Daud Su – Kelantan Kalah Bukan kerana Daud Su Tapi Kerana Mercun Yang Dibakar oleh seorang penyokong bodoh yang bukan dari kalangan Kelab Red Warrior, tetapi seorang penyokong bodoh lagi bangang yang membaling mercun ke arah Gol Terengganu dan menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan selama 4 minit. Kalau si penyokong bodoh tu tidak baling mercun, Kelantan mampu jadi Juara Piala FA. Daud Su tetap wira, dan penyokong bodoh yang bakar mercun tu tetap bangang. Daud Su sudah berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan gol Kelantan.
Blog ini bertujuan menegur dan menyampaikan isu hangat dan berita panas tanpa mengaibkan individu secara spesifik.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:
Showing posts with label Piala FA. Show all posts

12 June 2011
08 June 2011
Kelantan Menang Moral Sebelum Final Piala FA 2011
Kemenangan moral sebelum final Piala FA
KOSMO!
"SATU kemenangan moral buat pasukan sebelum final Piala FA." Itu reaksi ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu sebaik sahaja melihat barisan pemainnya berjaya menumbangkan Terengganu 3-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.
Tanpa berselindung, beliau mengakui, kemenangan tersebut melonjakkan lagi moral barisan pemainnya untuk berhadapan dengan Terengganu di pentas final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Menurutnya, kemenangan itu merupakan suatu yang penting buat pasukan dalam usaha untuk mencipta satu lagi sejarah baru dalam kancah bola sepak Kelantan.
"Ia merupakan satu bekalan semangat yang penting buat Kelantan sebelum melangkah ke final Sabtu ini dan lebih manis apabila kita berjaya menewaskan mereka (Terengganu) 3-0 di Kuala Terengganu.
"Kita telah bersedia untuk ke Bukit Jalil, namun kita tidak akan memandang rendah kemampuan pihak lawan dan mereka pasti akan bangkit selepas ini," kata Karathu.
Pengendali berpengalaman itu turut menghamburkan pujian buat barisan pemainnya yang telah menunjukkan satu persembahan terbaik malam kelmarin.
"Saya gembira dengan apa yang telah mereka tunjukkan pada perlawanan malam semalam (kelmarin). Kemenangan ini cukup baik buat kita untuk mencerahkan lagi peluang merangkul kejuaraan Liga Super buat kali pertama musim ini.
"Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh barisan pemain.
"Mereka telah menunjukkan satu disiplin yang tinggi dan bermain secara satu pasukan dengan cara bertahan dan kemudian menyerang," ujarnya.
Tambahnya, untuk baki dua perlawanan selepas ini, beliau akan membuat persedian rapi untuk memastikan Kelantan tidak tercicir tiga mata penting.
"Saya tidak akan mengambil mudah perlawanan selepas ini. Apa yang penting fokus dan sen- tiasa bekerja keras merupakan kunci kejayaan jika kita mahu menang dalam baki dua perla- wanan selepas ini," katanya.
Kemenangan ke atas Terengganu menyaksikan Kelantan mengukuhkan cengkaman di puncak liga dengan kelebihan dua mata ke atas pencabar terdekat, Selangor.

Subscribe to:
Posts (Atom)