Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

31 August 2012

Mimpi Basah Siang Bulan Ramadhan

Assalamu'alaikum Wr. Wb

Ustaz, saya pelajar,  saya bingung waktu puasa tahun lepas saya mimpi basah di waktu siang hari. Tapi saya waktu itu tetap meneruskan puasa. Soalan saya, apakah puasa saya batal dan saya wajib mengqadhakanya sebelum Ramadhan tahun ini tiba? Terima kasih.

Setiabudi, Kuala Lumpur

Wa'alaikumsalam Wr. Wb.

Setiabudi, Mimpi basah (mimpi yang menyebabkan keluar air mani) tidak termasuk yang membatalkan puasa dan tidak berdosa. Yang membatalkan puasa adalah mengeluarkan sperma dengan sengaja atau berhubungan suami isteri di siang hari di bulan Ramadhan. Kewajipan anda hanya mandi wajib dan dapat meneruskan puasa. Kerana tidak batal dan tidak perlu mengqadha atau menggantikan puasa tahun lalu.

Yang paling penting, jaga fikiran dari fikiran kotor atau berbau seks semasa berpuasa. Nabi saw mengingatkan, "Siapa yang tidak boleh meninggalkan perkataan kotor dan (tak boleh meninggalkan) perbuatan kotor maka Allah tidak punya kepentingan apa-apa walaupun orang itu meninggalkan makan dan minum (puasa), " (HR. Bukhari). Selebih dari itu, tentu inilah salah satu Maha Rahman dan Rahim Allah swt, di mana Dia mengangkat undang-undang di antaranya kerana tidur. Kerana semasa itu hilang kesedaran. Nabi saw pernah bersabda, "Tidak ada undang-undang (sekalipun dosa) terhadap tiga kategori: kanak-kanak kecil sampai dia menjadi baligh, orang tidur sampai dia terbangun, dan orang gila sampai dia sembuh." Wallahu'alam - Sumber : Smartnewz.info

14 August 2012

HUKUM BERZINA DI BULAN RAMADHAN

BERZINA DI BULAN RAMADHAN
Soalan; saya ada beberapa kemusykilan agama. Soalan di bawah ini daripada seorang sahabat saya, pening saya nak menjawabnya. Harap sangat ustaz dapat bantu saya mencari jawapan kepada sahabat saya ini.
1- Kalau berzina di bulan puasa, apakah hukumnya dan bagaimana cara hendak ganti puasa? adakah kena kifarat? kalau kena, bagaimana nak lakukannya? Adakah diqiaskan macam jimak di siang hari bulan Ramadhan?
2- kalau berzina 4 hari berturut-turut di bulan puasa, bagaimana nak ganti puasa itu?
3- Bagaimana pula kalau berzina di bulan Ramadhan, tetapi penzina itu memang tidak berpuasa. Adakah dia kena ganti sebab zina ke atau sebab tak puasa tu?

Jawapan;

1. Berzina hukumnya haram dan dosa besar bukan sahaja di bulan Ramadhan, tetapi juga di bulan-bulan lain. Cuma melakukan zina di bulan Ramadhan lebih dikeji kerana pelakunya tidak menghormati bulan Ramadhan. Orang yang berzina di siang hari di bulan Ramadhan, batal puasanya dan ia bukan sahaja wajib mengqadha puasa hari itu, tetapi juga diwajib Kaffarah atasnya. Kaffarah ialah denda yang dikenakan ke atas seorang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan dengan sengaja. Orang yang sengaja melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan di samping ia wajib menggantikan puasanya yang terbatal itu, ia dikenakan pula denda berat oleh Syara’ iaitu mengikut urutan di bawah;
a) Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita
b) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang)
c) Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk Malaysia, makanan asasinya ialah beras.

Menurut ulamak; termasuk dalam erti persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah; mensetubuhi faraj, dubur (iaitu meliwat), persetubuhan melalui zina atau syubhah atau dalam nikah yang fasid, sama ada mensetubuhi lelaki atau perempuan, manusia atau binatang. Persetubuhan-persetubuhan ini memberi kesan yang sama kepada puasa jika cukup syarat-syaratnya iaitu; (1) Wajib diganti puasa, dan (2) Wajib kaffarah atasnya.

2. Apabila berbilang hari berlaku persetubuhan maka berbilang jugalah kaffarah yang mesti ditunaikan. Contohnya, jika persetubuhan belaku pada empat hari, maka kaffarah yang mesti ditunaikan ialah empat juga.[1] Adapun jika persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, maka kaffarah yang dikira hanya sekali sahaja.

3. Jika seseorang itu membatalkan puasa dengan perkara lain selain persetubuhan (seperti dengan makan, minum atau sebagainya), kemudian setelah puasanya batal barulah ia bersetubuh dengan isterinya, menurut mazhab Syafi’ie; ia tidak dikenakan kaffarah kerana kafffarah diwajibkan ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan jima’ (persetubuhan). Dalam masalah ini, puasa itu batal dengan sebab makan atau minum, adapun persetubuhan ia berlaku setelah terbatalnya puasa.

13 August 2012

HUKUM HUBUNGAN SUAMI ISTERI DI BULAN PUASA

HUKUM HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI DI BULAN PUASA

Keluar air mani di bulan puasa
Adakah terbatal puasa setelah bangun dari tidur dan didapati telah keluar air mani akibat bermimpi?

Jawapan
Tidak batal puasa tersebut. Apabila keluar air mani kerana bermimpi adalah bukan perkara yang disengajakan.

Bersetubuh waktu siang Ramadhan

Pada 1984, saya dan suami pernah bersama pada waktu siang bulan Ramadan. Adakah kami dikenakan kafarah kerana ketika itu kami jahil mengenai agama. Bagaimanakah kiraan dan kepada siapakah perlu kafarah itu diberikan kerana tempat kami tiada fakir miskin?
Sekian Terima Kasih.

Jawapan.
Bersama atau bersetubuh ketika siang hari bulan Ramadan adalah dilarang. Suami isteri hanya boleh bersama setelah berbuka puasa. Walau jahil mengenai agama, kafarah tetap dikenakan setelah diketahui perkara ini berdosa. Kafarah bagi mereka yang melakukan persetubuhan ialah sama ada memerdekakan seorang hamba atau puasa dua bulan berturut-turut tanpa ada selang seli atau memberi makan kepada 60 fakir miskin. Walaupun sudah berlalu puluhan tahun, kafarah ini tidak berganda dan masih sama. Pasangan perlu mencari fakir miskin di daerah lain jika di tempatnya tiada fakir miskin. Sekarang ramai lagi fakir miskin yang boleh dibantu.

Bersetubuh/berjimak di bulan puasa
Pada bulan puasa yang lalu, saya dan isteri melakukan persetubuhan melepasi imsak.

Apakah hukumnya?
Bagaimana cara bagi saya untuk menggantikan puasa tersebut?

Jawapan

Hukum bersetubuh di dalam bulan puasa haram hukumnya dan di kenakan kaffarah (Kaffarah hanya dikenakan kepada lelaki sahaja) seperti berikut:-
  • Memerdeka seorang hamba(sudah tiada)
  • Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah,
  • Menberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi.
  • Wajib qadha puasa yang terbatal kerana bersetubuh tersebut.

Hukuman/denda dikenakan kepada yang melakukan persetubuhan (sah) di bulan Ramadhan

Berhubung dengan persoalan yang telah saya kemukakan sebelum ini, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukuman atau denda yang dikenakan oleh Islam kepada orang yang melakukan hubungan intim (yang sah) semasa dalam puasa di bulan Ramadhan.

1) Apakah hukuman yang dikenakan kepada lelaki dan juga perempuan yang melakukan hubungan tersebut?

2) Macam mana hendak melakukan hukuman tersebut, contohnya yang melibatkan puasa 2 bulan.. macam mana niat untuk puasa tersebut?

3) Bolehkan wang digunakan sebagai ganti untuk secupak makanan asasi dan wang tersebut diberikan kepada pihak tertentu contohnya pihak masjid, majlis-majlis agama untuk mereka serahkan kepada fakir miskin atau senasib?

4) Adakah ada hukuman tambahan andai tidak sempat ‘membayar’ hukuman tersebut dalam tahun pertama membuat kesalahan, maksudnya telah sampai ramadhan yang kedua dan seterusnya (puasa yang ditinggalkan telah diganti cuma denda sahaja yang belum dilaksanakan)?

Jawapan :
Persetubuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam keadaan berpuasa adalah dikenakan kaffarah iaitu :
- Memerdekakan seorang hamba jika mampu dan ada.
- Berpuasa 2 bulan berturut-turut
- Mengeluarkan 60 cupak beras jika tidak mampu berpuasa.

2. Niat puasa kaffarah hendaklah dilakukan pada malam hari kerana ia termasuk dalam puasa yang wajib.
Niatnya ialah :
" Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah".

3. Boleh diberikan kepada pihak masjid atau umpamanya jika saudara yakin kaffarah tersebut boleh disampaikan ke dada fakir miskin. Untuk lebih mudah bayar kepada Lembaga Zakat.

4. Seelok-eloknya hendak bayar kaffarah tersebut dengan segera dan diqada’ sehari puasanya secepat mungkin seelum sampai tahun yang berikutnya. Jika melangkau ke tahun yang berikutnya maka dia wajib mengqada’ sehari puasanya dan membayar secupak beras fidyah dan 60 cupak beras kaffarah.

Makruh lambatkan mandi wajib
Bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib selepas bersama dengan suami pada malam hari pada bulan Ramadan?

Jawapan.
Waktu yang paling sesuai untuk mandi wajib ialah sebelum terbit fajar, iaitu sebelum masuk waktu subuh. Waktu subuh tempohnya pendek dan solat yang afdal ialah solat yang dilakukan pada awal waktu. Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makruh. Ini kerana apabila seseorang itu berada dalam hadas besar maka banyak perkara yang tidak boleh dilakukannya seperti membaca Al-Quran, solat dan sebagainya.

Justeru, adalah dituntut seseorang yang berhadas besar agar segera menyucikan dirinya dengan mandi wajib. Secara fitrah, naluri insan seseorang itu tidak suka dirinya berada dalam kekotoran. Orang berhadas besar tidak berapa selesa berbanding dengan waktu dia bersih daripada hadas besar.

Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan Ramadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada malam hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga keluar air mani.

Pandangan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan melihat kepada apa yang diberitakan oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Aisyah dan Ummu Salamah yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah dalam keadaan junub ketika masuk waktu fajar kemudian baginda mandi (mandi selepas masuk waktu solat subuh). (al-Lu’lu’ wa al-Marjan, jld, 2, hlm, 11, al-Bukhari dan Muslim)

26 September 2008

Tujuh ibadah terbaik diamalkan akhir 10 Ramadan

Tujuh ibadah terbaik diamalkan akhir 10 Ramadan

Bersama Jakim

Apakah amalan terbaik dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan.

Abdul Rahim Bakri
Muar, Johor

-----------------------------

Antara amalan terbaik dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan ialah:

# Melakukan solat sunat Rawatib, Tarawih dan sunat lain.

# Memperbanyakkan berdoa seperti "Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka ampunkan aku".

# Membaca, mempelajari dan mengkaji al-Quran kerana hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim menyatakan: "Jibril menemui Nabi Muhammad SAW pada setiap malam Ramadan dan bertadarus al-Quran"

# Berzikir menyebut nama Allah, firman Allah SWT, "Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras pada waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau sampai dikira orang yang lalai."(Al- A'raf :205).

# Memperbanyakkan sedekah kepada kaum kerabat dan fakir miskin. Hadis riwayat Bukhari Muslim menyatakan Nabi Muhammad SAW paling pemurah membuat kebajikan lebih-lebih lagi pada Ramadan ketika Baginda SAW dikunjungi Malaikat Jibril.

# Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan kerana ini cara terbaik untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang, sebaliknya memberi rangsangan untuk melakukan perkara yang disuruh. Diharap dengan beriktikaf akan ditemui lailatul qadar kerana ia berlaku pada 10 malam terakhir. Disebut dalam kitab Fath al-Qadir daripada Aishah r.a. berkata "Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadan, Nabi banyak berjaga kerana ibadah, Baginda membangunkan keluarganya mengasingkan diri daripada isterinya."

# Qiamullail iaitu bangun beribadat pada malam hari. Kelebihannya seperti difirman Allah Taala bermaksud "Dan bangun pada sebahagian daripada malam serta kerjakan "sembahyang Tahajud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji." (al- Isra': 79)

26 August 2008

Doa Malaikat Jibrail Menjelang Ramadhan?

Dikatakan apabila menjelang Ramadhan, Malaikat Jibrail akan berdoa seperti berikut:

"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya."

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.

Dapat kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Betulkah maklumat ini? Masih belum dapat ditentukan kesahihannya. Harap dapat maklum balas daripada sesiapa yang arif.

Semoga penerangan lanjutan yang dapat diberikan akan mengelakkan kita daripada kesesatan.

Berikut adalah maklum balas daripada seorang pengunjung:


Doa Malaikat Jibrail Menjelang Ramadhan
Hadis yang disebarkan berbunyi bergini:

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


*****Hadis ini telah dipalsukan buktinya diterangkan dibawah:

RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين

Maksud hadis:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadis Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....


Dalil Pertama

Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka.

Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam).

Dalil Kedua

Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadith tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta.

Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu ‘anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.

UCAPAN: Selamat Menyambut Ramadhan

UCAPAN DAN PANTUN
MARHABAN YAA RAMADHAN

Assalaamualaikum w.b.t,

Marhaban ya Ramadhan,

Bulan di mana nafas kita menjadi tasbih,
tidur kita menjadi ibadah,
amal kita diterima dan doa kita diijabah,

Pantun Bulan Puasa
Sungguh cantik kain pelekat,
dipakai orang pergi ke pekan;
Puasa Ramadhan semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan.

Pantun Ramadhan
Berharap padi dalam lesung,
yang ada cuma rumpun jerami;
harapan hati bertatap langsung,
cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya syurga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup,
Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan batin.

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allahumma bariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan,

Amin.