Showing posts with label Jururawat. Show all posts
Showing posts with label Jururawat. Show all posts

09 November 2012

Jururawat Rakam Imej Hantu - KOSMO! Diperbodohkan

Jururawat Rakam Imej Hantu - KOSMO Diperbodohkan: Inilah yang dikatakan media sekarang kebanyakannya berfikir tanpa menyiasat benar atau tidak berita yang dipaparkan. Rasa lawak ada, rasa kesian pun ada bila kami lihat surat khabar di Malaysia ni selalu kena bodoh-bodoh dengan pihak lain. Hari ini KOSMO menyiarkan satu berita berkenaan hantu yang dijumpai seorang jururawat. Memang sangat tak masuk akal dan mengarut untuk dijadikan bahan berita. Berikut adalah berita penuh seperti yang dilaporkan.
Jururawat rakam imej hantu

IMEJ seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang jururawat ketika kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital swasta di Melaka baru-baru ini.

MELAKA – Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar. – Sumber
Kepada KOSMO, tahukah anda tentang apps untuk Android dan iOS yang diberi nama Camera 360 Ultimate? Kami pasti ini pertama kali anda dengar tentangnya. Apa yang pasti, kami rasa jururawat di hospital swasta tu tengah gelak berguling-guling sebab mampu memperdaya sebuah syarikat akhbar dengan begitu mudah dan memalukan.

Sumber: ohtidak.com

26 October 2008

Pelatih jururawat ada 'sugar daddy'

Pelatih jururawat ada 'sugar daddy'

KUALA LUMPUR - Bagi segelintir pelajar institusi pengajian tinggi, antara cara paling mudah untuk mendapatkan wang tambahan dan bergaya mewah di kalangan rakan-rakan ialah dengan mempunyai 'sugar daddy'.

Ia bukan perkara luar biasa pada masa ini malah 'wabak' tersebut semakin merebak dan menjadi jalan pintas segelintir pelajar IPT ini untuk bermegah-megah dan bersuka ria.

Hal tersebut didedahkan seorang sumber di mana 'wabak' ini telah merebak sejak setahun lalu di sebuah kolej jururawat di Lembah Klang

"Pelatih jururawat tersebut memang sudah lama buat kerja itu. Mereka ini bergerak secara senyap-senyap untuk mengaburi mata orang lain terutamanya rakan sekampus.

"Dia orang ini cantik-cantik belaka sebab itu boleh ada sugar daddy. Agaknya mereka berlatih nak beri khidmat terbaik untuk pesakit kelak." katanya sinis.

Jelas sumber yang ingin dikenali sebagai Zaza itu, kebanyakan pelajar-pelajar yang menjalankan kegiatan ini berasal dari utara tanah air dan Sabah, Sarawak.

Bercerita lanjut, Zaza mendakwa, kegiatan pelatih ini boleh dilihat apabila hampir setiap malam mereka diambil dan dihantar oleh kereta-kereta mewah dengan berpakaian cantik.

Lebih mengejutkan, seorang pelajar bukan hanya ada seorang sugar daddy tetapi sekurang-kurangnya dua hingga tiga orang.

"Dalam sebulan mereka ini dapat sebanyak RM300 hingga RM400 seorang, kalau sudah tiga orang, tentu dapat RM1,000 lebih dalam tangan.

"Wang itu sudah cukup untuk menampung pelajar-pelajar ini dan dapat bertukar-tukar pakaian baru sentiasa," ujarnya.

Ditanya mengapa pelajar-pelajar ini cenderung untuk mencari sugar daddy, beliau memberitahu:

"Semuanya sebab bosan dan ingin rakan yang boleh bawa mereka bersuka ria selain boleh mendapatkan wang tambahan untuk kegunaan pembelajaran dan harian.

SUMBER: Kosmo