Showing posts with label Salah Laku. Show all posts
Showing posts with label Salah Laku. Show all posts

29 January 2012

Budak Darjah 6 Bawa Motor Kena Saman

Murid Tahun Enam antara 30 disaman
Disediakan oleh Berita Harian

KULAIJAYA: Tindakan dua murid Tahun Enam menunggang motosikal sejauh 40 kilometer, dari Pontian ke Pekan Kelapa Sawit, di sini kononnya untuk membeli alat ganti, menerima padah apabila masing-masing disaman, manakala kenderaan mereka disita polis trafik, pagi semalam.

Dua kanak-kanak terbabit adalah antara 30 penunggang motosikal yang disaman manakala kenderaan mereka disita dalam operasi Polis Trafik Kulaijaya, bermula jam 9 pagi semalam. Dalam operasi selama tiga jam itu, dua murid terbabit, bersama seorang pelajar Tingkatan Satu yang membonceng, turut tidak memakai topi keledar sepanjang perjalanan, selain menunggang laju. Operasi diketuai Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Polis Kulaijaya, Asisten Superintendan Gurbindir Singh, bersama 26 anggota itu dijalankan selepas kempen keselamatan jalan raya dan agihan topi keledar percuma dijalankan, selain pemerhatian mendapati ramai remaja bawah umur di kawasan itu menunggang motosikal tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya, berkata polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap dua murid terbabit.

“Mereka mendakwa membeli alat ganti motosikal berupa fairing dan lampu daripada seorang rakan di sebuah kedai tetapi tiada resit rasmi dikeluarkan, kita bimbang kemungkinan itu barangan curi,” katanya.

Zulkefly berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan seorang lagi murid Tahun Enam yang menunggang motosikal dengan alasan membeli barang di kedai berhampiran rumahnya di pekan terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati kebanyakan murid sekolah dan remaja bawah umur menunggang motosikal dengan pengetahuan ibu bapa atau penjaga mereka dan seolah-olah mengambil mudah peraturan jalan raya hingga mengabaikan keselamatan diri sendiri, serta pengguna lain,” katanya.

Beliau berkata, semua penunggang itu dibawa ke IPD Kulaijaya untuk siasatan lanjut, termasuk pemeriksaan ujian air kencing, manakala ibu bapa penunggang motosikal bawah umur turut dipanggil kerana kesalahan membiarkan anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen dan dikenakan saman.

01 January 2012

Cerita Palsu - Wanita Bom Ditahan

Wanita ini sangat tidak baik kerana telah membuat cerita palsu dan akhirnya telah ditahan begitu sahaja. Oleh itu kita semua hendaklah jangan meniru perbuatan wanita ini yang membuat cerita palsu di tempat awam. Kasihanlah sama itu orang awam yang mahu berehat-rehat di sana dan di sini. Janganlah kita menyusahkan kebahagiaan hidup mereka juga.

Padah buat cerita palsu - Wanita tipu suami bawa bom untuk selamatkan perkahwinan bawa bom ditahan

LONDON: Seorang wanita ditahan selepas bertindak mereka cerita ada bom dalam sebuah pesawat semata-mata kerana mengesyaki suaminya menaiki kapal terbang itu untuk menemui wanita simpanannya. Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyatakan, Johnna Woolfolk menghubungi AirTran Airways bulan lalu dan memberitahu suaminya membawa bom menaiki pesawat. Dia berbuat begitu atas alasan mahu menyelamatkan rumah tangganya yang dibina selama 30 tahun.

Tetapi, cubaannya yang dikatakan bertujuan ‘romantik’ tidak berlaku seperti dalam filem, lapor akhbar Daily Mail.

Suami Johnna yang dipintas anggota keselamatan di lapangan terbang menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah rumah tangga pada masa itu.

Johnna yang tidak mahu berpisah dengannya kini menghadapi dakwaan memberi maklumat palsu.

Ejen FBI, David Gates berkata, Johnna terus menangis selepas pihak berkuasa memperdengarkan rakaman perbualannya dengan syarikat kapal terbang itu.

“Johnna mengakui tidak berfikir dengan betul ketika membuat panggilan itu selain tidak berniat mencederakan sesiapa,” kata Gates.

Johnna yang menjaga ibunya yang uzur di kediaman pasangan itu di Lynwood berada dalam keadaan tertekan dan percaya masalah rumah tangganya berpunca daripada hubungan rahsia suaminya dengan wanita lain, kata peguamnya.

Dia dijangka mengaku salah dalam sesi keterangan 9 Januari depan, kata jurucakap pejabat Pendakwa Raya Amerika, Thom Mrozek.

“Membuat ancaman terhadap syarikat penerbangan adalah kesalahan serius dan akan didakwa.

“Penipuan seperti itu menyebabkan kerajaan rugi besar,” lapor akhbar Los Angeles Times yang memetik jurucakap FBI, Laura Eimiller. _ Agensi

26 October 2008

Pelatih jururawat ada 'sugar daddy'

Pelatih jururawat ada 'sugar daddy'

KUALA LUMPUR - Bagi segelintir pelajar institusi pengajian tinggi, antara cara paling mudah untuk mendapatkan wang tambahan dan bergaya mewah di kalangan rakan-rakan ialah dengan mempunyai 'sugar daddy'.

Ia bukan perkara luar biasa pada masa ini malah 'wabak' tersebut semakin merebak dan menjadi jalan pintas segelintir pelajar IPT ini untuk bermegah-megah dan bersuka ria.

Hal tersebut didedahkan seorang sumber di mana 'wabak' ini telah merebak sejak setahun lalu di sebuah kolej jururawat di Lembah Klang

"Pelatih jururawat tersebut memang sudah lama buat kerja itu. Mereka ini bergerak secara senyap-senyap untuk mengaburi mata orang lain terutamanya rakan sekampus.

"Dia orang ini cantik-cantik belaka sebab itu boleh ada sugar daddy. Agaknya mereka berlatih nak beri khidmat terbaik untuk pesakit kelak." katanya sinis.

Jelas sumber yang ingin dikenali sebagai Zaza itu, kebanyakan pelajar-pelajar yang menjalankan kegiatan ini berasal dari utara tanah air dan Sabah, Sarawak.

Bercerita lanjut, Zaza mendakwa, kegiatan pelatih ini boleh dilihat apabila hampir setiap malam mereka diambil dan dihantar oleh kereta-kereta mewah dengan berpakaian cantik.

Lebih mengejutkan, seorang pelajar bukan hanya ada seorang sugar daddy tetapi sekurang-kurangnya dua hingga tiga orang.

"Dalam sebulan mereka ini dapat sebanyak RM300 hingga RM400 seorang, kalau sudah tiga orang, tentu dapat RM1,000 lebih dalam tangan.

"Wang itu sudah cukup untuk menampung pelajar-pelajar ini dan dapat bertukar-tukar pakaian baru sentiasa," ujarnya.

Ditanya mengapa pelajar-pelajar ini cenderung untuk mencari sugar daddy, beliau memberitahu:

"Semuanya sebab bosan dan ingin rakan yang boleh bawa mereka bersuka ria selain boleh mendapatkan wang tambahan untuk kegunaan pembelajaran dan harian.

SUMBER: Kosmo

27 August 2008

Video Pelajar Menyeksa dan Mempermainkan Guru Mengundang Kontroversi di China

VIDEO PERILAKU BURUK
PELAJAR BULI GURU TERSEBAR:

GURU SEKOLAH BERUSIA 70 TAHUN
DISEKSA DAN DIPERMAIN-MAINKAN OLEH PELAJAR


BEIJING: Satu video mengandungi rakaman salah laku beberapa orang pelajar berusia belasan tahun menyeksa dan mempermain-mainkan guru yang sedang mengajar di dalam kelasnya tersebar di internet dan mengundang kemarahan umum.

Adegan keji tersebut dirakam oleh seorang pelajar di sebuah sekolah di Beijing. Menerusi video itu dapat dilihat seorang pelajar memakai subang, mendekati gurunya yang sedang mengajar di dalam kelas, dan kemudian menepuk dahi gurunya sebelum kembali bangkunya.

Tidak lama selepas itu, seorang pelajar lelaki yang lain melempar botol plastik kepada guru itu dan menyebabkan kesemua pelajar di dalam kelas tersebut ketawa.

Video yang mengandungi rakaman sekitar 5 minit itu disiarkan di sebuah blog dan kemudiannya tersebar di beberapa buah laman web. Hal ini mengundang kemarahan para pengunjung laman web kerana kedajalan anak-anak murid guru tersebut menghina guru.


Kemaafan Daripada Seorang Guru
Guru yang menjadi mangsa adalah Profesor Toot Toot yang mengajar mata pelajaran Sejarah, Politik dan Geografi di sekolah tersebut.

Sungguh mengharukan apabila guru tersebut sudi memaafkan anak-anak muridnya yang terlampau biadab itu. Ini adalah contoh kemuliaan hati seorang pendidik. Profesor tua itu juga telah menolak sebarang temubual atau usaha untuk menceritakan semula kejadian yang menimpanya, malah memberitahu media bahwa para pelajar tersebut telah meminta maaf dan menyatakan penyesalan mereka di atas salah laku yang telah mereka lakukan sebelum ini.


Warganegara Bertanggungjawab Memberi Sokongan Terus
Menurut Beijing News, beberapa orang pengunjung yang telah melihat video telah mengambil inisiatif untuk pergi ke sekolah tersebut untuk menegur para pelajar terbabit dan memberikan sokongan moral kepada guru yang telah berusia 70 tahun itu.

Bagi majoriti warganegara China, kejadian tersebut mengingatkan mereka kembali mengenai peristiwa Revolusi Budaya pada 1966-1976 di mana para pelajar memukul dan mengaibkan guru mereka.

Phak Wartawan Isu dan Berita Hangat di isuberitahangat.blogspot.com enggan menyiarkan video tersebut demi menjaga maruah individu-individu yang terlibat. Semoga para pelajar di Malaysia tidak mengulangi salah laku yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut.

Moralnya di sini, kita melihat seorang guru tua berusia 70 tahun terus berusaha untuk menyumbangkan bakti kepada anak-anak bangsa biarpun melalui kesengsaraan dalam menempuhi perubahan budaya. Guru itu mungkin telah melihat dunia pendidikan selama lebih 45 tahun, dan anak-anak murid yang membulinya itu pula berusia kurang sesuku daripada umur beliau. Kesabaran beliau merupakan contoh teladan buat warga pendidik.

Sumber: AFP, Rabu (30/5/2007)


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

26 August 2008

Pasangan Zina Dibelit Ular - Kisah Benar

CERITA PANAS TELADAN:
Dibelit Ular Semasa Berzina
Diubahsuai daripada sumber: tranungkite.net

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.


Pasangan Zina Dihantui Bayangan Ular Besar

Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya.

"Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.


Berubat Dengan Bomoh Tetapi Gagal

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.

Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.


Adegan Panas Di Tempat Perkelahan

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.


Melakukan Seks Haram Beralaskan Surat Khabar

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.


Diintai Ular Sawa Sebesar Peha Orang Dewasa Ketika Sedang Berzina

Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

"Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.


Pasangan Zina Dibelit Ular Terselamat dan Akhirnya Bertaubat

Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

"Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.


Balasan Tuhan

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.

Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :
"SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU.
YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."



Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Kisah Pasangan Melekat - Varinismus Berlaku

PASANGAN KEKASIH MELEKAT SEMASA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS HARAM

Sepasang kekasih terpaksa mendapatkan rawatan setelah kedua-dua mereka ‘melekat’ pada satu sama lain ketika mengadakan hubungan seks.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada malam toot toot lalu, di sebuah tempat di toot toot.

Terdahulu, pasangan tersebut yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa memaklumkan kejadian itu kepada rakan mereka untuk mendapatkan bantuan.

Tersentak dengan kejadian itu, rakan pasangan tersebut kemudian menyelimut kedua-dua mereka dengan menggunakan kain sebelum dikejarkan ke hospital toot toot.

Sementara itu kakitangan perubatan di sini yang dimaklumkan mengenai kejadian itu telah bersiap sedia untuk membantu memberikan rawatan.

Bagaimanapun, kenderaan yang membawa pasangan tersebut berpatah balik semula ke toot toot apabila kedua-dua mereka pulih daripada serangan kekejangan otot yang menyebabkan mereka akhirnya terpisah.


HUKUMAN DUNIA KERANA BERLAKU CURANG ATAU PERBUATAN BOMOH?

Menurut sumber, pasangan terbabit berusia dalam lingkungan 30-an dan masing-masing telah mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, pasangan kekasih tersebut sering keluar bersama ketika suami wanita terbabit keluar bekerja di tempat lain.

Turut difahamkan suami wanita terbabit yang merasakan isterinya berlaku curang, telah mendapatkan khidmat bomoh untuk mengenakan kedua-dua mereka.


VARINISMUS DID OCCUR - MELEKAT SEMASA KEMUNCAK HUBUNGAN SEKS

Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia, cawangan toot toot, Dr. Toot Toot ketika dihubungi mengesahkan kejadian seumpama itu pernah berlaku dan dikenali sebagai “varinismus did occur”.

“Kejadian seumpama itu boleh berlaku ketika pasangan yang mengadakan hubungan seks berada dalam situasi kemuncak syawat,” katanya.

Insiden terbabit dikatakan telah tersebar secara meluas serta menjadi buah mulut di toot toot, menyebabkan ada yang menghubungi wartawan untuk mendapatkan pengesahan.

Diubahsuai daripada sumber: tranungkite.net

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Berita Panas - Artis Ugut, Pukul isteri

Diubahsuai daripada sumber: http://www.hmetro.com.my

SEORANG ARTIS MENAGIH DADAH PUKUL ISTERI
Seorang pelakon filem dan drama yang popular sekitar toot toot, ditahan polis toot toot lalu, selepas isterinya membuat laporan mendakwa tidak tahan dipukul secara berterusan oleh artis terbabit.

Malah, pemeriksaan dan hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap pelakon berusia awal 40-an itu turut mendapati dia positif mengambil dadah dipercayai jenis syabu.

Dalam laporannya kepada polis, wanita berkenaan mengadu pelakon terbabit turut mengugut untuk mencederakannya.

Tidak tahan menanggung derita kerana sering dipukul dan bimbang terhadap ugutan dibuat pelakon terbabit, isterinya pasrah menyerahkan suami kepada polis untuk dikenakan tindakan sewajarnya.


ISTERI ARTIS REKA CERITA SUPAYA SUAMI DITAHAN POLIS
Bagi menafikan perbuatannya, pelakon terbabit membuat laporan polis mendakwa dia tidak pernah mengugut isterinya.

Dia sebaliknya mendakwa isterinya sengaja mereka-reka cerita dan membuat laporan polis supaya dia ditahan.

Difahamkan, wanita itu sudah mendapatkan rawatan di hospital dan pemeriksaan mendapati ada beberapa kesan lebam di beberapa bahagian badan akibat dipukul dan ditampar.

Menurut sumber polis, pelakon terbabit ditahan selepas isterinya membuat laporan dia sering dipukul.

“Pelakon terbabit kemungkinan dibebaskan esok (hari ini), namun kami masih menyiasat perkara terbabit (kes pukul)” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Pelakon lelaki terbabit pernah dinobatkan sebagai pelakon lelaki popular pada zaman kemuncaknya, selain pernah menjadi hero remaja.

Malah, difahamkan ketika kariernya berada di kemuncak, banyak kontroversi dikaitkan dengan pelakon berkenaan tidak kira sama ada melalui filem yang dilakonkan atau dalam kehidupan realitinya sendiri.


SEORANG ARTIS MELAKUKAN AKSI PANAS DAN LUCAH DALAM FILEM DI TEPI PANTAI
Filem lakonannya pernah menggemparkan negara apabila dia bersama pelakon wanita pasangannya melakukan aksi panas dan berani dalam satu babak ketika berada di tepi pantai.

Selain itu, dia pernah ditahan pada toot toot atas kesalahan memandu tanpa memiliki lesen sah manakala cukai jalan kereta dipandunya pula sudah tamat tempoh.

Kesalahan dilakukannya itu mengundang padah apabila dia dihukum penjara sehari dan didenda RM1,100 selepas mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan dan dia tidak dibenarkan memohon lesen memandu selama setahun.


SEORANG PELAKON BERSEKEDUDUKAN DAN MELAKUKAN PERSETUBUHAN HARAM DENGAN MODEL PELAKON SAMBILAN
Namun, kontroversi dan kisah panasnya tidak terhenti di situ apabila tidak lama selepas itu, dia ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) kerana disyaki bersekedudukan dan melakukan persetubuhan haram dengan seorang model dan pelakon sambilan.