Showing posts with label Berita Pelik. Show all posts
Showing posts with label Berita Pelik. Show all posts

09 April 2013

Warga Emas ‘Hamilkan’ Anak Sotong

Warga Emas ‘Hamilkan’ Anak Sotong

SEOUL- Seorang wanita berumur 63 tahun di Korea Selatan dilaporkan ‘menghamilkan’ 12 anak sotong selepas dia memakan calamari sotong goreng).

Difahamkan, warga emas itu berjumpa doktor selepas mulutnya berasa tidak selesa dan hasil pemeriksaan mendapati anak sotong telah melekat di bahagian gusi, lidah serta pipinya.

Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sedozen anak sotong didakwa terhasil daripada sperma yang terdapat pada calamari tersebut.

Disember lalu, seorang wanita di Jepun yang memakan sotong mentah juga terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sperma haiwan itu dari mulutnya.

29 January 2012

Suara Dari Langit Terjawab - Kota Samarahan

PETRA JAYA: Kejadian aneh ‘suara dari langit’ yang menggemparkan penduduk sekitar Kota Samarahan dekat sini pada 11 dan 12 Januari lalu, akan terjawab minggu depan apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan hasil siasatan pakar mereka.

Timbalan Menteri, Sains dan Teknologi, Datuk Fadillah Yusof, berkata pihaknya yakin kejadian aneh itu mempunyai penjelasan dari sudut saintifik yang dapat diterima semua pihak, sekali gus menolak beberapa andaian tidak logik. Katanya, rakaman dan temu bual dengan penduduk yang mendengar suara aneh itu dibuat pasukan penyiasat dari Kuala Lumpur dengan jawatankuasa kementeriannya sedang menilai perkara berkenaan. “Keputusan rasmi mengenai kejadian berkenaan akan dibuat oleh pihak MOSTI minggu depan selepas semua siasatan termasuk mendengar kembali bunyi aneh itu oleh pakar, dilaksanakan.

“Laporan awal mendapati kemungkinan besar bunyi berkenaan berpunca daripada pendandang kilang sawit milik FELCRA di Samarahan dengan pengesahan lanjut akan dibuat selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Parlimen Petra Jaya, di sini, semalam.

Baru-baru ini, penduduk di sekitar Kota Samarahan mendengar bunyi aneh antara jam 1 pagi hingga 5 pagi pada hari berkenaan dan ia mencetuskan pelbagai andaian penduduk di negeri ini dan tersebar dalam Youtube.

19 January 2012

VIDEO Bunyi Pelik Dari Langit Seluruh Dunia Gempar

 
Bukan sahaja di Kota Samarahan, malah di seluruh dunia termasuk Canada dan Kiev terdengar bunyi aneh dan pelik dari langit.

VIDEO Bunyi Langit Berdengkur Kota Samarahan

 
KOTA SAMARAHAN: Unexplained chilling sounds, which filled the air of Samarahan in the wee hours of Jan 11 and 12, have residents there puzzled and perturbed until today.

One of the theories being thrown into the pan is that it could be a by-product of the High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP) undertaken by the United States, while others believed it were from processing machines hard at work at an oil palm factory owned by Felcra in Kampung Endap.

But the fact remains that until today the mysterious sounds, which some say resembled loud snoring sounds, remain veiled.

Teacher Mohd Ferdauz Jemain, who lives at Kampung Meranek, was one of those who heard the unexplained phenomenon on Jan 11.

“It was around 2 am when I was awoken by a strange sound. It was a loud hushing sound,
and quite similar to someone snoring.

“I immediately got out of bed and went outside of my house to see what was happening. The feeling was a chilling one. I could not establish where the sound was coming from … it was as if something coming from the sky.

“Frightened, I quickly dashed inside, but stayed awake till daylight as I would not sleep any longer. If I am not mistaken, the sound persisted until about 5am.”

To prove that he was not spinning a tale, Ferdauz said he had recorded the phenomenon on his mobile phone, and he played it for thesundaypost reporter yesterday.

He added that the matter became a hot topic of discussion in Samarahan that day, and
some of the residents even documented their experience on Facebook.

“Villagers in Meranek, Pinang, Sindang, Tambirat and even those living at Desa Ilmu housing estate have also heard those eerie sounds.”

Several residents suggested that it could have come from the oil palm factory in Kampung Endap, but resident Harith Amin, who had worked at that factory previously, brushed it off as nonsense.

“The factory has been there for the last eight years, and I am sure it was not sounds produced by the machines there. In addition to that, no oil palm processing machines could produce sounds which could be heard 8km away,” said Harith, who also made a recording of what he had witnessed. To verify Harith’s theory, Ferdauz decided that should the phenomenon occur again the next day, he would make a dash for the factory.

Ferdauz: “I worked at a school in Sebuyau, so I wake up very early to go to school. True enough, the strange sounds happened the next day, and I quickly made a stop in front of the factory. No sounds came out from there (factory).”

Ferdauz claimed that he also saw strange pattern in the skies in the early morning of Jan 12.

“The clouds appeared to be in straight lines, and well formed. I have never seen anything like it, but whatever it is, I am sure there must be a scientific explanation for it.

“But later that day, an earthquake hit Sumatera in neighbouring Indonesia with a magnitude of 7.3 on the Richter scale. I am not sure whether both incidents are related in some ways.”

The incidents only occurred for two nights – Jan 11 and 12.

Meanwhile, Kampung Meranek’s JKKK chairperson Mahmud Pawi, who claimed that he also heard the sounds together with his family, said hoped that the authorities concerned could shed light on the matter.

“When I woke up that morning (Jan 11), I had goose bumps just listening to the sounds. I quickly woke up my entire family and we sat at the veranda trying to figure out what it was and where it was coming from.

“We hope that someone can step forward and enlighten us with an explanation.”

26 November 2011

Cara Memanggil Duit Dari Langit?

Sekarang orang di Sungai Siput sudah boleh memanggil duit dari langit. Sini tempat sudah boleh jadi tempat membuat duit. Ini bukan filem Ngangkung atau Nongkrong tetapi ini adalah kisah sebenar dan realiti. Adakah mereka tahu cara memanggil duit supaya boleh menjadi kaya raya. Apakah ada ilmu memanggil duit secara ilmu ghaib atau David Cooperfield atau memakai jin atau Alamak Toyol juga? Ini berita amat pelik sekali.

Pelik duit jatuh dari langit 
SUNGAI SIPUT (U) – Pelik tapi benar, itulah yang didakwa sebuah keluarga di Taman Kledang, di sini apabila menyaksikan kejadian luar biasa duit syiling dipercayai jatuh dari langit. Kejadian itu berlaku sejak seminggu lalu, apabila kanak-kanak berusia 10 tahun, S Vishnu Nair, mendakwa melihat satu cahaya dari langit dan selepas itu duit syiling mulai jatuh serta ia tidak diketahui dari arah mana. Sehingga semalam, duit syiling yang jatuh di halaman rumah keluarga itu sudah berjumlah RM5.60 dan terdapat sekeping duit syiling dari India serta Singapura. Agak mengejutkan ketika kunjungan Sinar Harian di lokasi turut menyaksikan kejadian duit syiling 20 sen tiba-tiba terjatuh. Vishnu Nair berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 6.30 petang pada Khamis lalu dan ketika itu hujan renyai-renyai. Menurutnya, terkejut dengan kejadian pelik itu, dia memberitahu kepada ibunya, tetapi ia dianggap satu pembohongan. “Selepas memberitahu ibu, dia tidak percaya, saya terus membawa duit syiling 20 sen ke kedai runcit dan membeli gula-gula. “Peliknya selepas itu duit syiling terjatuh termasuk 10 sen dan 5 sen, selepas itu ia disaksikan ibu serta ahli keluarga lain,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, kelmarin. Katanya, kejadian berkenaan biasa berlaku pada waktu senja dan malam tetapi kadang-kala waktu siang juga pernah berlaku. Sementara itu, ibunya, S Abirami, 29, berkata, perkara itu memang sukar dipercayai sehingga dia dan saudara mara melihat sendiri duit itu terjatuh tetapi tidak tahu dari mana datangnya.