Showing posts with label Pencuri Bogel. Show all posts
Showing posts with label Pencuri Bogel. Show all posts

29 May 2013

Perompak Bogel Dipercayai Guna Ilmu Hitam

HMETRO 2012/09/04

DEPOK: Seorang lelaki bogel ditahan kerana disyaki cuba memecah masuk ke sebuah rumah di Beji, Depok di Jawa Barat, kelmarin.

Polis mengesyaki lelaki itu menggunakan ilmu hitam.

Ketua Polis Beji, Komisioner Kanan Agus Widodo berkata, lelaki bogel itu dikenali sebagai Yanto, 36, dilihat memanjat dinding setinggi dua meter oleh penduduk kampung yang membuat rondaan malam.

Yanto dikatakan berbogel kerana mengamalkan ilmu hitam walaupun dia mengaku berbogel untuk memudahkan dia bergerak dan melakukan rompakan di rumah itu.


Agus berkata, Yanto tidak berumah dan hidup berpindah-randah dari satu tempat menunggu bas ke tempat menunggu bas lain. Cubaan merompak itu bukan yang pertama.


“Ini adalah kali ketiga dia merompak di kawasan Depok,” kata Agus.

Menurutnya, Yanto menggunakan hasil rompakan untuk menyara hidupnya. - Jakarta Post

27 May 2013

Pencuri Bogel - Ilmu Pukau Bogel Tidak Menjadi

Berbogel atau bertelanjang bulat semasa menceroboh dengan niat mencuri atau melampiaskan nafsu merupakan amalan ilmu hitam berbentuk pukau yang diamalkan oleh sesetengah pencuri di negara ini. Kebanyakan pencuri yang menggunakan ilmu hitam pukau bogel ini gagal dan berjaya ditangkap atau melarikan diri apabila mengetahui ilmunya tidak menjadi. Laporan berita mendapati terdapat beberapa kes pencuri bogel di negara ini.

Pukau Bogel Tak Menjadi
 07/10/2009

Akibat ilmu pukau tidak menjadi, seorang pencuri terpaksa lari lintang-pukang menyelamatkan diri dalam keadaan telanjang bulat apabila dikejar pemilik rumah dalam kejadian di Jalan Anak Bukit, Pantai Johor dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, pencuri berusia lingkungan 30-an itu dipercayai cuba memukau penghuni rumah apabila memasuki rumah dalam keadaan bogel dan membuang air besar di dalam kediaman berkenaan.

Difahamkan, dia memasuki rumah itu bersama seorang lagi rakan tetapi kelibat mereka dikesan menantu lelaki pemilik rumah di dalam sebuah bilik sebaik membuka pintu bilik untuk mengambil beg pinggangnya yang tertinggal.

Bagaimanapun, dalam suasana kelam-kabut. rakan pencuri berkenaan yang berpakaian lengkap berjaya melarikan diri, manakala pencuri berbogel itu menjerit meminta tolong dipercayai ‘malu’ kerana bertelanjang bulat.

Dia mencampak beg pinggang dipegangnya sebelum melarikan diri keluar dari bilik menuju ke dapur.

Namun, episod memalukan tidak berakhir di situ apabila dia terserempak tiga warga emas, masing-masing dua wanita dan seorang lelaki termasuk pemilik rumah yang menonton televisyen di dapur.

Tiga warga emas terkejut melihat lelaki bertelanjang itu lalu mengejar dan sebaik berjaya menangkap pencuri berkenaan, mereka mengikat tangannya sebelum menghubungi polis Jalan Anak Bukit, Pantai Johor.

Pencuri berkenaan dipercayai memasuki rumah setingkat melalui lubang angin di atas tingkap bilik belakang.

Pemilik rumah, Anisah Sheikh Yahya, 60, berkata dia hanya menyedari kejadian itu selepas menantunya, Azzanudin Mohd Rejab, 33, membuka lampu bilik belakang untuk mengambil beg pinggangnya yang tertinggal sebelum terdengar jeritan seorang lelaki meminta tolong.

“Saya, adik lelaki dan kakak ipar terkejut mendengar jeritan itu bangun melihat apa yang berlaku tetapi belum sempat berbuat demikian, seorang lelaki tiba-tiba keluar dari bilik belakang dalam keadaan bogel dan lari di depan mata kami bertiga sebelum masuk ke bilik depan.

“Pada masa sama, menantu saya menjerit memberitahu lelaki itu pencuri menyebabkan kami terkejut dan cuba menangkapnya yang ketika itu terperangkap di bilik depan kerana semua tingkap terkunci,” katanya.

Anisah berkata, kakak iparnya, Norizan Shafie, 59, dan adiknya, Zainal Abidin, 58, memegang pencuri itu dengan bantuan Azzanuddin menjerit meminta tolong sebelum jiran datang membantu.

Katanya, lelaki itu cuba meronta melepaskan diri, tetapi mereka memegangnya dengan kuat untuk mengelak dia melarikan diri.

“Sebelum ini, rumah kami dan jiran kerap kehilangan barang berharga menyebabkan masing-masing saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.

“Saya sendiri sudah 10 kali kehilangan barang kemas yang keseluruhannya hampir RM12,000 sejak setahun lalu tetapi kami gagal mencari bukti rumah dimasuki pencuri kerana tiada kesan pecah masuk sepanjang tempoh itu.

“Namun, kali ini kami puas kerana berjaya menangkap sendiri pencuri itu,” katanya.

Menurutnya, suspek dipercayai datang bersama rakan menaiki sampan melalui Sungai Anak Bukit yang terletak 20 meter dari rumah mereka.

Katanya, pencuri itu memakai tuala masuk melalui lubang angin dan menanggalkan tualanya di luar rumah sebelum masuk menggunakan ilmu hitam ke atas penghuni rumah dengan membuang air besar di merata-rata tempat di dalam rumah.

3 Nenek Tangkap Pencuri Bogel

Adakah bogel merupakan syarat ilmu hitam yang diamalkan oleh sesetengah pencuri?

Warga emas guna langsir ikat tangan, kaki suspek pada katil
Oct 07 2009

ALOR SETAR: Keberanian tiga warga emas, masing-masing berusia 58, 59 dan 60 tahun berjaya menumpaskan percubaan seorang pencuri yang memecah masuk rumah mereka, di Anak Bukit, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, pencuri yang menyangka akan memperoleh habuan kerana rumah berkenaan didiami warga emas, tewas apabila ditangkap.

Ketika kejadian, tiga warga emas tersebut, Anisah Sheikh Yahya, 60, dan adiknya Zainal Abidin, 58, serta kakak iparnya, Norizan Shafie, 59, sedang menonton televisyen di dapur rumah setingkat itu dan tidak menyedari kehadiran suspek yang masuk melalui tingkap di bilik belakang.

Anisah yang juga pemilik rumah itu berkata, dia hanya menyedari kejadian tersebut selepas menantunya, Azzanudin Mohd Rejab, 33, membuka lampu bilik belakang untuk mengambil beg pinggangnya yang tertinggal sebelum terdengar jeritan.

"Kami bertiga yang terkejut mendengar jeritan itu melihat seorang lelaki tiba-tiba keluar dari bilik belakang dalam keadaan bogel sebelum masuk ke bilik depan.

"Kami menangkap lelaki itu yang terperangkap di bilik depan kerana semua tingkap berkunci," katanya.

Anisah berkata, Norizan dan Zainal Abidin bertindak memegang lelaki itu dan menjerit meminta pertolongan jiran.

Katanya, lelaki itu meronta untuk melepaskan diri tetapi dengan kudrat yang ada, ketiga-tiga mereka memegang mangsa dengan kuat untuk mengelakkan suspek berusia 30-an itu melarikan diri.

Katanya, suspek yang hanya memakai tuala mandi masuk melalui lubang angin sebelum menanggalkan tualanya di luar rumah, manakala rakannya sempat melarikan diri.

"Disebabkan suspek berbogel, saya membaling langsir ke arahnya untuk menutup badannya sebelum polis tiba.

"Kami turut mengikat tangan dan kakinya pada katil," katanya.

Ketiga-tiga warga emas itu tidak mengalami sebarang kecederaan malah suspek gagal melarikan barang berharga yang terdapat di rumah itu.

Pencuri bogel ala toyol pecah rumah ditahan

Pencuri bogel ala toyol pecah rumah ditahan
Posted on November 23, 2010

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Kehebatan seorang lelaki yang melakukan pencerobohan ala toyol apabila berbogel ketika memecah masuk rumah mangsa akhirnya tewas selepas dia ditahan sepasukan anggota polis, awal pagi, semalam.

Toyol dari Kampung Losong Haji Su, di sini, yang menjadi buruan polis selepas terbabit dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar kampung berkenaan ditahan di hadapan surau Kampung Losong Haji Mohd kira-kira jam 6.20 pagi.

Penahanan toyol berusia 20 tahun itu dilakukan Cif Inspektor Narizan Jusoh dan tiga anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bersama enam anggota dari Balai Polis Chabang Tiga selepas menerima laporan seorang guru wanita berusia 31 tahun kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Terengganu, Superintendan Mohd Zani Che Din, berkata mangsa menyedari rumahnya di Kampung Losong Haji Mohd diceroboh selepas terdengar seperti orang sedang menyelongkar barang dalam bilik tidurnya, jam 3.45 pagi.

Beliau berkata, terkejut melihat kelibat lelaki sedang menyelongkar beg tangannya, mangsa kemudian menjerit, menyebabkan suspek melarikan diri bersama beg tangan mangsa yang mengandungi kamera digital, kunci kereta, kunci rumah, kad kredit, buku akaun Tabung Haji dan wang tunai RM250 serta beberapa dokumen pengenalan diri.

Pencuri Bogel Di Terengganu

Pencuri Bogel - Ilmu Hitam?
4-8-2010

KUALA TERENGGANU – Bukan hanya wang yang dikebas tetapi seorang pencuri turut mengejutkan seorang remaja perempuan daripada tidur supaya melihatnya dalam keadaan berbogel.

Demikian perangai pelik seorang penjenayah yang dialami oleh seorang remaja berusia 13 tahun ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Gong Kijang dekat sini pukul 5.30 pagi kelmarin.

Turut berada di dalam rumah ketika itu ialah ibu mangsa, Cik Akmaliza Mohd. Rozali, 32, dan bapanya, Mohd. Yusoff Abd. Rahman, 45.

Menurut Cik Akmaliza, dia yang tidur bersama anaknya pada mulanya tidak percaya dengan dakwaan itu.

“Saya sangka dia mengigau tetapi saya tersilap apabila suami yang tidur di bilik berasingan memberitahu dia nampak tingkap di ruang depan rumah kami terbuka,” ceritanya ketika ditemui dekat sini semalam.

MOHD. YUSOFF memperkatakan sesuatu mengenai basikal (kanan) yang ditinggalkan pencuri berhampiran rumahnya di Kampung Gong Kijang, Kuala Terengganu, kelmarin.

26 May 2013

Lelaki bogel ceroboh rumah

Lelaki bogel ceroboh rumah
Sinar Harian
26 Mei 2013

MARANG – Seorang guru hampir pengsan apabila mendapati seorang lelaki bogel sambil menutup muka berada di dalam bilik tidur anak perempuannya berusia 7 tahun ketika mahu mengejutkannya ke sekolah.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.15 pagi di Jalan Teluk Pelong, dekat sini, menyebabkan guru wanita berusia 39 tahun itu menjerit ketakutan lalu segera memaklumkannya kepada suaminya.

Namun suspek berjaya melarikan diri dipercayai melalui tingkap bilik tidur anak perempuan mangsa.

Guru terbabit dan suaminya turut membuat pemeriksaan di dalam bilik tidur berkenaan, tetapi tiada barang yang hilang.

Mereka kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung kira-kira jam 9.25 pagi.

Bagaimanapun kisah lelaki bogel tersebut tidak berakhir di situ sahaja apabila suspek juga dipercayai turut menceroboh sebuah lagi rumah guru wanita di Telaga Mengkudu, kira-kira jam 7.10 pagi dan melarikan gelang tangan mangsa.

Malah mangsa kedua berusia 38 tahun itu berdepan detik mencemaskan apabila suspek memberitahu dia mempunyai senjata tajam sebelum memaksa mangsa menyerahkan gelang emas bernilai RM5,000.

Guru wanita itu juga mendakwa suspek yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu bilik air rumahnya itu juga cuba bertindak kasar, namun gagal apabila dia menjerit meminta pertolongan menyebabkan suspek segera melarikan diri.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung kira-kira jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu Isnin lalu dan menurutnya siasatan masih dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.