal suamiku cepat-cepat. "Ish..Gatal la abang ni!", Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.
Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu.
Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu, masih ada sedikit rasa takut di hatiku.
Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.
"Apa yang Ana menungkan ni?" Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.
"Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk.
Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. "Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.
"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu.

Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
"Sayang…" Seru suamiku sambil merangkul tubuhku, "Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu.
Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. "Ana ikut aje ke mana abang nak bawa." "Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.
"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.

"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda. "Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
"Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?" "Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa.
Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. "Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."
"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup."
Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. "Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil. "Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya.
Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.
Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan.

Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku.
Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali.
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup.
Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri.
Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja.

Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
"Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu?
Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku.

Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.
"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."
"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan."
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami.
Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari.
Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?

Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.
"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan.
Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. "Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?"
Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.
Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.

"Habis tu apa yang sayang menungkan ni?", "Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.
"Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.
"Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.."
Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku.
Terkebil-kebil mataku memandangnya.

"Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang!
"Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. "Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit."
Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air.
Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang.
Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.
"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.
Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
"Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. "Pasal peminangan tu." Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu.
Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.
"Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya.

Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.
Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu.
Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini?
Hanya emak yang tahu hakikatnya.
"Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis.

Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.
"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.
"Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku.
Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

"Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu.
"Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.
Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air.
Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka.

Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. "Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
"Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.
"Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar.
Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah.
Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa.
Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.
"Bang…."Seruku. "Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. "Malam ni abang nak…..nak….."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu.
Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum. "Ah..abang ni…"Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya.
Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.
"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku. "Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.

Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya.
Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.
Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang.
Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya.

Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku.
Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya.
Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku.
Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.
Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.
Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.
Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu.
Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya.
Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya.

Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu.
Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu.
Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti.
Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini.
Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.
Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. "Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya.
Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.
"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.
"Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat.
Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.

Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. "Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya. " Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.."
"Zul sakit ke?" Tanya ayah. "Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya. "Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak. "Nanti Ana ambilkan ubat."
Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku.
Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk.

Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. "Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk. "Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang." " Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah."
"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan."
"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.", Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.
"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.
"Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea" "Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan. "Abang tidurlah."

Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya.
Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika.
Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku.
Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.
Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi.
Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang.
Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu.
Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya.
Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya.
Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk.

Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap!
Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami.
Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu.
Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.
"Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.
Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil.
Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini.

Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.
"Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku."
SUMBER ILUVISLAM.COM

11 October 2011

Dara Malam pertama tak semestinya berdarah

Apakah wanita berkahwin yang tidak keluar darah pada malam pertama bersama suami dikatakan tiada dara? Saya dapati ramai lelaki yang salah anggap jika isteri tidak keluar darah ketika bersama pada malam pertama, dia menganggap isterinya tiada dara lagi. Sebelum ini, saya pernah membaca artikel daripada pakar yang mengatakan jika tiada darah keluar sewaktu bersama pada malam pertama, bermakna isteri sudah bersedia untuk menerima hubungan seks daripada suaminya. Apabila isteri tidak menerima dalam keadaan tenang (dalam keadaan malu-malu atau tidak bersedia), darah akan keluar. Adakah pendapat itu benar? 

TIDAK semestinya. Selaput dara seseorang individu berbeza-beza daripada segi bentuk, ketebalan, bekalan darah dan seumpamanya. Ada yang mempunyai selaput dara yang tebal, ada pula yang nipis seperti sehelai kertas. Ada yang melebar melingkari sekeliling bukaan faraj (bentuk cecincin), mempunyai sambungan di tengahnya (septate), menutupi keseluruhan bukaan faraj lubang halus menembusinya (fenestrasi), malah ada yang menutup terus (imperforate). Ada selaput dara yang mempunyai banyak saluran darah, ada pula yang seolah-olah tiada langsung saluran darah. Ada yang bersifat sangat elastik sehingga boleh membenarkan kemasukan seperti jari menembusinya tanpa koyakan. Nama selaput dara juga mungkin mengelirukan kerana bagi kebanyakan perempuan, ia tidaklah menyelaputi keseluruhan bukaan faraj, tetapi hanya seperti cecincin nipis yang mengelilingi tepian faraj terbabit. Lubang di tengahnya membolehkan aliran darah haid atau lelehan faraj keluar. Pecah selaput dara bukanlah bermakna ia mengalami trauma teruk sehingga perlu ada pendarahan. Kadangkala selaput dara hanya terbelah sedikit saja kerana ia bersifat elastik. Hanya apabila koyakan selaput dara mengenai saluran darah saja, barulah terdapat sedikit pendarahan. Hubungan seks eloklah dilakukan dalam keadaan si isteri sudah bersedia agar ia dapat dinikmati bersama. Namun, ini tidak bermakna jika isteri tidak bersedia, pendarahan akan berlaku. Jika benar, sudah tentu ia dialami ibu lain yang didatangi suaminya dalam keadaan yang belum atau tidak bersedia. Kadangkala, pendarahan boleh disebabkan luka pada sempadan di antara bibir kemaluan dengan bukaan faraj bahagian belakang (dinamakan fourchette posterior), ia boleh mengalami luka laserasi dan menyebabkan kesakitan pada setiap kali penetrasi hubungan seks.

13 July 2011

Kisah Malam Pertama Perkahwinan

Kisah Malam Pertama Perkahwinan

Rahmat baru sahaja berkahwin dengan Era..
Pada malam pertama selepas majlis pernikahan, mereka berehat di dalam bilik kerana keletihan membantu mengemas dapur, membersihkan periuk, kuali dan segala macam benda lagi..
Sambil berehat di dalam bilik, mereka makan burger yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera..

Emak Rahmat yang sememangnye suka menjaga tepi kain orang termasuk anak-anaknya sendiri memasang telinga dari pintu bilik untuk mendengar perbualan antara anak dan menantu barunya…

Era : bang, dah dipicit-picit ni…tapi tak keluar-keluar pun…
Rahmat : lambat sikit la tu nak keluar..lubangnya kecil sangat..sabarlah sayang..
Era : ala…lambatnye..tak sabarlah bang..saya potong sajalah hujungnya..bagi besar sikit lubang ni…boleh ke bang..

Secara tiba-tba… mak Rahmat meluru masuk ke bilik anaknya dan terus berteriak..

Mak : jangan!!!!!!! jangan gunting anu anak aku!!!!!!!!!!!!

Rahmat & Era : @#$%%^**.. Kenapa ni mak.. nak potong sos cili paket ni tak boleh ke??


Kisah Malam Pertama Perkahwinan

Suasana masih riuh di luar.
Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran.
Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.”Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?” sapa Pak Ucu.”Orang muda bang Aji, biarlah.

Air dah penuh kat kepala tu.” sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain.

Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.”Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu.” Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu.
Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi.
Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.Jari jemariku lembut membelai rambutnya.

Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan “Assalammualaikum!” ke telinganya untuk Menguji isteriku.”Wa alaikummussalam.” Rupanya isteriku masih belum tidur.

Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus.
Semerbak harumnya menusuk deria bauku.
Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya.
Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…

“Kringggggg….”
“Tik..tik..tik..tik…”
“Kring.. kring..kring..”
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku.
Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.
Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu.
Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi.
Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng.
Juga sekeping kad berbunyi…
Selamat Pengantin Baru,Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.
Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!TAMATLesson learn nye kat sini …… buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee

Kisah Malam Pertama Perkahwinan

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri.

Satu hari mereka berpakat untuk kahwinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pergi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah.

Ceritakan macam mana honeymoon korang.
Tak payah tulis panjang-panjang, pakai kod iklan aja dah cukup.
Ringkas, padat dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’. Tercari-carilah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua-duanya membaca iklan yang bertulis “Besar, teguh dan peramah”..
Bahagialah Si Siti rupanya.

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis “Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir”

Bahagialah Si Seri rupanya…

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC’. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’…
Bahagialah Si Murni rupanya…

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu… tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA “.

Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu…??

“7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON- STOP!!”

Kisah Empat –Malam Pertama Perkahwinan

Sepasang pengantin baru sedang bersiap menikmati malam pertama mereka.
Pengantin perempuan berkata, “Bang, saya masih anak dara dan tidak tahu apa-apa tentang seks.

"Boleh abang menerangkannya lebih dulu sebelum kita melakukannya?”
“Seks itu senang je., kita ni macam penjara, yang engkau punya tu selnya dan yang abang punya penjahatnya.
Di penjara, penjahat harus dimasukkan ke dalam sel,” terang pengantin lelaki.
Lalu mereka pun mulai bercumbu mengarungi lautan asmara .
Ketika sudah selesai dan si pengantin lelaki sedang berbaring akan memejamkan mata, si pengantin perempuan berkata, “Bang, penjahatnya terlepas.”

Pengantin lelaki pun mulai lagi memasukkan ‘penjahatnya’.
Rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertama ini ia rasakan.

Setiap kali selesai, ia selalu mengatakan bahwa penjahatnya lepas atau melarikan diri, keluar dari selnya.

Setelah banyak kali macam tu, si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata, “Yang, penjahat yang ini bukannya kena hukuman penjara seumur hidup.”


Kisah Lima Malam Pertama Perkahwinan

Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku isterinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintang-bintang.

Dengan jengkel suaminya berkata…
“Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?” Jawab sang isteri,
“Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi.”


Kisah Malam Pertama Perkahwinan

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama.
Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adoi.. Sakitnya bang…! Macam mana ni bang..?”

Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis sayang.. Nanti emak ayah dengar..
Mereka mungkin belum tidur lagi tu..”
Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang.
Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya:

“Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”
Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur.
Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya.
Tapi kali ini dia sudah hilang sabar.
Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni?

Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!”

Terkejut besarlah kedua pengantin tu.
Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, klinik gigi esok baru bukak..”

Kisah Tujuh Malam Pertama Pengantin

Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama
bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang
sahabatnya, Mohd. Jamil.

“Wah, gila juga! Ternyata memang benar,” ujar Amat. “Kebiasaan yang
sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin.”

“Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?” si Mohd. Jamil ingin
tahu.

“Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan
perempuan?.”

“Ha’ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas
berkahwin?”

“Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam.”

“Ye ke? Apa yang kau dah buat?”

“Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan
hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku.”

“Wah, gila kau??!” Mohd. Jamil terperanjat.

“Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana..” jawab

Amat dengan muka mencuka.

“Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?”

“Itulah masalahnya,” Amat menjawab. “Dalam keadaan separuh sedar dia
menjawab, ‘Terima Kasih Bang, datang lagi ya’…!”

14 November 2010

KISAH MALAM PERTAMA YANG BEST

Kisah Malam Pertama

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu," sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan di luar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Hadiah yang masih belum dibuka kususun ke tepi. Lampu kututup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

Kita tidur dululah ya. Ramai sangat orang kat luar tu. Isteriku hanya mengangguk tanda setuju. Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur. Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Kuselak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan:

"Assalammualaikum!" ke telinganya untuk menguji isteriku.

"Waalaikummussalam. "

Rupanya isteriku masih belum tidur. Kukucup pipi halusnya. Kukucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

Kringggggg.....

Tik.. tik.. tik.. tik...

Kring.. kring.. kring..

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku. Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi...
Selamat Pengantin Baru,
Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi.
Jangan maree.. kami potong stim. .
Dalam hatiku.. cilako punya kengkawan. Potong stim betullah.

HAHAHA
_________________________________
kisah malam pertama kisah malam romantis malam pertama malam pertama yang best malam pertama hangat malam pertama