Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts
Showing posts with label Suami Isteri. Show all posts

27 August 2012

Hukum Suami Isteri Mandi Bersama-sama

Hukum Suami Isteri Mandi Bersama-sama

Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri. Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri.

Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.


Imam Al-Bukhari meriwayatkan;

Maksudnya;

“Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)” (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

Maksudnya;

“Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub” (Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam.

Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok. Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa (Mushad Ahmad : 25355).

Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.

Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.

Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.

Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam. Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga kita semua dirahmati Allah SWT.

13 August 2012

HUKUM HUBUNGAN SUAMI ISTERI DI BULAN PUASA

HUKUM HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI DI BULAN PUASA

Keluar air mani di bulan puasa
Adakah terbatal puasa setelah bangun dari tidur dan didapati telah keluar air mani akibat bermimpi?

Jawapan
Tidak batal puasa tersebut. Apabila keluar air mani kerana bermimpi adalah bukan perkara yang disengajakan.

Bersetubuh waktu siang Ramadhan

Pada 1984, saya dan suami pernah bersama pada waktu siang bulan Ramadan. Adakah kami dikenakan kafarah kerana ketika itu kami jahil mengenai agama. Bagaimanakah kiraan dan kepada siapakah perlu kafarah itu diberikan kerana tempat kami tiada fakir miskin?
Sekian Terima Kasih.

Jawapan.
Bersama atau bersetubuh ketika siang hari bulan Ramadan adalah dilarang. Suami isteri hanya boleh bersama setelah berbuka puasa. Walau jahil mengenai agama, kafarah tetap dikenakan setelah diketahui perkara ini berdosa. Kafarah bagi mereka yang melakukan persetubuhan ialah sama ada memerdekakan seorang hamba atau puasa dua bulan berturut-turut tanpa ada selang seli atau memberi makan kepada 60 fakir miskin. Walaupun sudah berlalu puluhan tahun, kafarah ini tidak berganda dan masih sama. Pasangan perlu mencari fakir miskin di daerah lain jika di tempatnya tiada fakir miskin. Sekarang ramai lagi fakir miskin yang boleh dibantu.

Bersetubuh/berjimak di bulan puasa
Pada bulan puasa yang lalu, saya dan isteri melakukan persetubuhan melepasi imsak.

Apakah hukumnya?
Bagaimana cara bagi saya untuk menggantikan puasa tersebut?

Jawapan

Hukum bersetubuh di dalam bulan puasa haram hukumnya dan di kenakan kaffarah (Kaffarah hanya dikenakan kepada lelaki sahaja) seperti berikut:-
  • Memerdeka seorang hamba(sudah tiada)
  • Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah,
  • Menberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi.
  • Wajib qadha puasa yang terbatal kerana bersetubuh tersebut.

Hukuman/denda dikenakan kepada yang melakukan persetubuhan (sah) di bulan Ramadhan

Berhubung dengan persoalan yang telah saya kemukakan sebelum ini, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukuman atau denda yang dikenakan oleh Islam kepada orang yang melakukan hubungan intim (yang sah) semasa dalam puasa di bulan Ramadhan.

1) Apakah hukuman yang dikenakan kepada lelaki dan juga perempuan yang melakukan hubungan tersebut?

2) Macam mana hendak melakukan hukuman tersebut, contohnya yang melibatkan puasa 2 bulan.. macam mana niat untuk puasa tersebut?

3) Bolehkan wang digunakan sebagai ganti untuk secupak makanan asasi dan wang tersebut diberikan kepada pihak tertentu contohnya pihak masjid, majlis-majlis agama untuk mereka serahkan kepada fakir miskin atau senasib?

4) Adakah ada hukuman tambahan andai tidak sempat ‘membayar’ hukuman tersebut dalam tahun pertama membuat kesalahan, maksudnya telah sampai ramadhan yang kedua dan seterusnya (puasa yang ditinggalkan telah diganti cuma denda sahaja yang belum dilaksanakan)?

Jawapan :
Persetubuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam keadaan berpuasa adalah dikenakan kaffarah iaitu :
- Memerdekakan seorang hamba jika mampu dan ada.
- Berpuasa 2 bulan berturut-turut
- Mengeluarkan 60 cupak beras jika tidak mampu berpuasa.

2. Niat puasa kaffarah hendaklah dilakukan pada malam hari kerana ia termasuk dalam puasa yang wajib.
Niatnya ialah :
" Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah".

3. Boleh diberikan kepada pihak masjid atau umpamanya jika saudara yakin kaffarah tersebut boleh disampaikan ke dada fakir miskin. Untuk lebih mudah bayar kepada Lembaga Zakat.

4. Seelok-eloknya hendak bayar kaffarah tersebut dengan segera dan diqada’ sehari puasanya secepat mungkin seelum sampai tahun yang berikutnya. Jika melangkau ke tahun yang berikutnya maka dia wajib mengqada’ sehari puasanya dan membayar secupak beras fidyah dan 60 cupak beras kaffarah.

Makruh lambatkan mandi wajib
Bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib selepas bersama dengan suami pada malam hari pada bulan Ramadan?

Jawapan.
Waktu yang paling sesuai untuk mandi wajib ialah sebelum terbit fajar, iaitu sebelum masuk waktu subuh. Waktu subuh tempohnya pendek dan solat yang afdal ialah solat yang dilakukan pada awal waktu. Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makruh. Ini kerana apabila seseorang itu berada dalam hadas besar maka banyak perkara yang tidak boleh dilakukannya seperti membaca Al-Quran, solat dan sebagainya.

Justeru, adalah dituntut seseorang yang berhadas besar agar segera menyucikan dirinya dengan mandi wajib. Secara fitrah, naluri insan seseorang itu tidak suka dirinya berada dalam kekotoran. Orang berhadas besar tidak berapa selesa berbanding dengan waktu dia bersih daripada hadas besar.

Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan Ramadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada malam hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga keluar air mani.

Pandangan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan melihat kepada apa yang diberitakan oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Aisyah dan Ummu Salamah yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah dalam keadaan junub ketika masuk waktu fajar kemudian baginda mandi (mandi selepas masuk waktu solat subuh). (al-Lu’lu’ wa al-Marjan, jld, 2, hlm, 11, al-Bukhari dan Muslim)

MY FIRST TIME: MALAM PERTAMA KAHWIN

MY FIRST TIME: MALAM PERTAMA KAHWIN
Perkahwinan Menurut Islam

Sumber iluvislam.com
Firman Allah yang bermaksud."Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum, ayat 21).

Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.
Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.

Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)

Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya.

Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam sebenarnya tidak menggalakkan umatnya mengambil sikap berkecuali dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya.

Sabda Baginda SAW bermaksud: "Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: "Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak." (Riwayat Ahmad)

Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar.

Apakah yang dikatakan perkahwinan itu? Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy meletakkan definisi perkahwinan atau al-nikah sebagai 'satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.'

Menerusi definisi ini, beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:

# Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

# Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.

# Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.

# Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.

# Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.

# Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.
You might also like:

MY FIRST TIME: PENGALAMAN MALAM PERTAMA

MY FIRST TIME: PENGALAMAN MALAM PERTAMA

Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. "Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya.

Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. "Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang." Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.

"Abang nak ke mana tu?" Soalku. "Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi." Jawabnya.
"Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan.
"Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. "Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya."

my first time

Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah.
Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

my first time info

"Bila Ana turun?", soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja, "Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang."
"Maafkan abang sayang", Dia menghampiriku. "Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.
Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.

"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita", Rungkutku tersipu-sipu.
Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. "Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang." Jawabnya tersenyum.
"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi." "Betul ni?" Soal suamiku cepat-cepat. "Ish..Gatal la abang ni!", Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.

Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.
Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu.
Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.

Walaupun begitu, masih ada sedikit rasa takut di hatiku.
Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.
"Apa yang Ana menungkan ni?" Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.
"Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk.
Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. "Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.
"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu.

Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
"Sayang…" Seru suamiku sambil merangkul tubuhku, "Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu.
Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. "Ana ikut aje ke mana abang nak bawa." "Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.
"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.

"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda. "Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
"Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?" "Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa.
Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. "Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."
"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup."
Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. "Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil. "Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya.
Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.
Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan.

Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku.
Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali.
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup.
Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri.
Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja.

Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
"Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu?
Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku.

Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.
"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."
"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan."
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami.
Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari.
Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?

Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.
"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan.
Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. "Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?"
Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.
Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.

"Habis tu apa yang sayang menungkan ni?", "Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.
"Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.
"Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.."
Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku.
Terkebil-kebil mataku memandangnya.

"Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang!
"Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. "Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit."
Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air.
Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang.
Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.
"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.
Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
"Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. "Pasal peminangan tu." Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu.
Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.
"Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya.

Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.
Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu.
Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini?
Hanya emak yang tahu hakikatnya.
"Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis.

Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.
"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.
"Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku.
Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.

"Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu.
"Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.
Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air.
Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka.

Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. "Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
"Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.
"Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.

Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar.
Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah.
Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa.
Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.
"Bang…."Seruku. "Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. "Malam ni abang nak…..nak….."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu.
Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum. "Ah..abang ni…"Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.

"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya.
Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.
"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku. "Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.

Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya.
Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.
Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang.
Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya.

Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku.
Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya.
Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku.
Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.
Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.
Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.
Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.
Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu.
Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya.
Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya.

Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu.
Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu.
Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti.
Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini.
Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.
Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. "Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya.
Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.

"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.
"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.
"Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat.
Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.
Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.

Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. "Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya. " Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.."
"Zul sakit ke?" Tanya ayah. "Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya. "Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak. "Nanti Ana ambilkan ubat."
Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku.
Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk.

Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. "Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk. "Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang." " Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah."
"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan."
"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.", Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.
"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.
"Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea" "Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan. "Abang tidurlah."

Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya.
Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika.
Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku.
Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.
Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.

Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi.
Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang.
Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu.
Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya.
Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.
Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya.
Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk.

Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap!
Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami.
Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu.
Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.
"Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.
Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil.
Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini.

Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.
"Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku."
SUMBER ILUVISLAM.COM

MY FIRST TIME: SUAMI LESU ISTERI KAKU

MY FIRST TIME: SUAMI LESU ISTERI KAKU

KIRA-kira 75 peratus wanita berkahwin menganggap sikap suami yang terus tidur atau beredar dari tempat tidur selepas bersetubuh sebagai satu masalah kerana mereka tidak suka perangai sedemikian. Mereka lebih suka suami memeluk atau membelai mereka selepas melakukan aktiviti itu atau sekadar berbual mesra.

Malah, wanita juga sensitif dengan suami yang tidak banyak berbicara selepas berkahwin kerana mereka inginkan teman untuk berbual, terutama perkara berkaitan peribadi.

Bagi mereka, suami yang bersikap sedemikian hanya mementingkan diri. Lebih buruk lagi, ada wanita hilang nafsu kepada suami hanya disebabkan masalah berkenaan.

Ini menyebabkan aktiviti seksual yang dilakukan hanya sekadar menunaikan tanggungjawab, menyebabkan mereka sukar mendapat kepuasan.

Tidak dinafikan, bagi kebanyakan lelaki, kemesraan dalam pandangan mereka ialah seronok dengan keintiman seksual. Jika ini yang difikirkan kaum Adam, jelas mereka salah.

Keseronokan bukan sekadar hubungan seksual semata-mata, malah lebih daripada itu. Berbual dengan pasangan anda juga satu keseronokan.

Sikap lelaki seperti ini bukan hanya ketika aktiviti seksual, tetapi untuk apa saja perbuatan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika mereka membaca surat khabar, apa yang dibualkan oleh pasangan jarang mendapat perhatian.

Walaupun mereka dengar, namun hanya sekadar begitu tanpa sebarang perhatian kerana tumpuan utama mereka ialah surat khabar. Ini menimbulkan rasa kurang senang isteri yang mahukan perhatian ketika mereka berbual.

Berdasarkan kajian, jika seseorang lelaki menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara, yang lain akan menjadi kabur kepada mereka.

Semua yang saya jelaskan tadi ialah sifat semula jadi lelaki dan bukan perkara yang disengajakan.

Seorang isteri akan mendapati banyak lagi perbezaan di antara diri mereka dengan suami kerana selain sifat semula jadi lelaki, banyak lagi sifat yang mungkin membuat seorang isteri kurang senang, seperti tabii pembawaan daripada keluarga, alam sekitar dan pengalaman.

Sehubungan itu, wanita perlu banyak bersabar menempuhinya. Sifat semula jadi memang sukar diubah, tetapi bukan mustahil dengan kebijaksanaan seorang isteri ia boleh diubah.

Nasihat saya ialah, paling penting jangan cepat putus asa. Berusahalah mengubah sifat semula jadi pasangan anda.

09 November 2011

14 Tips Menggoda Suami

1) Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik yang berbeza dan mendebarkan seperti membuka pakaian secara perlahan-lahan, bermula dengan butang paling atas dengan aksi yang menghairahkan.

2) Cuba rapatkan dada anda ke dada suami dan dakaplah suami anda dengan dakapan penuh nafsu.

3) Mainkan rambut anda ditubuhnya. Belaian rambut anda mungkin dapat membangkit ghairah suami. Jangan lupa belai juga rambut, misi atau bulu dada suami anda jika ada.

4) Buat gigitan manja di leher atau bahagian lain tubuh. Gigitan ini boleh merangsang keinginan suami. Selain itu, suami akan ingat anda apabila melihat bekas gigitan itu.

5) Isteri juga boleh meninggalkan pakaian dalam di tempat tidur kerana suami sering ghairah apabila melihat benda-benda itu.

6) Tatap mata suami dengan pandangan yang mempesonakan.

7) Usap bahagian tubuh suami anda dengan usapan manja dan mesra dengan menggunakan hujung jari, dari dahi hingga ke belakang leher.

8 ) Hembus nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh merangsang suami dan membuat dia tidak sabar mendakap anda.

9) Elak menyentuh kelemahan tubuh suami. Tumpukan pada bahagian lain seperti dada, puting atau lengannya yang sasa.

10) Sesekali pakailah pakaian dalam yang jarang dan menampakkan tubuh anda yang seksi atau memakai pakaian yang singkat dan menggiurkan.

11) Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan seksual, pakai pakaian di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri memakai pakaian, bermula daripada pakaian dalam, coli dan bahagian-bahagian lain.

12) Jangan lupa, ketika hubungan seksual, selain dari alunan lagu yang syahdu atau klasik, haruman ditubuh juga boleh membangkitkan ghairah suami. Cuba menggunakan minyak wangi yang boleh menyeronokkan suami.

13) Usah terburu-buru dalam hubungan seksual. Ambil masa dan nikmatilah sepuas-puasnya.

14) Jika ingin lebih agresif. Tarik suami ke katil dan bertindak dahulu bagi memberikan suami suatu kejutan yang berbeza.

10 October 2011

Suami didakwa Gigit Kemaluan Isteri

Suami didakwa Gigit Kemaluan Isteri 

KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu. Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad. Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun. Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya. "Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri. Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata: "Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa." Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. - Kosmo

04 October 2011

Cara Mawi Jaga Kawal Isteri

Doa di Tanah Suci termakbul apabila Ekin disahkan hamil

BAGAI menatang minyak yang penuh Mawi melayan isteri tersayang, Norashikin Rahmat, yang kini hamil empat bulan setengah. Isterinya yang dikahwini hampir tiga tahun lalu itu tidak dibenarkan melakukan kerja berat termasuk memandu, malah dia juga bagaikan guru disiplin yang sentiasa memerhatikan gerak-geri isterinya dari segenap sudut, supaya tiada apa-apa yang tidak elok berlaku pada kandungan. Biarpun pada luarannya Mawi kelihatan seakan-akan tidak kisah, tetapi Ekin yang hadir menemani suaminya ke majlis rumah terbuka Astro baru-baru ini berkata, suaminya seorang lelaki yang amat mengambil berat. “Dia selalu memerhatikan setiap gerak geri saya. Jika saya berjalan laju sedikit, dia akan tegur. Saya suka buat kerja cepat-cepat sehingga kadang kala lupa yang saya sedang mengandung, jadi dialah yang akan sentiasa mengingatkan.

“Selain itu Mawi juga sentiasa bertanya saya hendak makan apa. Sejak mengandung, saya agak kuat makan sampaikan berat badan naik sebanyak enam kilogram. Dia juga tidak mengizinkan saya buat kerja-kerja rumah, malah sejak mengandung, emak sering ke sini menemani saya.

“Pengalaman dua kali mengalami keguguran membuatkan saya amat berhati-hati. Sebab itu pada tiga bulan pertama mengandung, saya tinggal bersama keluarga di Johor Bahru. Bukan apa, di sana ada emak dan adik-beradik. Mereka boleh tolong tengok-tengokkan saya. Sepanjang di sana, boleh dikatakan setiap minggu Mawi berulang alik ke Johor,” kata Ekin yang kelihatan cukup gembira dengan rezeki yang dikurniakan.

Kata wanita ini lagi, dia berasa sungguh ajaib kerana dua bulan selepas pulang daripada menunaikan umrah, dia menerima berita gembira itu. Ketika menunjukkan ujian kehamilannya yang positif kepada Mawi, penyanyi itu pada mulanya enggan percaya berikutan dua kekecewaan yang pernah dilalui. Lalu, dia membawa isterinya menjalani ujian di hospital bagi mengesahkan lagi berita berkenaan.

Akui Ekin, sepanjang menunaikan umrah pada April lalu, doa memohon dikurniakan zuriat tidak lekang dari bibirnya. Justeru, dia berasakan satu keajaiban apabila dua bulan selepas kembali dari tanah suci, hasrat yang diimpikan selama ini tercapai.

“Memang tak boleh digambarkan kegembiraan ini dengan kata-kata. Mawi juga gembira, cuma dia tidak suka mempamerkan kegembiraannya depan orang. "Sekarang ini, kalau hendak ke mana-mana, Mawi akan pastikan ada orang yang menemani saya. Kalau hendak pandu kereta pun begitu juga, dia tidak benarkan saya memandu bersendirian. Selalunya emak yang akan menemani. Bagaimanapun, saya pun masih ada bapa dan adik-beradik lain di Johor, jadi emak tidak bolehlah kerap ke sini," cerita Ekin lagi.

Begitupun, mungkin sebelum bersalin nanti, mereka bercadang mahu mengambil pembantu rumah. Bukan saja jauh daripada ibunya, bahkan dia yang berhasrat melahirkan bayi itu di Johor Bahru berasa tidak lagi larat hendak melakukan semua kerja sendirian.

Ekin turut memberitahu, dia kini lebih selesa apabila tidak mengikut suaminya ke semua acara. Menurutnya, dia hanya akan menemani Mawi ke majlis tertentu dan tidak membabitkan kerja.

Sebelum ini, kerap juga kedengaran cerita kurang enak apabila dia dikatakan sering mengikuti si suami ke mana saja penyanyi berkenaan melangkah. Sedikit sebanyak kata-kata itu menghiris perasaannya.

“Sebenarnya, sejak sebelum mengandung lagi saya sudah tidak mengikut suami. Saya rasa lebih senang begini,” katanya yang dijangka bakal menyambut kehadiran zuriat pertama dengan Mawi sekitar April nanti.

Perlukan lagu berhantu

SEMENTARA itu, nama Mawi sejak akhir-akhir ini dilihat agak tenggelam selepas popularitinya mencanak naik sebaik saja menyertai program AF musim ketiga pada 2005.

Selepas kejayaannya itu, selama tiga tahun berturut-turut (2005 - 2007) dia yang digelar Raja SMS berjaya menggenggam trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

Justeru, akui penyanyi Aduh Saliha ini, dia memerlukan sebuah lagu yang dapat memberikan impak dan melonjakkan kembali namanya dalam arena seni suara. Katanya, dia kini mempunyai beberapa lagu yang berpotensi untuk diketengahkan, tetapi dia perlu memilih sebuah lagu yang terbaik untuk dijadikan single.

“Saya ada meminta lagu dari beberapa komposer, tetapi berkemungkinan saya memilih lagu daripada seorang komposer baru. Saya sukakan melodinya malah saya percaya peminat akan dapat menerimanya. Lagu berkenaan berkonsepkan pop rock.

"Saya perlu kekalkan identiti kerana tidak mahu lari daripada konsep saya sebelum ini,” katanya mengenai single yang dijangka keluar pada Disember ini.

08 June 2011

Kecam isteri ibarat pelacur

Kenyataan Dr Rohaya jatuh imej Islam, nafi hak wanita dalam perkahwinan
BERITA HARIAN 2011/06/08

KUALA LUMPUR: Kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed yang mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti `pelacur kelas pertama’ terus dikecam pelbagai pihak yang melihatnya sebagai cubaan menjatuhkan imej Islam dan menafikan hak wanita dalam perkahwinan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang melihat kenyataan itu sebagai usaha merendahkan martabat wanita Islam meminta Pendaftar Pertubuhan meneliti semula pendaftaran kelab berkenaan yang disifatkan menimbulkan rasa tidak senang wanita Islam.

06 June 2011

Penggunaan istilah pelacur keterlaluan – Nooh Gadut

Penggunaan istilah pelacur keterlaluan – Nooh Gadut
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

KUALA LUMPUR 5 Jun - Penggunaan istilah ‘pelacur kelas pertama’ oleh Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr. Rohaya Mohamed untuk menggambarkan layanan yang harus diberikan isteri untuk mengelak suami terjebak dengan kegiatan tidak sihat adalah keterlaluan.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, ini kerana perkahwinan dalam Islam bukan sekadar untuk memenuhi keperluan seks, tetapi turut diiringi beberapa perkara lain.

“Perkahwinan juga berlandaskan kasih sayang, untuk mendapatkan zuriat serta mencari ketenangan jiwa. Perkahwinan adalah satu ibadat dan perlu faham matlamatnya,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas ‘peringatan’ Rohaya yang meminta isteri supaya patuh dan memberi layanan kepada suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ supaya suami mereka tidak beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan seks.

Difahamkan, kelab yang mempunyai 800 ahli di negara ini ditubuhkan oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan kerana membawa ajaran sesat.

Menurut Nooh, suami yang mempunyai hubungan sulit dan mencari hiburan di luar bukan disebabkan oleh dorongan seks semata-mata.

LAYAN MACAM PELACUR?

Layan macam pelacur - Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar
Sumber: Berita Harian Online

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.


Senarai komen


M Ridzman
Fikir dari sudut positif la wei...

shila
saya rasa istilah pelacur tu tak sesuai digunakan...rendahnya martabat seorang isteri...

frices
pada sya nk guna istilah apa pun takpa. Janji kita perlu faham mksud dan motifnya. Tetapi Isteri tak perlu jadi spt pelacur utk mngelakkna kecurangan. Yang penting suami perlu ada keimanan.

dina
islam meletakkan darjat seorang isteri itu tinggi, jgn sama kan dengan pelacur..

Arm Enrique Azman
dua-dua kena pandai menguruskan urusan rumatangga masing2.....
sebelum kawin tu dua2 mesti betul2 kenal macam mana sifat pasangan diorang tu...
baru la rumahtangga kukuh smapai akhir hayat...
tak semestinya istri harus layan suami macam pelacur....

inai
Kot ye pun janganla letakkan taraf pelacur untuk puaskan suami.bknkah wanita itu mulia darjatnya? Hidup bkn semata untuk seks.

murshidi nawi
mana boleh iabaratkan isteri mcm pelacur...apa makna pelacur dari istilah bahasa? jgn salah guna perkataan kotor untuk insan yang bergelar isteri....

Tokiyohamidi
Tak paham,kenapa harus diistilahkan isteri sama seperti pelacur.? kita sendiri tahu sebagai seorang islam.isteri adalah yg halal sementara pelacur itu adalah yg haram.tapi persoalannya disini kenapa ayat pelacur tersebut diletak seolah2 isteri sama seperti pelacur.tak paham apa maksud wartawan yg menulis.nampak kurang enak dan kurang peka terhadap para isteri2 yg halal.

Amirul Abu
Saya rasa baiklah difikirkan semula apa yang telah ditulis di sini. saya sangat tidak menyokong kumpulan "Kelab Isteri Taat", dan baiklah ditukar kepada "Kelab isteri solehah" sebab isteri bukanlah hamba yg taat kepada semua suruhan suami, isteri juga ada haknya sendiri.

nora elena
Kita mesti positif apa yang diistilahkan oleh Dr. Rohaya yang mana isteri mesti melayan suami seperti pelacur kelas pertama. Zaman skrg ramai suami yg bersikap demand dan inginkan layanan hebat dalam seksual kerna wujud pengaruh luar seperti pelacuran, gadis bohsia, rumah urut & vcd porno yang begitu mengasyikkan serta mampu memberi kpuasan seks kepada sang lelaki.

Bukan begitu sj, ramai ank gadis diluar yg terjebak cinta dh suami org jg sggup mnjual maruah diri dan memberi layanan kelas pertama kpd 'kekasihnya'. Oleh itu, isteri patut sedar dan belajarlah cara bagaimana menjadi wanita yg terhebat dimata suami bagi mengelak berlakunya kecurangan.

imam tua
salam, dalam islam ada mengatakan isteri kamu adalah ladang bagi kamu, itu istilah yang sopan buka pelacur first class...sbb lelaki beriman tak akan terjebak dg pelacuran...

shahir
assalamualaikum.. benar isteri kena pandai layan nafsu seks suami.. ini dapat menghalang suami dari terjebak kpd zina dan mencari jalan yg haram. isteri adalah bidadari dan permaisuri suaminya.. bukan pelacur.. cuma mungkin isteri kena belajar teknik2 seks bagi meningkatkan kepuasan hubungan suami isteri.

Yangretibase
Saya nasihatkan Dr Rohaya supaya segera bertaubat nasuha dan beristighfar banyak-banyak. Tolong muhasabah diri anda.

nadiaosmond
suami sekarang kurang layanan bab sex sebab tu mereka cari lain. kelab tu menepati masa amat sesui utk wanita yang dingin bab sex ini,,

melankolia
saya berpendapat agar tidak menggunakan istilah pelacur kelas pertama kerana akan menyebabkan pembaca tersilap paham atau isteri yang lain tidak dapat menerima istilah itu. haraf maaf.

arnirafiz
Istilah pelacur kelas pertama amat tidak sesuai digunakan. Sesuatu yang telah halal seolah-olah jadinya haram. Gunakan istilah yang tidak menyinggung martabat seorang isteri di sisi suami.

naha
Layan macam pelacur kelas pertama?? Macamana tu?? Perlu tukar istilah tersebut dgn istilah yg lebih tepat, baik dan sopan....

sp3d2
byk lg perempamaan lain yg lebih sesuai. isteri yang baik bukan hanya alat seks suami.

hamba
sokong salim...x elok guna frasa mcm tue..x semua org leh fhm..apakah erti pelacur kelas atasan..

riya
lelaki harapkan kasih sayang seorang isteri bukan semata mata untuk seks sahaja seorang isteri diperlukan. Ramai lagi lelaki yang masih setia walaupun isterinya kurang aktif dalam hubungan intim.. Istilah pelacur kelas pertama ibarat memalukan kaum adam dan hawa.

farid
terima kasih dr. sbb pendapat dr ni boleh mengurangkan kes penceraian di negara kita.
amida hamzan

Nafsu ni tidak terhingga , takkan nak layan tanpa sekatan. ia hanya satu keperluan bukan matlamat. Kadang@ lelaki hampas ni tak sempat nak layan dah KO. Habis tu macammana, takkan nak salah isteri pulak.

Siti Fatima bt BAharum
kenapa perlu menyamakan seorang isteri dengan seorang pelacur?kenapa bukan bidadari?adakah martabat seorang isteri begitu rendah seperti pelacur?dan kenapa isu seks diberikan keutamaan?klu si isteri gagal dalam memberikan keseronokan dlm hbgan seksual,kte xboleh menyalahkan pihak isteri,klu si suami sygkan si isteri,isu xpuas dan perlu mencr yg lain utk memuaskan nafsu diluar xkan timbul.seorang tue perlu berfikir sebelum memberikan pandangn diumum.perlukan diingatkan perumpamaan pelacur xelok digunakan.

Jai
Terminologi "PELACUR" selalu dikaitkan dengan aktiviti yang tidak bermoral dan menjijikkan. Saya tersinggung jika Dr. ingin menyamakan layanan istimewa dari wanita soleha itu sebagai 'pelacur'. Penulisan di atas seolah-olah menggambarkan sang suami itu begitu buas dan sangat bernafsu. Apakah penulisan ini mencerminkan pengalaman sendiri ?

Abu Musa
arrr errrr ermmm payah nak komen!

harfiz
hm..kenapa perlu guna istilah 'pelacur kelas pertama'?
rendah sangat ke taraf isteri sampai kena guna istilah tersebut??

adanan
renungkan2 wahai wanita kat luar sana.....jgn nak salahkan kaum lelaki bila makan luar....

noname
istilah yg digunakan sgt teruk...

adi
istilah pelacur 1st class jgn di slh anggap.. ia bkn penghinaan,tp ambil ia sbg cabaran tk isteri memenuhi kehendak batin si suami...mungkin bunyi nya agak kasar, namun jika di fikirkan semula memang amat wajar pun..

zack
istilah "layan mcm pelacur" SANGAT TIDAK SESUAI. setuju dgn ahmad jalaluddin, darjat seorg wanita bergelar isteri tinggi. suami sepatutnye kena bertolak ansur jgk dlm hal ni, ada byk cara utk mengawal nafsu tu.

lynnda
kuranag senang dengan istilah DR ni..DR ni tahu ke layanan pelacur kelas pertama tu macam mana?? saya sendiri tidak tau,hebat sangat ke layanan pelacur tu hingga DR mengeluarkan istilah ni...

Ahmad
Tak ada istilah yang lebih baik ker? Istilah "pelacur" tu menjijikkan...

Rosdi
Saya setuju dgn Dr... suami curang bersebab.. kalau isteri lagi bagus buat apa curang.

Abdul Rashid Rahman
Dr. Rohaya Mohamed lupa hendak sebut isteri harus taat pada kehendak seks suami bukan bermakna isteri sedang datang haid, dalam pantang atau mengalami bisul di tempat kemaluan harus menuruti & mentaati juga kehendak seks suami, itu satu penganiayaan terhadap isteri dan hukumnya adalah berdosa kepada si suami.

Setuju dengan komen pembaca, adalah tidak sesuai Dr Rohaya Mohamen menggunakan istilah "pelacur kelas pertama" sebab perbezaan antara pelacur dengan wanita yang berstatus isteri ialah pelacur tidak malu disuruh memakai bikini oleh lelaki untuk merangsang lagi syahwat seks lelaki manakala wanita berstatus isteri ada yang malu untuk berbuat seperti pelacur bila disuruh oleh si suami.

fatimah
salam. Memanglah tanggungjawab isteri melayan zahir dan batin suami tetapi penggunaan perkataan 'pelacur' dianggap keterlaluan kerana suami dan isteri dinikahkan dengan sah manakala pelacur adalah sebaliknya. Sebelum mengeluarkan pendapat mestilah buat kajian dahulu kerana ramai rakyat yang membacanya...

azri
betul tu...isteri xperlu diumpamakan sebagai pelacur kelas pertama.isteri ada darjat yang tinggi di sisi islam...memang betul isteri perlu melayan suami dengan baik tapi hubungan suami perlu dijaga dan persefahaman perlu ada dan dititikberatkan...

Mohd Hisham
Mmg isteri kena jaga bab seksual.tapi istilah pelacur itu amat tidak tepat untuk digunakan. Isteri bukanlah alat seks semata2. Darjat seorg isteri amatlah mulia.

cthanim
dr...tujuan penubuhan organisasi ini mmg baik, tetapi harap diperhalusi istilah2 yg digunakan..pelacur? saya sbg isteri tidak menerima istilah ini ...sya skong 100% en ahmad jalaluddin

Anti Iblis
aduss...jgn lah guna istilah tu..cam menyanjung pelacur je..walaupun sekadar contoh..tp nape x kaji macamana cara isteri2 Rasulullah melayan Baginda dlm soal hal2 rumah tangga ni...? laki2 pun same lah klu ikut cara hidup Rasulullah xakan sesat punye...ape kes la orang2 cerdik pandai sekarang ni...yg bckp bkn calang2..bljr nun jauh ke negara orang tp..tetap ape pon xboleh (kata jambu)

m.ilham
salam.. ya, betul tu,, masalh sosial xakan brlaku skiranya c isteri mntaati suaminya dgn spenuh hatinya..

zuraidah che ani
bkn isteri sja yg hrus bg layanan yg baik buat suami,suami jgk harus melayan isteri dgn baik, baru harmoni.

syazwan
macam mana layanan pelacur kelas pertama?? ramai yang tak tahu melainkan yang pernah langgan pelacur or pernah jadi pelacur je yg tahu.. bagilah contoh yang senang dan dekat dengan pembaca..

Mungkin niat Dr tu mmg elok , layanlah suami dgn sebaik2 nya. Tp penggunaan istilah pelacur kelas pertama x sesuai langsung.

siti fatimah
jgn guna istilah pelacur.tanggungjawab isteri berbeza sama sekali dgn pelacur.......

Harie Hs
Seorang isteri kena jaga suami dengan sebaik-baiknya umpama menjaga apa yang benda yang sangat-sangat di sayanginya..bukan menyamakan dengan 'pelacur'..benar kata Ahmad Jaluddin-orang tak tau macamana istimewanya ‘pelacur kelas pertama’..mungkin layanannya kerana bayaran yang tinggi..maka nya 'Dia' melayan dengan sebaik-baiknya..takkanlah isteri-isteri kena belajar melayan suami dari ‘pelacur kelas pertama’..

man
Tujuan perbandingan tu jelas tpi agak keterlaluan. mana mgkin isteri yg mulia dibandingkn dgn perempuan hina (pelacur) yg mahukn wang sahaja.. Bnyk contoh2 lain yg lebih elok sebutannya... waulahualam.

nanpakleh
apa yg penting semua pihak harus saling memahani tentang tuntutan agama dan saling menghormati....

Salfariana
I agree but peringatan buat suami jangan pula mengambil kesempatan dan melayan istri sperti hamba.

shah
"pelacur kelas pertama" kata2 itu kurang manis kerana tiada istilah pelacur dalam kedudukan isteri terhadap suaminya... harap dapat menukar kepada maksud yang lebih manis. wallahualam

eznee
guna la ayt yang elokk sikit, kalau pelacur tu agak keras. islam pernah tegaskan bahawa, perempuan tu pakaian bagi suami, dan suami pakaian bagi isteri. Gunalah ayat elok sikit.

myus
Siapa yang memberi gelaran isteri patut melayan suami macam pelacur kelas pertama, cuba jelaskan sedikit definasi pelacur kelas pertama.

lorat!!
kasarnye!!!!! guna istilah lbh elok plzzzz

Anwar
Tak kiralah istilah apa nak guna. Memang betul apa yg dia cakap.

nizam
Menyamakan isteri dengan pelacur adalah suatu yang memalukan dalam institusi kekeluargaan, nabi saw mengangkat darjat wanita ketahap yang tinggi sebagai contoh dengan mengahwini saidatina khadijah jadi kesimpulannya mengapa untuk memperkenalkan kelab yang masih lagi baru perlu mempersendakan golongan isteri dengan meletakkan darjat mereka sama seperti pelacur.

zaitonmdtawil
Istilah pelacur amat tidak sesuai. Pelacur dibayar setelah melayani lelaki. Isteri tetap akan melayan suami dengan baik jika suami juga baik terhadap mereka. Yang penting, jadilah suami dan ayah yang baik dalam melaksanakan tanggungjawab . Suami yang berhati budi dan berpekerti mulia, tetap akan dilayan seperti raja dan dihormati oleh isteri.

Ta
setuju dgn beberapa pendapat. kenapa pula tanggungjawab isteri kepada suami dalam bab nafkah batin hendak disamakan dengan layanan pelacur kelas pertama? Pelacur di M'sia skrg pun menuntut agar mereka di panggil sbg pekerja seks. Bgimana nak disamakan? sedangkan itu punca pendapatan mereka. Jangan ambil faktor isteri tidak melayan kehendak seks suami dgn baik shj sbgi punca menjurus berlakunya zina suami.

Ia tidak adil..kesian isteri
Camne he...pelacur kelas pertama, sussah sebab suami2 baik mana tau pengalaman dengan pelacur, hehehe, rasa x sedap je samakan isteri yang suci dengan pelacur...
Jangan disamakan isteri dengan pelacur kelas 1st..Statement doktor tu SALAH! Hati-hati..kerana pulut santan binasa...

hjh mastura
Gunalah isitilah yang lebih manis selain dari pelacur! Taraf Isteri lebih mulia dari pelacur

Melati
Istilah pelacur memang tak sesuai dan menjatuhkan martabat isteri. Pelacur dibayar untuk melayan dan memuaskan nafsu lelaki. Bagaimana pula jika suami hanya memikirkan nafsu sahaja tanpa memikirkan kebajikan isteri dan anak-anak? Penat lelah isteri tak diambil kira.

Hanya tahu memerintah dan mendesak isteri agar taat kepada mereka dan melayan isteri seperti hamba abdi? Apa yang penting, jadilah suami yang baik berlandaskan Islam yang bertanggungjawab sebelum meminta isteri melayan mereka seperti raja, tapi, bukan meminta isteri menjadi pelacur terhormat.

Othman Sitlin
Sgt tidak setuju penggunaan istilah pelacur kelas pertama kpd para isteri.....banyak lagi istilah yg paling sesuai digunakan dalam penggunaan ayat yg anda gunakan....sbg seorang isteri, ketaatan kpd suami adalah paling utama termasuklah dlm persoalan hubungan suami-isteri....Islam itu sangat indah dan murni...

MIMI
W0w idea berani..tapi dalam kita menghormati suami jangan pula kita menyiksa diri.. sebab suami-isteri tidak akan berbimbing tangan di saat menemui ajal.

mazlin khairen bt othman
Apa yg dilakukan oleh kelab ini amat berguna sekali kepada kaum isteri yg kini kebanyakannya berkerjaya dan mementingkan kerjaya mereka daripada rumahtangga akibat daripada punca masalah ekonomi yg tidak stabil. Namun, setiap masalah ada jalan penyelesaian dan mungkin langkah-langkah yg dibuat oleh kelab ini akan dapat menyelesaikan masalah rumahtangga yg makin menular di kalangan masyarakat kita hari ini dapat di atasi.

rosli
pengunaan pelacur tak sepatutnya di gunakan, setuju dng pmbentukakn klab ini tapi harus di kemaskinikan lagi

ruby atika
sangat menghina kaum wanita. Konsep utama pelacur ialah 'perkhidmatan' - 'bayaran'. Nabi Muhammad juga ada membantu isteri-isterinya menjahit, memasak dan sebagainya.

mosif naalid
memang betul tugas isteri mengikut islam begitu dan tolong menolong untuk keamanan

rohana bt. taib.
tak semua kes tu sama, ada jadi hamba sek suami sendiri, tapi mereka masih curang juga di luar.

Sepupu raja kumbang
Sebagai isteri yg baik kena jaga suami dengan seelok-eloknya.. Termasuk bab seksual..

msr
jangan guna istilah pelacur kelas pertama sebab org tak tau macamana istimewanya pelacur kelas 1 tu.

ahmad jalaluddin
ianya menghina darjat seorang isteri.sedarlah, Islam sangat memandang tinggi peranan wanita/isteri.isteri bukan sekadar alat seks suami.sila rujuk ilmuan islam dalam hal ini.

salim Jono
Dr.. istilah LAYAN MACAM PELACUR TU tak sesuai dengan syariat Islam..mungkin boleh guna istilah yang lebih manis dan menepati maksud sebenarnya..wallahuallam..

04 October 2009

Panduan Perkahwinan Pengantin Baru

44 Pantang Larang Bakal Pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu se lalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat


Kenapa berkahwin?

Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat malaysia berkahwin. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran :=

1. Saya berkahwin kerana nak mendapatkan zuriat. Bukankah Allah swt telah berfirman di dalam Al Quran :

An-Nisaa
[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

2. Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.

Surah Taubah
[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

3. Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki

Surah An Nur
[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

4. Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.

Surah Ar Rum
[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

5. Saya berkahwin kerana sunnah Nabi

793 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya beberapa orang Sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku

6. Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh
7. Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin
8. Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang telajak
9. Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora
10. Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.
11. Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.
12. Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia
13. Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin

Sekiranya saya meneruskan lagi senarai ini pastinya senarai akan bertambah panjang. Dan saya tidak dapat menafikan bahawa setiap perkahwinan tetap mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma kalau kita selidiki apa yang Rasulullah saw katakan bila berbicara tentang perkahwinan :

" Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Kesimpulan, setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari Al Quran mahu pun dari Hadis Nabi saw, ianya telah menyatukan 2 insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin. Visi dan misi ini yang memberikan kekuatan bagi seorang suami dan seorang isteri untuk menghadapi kehidupan di dunia.

Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin? Apa matlamat mereka berkahwin. Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.

Lantas kenapa timbul isu-isu seperti di bawah?
1. Suami/ isteri saya sudah tidak sehaluan.
2. Suami/isteri saya telah berubah.
3. Suami/isteri sudah tidak serasi
4. Suami/isteri tidak bertanggungjawab.
5. Suami/isteri sudah tidak saling cinta mencintai.
6. Kasih sayang sudah pudar.

Asasnya, ramai yang berkahwin kerana nafsu. Ini merujuk kepada ayat Al Quran

Surah Al Imran
[3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Dan sekiranya kita merujuk kembali Hadis Nabi saw bahawa wanita dikahwini kerana 4 sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah swt.

Jelas sekarang bahawa semua isu yang timbul di kemudian hari ada berkait rapat dengan matlamat perkahwinan.

Dari Amirul Mu̢۪minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah e bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan( ) tergantung niatnya( ). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya ( ) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma̢۪il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .


Tip untuk menjadi suami yang dikagumi

Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi?

Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa..

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami € ¦’¸mithali" menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh ibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai € ¦’¸role model". Hidupkan amalan sunnah alam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Utk di kongsikan bersama....

Kredit kepada penulis

Erti Cinta & Perkahwinan

Erti Cinta & Perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur di depan sana . berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .

Darjat Seorang Isteri

Darjat Seorang Isteri

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

Terima kasih kepada penulis asal

Petua untuk bahagia rumah tangga

Petua untuk bahagia

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3.. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ¡gerak batin¢ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan..

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢ .

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ¡pasangan¢.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ¡I love you¢ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.