Showing posts with label Seksologi. Show all posts
Showing posts with label Seksologi. Show all posts

22 November 2012

Petua Isteri Tewaskan Suami Di Bilik Tidur

Selalu kita dengar hanya suami yang berusaha puaskan atau ‘tewaskan’ si isteri. Tetapi kali ini tidak. Isteri pula buat sebaliknya. Artikel ini memberi panduan bagaimana seorang isteri ingin tewaskan si suami:


Beritahu suami.

Beritahu apa yang anda mahu pada suami anda. Tahukah anda suami anda tidak akan tahu jika anda tidak beritahu apa yang bermain di fikiran anda. Beritahu perkara sebenar supaya anda berdua boleh berseronok ketika mengadakan hubungan seks.

Kawal kelajuan.

Kawal kelajuan hubungan seks berlangsung. Jangan biarkan suami anda melakukannya terlalu laju sehingga dia seorang sahaja yang sampai inzalnya. Sedangkan anda belum rasa apa–apa lagi. Jika suami anda bergerak terlalu laju, anda tenangkan dia dengan pujuk rayu anda.

Fantasi seks.

Sentiasa berani mencuba perkara baru. Ambil tahu apa fantasi seks suami anda dan anda cuba realisasikan fantasi seks dia.

Sembang lucah.

Bersembang lucah dengan suami anda pasti akan memberi pengalaman baru pada setiap hubungan seks anda berdua.

Rangsang bahagian sensitif.

Cuba kesan bahagian badan anda yang sensitif. Ada wanita yang cepat terangsang jika si lelaki menjilat ketiaknya. Anda kesan dan beritahu pada suami anda supaya dia boleh merangsang pada bahagian betul.

Mandi bersama.

Mandi bersama sebelum melakukan hubungan seks. Jika ada masa lapang, ajak suami anda untuk mandi bersama sebelum melakukan hubungan seks. Selepa mandi, kulit anda akan lebih sensitif pada sentuhan dan ia pasti akan beri perasaan nikmat lebih kepada anda.

Cuba tewaskan suami.

Cuba tewaskan suami anda dengan bersungguh–sungguh. Selain cuba berikan yang terbaik pada suami anda, anda cabar suami anda untuk tewaskan anda.

Kepada isteri, berikan nikmat hubungan seks yang hebat kepada suami anda, Hargai suami nescaya hubungan anda berdua akan semakin rapa

27 August 2012

Zon Rangsangan Lelaki Yang Perlu Wanita Tahu

Zon Rangsangan Lelaki Yang Perlu Wanita Tahu

Ramai salah anggap kononnya zon erotik lelaki hanyalah zakar dan kepala zakar. Sebenarnya, banyak lokasi zon erotik ditubuh lelaki. Sebaiknya, semua zon erotik ini distimulasi secara lembut dan dilakukan apabila seseorang dalam keadaan tenang.

Stimulasi yang betul pada kawasan erotik ini akan memberi kenikmatan sama seperti stimulasi pada zakar, malah boleh mencapai orgasm. Kawasan erotik ini boleh distimulasi secara sendiri semasa masturbasi atau oleh pasangan ketika melakukan hubungan seksual.

Menurut lagenda Mesir purba Permaisuri Cleopatra merupakan seorang yang sangat mahir dan memahami tentang Zon Erotik Lelaki ini. Dalam hidup beliau, terkenal hubungan sulit dengan beberapa pembesar Negara pada waktu itu. Sentuhan Cleopatra disifatkan Gaius Julius Caesar sebagai sentuhan “ular yang berbisa”. Rayuan dan belaianya mampu merebahkan lelaki yang gagah kepangkuanya. Berbekal dengan kecantikanya yang di sifatkan sederhana dan pakej rayuan beserta sentuhan rangsangan. Menyebabkan pembesar-pembesar negara yang memusuhinya tersungkur dalam dakapan mesra …….

Sebagai infomasi anda saya petik kata-kata pakar tentang Zon Erotik Lelaki ini sebagai panduan suami isteri. 

7 Zon Erotik Lelaki terletak pada :
1.Kerandut buah zakar
Kulit yang menyelaputi buah zakar adalah sensitif kepada sentuhan. Ia boleh diurut dengan pergerakan circular dengan menggunakan hujung jari atau secara oral.
Kerandut ini juga boleh ditarik secara lembut semasa seks oral. Buah zakar juga boleh distimulasi secara gentelan lembut dengan mengunakkan jari.

2. Puting dada.
Puting dada lelaki mempunyai kapasiti erotik sama seperti puting buah dada wanita. Ia kaya dengan bekalan saraf dan amat sensitif.
Pada kebanyakan lelaki, ia mempunyai kapasiti menegang dan menjadi keras bila dirangsang. Pergerakan circular yang lembut bermula dari arah luar ke dalam boleh dibuat di sekeliling puting. Lelaki juga akan terangsang apabila puting dipicit atau digentel.

3. Kawasan Perineum.
Kawasan perineum ini terletak antara zakar dan lubang dubur (anus). Ia boleh distimulasi dengan urutan perlahan dari pangkal kerandut zakar ke arah anus atau sebaliknya. Pergerakan secara sirkular dengan hujung jari atau secara oral di kawasan ini juga akan memberi sensasi erotik yang tinggi. Pergerakan yang sama juga boleh dilakukan pada bahagian peha sebelah dalam.

4. Kawasan ari-ari (suprapubik) .
Kawasan ini terletak antara pusat dan pangkal zakar. Ia amat sensitif kepada sentuhan dan urutan.

5. Kawasan punggung.
Kedua dua pipi punggung dan celah antaranya adalah kawasan erotik yang jarang diterokai. Gerakan jari secara perlahan dari hujung tulang belakang melalui celah punggung hingga ke anus. Lakukan ini secara berulang-ulang. Bahagian dalam pipi punggung juga boleh diusap lembut.

6. Kawasan Anus
Kawasan anus adalah zon erotik utama tetapi jarang diterokai. Anus boleh distimulasi dengan cara pergerakan sirkular dengan hujung jari atau oral di pembukaannya. Pergerakan ini boleh diselang-seli dengan stimulasi di kawasan perinuem, bahagian dalam peha dan pipi punggung.Jika seseorang itu lebih adventerous, jari boleh dimasukkan secara perlahan-lahan ke dalam anus.
Sebelum itu, pastikan jari dilubrikasi sepenuhnya dengan gel pelincir seperti KY Jelly. Pergerakan jari keluar masuk dan sirkular secara perlahan lahan mampu memberi kenikmatan pada seseorang lelaki.
 
7. Urutan Prostat.
Kelenjar prostat terletak di bahagian depan sebelah dalam anus. Ia boleh dirasa seperti satu bonjolan kecil. Kelenjar prostat ini boleh diurut secara perlahan dan hasilnya akan berlaku pengeluaran cecair jernih dari zakar.

Ini akan memberi kenikmatan pada setengah lelaki. Sebelum urutan ini dilakukan , jari perlulah dilubrikasikan dengan sempurna. Seseorang lelaki itu juga perlu berada dalam keadaan yang relaks dan selesa dengan proses urutan ini.

Di harap dengan maklumat yang diberi ,ia dapat membantu anda dan pasangan berhubung zon erotik lelaki. Sudah semestinya dengan stimulasi zone erotik ini akan merangasang seorang lelaki melakukan persetubuhan yang hebat.

13 August 2012

HUKUM HUBUNGAN SUAMI ISTERI DI BULAN PUASA

HUKUM HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI DI BULAN PUASA

Keluar air mani di bulan puasa
Adakah terbatal puasa setelah bangun dari tidur dan didapati telah keluar air mani akibat bermimpi?

Jawapan
Tidak batal puasa tersebut. Apabila keluar air mani kerana bermimpi adalah bukan perkara yang disengajakan.

Bersetubuh waktu siang Ramadhan

Pada 1984, saya dan suami pernah bersama pada waktu siang bulan Ramadan. Adakah kami dikenakan kafarah kerana ketika itu kami jahil mengenai agama. Bagaimanakah kiraan dan kepada siapakah perlu kafarah itu diberikan kerana tempat kami tiada fakir miskin?
Sekian Terima Kasih.

Jawapan.
Bersama atau bersetubuh ketika siang hari bulan Ramadan adalah dilarang. Suami isteri hanya boleh bersama setelah berbuka puasa. Walau jahil mengenai agama, kafarah tetap dikenakan setelah diketahui perkara ini berdosa. Kafarah bagi mereka yang melakukan persetubuhan ialah sama ada memerdekakan seorang hamba atau puasa dua bulan berturut-turut tanpa ada selang seli atau memberi makan kepada 60 fakir miskin. Walaupun sudah berlalu puluhan tahun, kafarah ini tidak berganda dan masih sama. Pasangan perlu mencari fakir miskin di daerah lain jika di tempatnya tiada fakir miskin. Sekarang ramai lagi fakir miskin yang boleh dibantu.

Bersetubuh/berjimak di bulan puasa
Pada bulan puasa yang lalu, saya dan isteri melakukan persetubuhan melepasi imsak.

Apakah hukumnya?
Bagaimana cara bagi saya untuk menggantikan puasa tersebut?

Jawapan

Hukum bersetubuh di dalam bulan puasa haram hukumnya dan di kenakan kaffarah (Kaffarah hanya dikenakan kepada lelaki sahaja) seperti berikut:-
  • Memerdeka seorang hamba(sudah tiada)
  • Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah,
  • Menberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi.
  • Wajib qadha puasa yang terbatal kerana bersetubuh tersebut.

Hukuman/denda dikenakan kepada yang melakukan persetubuhan (sah) di bulan Ramadhan

Berhubung dengan persoalan yang telah saya kemukakan sebelum ini, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukuman atau denda yang dikenakan oleh Islam kepada orang yang melakukan hubungan intim (yang sah) semasa dalam puasa di bulan Ramadhan.

1) Apakah hukuman yang dikenakan kepada lelaki dan juga perempuan yang melakukan hubungan tersebut?

2) Macam mana hendak melakukan hukuman tersebut, contohnya yang melibatkan puasa 2 bulan.. macam mana niat untuk puasa tersebut?

3) Bolehkan wang digunakan sebagai ganti untuk secupak makanan asasi dan wang tersebut diberikan kepada pihak tertentu contohnya pihak masjid, majlis-majlis agama untuk mereka serahkan kepada fakir miskin atau senasib?

4) Adakah ada hukuman tambahan andai tidak sempat ‘membayar’ hukuman tersebut dalam tahun pertama membuat kesalahan, maksudnya telah sampai ramadhan yang kedua dan seterusnya (puasa yang ditinggalkan telah diganti cuma denda sahaja yang belum dilaksanakan)?

Jawapan :
Persetubuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam keadaan berpuasa adalah dikenakan kaffarah iaitu :
- Memerdekakan seorang hamba jika mampu dan ada.
- Berpuasa 2 bulan berturut-turut
- Mengeluarkan 60 cupak beras jika tidak mampu berpuasa.

2. Niat puasa kaffarah hendaklah dilakukan pada malam hari kerana ia termasuk dalam puasa yang wajib.
Niatnya ialah :
" Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah".

3. Boleh diberikan kepada pihak masjid atau umpamanya jika saudara yakin kaffarah tersebut boleh disampaikan ke dada fakir miskin. Untuk lebih mudah bayar kepada Lembaga Zakat.

4. Seelok-eloknya hendak bayar kaffarah tersebut dengan segera dan diqada’ sehari puasanya secepat mungkin seelum sampai tahun yang berikutnya. Jika melangkau ke tahun yang berikutnya maka dia wajib mengqada’ sehari puasanya dan membayar secupak beras fidyah dan 60 cupak beras kaffarah.

Makruh lambatkan mandi wajib
Bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib selepas bersama dengan suami pada malam hari pada bulan Ramadan?

Jawapan.
Waktu yang paling sesuai untuk mandi wajib ialah sebelum terbit fajar, iaitu sebelum masuk waktu subuh. Waktu subuh tempohnya pendek dan solat yang afdal ialah solat yang dilakukan pada awal waktu. Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makruh. Ini kerana apabila seseorang itu berada dalam hadas besar maka banyak perkara yang tidak boleh dilakukannya seperti membaca Al-Quran, solat dan sebagainya.

Justeru, adalah dituntut seseorang yang berhadas besar agar segera menyucikan dirinya dengan mandi wajib. Secara fitrah, naluri insan seseorang itu tidak suka dirinya berada dalam kekotoran. Orang berhadas besar tidak berapa selesa berbanding dengan waktu dia bersih daripada hadas besar.

Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan Ramadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada malam hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga keluar air mani.

Pandangan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan melihat kepada apa yang diberitakan oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Aisyah dan Ummu Salamah yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah dalam keadaan junub ketika masuk waktu fajar kemudian baginda mandi (mandi selepas masuk waktu solat subuh). (al-Lu’lu’ wa al-Marjan, jld, 2, hlm, 11, al-Bukhari dan Muslim)

MY FIRST TIME: MALAM PERTAMA KAHWIN

MY FIRST TIME: MALAM PERTAMA KAHWIN
Perkahwinan Menurut Islam

Sumber iluvislam.com
Firman Allah yang bermaksud."Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum, ayat 21).

Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.
Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.

Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)

Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya.

Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam sebenarnya tidak menggalakkan umatnya mengambil sikap berkecuali dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya.

Sabda Baginda SAW bermaksud: "Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: "Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak." (Riwayat Ahmad)

Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar.

Apakah yang dikatakan perkahwinan itu? Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy meletakkan definisi perkahwinan atau al-nikah sebagai 'satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.'

Menerusi definisi ini, beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:

# Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

# Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.

# Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.

# Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.

# Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.

# Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.
You might also like:

MY FIRST TIME: PENGALAMAN MALAM PERTAMA

MY FIRST TIME: PENGALAMAN MALAM PERTAMA

Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. "Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya.

Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. "Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang." Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

"Abang nak ke mana tu?" Soalku. "Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi." Jawabnya.
"Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan.
"Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. "Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya."

my first time

Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah.
Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

my first time info

"Bila Ana turun?", soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja, "Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang."
"Maafkan abang sayang", Dia menghampiriku. "Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.
Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.

"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita", Rungkutku tersipu-sipu.
Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. "Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang." Jawabnya tersenyum.
"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi." "Betul ni?" Soal suamiku cepat-cepat. "Ish..Gatal la abang ni!", Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.
Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu.
Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu, masih ada sedikit rasa takut di hatiku.
Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.
"Apa yang Ana menungkan ni?" Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.
"Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk.
Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. "Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.
"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu.

Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
"Sayang…" Seru suamiku sambil merangkul tubuhku, "Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu.
Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. "Ana ikut aje ke mana abang nak bawa." "Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.
"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.

"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda. "Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
"Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?" "Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa.
Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. "Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."
"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup."
Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. "Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil. "Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya.
Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.
Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan.

Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku.
Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali.
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup.
Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri.
Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja.

Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
"Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu?
Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku.

Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.
"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."
"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan."
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami.
Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari.
Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?

Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.
"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan.
Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. "Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?"
Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.
Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.

"Habis tu apa yang sayang menungkan ni?", "Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.
"Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.
"Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.."
Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku.
Terkebil-kebil mataku memandangnya.

"Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang!
"Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. "Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit."
Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air.
Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang.
Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.
"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.
Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
"Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. "Pasal peminangan tu." Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu.
Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.
"Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya.

Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.
Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu.
Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini?
Hanya emak yang tahu hakikatnya.
"Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis.

Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.
"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.
"Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku.
Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

"Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu.
"Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.
Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air.
Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka.

Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. "Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
"Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.
"Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar.
Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah.
Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa.
Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.
"Bang…."Seruku. "Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. "Malam ni abang nak…..nak….."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu.
Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum. "Ah..abang ni…"Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya.
Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.
"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku. "Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.

Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya.
Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.
Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang.
Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya.

Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku.
Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya.
Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku.
Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.
Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.
Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.
Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu.
Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya.
Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya.

Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu.
Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu.
Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti.
Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini.
Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.
Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. "Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya.
Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.
"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.
"Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat.
Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.

Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. "Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya. " Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.."
"Zul sakit ke?" Tanya ayah. "Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya. "Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak. "Nanti Ana ambilkan ubat."
Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku.
Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk.

Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. "Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk. "Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang." " Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah."
"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan."
"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.", Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.
"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.
"Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea" "Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan. "Abang tidurlah."

Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya.
Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika.
Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku.
Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.
Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi.
Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang.
Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu.
Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya.
Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya.
Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk.

Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap!
Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami.
Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu.
Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.
"Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.
Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil.
Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini.

Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.
"Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku."
SUMBER ILUVISLAM.COM

MY FIRST TIME: SUAMI LESU ISTERI KAKU

MY FIRST TIME: SUAMI LESU ISTERI KAKU

KIRA-kira 75 peratus wanita berkahwin menganggap sikap suami yang terus tidur atau beredar dari tempat tidur selepas bersetubuh sebagai satu masalah kerana mereka tidak suka perangai sedemikian. Mereka lebih suka suami memeluk atau membelai mereka selepas melakukan aktiviti itu atau sekadar berbual mesra.

Malah, wanita juga sensitif dengan suami yang tidak banyak berbicara selepas berkahwin kerana mereka inginkan teman untuk berbual, terutama perkara berkaitan peribadi.

Bagi mereka, suami yang bersikap sedemikian hanya mementingkan diri. Lebih buruk lagi, ada wanita hilang nafsu kepada suami hanya disebabkan masalah berkenaan.

Ini menyebabkan aktiviti seksual yang dilakukan hanya sekadar menunaikan tanggungjawab, menyebabkan mereka sukar mendapat kepuasan.

Tidak dinafikan, bagi kebanyakan lelaki, kemesraan dalam pandangan mereka ialah seronok dengan keintiman seksual. Jika ini yang difikirkan kaum Adam, jelas mereka salah.

Keseronokan bukan sekadar hubungan seksual semata-mata, malah lebih daripada itu. Berbual dengan pasangan anda juga satu keseronokan.

Sikap lelaki seperti ini bukan hanya ketika aktiviti seksual, tetapi untuk apa saja perbuatan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika mereka membaca surat khabar, apa yang dibualkan oleh pasangan jarang mendapat perhatian.

Walaupun mereka dengar, namun hanya sekadar begitu tanpa sebarang perhatian kerana tumpuan utama mereka ialah surat khabar. Ini menimbulkan rasa kurang senang isteri yang mahukan perhatian ketika mereka berbual.

Berdasarkan kajian, jika seseorang lelaki menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara, yang lain akan menjadi kabur kepada mereka.

Semua yang saya jelaskan tadi ialah sifat semula jadi lelaki dan bukan perkara yang disengajakan.

Seorang isteri akan mendapati banyak lagi perbezaan di antara diri mereka dengan suami kerana selain sifat semula jadi lelaki, banyak lagi sifat yang mungkin membuat seorang isteri kurang senang, seperti tabii pembawaan daripada keluarga, alam sekitar dan pengalaman.

Sehubungan itu, wanita perlu banyak bersabar menempuhinya. Sifat semula jadi memang sukar diubah, tetapi bukan mustahil dengan kebijaksanaan seorang isteri ia boleh diubah.

Nasihat saya ialah, paling penting jangan cepat putus asa. Berusahalah mengubah sifat semula jadi pasangan anda.

30 November 2011

Orgasma Pengukur Kepuasan Seks

Orgasma Pengukur Kepuasan Seks
oleh Bintu Rasyada A. Rahman

Hubungan seks bermaksud hubungan kelamin antara dua individu berlainan jantina. Orgasma pula bermaksud mencapai kemuncak kepuasan syahwat ketika melakukan hubungan seks atau lebih mudah disebut klimaks.


Ia adalah dua perkara yang berbeza. Setiap pasangan yang melakukan hubungan seks belum pasti memperoleh orgasma. Bagi lelaki, ia merupakan perkara biasa ketika melakukan hubungan kelamin namun wanita pula sebaliknya.

Ada wanita yang mencapai orgasma setiap kali melakukan hubungan namun peratusannya sangat rendah, ada juga yang hanya sesekali dan jangan terperanjat, jika ada yang langsung tidak pernah merasainya.


Kajian di Malaysia

Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Durex pada tahun 2007/2008 di kalangan pasangan suami isteri di Malaysia, hanya 25% wanita yang melakukan hubungan kelamin mencapai orgasme berbanding lelaki 62%.

Kajian itu juga menunjukkan hanya 58% wanita berpuas hati dengan intensiti orgasma mereka berbanding lelaki iaitu 66%. Kajian tersebut mendedahkan wanita Malaysia ketinggalan dari segi pengalaman orgasma berbanding wanita Sepanyol (52%), Mexico (51%) dan Afrika Selatan (49%).

Kebaikan Orgasma

Orgasma membantu menyuburkan kesihatan seksual. Ia adalah sesuatu yang sepatutnya dikecapi oleh seseorang wanita. Katakan kepada suami anda, saya mahukannya kerana ia adalah hak saya.

Kesihatan seksualiti yang baik mempengaruhi fikiran, perasaan, tindakan dan perhubungan seperti juga kesihatan mental dan fizikal. Jangan terperanjat andai seks yang baik mampu menjana prestasi kerja yang lebih bagus.

Faktor Tiada Orgasma

Faktor utama mengapa wanita Malaysia sukar mencapai orgasma banyak dipengaruhi oleh kepercayaan masyarakat kita.

Bagi orang timur, berbicara mengenai seks adalah sesuatu yang tabu dan memalukan. Ilmu mengenai pendidikan seks tidak dibincangkan secara terbuka, kerana itu masyarakat kita terutama wanita tidak mendapat gambaran sebenar mengenai hubungan seksual yang sewajarnya.

Sudah menjadi adat orang Timur mengharapkan anak mereka 'faham' sendiri mengenai perkara berkaitan seks tanpa mahu memberi panduan mengenainya. Apabila berumah tangga, seandainya mereka tiada komunikasi yang baik antara suami isteri, masalah ini akan berlaku.

Faktor umur juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap orgasma individu, begitu juga dengan faktor kesihatan, pengalaman peribadi dan hubungan suami isteri.

Tahap seksualiti pula bergantung kepada sistem hormon, neurologi dan vaskular (salur darah). Organ seks sebenar yang paling penting dalam menentukan kebolehan untuk mencapai orgasma adalah otak.

Hubungan intim mempengaruhi kitaran tindakbalas seks wanita. Ia bermula dengan keintiman emosi yang menjadi motivasi kepada seksualiti neutral wanita. Seterusnya ia merangsang seks yang mana faktor psikologi dan biologi memainkan peranan untuk meningkatkan tahap seks.

Keinginan seks akan meningkat lalu mencapai tahap kepuasan fizikal dan emosi.

Kitar Tindak Balas Seks Wanita

1. Peringkat pertama adalah keterujaan atau ransangan yang mana dicetuskan oleh stimulasi psikologi dan fizikal. Tanda-tandanya adalah perubahan emosi, peningkatan kadar denyutan jantung, respirasi dan penebalan dinding serta pengeluaran pelincir dari vagina.

2. Pengekalan rangsangan dipanggil plateau iaitu tahap kedua. Vagina akan menebal, kadar denyutan jantung dan ketegangan otot meningkat sekali gus stimulasi akan berterusan. Payu dara akan membengkak, puting payu dara menegang dan uterus terbenam.

3. Akhir kemuncak adalah orgasma.

4. Fasa terakhir adalah resolusi melibatkan pengaliran darah dari vagina ke seluruh tubuh, pengecutan payu dara dan puting payu dara serta penurunan denyutan jantung, respirasi dan tekanan darah.

Malam Baik, Pagi Baik

Orgasma adalah sensasi menakjubkan. Ada pendapat yang mengatakan bahawa malam yang baik mengundang kepada pagi yang baik di pejabat.

Orgasma disebut juga sebagai destinasi terakhir dalam setiap hubungan seksual.

Ironinya, tekanan yang kita letakkan pada diri untuk mencapai orgasma boleh memacu kita untuk mendapatkannya.

Sebaliknya, jika kita tidak fikirkan sangat mengenai orgasma dan tidak belajar bagaimana untuk memperolehnya (teori dan praktikal), peluang untuk memperoleh nikmat hubungan seksual termasuk orgasma samar.

Jenis dan Intensiti Orgasma

Orgasma terbahagi kepada 3 jenis iaitu klitoris orgasma, orgasma dan gabungan kedua-duanya.

Orgasma vagina berlaku ketika stimulasi di titik G (G-spot) menyebabkan orgasma tercapai lalu melibatkan sistem uterus dan juga reproduksi.

* Tempoh dan intensiti orgasma berbeza antara seorang wanita dengan seorang yang lain dan satu pengalaman dengan pengalaman yang lain.

* Orgasma berbeza antara satu pengalaman singkat yang cepat hilang berbanding sensasi pengalaman menakjubkan dalam tempoh sedikit panjang, hingga kemuncak nikmat.

* Wanita biasanya mengambil masa yang lama untuk mencapai tahap orgasma.

Punca Sukar Mencapai Orgasma

Selain persekitaran, faktor utama yang menyebabkan wanita sukar mencapai orgasma adalah disfungsi seksual. Masalah ini berlaku di kalangan 20 hingga 50% wanita.

Ia melibatkan banyak faktor - biologi, psikologi dan personaliti. Juga tekanan emosi dan fizikal termasuk peningkatan umur. Termasuk juga masalah keinginan seksual, sukar mencapai kepuasan, orgasma dan sakit ketika melakukan hubungan seks.

Masalah keinginan seks terbahagi kepada dua iaitu masalah keinginan seks hipoaktif dan masalah tidak suka seks.

Masalah kesakitan pula antaranya dyspareunia (kekeringan bahagian labia), vaginismus (jangkitan kulat vagina) dan lain-lain masalah kesakitan.

Dari segi biologi, faktor jantina dan umur, endokrin, kemurungan, kesihatan keseluruhan dan perubatan memainkan peranan.

Masalah emosi dan berkaitan tekanan, penderaan seks dan konflik hubungan antara faktor psikologi yang sering berlaku.

Selain itu, masalah pengaliran darah seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, paras kolestrol tinggi, merokok menyebabkan orgasma sukar dicapai.

Masalah hormon seperti menopaus, masalah endokrin, kekurangan hormon selepas bersalin dan diabetes juga boleh menjejaskan orgasma.

Pilihan Rawatan

Mereka yang mengalami masalah mencapai orgasma perlu mendapatkan rawatan sewajarnya kerana ia menjejaskan kesihatan secara keseluruhan.

Pasangan perlu menjalani kaunseling untuk memulihkan semula tahap keinginan seks mereka. Selain itu, dapatkan juga terapi gantian hormon estrogen atau estrogen bersama androgen.

Rawatan bukan hormon seperti menggunakan pelembap atau pelincir ketika melakukan hubungan seks, akupuntur dan terapi herba juga boleh membantu.

Bagi mengurangkan kesakitan, adalah disyorkan agar pasangan bertenang sebelum melakukan hubungan, mempraktikkan senaman Kegel, menggunakan pelincir dan mencuba posisi atau kaedah baru.

Yang paling penting adalah berbincang dengan pasangan. Kembalikan kehangatan ketika baru berumah tangga, barulah anda boleh mencapai kemuncak ketika melakukan hubungan.

Pasangan juga perlu merancang setiap kali ingin melakukan hubungan intim.

Tanamkan dalam fikiran untuk mendapatkan seks yang terbaik, buangkan perasaan tidak selesa dan takut, nikmati masa anda berdua sebaiknya.

Seks Ketika Usia Emas

Usia emas tidak patut dijadikan alasan untuk tidak mengecapi nikmat hubungan seks. Pasangan masih boleh menikmatinya andai mereka benar-benar mahukan dan ia mampu menceriakan hidup mereka.

Pasangan disarankan agar tidak berasa gusar kerana seks pada usia ini memerlukan toleransi masa yang lebih panjang serta memerlukan stimulasi manual yang lebih.

Berbincanglah dengan pasangan. Kongsi apa yang buat anda suka kepada pasangan.

Selain itu, mengingati saat manis berdua ketika baru menjejak kaki ke alam rumah tangga mampu mengembalikan keseronokan bersama.

Ambil masa untuk menjelajah semua aspek keseronokan bersama dengan memaksimumkan kemahiran rasa anda.

09 November 2011

14 Tips Menggoda Suami

1) Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan seperti membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.

2) Cuba rapatkan dada anda ke dada suami dan dakaplah suami anda dengan dakapan penuh nafsu.

3) Mainkan rambut anda ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami. Jangan lupa belai juga rambut, misi atau bulu dada suami anda jika ada.

4) Buat gigitan manja di leher atau bahagian lain tubuh. Gigitan ini boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.

5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.

6) Tatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan.

7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher.

8 ) Hembus nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.

9) Elak menyentuh kelemahan tubuh suami. Tumpukan pada bahagian lain seperti dada, puting atau lengannya yang sasa.

10) Sesekali pakailah pakaian dalam yang jarang dan menampakkan tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan menggiurkan.

11) Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan bahagian-bahagian lain.

12) Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain dari alunan lagu yang syahdu atau klasik, haruman ditubuh juga boleh membangkitkan ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang boleh menyeronokkan suami.

13) Usah terburu-buru dalam hubungan seksual. Ambil masa dan nikmatilah sepuas-puasnya.

14) Jika ingin lebih agresif. Tarik suami ke katil dan bertindak dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan yang berbeza.

Wanita Mahukan Lelaki ‘Vokal’ Sewaktu Klimaks

Anda sering mendengar bahawa perempuan harus ‘melepaskannya’ untuk mencapai klimaks dan ini memang nasihat yang baik tapi bagaimana dengan anda, seorang LELAKI?

Adakah anda benar-benar ‘melepaskannya’ sewaktu seks? Ramai lelaki yang mengatakan bahawa mereka ‘melepaskannya’. Hampir semua lelaki pancut sewaktu seks, oleh itu pastinya anda klimaks. Benar? Tapi ramai wanita berfikir bahawa lelaki TIDAK ‘melepaskannya’ sewaktu mereka pancut.

Kebanyakkan lelaki hanya mengerutkan wajah mereka dan mengerang kesedapan ketika mereka pancut. Wanita tidak mahu lelaki meraung kepuasan seperti serigala tetapi lelaki harus belajar menjadi lebih ‘vokal’ sewaktu seks.

Mengapa?

Ok, apabila dikatakan ‘vokal’ bukan bererti memekik sekuat-kuatnya. ‘Vokal’ ertinya mengeluarkan kata-kata nakal atau benar-benar menyuarakan apa yang anda rasakan saat anda hendak pancut. Sebahagian besar lelaki hanya mengerang sedikit sahaja dan ini tidak akan memberi kepuasan kepada wanita dan mereka akan merasakan bahawa lelaki itu tidak mendapat kepuasan yang secukupnya. Jadi di sini terdapat beberapa sebab mengapa anda harus lebih ‘keras’ di tempat tidur.

Memang betul, wanita juga ada ego!

Inilah yang mereka fikirkan jika lelaki senyap atau tidak ‘vokal’ ketika pancut…

• dia puas atau tidak?

• Dia hampa dengan aku?

• Apa yang mengganggu fikirannya?

Namun apabila lelaki BENAR-BENAR mengerang atau ‘vokal’ seperti “Yeahhhhhh! Sedapppp!!”, maka wanita akan berfikir begini…

• Akulah dewi seks yang terbaik!

• Oh ya sayang, kenikmatan ini tidak akan sayang dapat di tempat lain!

Ramai wanita di seluruh dunia setuju bahawa jika mereka ‘melepaskannya’ dan BENAR-BENAR mengerang kepuasan saat mereka klimaks, mereka mendapat kepuasan dan kenikmatan yang lebih dahsyat, klimaks yang amat seronok sekali. Oleh itu, lelaki juga harus ‘melepaskannya’ dan menikmatinya!

Jadi, jika anda agak kebingungan atau keliru apa yang harus anda raungkan dengan suara keras, berikut ada beberapa contoh untuk dicuba.

1) Sedapnya sayang… Oh ya sayang sedapppp!!

2) Ketatnya sayang…sedapppp. Lagi sayang lagi!!!

3) Oh [masukkan namanya di sini], Oh [masukkan namanya di sini], [namanya]!!!!!

Selamat mencuba…

PETUA MENCAPAI KEMUNCAK SEKS WANITA

PETUA MENCAPAI KEMUNCAK SEKS WANITA  (ORGASME) & PENGETAHUAN TENTANG KEMUNCAK SEKS WANITA (ORGASME).

Orgasme pada kaum wanita telah menjadi perbicaraan yang menarik perhatian, bahkan banyak dibahas dalam buku-buku seks ilmiah. Sejak terbitnya karya Masters and Johnson sekitar tahun 1960-an maka dongeng dan rahsia sekitar persoalan orgasme telah lenyap dan terungkap.

Sekarang telah diketahui bahawa meskipun pengalaman orgasme itu terpulang pada setiap individu namun proses jasmaniah orgasme itu sentiasa sama.

Bagaimana Wanita Mencapai Orgasme
Kaum wanita mempunyai cara yang berbeza-beza reaksi terhadap rangsangan hubungan kelamin. Walaupun begitu bukit di mana rambut kemaluan terletak(tundun), bibir kecil dan kelentit, serta liang faraj itu merupakan alat-alat kelamin yang memegang peranan penting. Clitoris atau kelentit merupakan alat-alat kelamin yang memainkan peranan penting. Clitoris atau kelentit itu merupakan bahagian yang paling peka kepada syahwat tubuh wanita. Itulah sebabnya terdapat wanita yang menghendaki rangsangan yang terus-menerus pada kelentit untuk mencapai orgasme. Pada hujung kelentit itu, deria rasanya sangatlah halus dan peka. Sentuhan yang terus-menerus dapat menimbulkan rasa kurang senang atau sakit.

Sebab itu sebahagian wanita menganggap belaian terhadap bahagian yang peka syahwat di sekitar tundun, baik dengan tangan, lidah atau alat penggetar menyeronokkan. Selama berlangsungnya persetubuhan, gerakan zakar yang keluar masuk liang faraj itu boleh menimbulkan rangsangan terus-menerus terhadap kelentit. Ini kerana ia dapat menggerakkan labia minora atau bibir kecil ke atas kelentit.

Merasakan Kemuncak Tahap Orgasme

Jangka waktu untuk mencapai orgasme itu berlainan pada setiap wanita. Begitu juga berbeza menurut keadaan dan suasana. Sesaat sebelum terjadinya orgasme maka akan terasa ketegangan selama 2-4 detik pada saat otot-otot kecil pada sekeliling faraj dan rahim itu mulai mengendur. Ini diikuti oleh orgasme itu sendiri yang biasa berlaku selama 10-15 detik. Ia terasa seperti suatu pengenduran otot secara berirama dan berturut-turut yang terjadi tiap
0.8 detik tiap gelombangnya. Mula-mula terasa sekeliling satu pertiga hujung luar faraj dan menjalar sampai dalam rahim. Rahim dan dubur pun ikut kempat-kempot.

Suatu orgasme yang lunak terjadi 3-5 kempotan. Orgasme yang kuat terjadi
8-12 kempotan. Ketika berlakunya orasme itu otot-otot perut, betis, lengan, wajah, kaki dan leher ikut menegang. Selepas itu semua keadaan badan wanita itu kembali lagi pada keadan normal diikuti rasa lega, santai dan penuh kedamaian.

Orgasme Berganda

Berbeza dengan kaum lelaki, kaum wanita mampu mencapai orgasme berganda. Maksudnya orgasme yang berlaku kali kedua tidak lama setelah orgasme pertama. Sekiranya wanita itu dapat mempertahankan nafsu berahinya pada tingkat memuncaknya ia dapat melanjutkan orgasme pada kali kedua bila terus dirangsang. Ada wanita mengalami orgasme sampai 3-5 kali hanya dalam waktu beberapa minit. Bahkan ada yang boleh mencapai 12 kali orgasme dalam satu jam.

Di antara sebab hubungan seks antara suami-isteri yang sangat dihajatkan adalah kepuasan orgasme kedua-dua pihak. Ini adalah tujuan utama orang mengikatkan diri dalam perkahwinan. Tanpa adanya orgasme dalam setiap hubungan seks tentu akan menimbulkan berbagai akibat kejiwaan yang boleh merosakkan hubungan pasangan suami-isteri.

Kenyataan menerangkan ramai suami-isteri yang terpaksa berpisah atau melakukan penyelewengan seksual kerana tiadanya kepuasan dalam hubungan seks. Kepuasan itu ditandai dengan orgasme atau difahami sebagai kemuncak kenikmatan.

Baik orgasme itu secara beruntun, dari pihak lelaki dahulu dan kemudian disusuli isterinya atau secara serentak bersama. Orgasme yang dapat dicapai secara bersama adalah yang paling baik dan ideal. Hampir semua lelaki mengalami orgasme setelah mengalami rangsangan seks. Pada wanita pula tidak ramai yang dapat mengalami orgasme.

Orgasme adalah puncak syahwat persetubuhan dan merupakan respons yang menyenangkan dan melegakan. Ia adalah puncak dari kepuasan fisiks dan emosi dalam aktiviti seksual. Kemuncak kenikmatan ini ditandai dengan terjadinya pancaran mani yang sangat kuat pada pihak lelaki.

Orgasme pada lelaki adalah ejakulasi sperma. Vas Deferens, Vesikula Seminalis dan kelenjar prostat berkonstraksi dengan hebatnya seraya memancarkan isinya ke dalam urethra yang kemudian memancutkan sperma. Selama orgasme cecairan ini dipancarkan melalui zakar oleh konstraksi-konstraksi berirama dari otot-otot sekitarnya. Jumlah konstraksi-konstraksi itu berbeza pada setiap individu, tetapi lazimnya antara

10-12 konstraksi. Sejumlah sperma kira-kira satu sudu kecil atau menurut penyelidikan moden 5cc.

Tanda orgasme pada wanita yang merupakan puncak seksualnya adalah gerakan-gerakan berirama dan tak sengaja dari alat kelaminnya. Reaksi-reaksi banyak bergantung pada bilangan vulva terutama di sekitar faraj dan kelentit. Faraj pada waktu itu berkerut dan kadang-kadang otot-otot lain ikut mengejang. Dalam pada itu terjadi getaran seluruh tubuh dan sensasi-sensasi menghisap dari lubang faraj.

Mencapai orgasme yang ideal tidaklah semudah yang dibayangkan. Tugas ini ditanggung oleh pihak suami. Biasanya di dalam proses bersetubuh suamilah yang terlebih dahulu mencapai orgasme sedangkan isterinya mungkin belum apa-apa. Oleh sebab itu keperihatinan suami di dalam menahan air mani sangat diperlukan. Jika mereka tidak mahir dalam hal ini suami akan menyebabkan isteri mengalami gangguan emosi seperti murung.

Dr. Robie dalam bukunya The Art of Love yang dikutip dari buku Percintaan Suami Isteri karangan A. Rifa'ie Ali menulis: "Terlampau cepat keluar air mani selain memberi malu kepada suami, bahayanya tiadak kurang pada isteri kerana dia telah meninggalkan isteri itu sebelum mendapat kepuasan yang biasa. Ada lelaki yang beberapa kali keluar air mani sebelum isteri cukup terbangkit keberahiannya. Dan yang terjadi ialah sebelum dia tercapai orgasme. Maka tinggallah dia dalam keadaan resah-gelisah belum kunjung puas yang akhirnya membawa bermacam-macam penyakit antara lain lain, tidak boleh tidur, pemarah, histeria, sakit saraf yang berkaitan penyakit orang perempuan".

Ellis dalam bukunya Sex in Relation to Society telah mengutip pendapat seorang pakar sakit puan (gynaecologist) berbangsa Austria, dia mengatakan bahawa di dalam setiap 100 orang perempuan yang menderita sakit dalam rahim, daripada yang berubat kepadanya didapati 70 orang menderita lantaran sakit rahimnyaterlalu penuh berisi darah. Keadaan rahim yang begini menurut pengetahuan ilmiahnya adalah hasil daripada persetubuhan yang tidak disempurnakan.

Dari keterangan-keterangan di atas maka benarlah sabda-sabda Rasulullah s. a. w. yang menganjurkan agar memerhatikan keadaan isteri sewaktu diajak bersetubuh. Janganlah lekas terburu-buru mengakhiri persetubuhan selagi isteri belum berhasil mencapai orgasme.

Sabda Rasulullah s. a. w:

"Apabila seseorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya, maka hendaklah ia menyempurnakan (isterinya). Jikalau ia mendahului isterinya, maka janganlah ia mempercepat (meninggalkan)isterinya  itu".

(Hadis riwayat Abu Yaqla dari Anas)

Sabda Rasulullah s. a. w:

"Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka hendaklah ia menyempurnakannya. Kemudian bila ia telah selesai elah selesai hajatnya (orgasme) sebelum selesai hajat isterinya maka janganlah ia mempercepatkan (meninggalkan) isterinya itu hingga selesai pula hajat isterinya itu".

(Hadis riwayat Abdul Razak & Abu Yala dari Anas)

Sabda Rasulullah s. a. w.:

" Apabila seorang dari kalian bersetubuh dengan isterinya maka janganlah ia menyingkir hingga selesai hajatnya selesai hajatnya sebagaimana ia mendapat nikmat dari hajatnya".

(Hadis riwayat Ibnu Adiy dari Ibnu Abas)

Dari hadis Rasulullah s. a. w. tersebut maka seharusnya suami berusaha agar mencapai orgasme yang  ideal samaada secara bersama-sama, ataupun secara meruntun saling susul-menyusul sewaktu bersetubuh. Itulah sebabnya imam Ghazali di dalam kitabnya ihyaa'ulumiddin, menasihati suami muslim agar kalau bersetubuh selalu memerhatikan isterinya ataupun menahan ejakulasinya sehingga isterinya dapat mencapai orgasme.

Berapa lamakah persetubuhan yang boleh mendatangkan kepuasan? Banyak pendapat mengenai hal ini diketengahkan. Ada orang lelaki yang boleh bertahan lama sewaktu persetubuhannya. Contohnya selama 15 minit, 20 minit bahkan ada yang lebih lama lagi tanpa ejakulasi. Tetapi yang jelas faktor faktor seperti lama seseorang lelaki dapat mengawal reaksinya tanpa disusuli ejakulasi; sukar atau tidaknya wanita mencapai orgasme; kehebatan nafsu seksual mereka masing-masing; kekerapan melakukan hubungan kelamin dan lain-lain faktor banyak mempengaruhi tempoh lamanya sesuatu persetubuhan boleh berpanjangan.

Biasanya persetubuhan berlangsung selama 3-5 minit. Menurut Stekel jarang sekali seseorang lelaki dapat mempertahankan persetubuhannya lebih lama dari 5 minit. Sedang menurut Dickinson kebanyakan lelaki mempertahankan ereksinya tanpa disusli ejakulasi selama 5-10 minit. Sedangkan wanita pula boleh mencapai 10-20 minit. Akan tetapi dengan rangsangan tangan dengan vibrator atau dengan oral genital stimulation seseorang wanita biasanya dapat mencapai orgasme dalam masa empat minit.

Untuk memanjangkan waktu persetubuhan supaya kedua-dua suami-isteri dapat mencapai kepuasan orgasme pihak suami perlu mengambil langkah-langkah tertentu. Alternatif pertama ialah mereka boleh mendapat pertolongan doktor untuk memberikan ubat-ubatan yang diminum atau ubat pemati-rasa. Akan tetapi cara ini ada kesan sampingan dan bersifat sementara. Kesan sampingan adalah kemungkinan berlakunya impoten seandainya kerap menggunakan ubat-ubatan.

Alternatif kedua pula lebih menitikberatkan kemampuan semulajadi seperti cara-cara berikut. Menahan cepatnya keluar air mani dapat dilakukan dengan memerhatikan langkah-langkah berikut:

1. Setelah zakar dimasukkan ke liang faraj, maka buatlah gerakan turun-naik secara perlahan-lahan dengan diselangi istirehat.

2. Alihkan perhatian kepada soal-soal lain sewaktu sampai masanya air mani dirasakan akan keluar. Umpamanya cuba ingatkan tentang urusan serius sewaktu pejabat. Tegasnya isikanlah benak dengan hal-hal yang dapat mengalihkan pandangan dari tumpuan untuk mengeluarkan air-mani. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kekenduran pada batang zakar, dan apabila ini berlaku bolehlah disambung lagi pada gerakan untuk merangsang balik zakar. Demikian seterusnya sehinggalah isterinya mencapai orgasme. Kalau cara ini dapat dilaksanakan pasti suami dapat bersetubuh dalam waktu yang lama di mana isterinya beruntung kerana dapat mencapai orgasme dan nikmat sepuas-puasnya. Sehubungan dengan itu Stoppes berkata

"Selamanya tak boleh dilupakan bahawa dengan tidak mendisiplinkan fikiran dan badan sendiri tidaklah akan dikecap kenikmatan di dalam pengalaman nafsu berahi. Kesedapan yang penuh biarpun hanya jasmani semata-mata cuma boleh direbut oleh orang yang pandai memotong tujuh perjalanan nafsunya".

3. Menahan nafas sewaktu merasakan akan keluarnya air-mani akan melambatkan pengeluarannya kerana zakar akan menjadi keras.

Perlu diketahui bahawa mani itu mudah keluar kalau keadaan zakar adalah tidak cukup keras. Tetapi kalau sempurna keras dan tegangnya, sukarlah air mani berlalu. Dengan menahan nafas dengan sendirinya zakar yang sedang dalam keadaan ereksi menjadi semakin tegang. Ini disebabkan oleh kerana udara yang  masuk berkumpul ke dalam dada dan perut agak banyak. Apabila ditahan di dalam perut maka pengaruhnya mendesak darah menuju ke zakar sehinggakan zakar akan menjadi semakin keras dan kembung. Kekembungan inimenekan lubang zakar tadi serapat-rapatnya sehingga Aliran tempat lalunya air mani terhambat dan tidak dapat keluar.

Alternatif ketiga adalah dengan memakai kondom sewaktu bersetubuh. Dengan demikian rasa pergeseran batang zakar di dalam liang faraj tidak begitu merangsang. Walaubagaimanapun cara ini tidak begitu disenangi baik dari pihak suami mahupun isteri.

Alternatif keempat ialah melakukan latihan-latihan guna menguatkan dan mengetatkan otot-otot pada dubur dan pada otot-otot yang membentang dari dubur sampai ke scrotum (kantung pelir) lelaki.

Alternatif kelima pula merupakan mengambil posisi duduk atau posisi lelaki di bawah dan dan perempuan di atas. Kedua teknik di atas memungkin tekanan pada kelentit yang merupakan pusat rangsangan yang dapat dikemudikan oleh pihak wanita. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk wanita mencapai orgasme.

Cara-cara di atas yang telah dibentangkan merupakan kaedah-kaedah untuk mencapai orgasme yang ideal. Akan tetapi berjaya atau tidaknya mempraktikkan cara-cara ini bergantung pada individu itu sendiri. Yang lebih baik adalah sifat saling bantu-membantu dan faham-memahami. Seperti halnya seorang suami boleh bertanya pada isterinya, apakah ia sudah mencapai orgasme atau masih lama lagi? Seandainya masih lama. Maka suami bolehlah mengatur pergerakannya agar zakarnya tidak begitu terangsang yang mengakibatkancepatnya keluar air mani. Jadi sifat terbuka suami-isteri sangat diperlukan untuk membantu keberhasilan keduanya untuk mencapai orgasme yang ideal.

Perkara yang patut diperhatikan oleh suami sewaktu melakukan persetubuhan ialah jangan lekas-lekas mencabut zakarnya setelah ejakulasi. Perbuatan seperti ini sering diabaikan oleh suami-suami yang kurang mengerti seni dan erti persetubuhan dalam perkahwinan.

Persetubuhan dalam perkahwinan itu dimaksudkan untuk mendapat kepuasan antara suami dan isteri. Berbeza pula dengan persetubuhan luar nikah atau dalam pelacuran. Di dalam persetubuhan jenis ini salah satu pihak menghendaki kepuasan seksual sedang di lain pihak menghendaki bayaran. Jadi wanita pelacur di dalam melakukan persetubuhan sudah merasa puas walaupun belum mencapai orgasme asalkan dirinya  telah diberi wang sebagai imbalannya. Sedangkan persetubuhan yang dilakukan berlandaskan atas dasar cinta-mencintai keduanya menghendaki objektif yang sama iaitu kepuasan yang saksama.

Seorang suami yang bijaksana yang mengerti hal ini ternyata dalam persetubuhannya dengan isterinya jika lebih dahulu cepat keluar air mani, maka dia boleh menangguhkan zakarnya agak lama di dalam liang faraj. Hal ini dimaksudkan agar pihak isteri mempunyai waktu untuk menaikkan suhu berahinya hingga mencapai orgasme.

Cara seperti ini memungkinkan batang zakar walaupun telah ejakulasi akan tetapi ia tetap berereksi sampai beberapa lama. Pada kesempatan ini harus dimanfaatkanoleh suami untuk merangsang isterinya hingga mencapai orgasme.

Betapa bahagianya bila persetubuhan di mana kedua-duanya telah mencapai orgasme dan tidak diputus atau dihentikan seketika itu sahaja. Tapi usahakanlah suami tetap menahan batang zakarnya di dalam liang faraj hingga kendur dengan sendirinya. Dalam keadaan begitu keduanya boleh saling berpelukan dan berdakapan.

Pihak suami perlu mengetahui bahawa membiarkan zakar di dalam liang fajar sesudah ejakulasi bukan hanya menimbulkan rasa kasih sayang yang mendalam antara suami-isteri, malahan mengandungi faedah yang lebih besar dari segi kesihatan terutama bagi suami.

Perlu diingatkan bahawa bahawa setiap kali suami melakukan hubungan seks pasti ia akan keluar air mani. Mani itu adalah sari tubuhnya yang mulia yang terbentuk dari sari-sari makanan yang dimakannnya setiap hari. Jadi setiap kali ia bersetubuh, jadi berkuranglah zat hidup yang sangat berguna bagi kesihatan tubuhnya. Walaupun ganti boleh diperoleh dari dalam tubuhnya ada satu zat yang bersifat "Alkalin" yang boleh digantikan dengan membiarkan ia di dalam liang faraj wanita. Mani wanita penuh berisi dengan zat ini. Para suami yang terdedah kepada pegetahuan ini tidak akan mahu mencabut batang zakarnya sehabis ereksi dari liang faraj isterinya. Mereka akan membiarkan saja batang zakarnya untuk beberapa lama sehinggga ia kendur dan keluar dengan sendirinya. Tindakan ini bagus dan bermanfaat untuk memelihara kondisi badan dan kesihatannya. Ini oleh kerana kulit zakar yang tipis itu akan mudah menyerap zat-zat yang sangat berharga dari badan isterinya, terutama zat alkali. Sehingga habis bersetubuh badannya bukan semakin mundur, sebaliknya semakin sihat kerana kegiatan kerjanya meningkat dan yang lebih penting lagi wajahnya bertambah tampan jauh lebih muda kelihatan dari umurnya yang sebenarnya.

Selain itu Stopes ada menyatakan pendapatnya bahawa di dalam zat-zat yang sama dihisap oleh tubuh kedua pihak dari sari-sari badan pasangan masing-masing, terdapat kuman-kuman hidup yang oleh Prof. Ernest Starling bernama hormon. Pada masa akhir-akhir ini telah diketahui bahawa hormon-hormon itu memiliki dan menjalankan pengaruh yang kuat dalam penentuan sifat dan corak perasaan-perasaan manusia serta tabiatnya. Kesempatan untuk saling bertukaran kuman hormon yang berlangsung dalam perbincangan di atas dianggap akan boleh mengumpulkan sudut-sudut runcing dari budi pekerti kedua suami-isteri. Sehingga jalan pemikiran dan gerak semangat mereka berdua menjadi serasi. Keserasian inilah yang membuat suami-isteri awet muda.

Begitulah persetubuhan yang sempurna, yang dapat mencapai kemuncak kenikmatan atau orgasme yang ideal serta memberi pengaruh yang baik di dalam jasmani dan rohani individu. Jasmaninya sihat, rohaninya sihat yang akhirnya membuahkan rasa tanggungjawab dan kasih sayang di antara satu sama lain.

MANDI WAJIB - PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI WAJIB

MANDU WAJIB ATAU MANDI JUNUB 
PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI WAJIB

Perkara yang mewajibkan mandi wajib atau mandi junub dinamakan sebagai hadath besar sementara yang mewajibkan seseorang mengambil wuduk dinamakan hadath kecil. Bagi ulamak Hanafi perkara yang mewajibkan seseorang mukallaf itu mandi wajib atau mandi junub, sama ada dia seorang lelaki ataupun wanita ada tujuh perkara. Ulamak Maliki pula mengatakan ada empat perkara. Di sisi ulamak Syafiee pula lima perkara sementara di sisi ulamak Hanbali ada enam perkara. la adalah sebagaimana berikut: 

1. Keluar air mani  
Iaitu apabila air mani tersebut terkeluar daripada kemaluan seorang lelaki ataupun wanita, secara seronok mengikut kebiasaan dan dengan terpancut, walaupun semasa tidur ataupun semasa jaga, dengan sebab memandang sesuatu, berfikir dan mengingati atau dengan sebab bersetubuh atau melakukan sesuatu perbuatan terhadap seorang yang hidup ataupun yang telah mati ataupun binatang. Ulamak Hanafi tidak mewajibkan mandi wajib atau mandi junub dengan sebab menyetubuhi orang yang mati, binatang ataupun kanak-kanak perempuan yang tidak memberahikan. air mani adalah air pekat yang keluar memancut sewaktu ketegangan syahwat. air mani wanita pula cair dan berwarna kekuningan. 

Keluar air mazi atau air wadi tidak mewajibkan mandi wajib atau mandi junub. Air mazi ialah air yang putih dan agak jernih dan keluar sewaktu seseorang itu bermesra dengan isteri. Sementara air wadi pula ialah air kencing yang pekat yang keluar pada permulaan kencing. Sebagaimana yang dijelaskan oleh ulamak Syafiee, air air mani boleh dikenali melalui cara keluarnya yang memancut beberapa kali ataupun dengan rasa seronok atau lazat sewaktu keluarnya, diikuti dengan zakar menjadi layu dan patah keinginan syahwat, walaupun tidak memancut dengan sebab sedikit. la juga mungkin keluar dengan warna darah. la juga boleh dikenali melalui baunya. Sewaktu basah ia berbau seperti bau tepung gandum yang diuli dan sewaktu kering pula ia berbau seperti putih telur dan sebagainya. 

Jika seseorang itu keluar air mani nya tanpa memancut dan terasa seronok seperti ia keluar baki daripada air mani selepas mandi wajib atau mandi junub, maka mandi wajib atau mandi junubnya wajib diulang. Kesimpulannya keluar air mani walaupun yang berlaku disebabkan membawa benda berat ataupun terjatuh daripada tempat tinggi ataupun semasa-mata mendapatinya di pakaian, semua itu mewajibkan mandi wajib atau mandi junub menurut ulamak Syafiee, sama ada ia keluar dengan keinginan ataupun tidak, dan sama ada keluar melalui saluran biasa ataupun saluran lain seperti pecah bahagian sulbinya lalu keluar air mani , melainkan jika air mani yang keluar melalui saluran yang tidak biasa itu disebabkan sakit, maka ia tidak mewajibkan mandi wajib atau mandi junub

Ulamak Hanbali berpendapat apabila air mani keluar tidak dengan kelazatan atau dengan syahwat, seperti disebabkan sakit, terlalu sejuk, cedera belakang daripada seseorang yang tidak tidur atau gila atau pitam ataupun mabuk, maka ia tidaklah mewajibkan mandi wajib atau mandi junub. Dengan ini, maka air mani tersebut dikira sebagai najis yang wajib dibasuh semua tempat yang terkenanya. Begitu juga orang yang menghidap penyakit keluar air mani tidak berhenti tidak wajib mandi wajib atau mandi junub. Dia hanya wajib mengambil wuduk sahaja. Seseorang yang mendapati ada air mani di kainnya, maka dia wajib mandi wajib atau mandi junub. Seseorang yang mendapati dia bermimpi, tetapi tidak mendapati keluar sebarang air mani , maka ulamak bersepakat mengatakan hukumnya dia tidak perlu mandi wajib atau mandi junub.

Ulamak Hanafi pula mengatakan sebagai langkah berhati-hati perkara-perkara berikut adalah mewajibkan mandi wajib atau mandi junub, iaitu sekiranya seseorang itu setelah sedar daripada mabuk atau pitam, mendapati kainnya dibasahi dengan yang disangka air mani . Begitu juga sekiranya seseorang itu mendapati air mani nya keluar selepas dia mandi wajib atau mandi junub. Untuk mewajibkan mandi wajib atau mandi junub, ulamak Hanafi mensyaratkan air mani tersebut hendaklah keluar secara memancut dan dengan rasa keinginan, sama ada bagi lelaki ataupun wanita, semasa tidur ataupun semasa jaga. Dengan itu, sekiranya air mani keluar disebabkan memikul beban berat ataupun kerana terjatuh daripada tempat tinggi, maka mandi wajib atau mandi junub tidak wajib. Ini disebabkan maksud junub dalam Surah Al Maidah ialah mereka yang keluar air mani dengan cara syahwat

Para ulamak Hanafi sepakat mengatakan bahawa hukum wajib mandi wajib atau mandi junub hanya bagi air mani yang keluar melalui kepala zakar dengan syahwat. Di sini, timbul perselisihan di kalangan mereka tentang adakah keinginan tersebut disyaratkan bersekali dengan keluar atau tidak? Mengikut pendapat Abu Hanifah dan Muhammad, perkara demikian tidak disyaratkan. Abu Yusuf pula berpendapat ia disyaratkan. 

Perbezaan pendapat mereka ini jelas dalam masalah apabila seseorang itu bermimpi dan mendapati keseronokan, tetapi air mani nya hanya keluar setelah dia mengambil wuduk dan bersembahyang. Dalam kes ini mengikut pendapat Abu Hanifah dan Muhammad dia mestilah mandi wajib atau mandi junub, tetapi tidak perlu mengulangi sembahyangnya. Mengikut pendapat Abu Yusuf pula dia tidak perlu mandi wajib atau mandi junub. Jika seseorang itu mandi wajib atau mandi junub selepas melakukan persetubuhan, sebelum dia tidur, kencing atau berjalan, kemudian air mani nya keluar tanpa syahwat, maka mengikut pendapat kedua-dua mereka mestilah mandi wajib atau mandi junub, tetapi mengikut pendapat Abu Yusuf ia tidak perlu. 

Pendapat kedua-dua mereka dikira lebih cermat kerana berjunub itu adalah memenuhi keinginan syahwat. Oleh itu, apabila ia telah berlaku, walaupun terpisah telah dikira memenuhi pengertiannya. 

Ulamak Maliki sependapat dengan ulamak Hanafi dan Hanbali bahawa air mani yang mewajibkan mandi wajib atau mandi junub ialah yang keluar secara seronok mengikut keadaan biasa. Jika ia keluar tidak secara tersebut, seperti keluar sendiri disebabkan sakit, dipukul, penyakit salas ataupun disengat kala, maka ia tidak mewajibkan mandi wajib atau mandi junub. Dia hanya perlu berwuduk sahaja. Begitu juga jika ia keluar secara seronok, tetapi yang bukan secara biasa, seperti orang yang menggaru gatal atau kurap di zakar nya ataupun digoyang oleh binatang yang ditungganginya ataupun masuk ke dalam air panas, maka dia tidak wajib mandi wajib atau mandi junub, tetapi hanya wajib berwuduk' sahaja. Bagaimana pun dalam masalah berkaitan dengan air panas dan menggaru gatal yang bukan terdapat pada zakar , dia tidak wajib mandi wajib atau mandi junub, walaupun terdapat keseronokan yang berterusan dan membawa kepada keluar air mani , kerana air panas tidak berkaitan langsung dengan keinginan jimak

Adapun di dalam masalah dibuai oleh binatang dan juga menggaru gatal pada zakar , sekiranya dia merasa keseronokan dan berterusan sehingga keluar air mani , maka dia diwajibkan supaya mandi wajib atau mandi junub, kerana kedudukannya hampir kepada keinginan jimak. Seseorang yang tersedar daripada tidurnya dan mendapati pakaiannya ataupun tubuhnya basah dan dia meraguinya sama ada air mani ataupun mazi, maka dia wajib mandi wajib atau mandi junub, kerana dengan adanya keraguan tersebut menyebabkan ia menjadi wajib. Para ulamak sepakat mengatakan bahawa tidak wajib ke atas seseorang perempuan yang terkena air mani di kemaluannya selagi ia tidak menjadikannya mengandung. Mereka juga berpendapat kebasahan yang ada pada faraj itu dikira bersih. Membasuhnya adalah sunat. 

Dalil menunjukkan keluar air mani itu mewajibkan mandi wajib atau mandi junub ialah berdasarkan Hadith Ali bin Abi Talib: Terjemahan: Aku seorang lelaki yang kuat keluar mazi, lalu aku tanya Rasulullah s. a. w. tentang hal itu lalu Baginda mengatakan, "Bagi keluar mazi wajiblah berwuduk dan bagi keluar air mani pula wajib mandi wajib atau mandi junub

Dalam Hadith Ahmad pula menyebut: Terjemahan: Jika air (air mani ) keluar memancut , maka hendaklah engkau mandi wajib atau mandi junub junub dan jika tidak, maka engkau tidak perlu mandi wajib atau mandi junub

Hadith daripada Ummu Salamah pula menyebut: Terjemahan: Bahawa Ummu Salamah telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah S.W.T. tidak malu daripada sesuatu yang benar. Adakah seseorang perempuan itu wajib mandi wajib atau mandi junub apabila ia mimpi bersetubuh?" 

Jawab Baginda, "Ya, sekiranya ia mendapati keluar air (air mani ). 

Ummu Salamah pun menyampuk, Adakah perempuan juga bermimpi?" 

Jawab Rasulullah s.a.w. "Bertuah betul engkau, bagaimana anaknya boleh menyerupainya. Keluar mazi dan keluar wadi tidaklah mewajibkan mandi wajib atau mandi junub. la hanya mewajibkan wuduk serta membasuh kemaluan berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w.: Terjemahan: Setiap lelaki yang keluar mazi ia wajib berwuduk. 

2: Bertemu Dua Tempat Khatan 
Walaupun Tidak Keluar air mani Maksudnya ialah berjunub dengan memasukkan kepada zakar atau kemaluan lelaki atau kadarnya bagi sesiapa yang zakar nya terpotong ke dalam kemaluan (faraj) yang mampu disetubuhi sama ada qubul atau dubur, lelaki ataupun perempuan secara pilihan ataupun dipaksa dalam tidur ataupun jaga. Mengikut pendapat ulamak Syafiee dan Hanbali, mandi wajib atau mandi junub tetap wajib walaupun perkara tersebut berlaku pada seorang kanak-kanak yang belum baligh. Kewajipan ini tidak disyaratkan taklif. Dengan itu, kanak-kanak , orang gila juga dikira berjunub dengan memasukkan zakar nya ke faraj dan kedua-dua mereka wajib mandi wajib atau mandi junub apabila sampai ke tahap sempurna. Seorang kanak-kanak yang telah mumaiyiz dan melakukan mandi wajib atau mandi junub, maka mandi wajib atau mandi junubnya itu dikira sah. Dia hendaklah disuruh melakukannya sebagaimana dia disuruh mengerjakan wuduk. Ulamak Hanbali pula mewajibkan mandi wajib atau mandi junub terhadap kanak-kanak lelaki yang berumur 10 tahun atau kanak-kanak perempuan yang berumur sembilan tahun wajib mandi wajib atau mandi junub apabila mereka melakukan persetubuhan. Apabila mereka mahu melakukan sesuatu perkara yang memerlukan mandi wajib atau mandi junub seperti membaca Al-Quraan dan yang memerlukan wuduk seperti bersembahyang dan tawaf. 

Ulamak Maliki dan Hanafi pula mensyaratkan hendaklah perbuatan bersetubuh itu dilakukan oleh orang yang mukallaf (akil dan baligh). Jika ia dilakukan oleh orang yang belum mukallaf, maka mandi wajib atau mandi junub tidak wajib. Bagaimanapun ulamak Maliki dalam pendapat yang muktamad di kalangan mereka mengatakan, kanak-kanak lelaki yang telah sampai peringkat remaja ataupun kanak-kanak perempuan yang disetubuhi oleh orang yang baligh disunatkan mandi wajib atau mandi junub. Ulamak Hanafi pula berpendapat, remaja lelaki hendaklah ditegah daripada mengerjakan sembahyang sebelum mandi wajib atau mandi junub. kanak-kanak yang telah mencapai umur 10 tahun hendaklah dilatih dengan menyuruhnya melakukan amalan mandi wajib atau mandi junub ini. 

Ulamak sepakat bahawa mandi wajib atau mandi junub adalah wajib dengan sebab persetubuhan ini tanpa disyaratkan keluar air mani , kerana Hadith Aisyah yang bermaksud: "Sesungguhnya air (mandi wajib atau mandi junub) adalah di sebabkan air (keluar air mani )," telah dimansuhkan mengikut ijmak ulamak. Hanya ulamak Hanafi sahaja yang mengecualikan perbuatan menyetubuhi orang mati, binatang dan kanak-kanak kecil yang belum menimbulkan keinginan jika tidak merosakkan daranya, maka mandi wajib atau mandi junub hanya wajib jika keluar air mani . Oleh itu, sekiranya tidak keluar air mani dan kanak-kanak kecil yang disetubuhi itu pula tidak rosak daranya, maka tidak wajib dia mandi wajib atau mandi junub dan mengambil wuduk. Dia cuma perlu membasuh zakar nya sahaja kerana perbuatan ini tidak dikehendaki mengikut tabi'i yang normal. Jumhur pula berpendapat bahawa mandi wajib atau mandi junub tetap wajib dengan melakukan persetubuhan terhadap mayat dan binatang, kerana ia tetap merupakan memasukkan zakar ke dalam faraj sama juga seperti yang melakukan terhadap manusia sewaktu dia masih hidup. Menyetubuhi manusia perempuan yang telah mati termasuk dalam keumuman hadith-hadith yang mewajibkan mandi wajib atau mandi junub seperti yang akan disebutkan. Sama ada persetubuhan itu dilakukan dengan berlapik ataupun tidak, maka mengikut pendapat ulamak Maliki dan Syafiee ia tetap mewajibkan mandi wajib atau mandi junub. Ulamak Maliki berpendapat bahawa wajib mandi wajib atau mandi junub tersebut sekiranya balutan yang meliliti zakar itu tipis. Jika ia tebal, maka mandi wajib atau mandi junub tidak wajib. 

Ulamak Syafiee pula tidak membezakan sama ada balutan itu tipis atau tebal, dia tetap wajib mandi wajib atau mandi junub. Ulamak Hanafi dan Hanbali pula berpendapat, dalam masalah jimak yang dilakukan dengan berlapik adalah tidak wajib mandi wajib atau mandi junub sekiranya tidak keluar air mani seperti dengan membalut zakar nya dengan kain ataupun menyarungnya dengan kondom. 

Ulamak Syafiee dan Hanbali pula mensyaratkan persetubuhan itu dibuat terhadap faraj yang asli. Memasukkan zakar ke faraj yang tidak asli tanpa keluar air mani tidaklah mewajibkan mandi wajib atau mandi junub, seperti seorang lelaki yang memasukkan zakar nya ke qubul seorang khunsa, kerana ia tidak diyakini mempunyai faraj yang sebenar. Begitu juga sebaliknya, seorang khunsa yang memasukkan zakar nya ke qubul atau dubur seorang lain tanpa keluar air mani , kerana tidak terdapat perbuatan memasukkan hashafah yang sebenar dengan yakin. 

Ulamak Maliki dan lain-lain mensyaratkan, hendaklah perbuatan memasukkan zakar itu berlaku terhadap faraj yang mampu disetubuhi. Dengan itu, mandi wajib atau mandi junub tidak wajib sekiranya persetubuhan itu dibuat terhadap faraj yang tidak mampu, ataupun yang bukan faraj seperti menyelitkannya di celah paha atau perut ataupun di celah bibir faraj ataupun hanya dengan bertemu dua khatan tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj dan begitu juga bersetubuh di antara dua wanita tanpa mengeluarkan air mani

Dalil yang menunjukkan wajib mandi wajib atau mandi junub dengan sebab bersetubuh ini ialah firman Allah S.W.T.: Terjemahan: 
Jika kamu berjunub, maka hendaklah bersuci. . (Sarah al-Maidah 5:6 

Begitu juga berdasarkan Hadith-hadith yang banyak di antaranya ialah 
Hadith: Terjemahan: Apabila bertemu dua tempat khatan, maka wajiblah mandi wajib atau mandi junub, walaupun tidak keluar air mani

Dan Hadith lain yang bermaksud: "Apabila seseorang itu berada di antara empat cabangnya kemudian melakukan kerja, maka wajiblah ke atasnya mandi wajib atau mandi junub." Imam Ahmad menambah dengan berkata, "Walaupun tidak keluar air mani ." 

Juga Hadith: Terjemahan: Apabila ia duduk di antara empat cabangnya kemudian bersentuh tempat khatan keduanya, maka wajiblah ia mandi wajib atau mandi junub junub. Imam al-Tarmizi menggunakan ungkapan yang bermaksud: "Apabila tempat khatan melepasi tempat khatan, maka wajiblah mandi wajib atau mandi junub." 

Hadith Ubay bin Ka'ab pula menyebut bahawa fatwa yang mereka katakan dahulu berdasarkan air (mandi wajib atau mandi junub) adalah dengan sebab air (keluarnya air air mani ), merupakan rukhsah yang diberikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. pada permulaan Islam kemudian selepas itu Baginda telah memerintahkan kami agar mandi wajib atau mandi junub. Dalam ungkapan yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi pula yang mana disahkan oleh beliau menyebut bahawa sesungguhnya mandi wajib atau mandi junub hanya apabila keluar air mani itu merupakan rukhsah di awal Islam, selepas itu ia adalah dilarang. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa 

Hadith Rafi bin Khadij yang dicatatkan menurut Ahmad yang menyebut air (mandi wajib atau mandi junub) adalah dengan sebab air (keluar air mani ) telah dimansuhkan. Dan ini menolak pendapat kaum Ansar yang mengatakan mandi wajib atau mandi junub tidak diwajibkan dengan persetubuhan yang tidak mengeluarkan air mani , kerana hadith-hadith yang telah dikemukakan jelas menunjukkan wajib mandi wajib atau mandi junub dengan bertemu dua tempat khatan, sama ada keluar air mani ataupun tidak. Ijmak juga telah terbentuk di kalangan sahabat tentang itu. 

Bertemu dua tempat khatan bukanlah hanya bermaksud keduanya bertemu atau bersentuh, tetapi juga berselisih. Ungkapan ini adalah ungkapan majaz yang bermaksud membenam atau memasukkan hashafah ke dalam faraj. Ini ialah kerana makna khatan ialah tempat di mana dilakukan khatan pada lelaki dan perempuan

Tempat khatan bagi wanita adalah di atas daripada tempat keluar kencing sedang tempat kencing ini berkedudukan di atas lagi daripada tempat masuk zakar . Ulamak Hanbali dan lelainnya menjelaskan bahawa wanita yang mati dan disetubuhi hendaklah dimandi wajib atau mandi junubkan semula. 

Rujukan : Fiqh dan Perundangan Islam Dr Wahbah Al Zuhaili

07 November 2011

Cara Menjawab Soalan Seks Daripada Anak Gadis

3 soalan (18SX) Seorang anak gadis yang cantik bernama Violet telah mencapai umur baligh bertanyakan 3 soalan berbentuk 18SX kepada ayahnya. Ayahnya menjawab 3 soalan tersebut dengan jawapan yang tidak lucah dan bernas.

Soalan 18SX Pertama jom korek-korek
Violet: Ayah, kenapa seorang gadis tidak mahu dirogol oleh lelaki?
Ayah: Kalau Violet berdiri di supermarket, tiba-tiba ada lelaki korek hidung Vio, Vio suka tidak?
Violet: Tidak suka! Memang penampar yang Vio bagi pada lelaki tu.

Soalan 18SX kedua haid wanita
 Violet: Ayah, kenapa kalau time haid, tidak boleh melakukan hubungan seks?
Ayah: Kalau hidung Vio berdarah, Vio mahu korek tidak?
Violet: Eeee..gelilah ada darah.

Soalan 18SX ketiga [glove]
Violet: Ayah macam mana rasanya pakai kondom semasa melakukan hubungan seks? Si Ayah berfikir sejenak, kerana soalan anak gadisnya terlampau 18SX.  Akhirnya si Ayah mendapat jawapan bagi soalan tersebut dan berkata:  

Ayah: Kalau Vio korek hidung pakai sarung tangan getah, bestkah rasanya?
Violet: Mestilah tidak, eee...ayah ni pandailah.

06 June 2011

LAYAN MACAM PELACUR?

Layan macam pelacur - Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar
Sumber: Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.


Senarai komen


M Ridzman
Fikir dari sudut positif la wei...

shila
saya rasa istilah pelacur tu tak sesuai digunakan...rendahnya martabat seorang isteri...

frices
pada sya nk guna istilah apa pun takpa. Janji kita perlu faham mksud dan motifnya. Tetapi Isteri tak perlu jadi spt pelacur utk mngelakkna kecurangan. Yang penting suami perlu ada keimanan.

dina
islam meletakkan darjat seorang isteri itu tinggi, jgn sama kan dengan pelacur..

Arm Enrique Azman
dua-dua kena pandai menguruskan urusan rumatangga masing2.....
sebelum kawin tu dua2 mesti betul2 kenal macam mana sifat pasangan diorang tu...
baru la rumahtangga kukuh smapai akhir hayat...
tak semestinya istri harus layan suami macam pelacur....

inai
Kot ye pun janganla letakkan taraf pelacur untuk puaskan suami.bknkah wanita itu mulia darjatnya? Hidup bkn semata untuk seks.

murshidi nawi
mana boleh iabaratkan isteri mcm pelacur...apa makna pelacur dari istilah bahasa? jgn salah guna perkataan kotor untuk insan yang bergelar isteri....

Tokiyohamidi
Tak paham,kenapa harus diistilahkan isteri sama seperti pelacur.? kita sendiri tahu sebagai seorang islam.isteri adalah yg halal sementara pelacur itu adalah yg haram.tapi persoalannya disini kenapa ayat pelacur tersebut diletak seolah2 isteri sama seperti pelacur.tak paham apa maksud wartawan yg menulis.nampak kurang enak dan kurang peka terhadap para isteri2 yg halal.

Amirul Abu
Saya rasa baiklah difikirkan semula apa yang telah ditulis di sini. saya sangat tidak menyokong kumpulan "Kelab Isteri Taat", dan baiklah ditukar kepada "Kelab isteri solehah" sebab isteri bukanlah hamba yg taat kepada semua suruhan suami, isteri juga ada haknya sendiri.

nora elena
Kita mesti positif apa yang diistilahkan oleh Dr. Rohaya yang mana isteri mesti melayan suami seperti pelacur kelas pertama. Zaman skrg ramai suami yg bersikap demand dan inginkan layanan hebat dalam seksual kerna wujud pengaruh luar seperti pelacuran, gadis bohsia, rumah urut & vcd porno yang begitu mengasyikkan serta mampu memberi kpuasan seks kepada sang lelaki.

Bukan begitu sj, ramai ank gadis diluar yg terjebak cinta dh suami org jg sggup mnjual maruah diri dan memberi layanan kelas pertama kpd 'kekasihnya'. Oleh itu, isteri patut sedar dan belajarlah cara bagaimana menjadi wanita yg terhebat dimata suami bagi mengelak berlakunya kecurangan.

imam tua
salam, dalam islam ada mengatakan isteri kamu adalah ladang bagi kamu, itu istilah yang sopan buka pelacur first class...sbb lelaki beriman tak akan terjebak dg pelacuran...

shahir
assalamualaikum.. benar isteri kena pandai layan nafsu seks suami.. ini dapat menghalang suami dari terjebak kpd zina dan mencari jalan yg haram. isteri adalah bidadari dan permaisuri suaminya.. bukan pelacur.. cuma mungkin isteri kena belajar teknik2 seks bagi meningkatkan kepuasan hubungan suami isteri.

Yangretibase
Saya nasihatkan Dr Rohaya supaya segera bertaubat nasuha dan beristighfar banyak-banyak. Tolong muhasabah diri anda.

nadiaosmond
suami sekarang kurang layanan bab sex sebab tu mereka cari lain. kelab tu menepati masa amat sesui utk wanita yang dingin bab sex ini,,

melankolia
saya berpendapat agar tidak menggunakan istilah pelacur kelas pertama kerana akan menyebabkan pembaca tersilap paham atau isteri yang lain tidak dapat menerima istilah itu. haraf maaf.

arnirafiz
Istilah pelacur kelas pertama amat tidak sesuai digunakan. Sesuatu yang telah halal seolah-olah jadinya haram. Gunakan istilah yang tidak menyinggung martabat seorang isteri di sisi suami.

naha
Layan macam pelacur kelas pertama?? Macamana tu?? Perlu tukar istilah tersebut dgn istilah yg lebih tepat, baik dan sopan....

sp3d2
byk lg perempamaan lain yg lebih sesuai. isteri yang baik bukan hanya alat seks suami.

hamba
sokong salim...x elok guna frasa mcm tue..x semua org leh fhm..apakah erti pelacur kelas atasan..

riya
lelaki harapkan kasih sayang seorang isteri bukan semata mata untuk seks sahaja seorang isteri diperlukan. Ramai lagi lelaki yang masih setia walaupun isterinya kurang aktif dalam hubungan intim.. Istilah pelacur kelas pertama ibarat memalukan kaum adam dan hawa.

farid
terima kasih dr. sbb pendapat dr ni boleh mengurangkan kes penceraian di negara kita.
amida hamzan

Nafsu ni tidak terhingga , takkan nak layan tanpa sekatan. ia hanya satu keperluan bukan matlamat. Kadang@ lelaki hampas ni tak sempat nak layan dah KO. Habis tu macammana, takkan nak salah isteri pulak.

Siti Fatima bt BAharum
kenapa perlu menyamakan seorang isteri dengan seorang pelacur?kenapa bukan bidadari?adakah martabat seorang isteri begitu rendah seperti pelacur?dan kenapa isu seks diberikan keutamaan?klu si isteri gagal dalam memberikan keseronokan dlm hbgan seksual,kte xboleh menyalahkan pihak isteri,klu si suami sygkan si isteri,isu xpuas dan perlu mencr yg lain utk memuaskan nafsu diluar xkan timbul.seorang tue perlu berfikir sebelum memberikan pandangn diumum.perlukan diingatkan perumpamaan pelacur xelok digunakan.

Jai
Terminologi "PELACUR" selalu dikaitkan dengan aktiviti yang tidak bermoral dan menjijikkan. Saya tersinggung jika Dr. ingin menyamakan layanan istimewa dari wanita soleha itu sebagai 'pelacur'. Penulisan di atas seolah-olah menggambarkan sang suami itu begitu buas dan sangat bernafsu. Apakah penulisan ini mencerminkan pengalaman sendiri ?

Abu Musa
arrr errrr ermmm payah nak komen!

harfiz
hm..kenapa perlu guna istilah 'pelacur kelas pertama'?
rendah sangat ke taraf isteri sampai kena guna istilah tersebut??

adanan
renungkan2 wahai wanita kat luar sana.....jgn nak salahkan kaum lelaki bila makan luar....

noname
istilah yg digunakan sgt teruk...

adi
istilah pelacur 1st class jgn di slh anggap.. ia bkn penghinaan,tp ambil ia sbg cabaran tk isteri memenuhi kehendak batin si suami...mungkin bunyi nya agak kasar, namun jika di fikirkan semula memang amat wajar pun..

zack
istilah "layan mcm pelacur" SANGAT TIDAK SESUAI. setuju dgn ahmad jalaluddin, darjat seorg wanita bergelar isteri tinggi. suami sepatutnye kena bertolak ansur jgk dlm hal ni, ada byk cara utk mengawal nafsu tu.

lynnda
kuranag senang dengan istilah DR ni..DR ni tahu ke layanan pelacur kelas pertama tu macam mana?? saya sendiri tidak tau,hebat sangat ke layanan pelacur tu hingga DR mengeluarkan istilah ni...

Ahmad
Tak ada istilah yang lebih baik ker? Istilah "pelacur" tu menjijikkan...

Rosdi
Saya setuju dgn Dr... suami curang bersebab.. kalau isteri lagi bagus buat apa curang.

Abdul Rashid Rahman
Dr. Rohaya Mohamed lupa hendak sebut isteri harus taat pada kehendak seks suami bukan bermakna isteri sedang datang haid, dalam pantang atau mengalami bisul di tempat kemaluan harus menuruti & mentaati juga kehendak seks suami, itu satu penganiayaan terhadap isteri dan hukumnya adalah berdosa kepada si suami.

Setuju dengan komen pembaca, adalah tidak sesuai Dr Rohaya Mohamen menggunakan istilah "pelacur kelas pertama" sebab perbezaan antara pelacur dengan wanita yang berstatus isteri ialah pelacur tidak malu disuruh memakai bikini oleh lelaki untuk merangsang lagi syahwat seks lelaki manakala wanita berstatus isteri ada yang malu untuk berbuat seperti pelacur bila disuruh oleh si suami.

fatimah
salam. Memanglah tanggungjawab isteri melayan zahir dan batin suami tetapi penggunaan perkataan 'pelacur' dianggap keterlaluan kerana suami dan isteri dinikahkan dengan sah manakala pelacur adalah sebaliknya. Sebelum mengeluarkan pendapat mestilah buat kajian dahulu kerana ramai rakyat yang membacanya...

azri
betul tu...isteri xperlu diumpamakan sebagai pelacur kelas pertama.isteri ada darjat yang tinggi di sisi islam...memang betul isteri perlu melayan suami dengan baik tapi hubungan suami perlu dijaga dan persefahaman perlu ada dan dititikberatkan...

Mohd Hisham
Mmg isteri kena jaga bab seksual.tapi istilah pelacur itu amat tidak tepat untuk digunakan. Isteri bukanlah alat seks semata2. Darjat seorg isteri amatlah mulia.

cthanim
dr...tujuan penubuhan organisasi ini mmg baik, tetapi harap diperhalusi istilah2 yg digunakan..pelacur? saya sbg isteri tidak menerima istilah ini ...sya skong 100% en ahmad jalaluddin

Anti Iblis
aduss...jgn lah guna istilah tu..cam menyanjung pelacur je..walaupun sekadar contoh..tp nape x kaji macamana cara isteri2 Rasulullah melayan Baginda dlm soal hal2 rumah tangga ni...? laki2 pun same lah klu ikut cara hidup Rasulullah xakan sesat punye...ape kes la orang2 cerdik pandai sekarang ni...yg bckp bkn calang2..bljr nun jauh ke negara orang tp..tetap ape pon xboleh (kata jambu)

m.ilham
salam.. ya, betul tu,, masalh sosial xakan brlaku skiranya c isteri mntaati suaminya dgn spenuh hatinya..

zuraidah che ani
bkn isteri sja yg hrus bg layanan yg baik buat suami,suami jgk harus melayan isteri dgn baik, baru harmoni.

syazwan
macam mana layanan pelacur kelas pertama?? ramai yang tak tahu melainkan yang pernah langgan pelacur or pernah jadi pelacur je yg tahu.. bagilah contoh yang senang dan dekat dengan pembaca..

Mungkin niat Dr tu mmg elok , layanlah suami dgn sebaik2 nya. Tp penggunaan istilah pelacur kelas pertama x sesuai langsung.

siti fatimah
jgn guna istilah pelacur.tanggungjawab isteri berbeza sama sekali dgn pelacur.......

Harie Hs
Seorang isteri kena jaga suami dengan sebaik-baiknya umpama menjaga apa yang benda yang sangat-sangat di sayanginya..bukan menyamakan dengan 'pelacur'..benar kata Ahmad Jaluddin-orang tak tau macamana istimewanya ‘pelacur kelas pertama’..mungkin layanannya kerana bayaran yang tinggi..maka nya 'Dia' melayan dengan sebaik-baiknya..takkanlah isteri-isteri kena belajar melayan suami dari ‘pelacur kelas pertama’..

man
Tujuan perbandingan tu jelas tpi agak keterlaluan. mana mgkin isteri yg mulia dibandingkn dgn perempuan hina (pelacur) yg mahukn wang sahaja.. Bnyk contoh2 lain yg lebih elok sebutannya... waulahualam.

nanpakleh
apa yg penting semua pihak harus saling memahani tentang tuntutan agama dan saling menghormati....

Salfariana
I agree but peringatan buat suami jangan pula mengambil kesempatan dan melayan istri sperti hamba.

shah
"pelacur kelas pertama" kata2 itu kurang manis kerana tiada istilah pelacur dalam kedudukan isteri terhadap suaminya... harap dapat menukar kepada maksud yang lebih manis. wallahualam

eznee
guna la ayt yang elokk sikit, kalau pelacur tu agak keras. islam pernah tegaskan bahawa, perempuan tu pakaian bagi suami, dan suami pakaian bagi isteri. Gunalah ayat elok sikit.

myus
Siapa yang memberi gelaran isteri patut melayan suami macam pelacur kelas pertama, cuba jelaskan sedikit definasi pelacur kelas pertama.

lorat!!
kasarnye!!!!! guna istilah lbh elok plzzzz

Anwar
Tak kiralah istilah apa nak guna. Memang betul apa yg dia cakap.

nizam
Menyamakan isteri dengan pelacur adalah suatu yang memalukan dalam institusi kekeluargaan, nabi saw mengangkat darjat wanita ketahap yang tinggi sebagai contoh dengan mengahwini saidatina khadijah jadi kesimpulannya mengapa untuk memperkenalkan kelab yang masih lagi baru perlu mempersendakan golongan isteri dengan meletakkan darjat mereka sama seperti pelacur.

zaitonmdtawil
Istilah pelacur amat tidak sesuai. Pelacur dibayar setelah melayani lelaki. Isteri tetap akan melayan suami dengan baik jika suami juga baik terhadap mereka. Yang penting, jadilah suami dan ayah yang baik dalam melaksanakan tanggungjawab . Suami yang berhati budi dan berpekerti mulia, tetap akan dilayan seperti raja dan dihormati oleh isteri.

Ta
setuju dgn beberapa pendapat. kenapa pula tanggungjawab isteri kepada suami dalam bab nafkah batin hendak disamakan dengan layanan pelacur kelas pertama? Pelacur di M'sia skrg pun menuntut agar mereka di panggil sbg pekerja seks. Bgimana nak disamakan? sedangkan itu punca pendapatan mereka. Jangan ambil faktor isteri tidak melayan kehendak seks suami dgn baik shj sbgi punca menjurus berlakunya zina suami.

Ia tidak adil..kesian isteri
Camne he...pelacur kelas pertama, sussah sebab suami2 baik mana tau pengalaman dengan pelacur, hehehe, rasa x sedap je samakan isteri yang suci dengan pelacur...
Jangan disamakan isteri dengan pelacur kelas 1st..Statement doktor tu SALAH! Hati-hati..kerana pulut santan binasa...

hjh mastura
Gunalah isitilah yang lebih manis selain dari pelacur! Taraf Isteri lebih mulia dari pelacur

Melati
Istilah pelacur memang tak sesuai dan menjatuhkan martabat isteri. Pelacur dibayar untuk melayan dan memuaskan nafsu lelaki. Bagaimana pula jika suami hanya memikirkan nafsu sahaja tanpa memikirkan kebajikan isteri dan anak-anak? Penat lelah isteri tak diambil kira.

Hanya tahu memerintah dan mendesak isteri agar taat kepada mereka dan melayan isteri seperti hamba abdi? Apa yang penting, jadilah suami yang baik berlandaskan Islam yang bertanggungjawab sebelum meminta isteri melayan mereka seperti raja, tapi, bukan meminta isteri menjadi pelacur terhormat.

Othman Sitlin
Sgt tidak setuju penggunaan istilah pelacur kelas pertama kpd para isteri.....banyak lagi istilah yg paling sesuai digunakan dalam penggunaan ayat yg anda gunakan....sbg seorang isteri, ketaatan kpd suami adalah paling utama termasuklah dlm persoalan hubungan suami-isteri....Islam itu sangat indah dan murni...

MIMI
W0w idea berani..tapi dalam kita menghormati suami jangan pula kita menyiksa diri.. sebab suami-isteri tidak akan berbimbing tangan di saat menemui ajal.

mazlin khairen bt othman
Apa yg dilakukan oleh kelab ini amat berguna sekali kepada kaum isteri yg kini kebanyakannya berkerjaya dan mementingkan kerjaya mereka daripada rumahtangga akibat daripada punca masalah ekonomi yg tidak stabil. Namun, setiap masalah ada jalan penyelesaian dan mungkin langkah-langkah yg dibuat oleh kelab ini akan dapat menyelesaikan masalah rumahtangga yg makin menular di kalangan masyarakat kita hari ini dapat di atasi.

rosli
pengunaan pelacur tak sepatutnya di gunakan, setuju dng pmbentukakn klab ini tapi harus di kemaskinikan lagi

ruby atika
sangat menghina kaum wanita. Konsep utama pelacur ialah 'perkhidmatan' - 'bayaran'. Nabi Muhammad juga ada membantu isteri-isterinya menjahit, memasak dan sebagainya.

mosif naalid
memang betul tugas isteri mengikut islam begitu dan tolong menolong untuk keamanan

rohana bt. taib.
tak semua kes tu sama, ada jadi hamba sek suami sendiri, tapi mereka masih curang juga di luar.

Sepupu raja kumbang
Sebagai isteri yg baik kena jaga suami dengan seelok-eloknya.. Termasuk bab seksual..

msr
jangan guna istilah pelacur kelas pertama sebab org tak tau macamana istimewanya pelacur kelas 1 tu.

ahmad jalaluddin
ianya menghina darjat seorang isteri.sedarlah, Islam sangat memandang tinggi peranan wanita/isteri.isteri bukan sekadar alat seks suami.sila rujuk ilmuan islam dalam hal ini.

salim Jono
Dr.. istilah LAYAN MACAM PELACUR TU tak sesuai dengan syariat Islam..mungkin boleh guna istilah yang lebih manis dan menepati maksud sebenarnya..wallahuallam..