Showing posts with label Demam Denggi. Show all posts
Showing posts with label Demam Denggi. Show all posts

28 October 2011

Penawar Demam Denggi Berdarah - SUP KETAM NIPAH

SAYA ingin berkongsi pengalaman berhubung usaha melawan demam denggi dengan hanya makan sup ketam. Ketika dijangkiti penyakit itu pada Mei tahun lalu, saya mendapati ketam, mengandungi protein yang tinggi, dapat membantu pembinaan semula platelet darah. Pengambilan sup ketam dipercayai menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan begitu cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang minum dan makan satu mangkuk besar sup ketam (500 ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa singkat, iaitu cuma antara lima hingga lapan jam. Pesakit akan pulih hampir sepenuhnya dalam tempoh berkenaan. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawahnya. Malah, proses pemulihannya amat pantas kerana pesakit tidak perlu makan multivitamin ataupun pil magnesium untuk memulihkan tenaga dan staminanya. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptom awal denggi boleh mengambil sup ketam sebaik saja menyedari tanda diserang denggi. Sehingga kini pemerhatian saya mendapati tidak kurang daripada 20 kenalan yang diserang denggi sembuh dalam masa lima hingga lapan jam selepas makan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengagumkan dan saya pulih sepenuhnya dalam masa tujuh atau lapan jam ketika diserang demam denggi. Saya harap satu kajian saintifik perlu disegerakan bagi merealisasikan penemuan ini dan orang ramai tidak lagi fobia dengan wabak demam denggi apabila penawarnya ditemui. Jika anda hadapi deman denggi atau keluarga anda kami sedia membantu mendapatkan ketam.

100 Plus Ubat Demam Denggi

Tiada bukti 100 Plus 'ubati' demam denggi 

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Parlimen diberitahu hari ini bahawa tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa minuman isotonik 100 Plus boleh memulihkan pesakit demam denggi sebagaimana di gembar-gemburkan oleh masyarakat umum. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menjawab solan tambahan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berhubung dakwaan minuman itu berjaya memulihkan penyakit demam denggi itu

"Bagaimanapun, saya ingin berkongsi pengalaman saya di mana ada saudara saya yang dijangkiti demam juga meminum air 100 Plus. "Dan alhamdulillah sehingga kini beliau sihat dan tidak memudaratkan," katanya di Dewan Rakyat pagi tadi. Ibrahim sebelum ini menyatakan ada khabar angin bahawa minuman itu merupakan ubat mujarab untuk mereka yang diserang penyakit demam denggi. 

"Saya diberitahu ada di kalangan penghidap yang minum 100 Plus katanya pulih, secara kebetulan atau tidak saya tidak tahu. "Persoalannya ialah saya bimbang jika ia menjadi kepercayaan kerana bagi yang kena demam denggi kalau ada diabetes dan minum 100 Plus, sepatutnya mati dua tahun lagi dia mati esok. Bagaimana kementerian hendak beri kesedaran dan kepercayaan dari segi ubatan untuk memulih sakit seperti ini dan mereka diberi kefahaman jelas dan tidak ambil mudah," katanya. Dalam pada itu, 

Harakahdaily turut mendapatkan maklumbalas beberapa doktor perubatan berhubung dakwaan itu dan rata-rata menyatakan ianya sesuatu yang belum pernah dibuktikan malahan ada antaranya menggangap sebagai gembar-gembur untuk mendapat keuntungan. 

"Yang kita sarankan ialah minum air suam atau air kosong banyak-banyak bagi memulihkan demam denggi. "Barangkali dengan hebahan seperti itu, bukan beri keuntungan kepada pihak-pihak tertentu," kata seorang doktor yang enggan dikenali ketika ditemui. Rosnah kemudiannya menjelaskan kementerian telah menjalankan pelbagai kempen kesedaran serta menyediakan talian khas bagi membolehkan orang ramai menghubungi kementerian sekiranya terdapat kemusykilan mengenai wabak demam denggi itu. 

Sementara itu, ketika menjawab soalan asal Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) sama ada penyakit demam denggi tersebar luas di Malaysia atau tidak, Rosnah berkata kes demam denggi di negara ini pada tahun ini menunjukkan penurunan. Katanya sehingga 17 Oktober lepas, jumlah terkumpul kes denggi dilaporkan berjumlah 33,123 kes berbanding dengan 36,234 kes pada tempoh sama tahun lepas yang menunjukkan penurunan kes demam denggi sebanyak 3,111 kes. Beliau berkata jumlah kematian denggi pada tahun ini juga berjaya dikurangkan kepada 72 kes berbanding 80 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.