Showing posts with label Meninggal Dunia. Show all posts
Showing posts with label Meninggal Dunia. Show all posts

12 February 2012

Whitney Houston Meninggal Dunia Pada Usia 48 tahun

Whitney Houston Meninggal Dunia Pada Usia 48 tahun 
LOS ANGELES – Ratu muzik pop, Whitney Houston yang terbabit dalam penggunaan dadah meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 48 tahun. Polis Beverly Hills, Leftenan Mark Rosen, berkata Whitney disahkan mati pada jam 3.55 pagi di dalam biliknya di Hotel Beverly Hilton. Mayatnya kini masih berada di hotel berkenaan dan anggota polis sedang menyiasat punca kematian. Pegawai peribadi Whitney, Kristen Foster, berkata punca kematian penyanyi pop itu masih tidak diketahui. – AP

11 October 2011

Penyanyi veteran Ahmad Jais meninggal dunia

11 Okt – Penyanyi veteran terkenal dengan lagu "Selamat Hari Raya", Dato' Mohd Jais Ahmad (kanan) atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais, meninggal dunia pada 9.20 pagi ini di Pusat Perubatan Darul Ehsan dipercayai akibat komplikasi paru-paru. Menurut laporan Bernama, Ahmad Jais, 75, telah dimasukkan ke hospital dua minggu lalu selepas mengadu mengalami kesukaran untuk bernafas. Menantu lelakinya, Amirul Izwan Razak, 28, memberitahu jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Shah Alam untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di Shah Alam hari ini. Penyanyi yang mula aktif semenjak tahun 60-an ini mengadu keletihan selepas kembali daripada satu persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu. Keadaan Allahyarham semakin teruk pada 20 September dan telah diberi bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ di Selangor. Persembahan terakhir Allahyarham adalah ketika Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang, pada 11 September yang telah dihadiri oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.