Showing posts with label Cicakman 2. Show all posts
Showing posts with label Cicakman 2. Show all posts

13 November 2008

Cicakman 2 - Planet Hitam - Memukau Pelajar Korea

MELIHAT sedutan filem Cicakman 2: Planet Hitam di laman sesawang www.cicakman.com, hati berdebar kencang seketika. Terasa kagum melihat kesan khas yang dipaparkan, begitu juga aksi yang dipersembahkan. Berdasar kepada treler berkenaan, Cicakman 2 nyata lebih besar dan hangat berbanding filem pertama.

Maka, tidak hairan apabila ada pelajar di Pusan, Korea Selatan, ingin tahu apakah Malaysia sudah biasa menghasilkan filem adiwira seperti itu, apabila Cicakman 2 ditayangkan pada sesi tayangan perdana dunia dalam kategori Superhero di Asia pada Festival Filem Antarabangsa Pusan, berlangsung pada 2 hingga 10 Oktober.

Sebanyak 10 filem dalam genre itu ditayangkan pada festival ini dan Cicakman 2, satu-satunya filem dalam kategori itu yang diberi penghormatan mengisi slot tayangan perdana dunia pada festival kali ini.

Menurut penerbitnya, Norman Abdul Halim, apa yang orang luar tidak ketahui, Cicakman dan Cicakman 2 satu-satunya filem adiwira pernah diterbitkan di negara ini.

Cicakman 2 - Planet Hitam - 1901 Penaja Rasmi

Sebagai promosi awal filem itu, KRU turut bekerjasama dengan 1901 yang bertindak sebagai penaja rasmi makanan segera.

Pembabitan yang secara tidak langsung memperkukuhkan aspek pemasaran dan penjenamaan 1901, Cicakman 2 - Planet Hitam secara tidak langsung menghubungkan 1901 dengan pelanggan khususnya golongan remaja dan kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif 1901, Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin berkata, mereka juga akan menghasilkan produk makanan istimewa berkaitan Cicakman 2 - Planet Hitam selain mempamerkan ‘standee’ filem itu di semua 80 cawangannya di seluruh negara.

“Cicakman menjadi kebanggaan negara apabila menjadi jenama tempatan yang mempunyai kualiti bertaraf antarabangsa dan kredibiliti filem itu berpadanan dengan misi 1901,” katanya.

Menerusi kerjasama itu juga, Tengku Rozidar berharap ia dapat membawa impak yang positif selari dengan moto 1901 yang mempromosikan nilai murni berteraskan kasih sayang, harmoni dan keamanan.

Cicakman 2 - Planet Hitam - Kostum dan Aksi

Kata pengarah muda itu lagi, filem yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak selama 35 hari akhir tahun lalu menjalani proses pasca produksi lebih tujuh bulan termasuk memasukkan teknik imej janaan komputer (CGI).

Katanya, hampir separuh filem itu menggunakan CGI membabitkan lebih 800 shot. Teknik berkenaan digunakan untuk menampilkan suasana berbeza dari segi landskap, pertarungan dan beberapa perkara lagi.

"Cicakman pertama lebih kepada eksperimen dan kami banyak menerima maklum balas serta komen membina. Dari situ, Cicakman 2 - Planet Hitam memperbetulkan kekurangan apabila kita menukar kostum, menambah aksi, dan mengurangkan komedi.

"Jalan ceritanya agak berat sedikit berbanding yang pertama kerana Cicakman kali ini mempunyai banyak tanggungjawab dan banyak musuh. Tetapi ia masih mengekalkan konsep aksi komedi," katanya.

Dari segi aksi lagak ngeri pula, ada yang dilakukan pelakon asal sendiri serta menggunakan khidmat pelagak ngeri dan membabitkan teknik CGI. Kata Yusry, ada pelakon seperti Saiful Apek yang sanggup melakukan sendiri aksi ngeri, tetapi terpaksa ditolak bimbang terjadi perkara yang tidak diingini.

Sepuluh lagu baru dicipta sebagai lagu tema dan dimuatkan dalam album runut bunyi Cicakman 2 - Planet Hitam antaranya Planet Hitam (Tyco), Dibius Cinta (Melly Goeslow dan Yusry KRU) serta Mau Yang Besar (Pianka).

Cicakman 2 - Planet Hitam - Melly Goeslaw

“Menurut cerita Melly, dia terpanggil untuk bekerjasama dengan saya selepas melihat Cicak-Man pertama. Katanya, dia sekeluarga begitu meminati cerita itu terutama anak-anaknya. Dek kerana minat dengan filem itu maka dia tak kisah untuk bekerjasama dengan saya untuk album ini,” dedah Yusry ketika ditemui pada majlis sidang media kerjasama antara KRU Studio dan Celcom baru-baru ini di Planet Hollywood, Kuala Lumpur.