Showing posts with label Doa Pengasih. Show all posts
Showing posts with label Doa Pengasih. Show all posts

25 October 2012

Doa Pengasih Dari Al-Quran

Salam Pembaca,

Doa Pengasih adalah doa yang dapat menjadikan semua orang suka dengan kita sehingga ada yang terjatuh cinta denga kita. Begitulah hebatnya doa pengasih ini. Adakah anda memerlukan doa pengasih? Jika ya, maka di sini ada petua doa pengasih untuk anda.

Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir.

Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.

Banyak ilmu-ilmu pengasih diantara ilmu pengasih yang terbaik ialah Doa  Pengasih Nabi Yusuf. Untuk mengetahuan Doa Pengasih ini amat kuat sekali jika di amalkan selalu selain ianya boleh membuat individu-individu yang berdepan dengan orang yang selalu mengamal doa ini akan rasa kasihan dan amat sayang kepada orang tersebut.

Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.

Maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)

doa pengasih
Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)

Cara-caranya:

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Wasallam.

Doa Pengasih Untuk Kekasih Yang Jauh

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

doa untuk kekasih 125x125 Doa Buat KekasihYa Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi …

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN… AMIN… AMIN…
YaRabbal’aalamiin…

PERINGATAN: Informasi di blog ini dipetik dari pelbagai sumber untuk bahan bacaan kepada pembaca kami dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan rujukan utama. Sebarang tips kesihatan perlulah mendapatkan nasihat pakar.

Doa Pengasih - Sesuatu Yang Dicari-cari

Bayangkan bila seseorang yang anda minati tiba tiba jatuh cinta  dan begitu mengambil berat tentang diri anda serta mengajak kahwin segera? Tentu anda melompat keriangan bukan? Mungkin anda perlukan doa pengasih.

Bayangkan bila anda sampai di tempat kerja semua orang melayani anda dengan manis, malah bos menghulurkan senyuman pada anda. Kawan kawan pula asyik nak berbual dan memberikan perhatian pada anda. Wah, seronoknya perasaan ini. Mungkin apa yang anda cari itu adalah doa pengasih.

Bayangkan juga anda mempunyai keluarga yang bahagia. Suami isteri saling mencintai, malah mempunyai anak soleh yang mendengar kata. Pendek kata setiap saat yang anda lalui begitu mendamaikan hati & perasaan. Doa memohon pengasih adalah baik untuk anda.

Namun semua impian di atas bukanlah senang untuk dicapai. Kenapa begitu, adakah anda tidak mengikut panduan yang betul? Mungkin anda perlukan doa pengasih.

Sahabat, mahukah anda mengubah situasi ini?
Anda ingin mencari kekasih hati yang benar benar sesuai dengan diri anda? Anda tentu tidak mahu tersalah pilih dan menyesal di kemudian hari. Mungkin anda perlukan doa pengasih

Cinta anda hanya dipandang sebelah mata, sedangkan anda telah berkorban segalanya untuk memilikinya. Anda mahu memilikinya dengan MUDAH?

Anda memiliki memiliki rupa, pendidikan, kewangan & hampir segalanya. Namun kenapa masih menyendiri? Anda tidak jual mahal. Mungkin anda perlukan doa pengasih

Anda telah berusia lanjut & risau belum berumah tangga. Sering diejek dengan panggilan yang menyakitkan hati & menyebabkan anda rendah diri? Mungkin anda perlukan doa pengasih

Adakah anda telah mempunyai kekasih namun tidak mahu dia berlaku curang? Ingin di setia bersama susah atau senang?

Anda telah beristeri dan mahu terus dia hanya menyayangi dan menyebut nyebut diri anda tanpa jemu?

Anda telah bersuami dan mahu dia cinta hanya anda, serta tidak langsung ingin berpoligami disebabkan rasa cinta pada anda yang mendalam. Mungkin anda perlukan doa pengasih

Anda mahu anak anak yang anda cintai mendengar kata dan tidak lagi membuat sesuatu yang menyebabkan hati anda luluh. Mungkin anda perlukan doa pengasih

Anda mahu bos memberi lebih perhatian pada anda dan tidak memandang anda hanya sebagai orang suruhan? Mungkin anda perlukan doa pengasih.

~Anda mempunyai ramai kawan namun kebanyakannya suka menikam dari belakang, selalu dengki dengan kejayaan anda? Kecewanya anda dengan keadaan begini.

Jika jawapan anda adalah YA, maka anda telah sampai ke tempat yang betul. Izinkan saya untuk membantu anda menemui cinta sejati yang diredhai dengan cara ini...