Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

28 November 2012

Azhar Sulaiman Murtad? Kafir? Betulkah?

Kecoh kenyataan Azhar Sulaiman
Disediakan oleh Berita Harian


Kasihan Azhar, teruk dikecam gara-gara kenyataannya dalam laman Facebook. Kemusykilannya disalah erti. Raja faham dengan maksud Azhar, tapi kenyataannya boleh menjerat diri. Isu murtad dan agama terlalu sensitif untuk diperkatakan, silap hari bulan terkena batang hidung sendiri.

Tapi, kenyataan Azhar bukanlah berkaitan dengan isu pegangan atau pendirian agamanya, sebaliknya ia berkaitan dengan isu politik.

Azhar mengutarakan persoalan adakah dia dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli UMNO?

‘Assalamualaikum Ustaz... Saya ni sebenarnya sudah murtad sebab saya ahli UMNO dan penyokong Kerajaan Barisan Nasional... Jadi macam mana untuk saya pulang semula ke pangkuan agama Islam... Harap bantu. Tq.’

Itulah kenyataan Azhar.

Niat asal mungkin nak sindir, tapi nampaknya hal lain yang timbul apabila ada yang menuduhnya Azhar pula murtad. Bagaimanapun, Azhar dalam penjelasannya memberitahu, dia bukannya mahu mencetuskan kontroversi, jauh sekali menjadi ahli politik.

Sebaliknya, dirinya hanya mengambil tahu isu semasa.

“Jika baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan atas tuduhan UMNO murtad.

“Itu hanya kenyataan saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Hmmm...hebat betul permainan politik, kan? Takkan soal pegangan politik boleh sedap mulut tuduh orang lain murtad.

03 January 2012

Afdlin Shauki sertai UMNO Harun Salim Bachik Juga Sertai UMNO

Dunia politik Malaysia kini digegarkan dengan kemasukan dua orang pelawak terkenal tanah air iaitu Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik.
KUALA LUMPUR, 3 Jan – Pengarah, pelakon, penyanyi terkenal tanahair, Afdlin Shauki, hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO di sini, petang tadi. Turut sama menyerahkan borang keahlian UMNO adalah pasangannya dalam program Maharaja Lawak 2011, Harun Salim Bachik.

Borang keahlian mereka telah diterima oleh Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh. Kedua-dua mereka akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Ketika ditanya adakah beliau tidak takut kehilangan peminat apabila menyertai UMNO, Afdlin berkata, peminatnya tidak seharusnya mengamalkan ‘double standard’ kerana beliau masih seperti dahulu walaupun telah menyertai UMNO.

“Saya masih rakyat Malaysia walaupun telah jadi ahli UMNO secara rasmi. Sebelum ini juga saya tetap menyokong kerajaan, UMNO cuma kali ini saya memberitahu secara rasmi pendirian saya di dalam parti politik.

“Secara jujurnya, saya amat tertarik dengan cara kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri benar-benar memikat hati saya. Oleh itu saya membuat keputusan mahu menyertai UMNO secara rasmi dan secara tidak langung ingin menyumbangkan tenaga dan buah fikiran demi pembangunan negara serta kemajuan industri hiburan,” ujarnya dalam wawancara khas bersama UMNO-Online selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO.

Pendapatnya itu disokong sepenuhnya oleh Presiden Seniman, Harun Salim Bachik.

Menurut Harun, penilaian seharusnya dibuat terhadap hasil karya mereka dan bukan kerana mereka telah menjadi ahli UMNO.

“Saya berharap perkara ini tidak akan dipolitikkan kerana kami ikhlas untuk menjadi ahli UMNO. Apa yang kami lakukan hari ini adalah atas kesedaran tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia dan harapan kami agar kami akan dapat sama-sama membantu negara serta dapat memajukan lagi industri hiburan.

“Sekiranya ada yang mula berkata-kata bahawa kami masuk UMNO kerana mahu mencari rezeki lebih, itu salah sama sekali kerana rezeki adalah ketentuan Allah dan bukan kerana kami masuk UMNO,” terangnya. - MediaUMNO