Showing posts with label Artis Bercinta. Show all posts
Showing posts with label Artis Bercinta. Show all posts

18 January 2012

Cinta Terhalang

Hasrat JUPE kahwini bintang bola sepak Argentina tak direstui keluarga

TRAUMA kehidupan silam ibunya membuatkan artis jolokan simbol seks Asia, Julia Perez atau Jupe, 31, tersepit. Ibunya pernah berhadapan dengan sejarah hitam apabila hubungan cintanya dihalang orang tua. Malah, lebih teruk ibunya hamil dan ditinggalkan terkontang-kanting oleh si kekasih.

Dan sejarah kelam ibunya menjadi tempias kepada hubungan Jupe dengan kekasihnya, bintang bola sepak kelahiran Argentina dari Kelab Persiba di Indonesia, Gaston Castano, 26. Hubungan mereka mendapat bantahan hebat kerana ibunya tidak mahu Jupe menerima nasib yang sama sepertinya. Ketika ini, pelakon, penyanyi, penyampai dan model sensasi Indonesia itu buntu memikirkannya. Januari ini bakal menentukan apakah perancangan Jupe dan Gaston untuk mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan. Dek kerana berbeza agama dan budaya, mereka berkemungkinan berkahwin di Australia, manakala majlis resepsi akan berlangsung di Bali, Indonesia. Bagaimanapun, sehingga saat ini, Jupe masih berusaha memujuk hati ibunya. Jupe atau nama sebenarnya, Yuli Rachmawati, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang model, Damien Perez di Perancis pada 7 Oktober 2002. Namun rumah tangga yang dibina atas dasar cinta bergolak dan berakhir dengan perceraian pada 2009.

“Usia saya sudah menginjak 31 tahun. Saya berharap dapat berkahwin dan menimang cahaya mata segera. Namun, sayangnya trauma pada masa silam menyebabkan Mama enggan memberikan restu.

“Dua adik saya sudah memiliki cahaya mata. Tapi, tujuan utama saya berkahwin bukanlah mahu menimang anak semata-mata. Saya amat menyintai Gaston. Dan dengan perasaan cinta yang mendalam ini, sudah tentu saya mahukan zuriat untuk mengikat cinta, kasih dan sayang antara kami.

“Saya faham perasaan Mama. Beliau trauma dengan apa yang berlaku pada dirinya dulu. Bagi saya, kita seharusnya bersedia menghadapi apa juga risiko dalam kehidupan. Saya tidak peduli biarpun bergelar janda berkali-kali dalam hidup.

“Apa yang ditanya Allah SWT bukanlah gelaran janda berkali-kali tapi amal ibadat. Selain trauma, Mama juga tidak merestui hubungan kami kerana perbezaan agama. Terlalu sulit untuk membuka mulut memperkatakan soal ini. Saya hanya berserah. Gaston masih belum bersedia menukar agama.

“Setiap saat saya berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Kalau sudah jadi begini, pada siapa saya mahu meminta? Saya sedang berusaha mendapatkan jodoh, saya sedang berjuang, saya tidak henti-henti meminta restu Allah SWT.

“Dan restu orang tua, itulah yang paling utama. Bagaimanapun, cuma Allah SWT yang bisa membalikkan hati manusia. Bagi saya, perbezaan agama bukan halangan besar. Saya punya cinta. Saya punya keyakinan untuk membawanya ke syurga.

“Saya berharap perbezaan agama ini tidak memisahkan kami. Saya sudah merawat cinta ini dan akan memperjuangkannya. Allah sangat mencintai pernikahan atas nama cinta,” katanya yang sudah membintangi 19 filem.

Jupe, keturunan Sunda-Betawi tidak menafikan ramai peminat tidak bersetuju dengan perkahwinan ini. “Peminat bilang jangan kerana berbeza agama. Semua menentang pernikahan ini termasuk Mama dan Habib. Tapi, saya sudah pupuk cinta ini sejak sekian lama.

“Saya akui melalui detik sukar sejak awal berpacaran lagi. Bagaimanapun, saya dan Gaston berusaha melalui rintangannya. Kami saling mencintai. Kerana cinta yang kuat membuatkan kami bersedia berdepan dengan apa juga halangan. Kami yakin akan beroleh bahagia seperti pasangan lain,” katanya.

Sungguhpun belum mendapat restu ibu bapanya, Jupe tetap membuat persiapan perkahwinan. Ketika ini, Jupe mempersiapkan urusan perkahwinan. Namun, terbit sedikit keanehan pada dirinya apabila melihat data peribadi di daerah tempat tinggalnya di Kelurahan Cijantung. Di situ, tertulis dirinya sudah bernikah. Sebelum ini, pernikahan dan perceraiannya dengan Damien Perez tidak pernah didaftarkan di Indonesia.

“Saya mahu minta surat pengesahan dari daerah tempat tinggal. Tapi, saya terkejut apabila status yang ditulis berkahwin. Saya belum pernah bernikah di Indonesia. Mengikut undang-undang Indonesia, berkahwin di luar negara tidak diperakui pemerintah. Saya hairan, bagaimana mereka boleh mengisinya sendiri.

“Saya tidak melapornya. Jika saya bernikah 100 kali di luar negara dan tidak didaftarkan, pernikahan saya tidak dianggap tidak sah. Bermakna saya masih perawan (berseloroh).

“Saya akui urusan menjadi sulit dengan status ini. Saya sedang berusaha mencari jalan penyelesaian. Saya mahu majlis pernikahan saya berjalan lancar nanti. Bagaimanapun, saya kesal dengan apa yang berlaku yang menyebabkan urusan perkahwinan tergendala,” katanya.

Jika rancangannya berkahwin Januari ini menjadi kenyataan, Jupe akan mengadakan pesta selama tujuh hari, tujuh malam.

“Semoga bulan ini kami dapat disatukan. Saya tidak mahu kalah dengan pasangan diraja, Putera William dan Kate Middleton. Saya teringin masuk Guinness Book of Records. Saya juga sudah mendapatkan tajaan untuk majlis resepsi yang akan digelar `Pesta Argentina’ itu. Jadi tunggu saja.

“Ibu bapa Gaston juga akan hadir pada majlis perkahwinan kami nanti. Mereka dijangka tiba tidak lama lagi dan akan tinggal di sini selama dua bulan. Saya dan Gaston akan berganti-ganti menemani ibu bapanya. Soal Mama, saya yakin seiring dengan waktu dan selepas mengenali hati budi Gaston dan ibu bapanya, Mama akan menerima seadanya.

“Tidak kenal maka tidak cinta, mudah-mudahan dengan pertemuan ini akan membuka hati Mama dan keluarga menerima Gaston," kata pelakon utama filem Beranak Dalam Kubur ini.

24 November 2011

Fizz Fairuz - Almy Nadia - Liyana Jasmay - temubual Ekslusif

Fizz Fairuz - Almy Nadia - Liyana Jasmay kini merupakan tiga nama yang banyak disebut orang jugalah. Itu hari Liyana Jasmay cuma bergurau bercinta dengan Fizz Fairuz jugalah. Oleh itu janganlah lagi memperbesar-besarkan perkara ini jugalah kerana ini memberi kemaluan kepada orang jugalah. Fizz Fairuz dan Almy Nadia tidak ada putus cinta jugalah. Apa ini gosip pada tahun 2011 ini dicemari dengan gosip cinta Fizz Fairuz dengan Liyana Jasmay. Tidak adalah. Fizz Fairuz cuma sayang dan cinta sama itu Almy Nadia sahaja. Janganlah menggosip Fizz Fairuz atau membuka mulut tentang Fizz Fairuz cium lelaki lainlah, Fizz Fairuz bercinta dengan wanita lainlah, Fizz Fairuz ada simpan perempuan lainlah, itu semua fitnah lagi memberi dosa besar kepada sesiapa yang mereka-reka cerita jugalah.

Insaflah kamu yang suka buat cerita. Fizz Fairus dan Almy Nadia bercinta jugalah. Sangat sukalah hati jika mereka berbahagia hendaknya. Sekian, hidup bahagialah wahai Fizz Fairuz dan Almy Nadia jika kamu betul-betul mahu berkahwin lagi.

TEMUBUAL EKSLUSIF FIZZ FAIRUZ MENGENAI ALMY NADIA - Tiada wanita lain dalam hidup Fizz Fairuz kecuali Almy

VIRUS gosip yang amat merbahaya sudah menjangkiti pelakon ini. Merebak dan terus menjalar ke urat saraf dan darah sehingga Fizz Fairuz tidak terdaya dan hampir terlantar kerananya. Namun kerana kesabaran yang selama ini menjadi vaksin buat dirinya, menyebabkan pelakon yang berasal dari Pahang Darul Makmur ini masih terus bertahan menghadapinya. Bukan tidak pernah terkena panahan gosip, namun kali ini, sakit yang ditanggungnya bukan kepalang. Ketika bertemu pelakon yang terkenal dengan watak Aidil dalam drama rantaian Nur Kasih ini pada malam penutup teater Badai Semalam hujung minggu lalu, Fizz sempat berbisik kepada Hip bahawa dia terasa amat sedih apabila pelbagai cerita kurang enak mengenai dirinya terpampang di media. Didakwa sebagai kekasih yang curang dan kaki perempuan kerana sering bertukar pasangan serta terbaru dikatakan bersikap ‘demanding’ kerana hanya mahu membawakan watak utama saja jika ditawarkan oleh mana-mana produksi, membuatkan jejaka ini tak senang duduk dan berada dalam tekanan yang amat berat.

Justeru, dengan penjelasan yang bakal dibuat kelak, Fizz mengharapkan ia mampu membersihkan namanya yang tercalar sekali gus mengharapkan tiada lagi cerita kurang enak dan tidak benar mengenai dirinya kedengaran serta menjadi bahan bualan.

Hip: Ramai yang mendakwa Fizz kaki perempuan kerana menjalinkan hubungan dengan ramai wanita, selain pelakon Almy Nadia, pada masa yang sama.

Fizz: Saya tidak faham mengapa saya menjadi sasaran gosip yang tidak benar seperti ini? Semua cerita yang tersiar sebelum ini memang tidak benar. Tidak ada wanita lain dalam hidup saya selain Almy. Kalau ada pun wanita lain yang dikaitkan dengan saya, mereka hanyalah kawan sealiran dan tidak lebih daripada itu. Bila saya baca gosip terbabit, saya berasa amat sedih dan berada dalam keadaan yang amat tertekan.

Hip: Ada pihak ternampak Fizz membawa wanita lain ke sesi promosi Festival Filem Malaysia ke-24 di Johor Bharu tempoh hari. Siapa wanita itu?

Fizz: Wanita mana? Setahu saya, tidak ada wanita yang mengikut saya ke promosi di Johor. Saya datang seorang diri.

Hip: Tapi bak kata pepatah, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

Fizz: Kenapa semua orang seperti mahu mencari kesalahan saya? Apa yang menghairankan saya, kenapa semua gosip ini timbul ketika nama saya sedang berada di kemuncak? Saya tak mahulah menuduh ada pihak yang cuba nak sabotaj saya dengan menyebarkan fitnah sebegitu. Tapi apabila difikirkan kembali, mungkin ada kebenarannya. Nampak sangat mereka sengaja mahu menjatuhkan saya. Apa salah saya pada mereka? Puaslah hati mereka yang berniat jahat seperti itu selepas melihat imej bersih yang saya jaga selama ini tercalar.

Hip: Mungkin gosip ini akan tamat bila Fizz dan Almy berkahwin. Tak ada perancangan ke arah itu dalam tempoh terdekat ini seperti yang dilakukan oleh rakan seangkatan Fizz yang lain?

Fizz: Perancangan itu memang ada, tapi kami tidak mahu terlalu terbuka dalam memperkatakan soal itu (perkahwinan). Lagipun, kedua-dua orang tua kami sendiri sudah berpesan mengenai perkara yang sama. Tunggulah, bila tiba masanya nanti, saya akan maklumkan kepada semua pihak.

Hip: Fizz juga dikatakan semakin demanding sekarang apabila hanya memilih untuk menjadi hero saja dalam apa juga produksi yang ditawarkan.

Fizz: Saya akui saya memilih watak, tapi bukanlah seperti yang didakwa iaitu hanya mahukan watak utama. Sejak membawakan watak Aidil dalam drama Nur Kasih dan watak itu berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton, kebanyakan watak yang datang selepas itu semuanya lebih kurang sama, seperti watak ustaz dan juga penyabar. Dalam keadaan sekarang ini, iaitu saat kemunculan ramai bakat baru, saya perlu melakonkan pelbagai watak untuk menjaga kualiti lakonan. Jika asyik bawa watak yang sama saja, sampai bila saya nak maju? Selain kualiti lakonan, saya juga mahu menjaga disiplin saya kerana itu juga salah satu kunci kejayaan terutama dalam bidang ini. Disebabkan itulah bila gosip yang bukan-bukan keluar, saya amat risau kerana saya tak mahu dikatakan popular kerana gosip murahan, bukannya hasil kerja.

30 October 2011

Tiz Zaqyah Remy Ishak Bercinta Betul-Betul

SELAMA ini dia adalah antara pelakon yang agak sukar untuk diajak berbicara soal hati dan perasaan. Apa saja cerita peribadi terutama yang berkaitan dengan kisah cinta, jejaka berkulit hitam manis ini lebih selesa memberi jawapan berkias. Walaupun sampai satu peringkat ramai yang merungut dengan sikapnya

yang dikatakan gemar berahsia itu, namun prinsipnya itu tetap dipertahankan.

Namun, petang kelmarin, segala-galanya berubah. Entah kuasa apa yang meresap dalam diri pelakon Remy Ishak ini, dia tiba-tiba sedikit terbuka apabila ditanyakan mengenai kisah hubungannya dengan pelakon Tiz Zaqyah Razak. Lenyap semua spekulasi dan teka-teki yang selama ini bermain-main dalam minda. Segala persoalan mengenai apakah benar antara Remy dengan Tiz ada ikatan yang menyatukan mereka, akhirnya terjawab apabila pelakon itu secara jujur menyatakan mereka memang sedang bercinta.

"Ya, saya memang sedang berpacaran dengan Tiz. Bukan niat saya untuk menyorokkan perkara ini. Selama ini saya memang tidak mahu bercerita secara terbuka mengenai hal ini kerana tidak mahu menguar-uarkan perkara yang kita tidak tahu kesudahannya. Bagi mereka yang tahu mengenai hubungan kami, tahulah.

"Lagi pun, perkara ini terlalu awal untuk kongsi dengan semua orang. Saya tak mahu disebabkan terlalu terbuka bercerita soal percintaan, jika perkara itu tidak berakhir, ia akan memalukan banyak pihak," luah Remy ketika ditemui di lokasi penggambaran babak terakhir filem 29 Februari arahan Edry Abdul Halim di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Menurut Remy, memandangkan benih cinta yang dibaja itu masih belum mekar sepenuhnya, jadi dia tidak berani menjanjikan apa-apa yang membabitkan mengenai masa hadapan mereka berdua.

"Antara kami berdua sebenarnya masih dalam peringkat mengenali dan mendasari hati masing-masing. Kalau jadi, kami tidak akan merahsiakan perkara ini dan akan mengumumkannya apabila tiba masanya kelak," janjinya.

Menjawab gosip aksi mesra mereka apabila dilihat makan bersuap di lokasi penggambaran, sambil tergelak, Remy menyifatkan perkara itu ialah pemandangan biasa untuk pasangan yang bercinta.

"Sejujurnya, saya ini romantis orangnya. Biasalah, kalau dah public figure pastinya perkara seperti itu akan menjadi perhatian," jelasnya yang bakal kembali bergandingan dengan buah hatinya itu menerusi drama terbaru arahan Kabir Bhatia berjudul Cinta Jangan Pergi.

Hubungan intim membabitkan pasangan ini mula diperkatakan selepas kedua-duanya terbabit dalam drama bersiri Nur Kasih. Dihambat dengan pelbagai gosip panas antaranya didakwa tinggal serumah, namun mereka menafikan perkara itu.

Tidak gemar dipertandingkan

TIDAK dinafikan, Remy ialah antara pelakon pelapis lelaki yang hebat ketika ini. Lakonannya yang meruntun jiwa menerusi drama Nur Kasih suatu ketika dulu masih melekat dalam jiwa penggemarnya sehingga kini. Justeru tidak hairanlah andai dia terus menjadi rebutan penerbit atau pengarah yang mahukan wajahnya

menghiasi filem mereka.

Disebabkan hasil kerjanya yang tidak pernah mengecewakan itu, dia dikatakan antara calon kegemaran yang bakal menerima anugerah pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2011 yang bakal berlangsung minggu depan. Bagaimanapun, ketika diajukan pertanyaan ini kepada si empunya diri, tanpa berselindung Remy

menegaskan dia tidak selesa apabila terpaksa bertanding dalam mana-mana anugerah.

"Apabila saya mengatakan yang saya tidak gemar dipertandingkan dalam mana-mana majlis anugerah, bukanlah bermakna saya berlagak ataupun takut pada kekalahan. Sebaliknya, saya tidak suka pada tekanan yang terpaksa dihadapi. Jika saya menang, pastinya harapan terhadap saya akan menjadi lebih tinggi. Jika tewas, lagilah ia memberi tekanan kepada saya.

"Saya sebenarnya lebih suka jika hasil kerja saya itu mendapat maklum balas dan komen secara langsung tanpa mengira kritikan atau pujian. Ia sudah memadai bagi saya," katanya yang dicalonkan menerusi filem Nur Kasih, Cun! dan juga telefilem Air Mata Nursalina serta Masihkah Ada Sinar.