Showing posts with label kedai runcit. Show all posts
Showing posts with label kedai runcit. Show all posts

22 July 2012

Gambar Kedai Membeli Belah Bogel Di Jerman - Dari Video

Gambar Kedai Membeli Belah Bogel Di Jerman - Dari Video

Sebuah pasaraya di sempadan Jerman dan Denmark telah diserbu oleh segorombolan pelanggan yang bertelanjang setelah mereka membuat promosi pembelian barang secara percuma untuk segala jenis barangan runcit kepada 100 pelanggan pertama yang sanggup datang berbogel di situ.

Polis, jurugambar dan pengurus pasaraya tersebut kelihatan terkejut dengan suasana pada pagi pembukaan pasaraya di Süderlügum, North Frisia itu apabila melihat ramai yang hadir di depan pasaraya tersebut tidak memakai baju dan seluar! Ini merupakan tanda-tanda kegilaan di dunia.

Ada pelanggan yang sanggup berkhemah di hadapan pasaraya ‘Priss’ tersebut dengan harapan akan menjadi pelanggan yang teawal atau yang ke-00 bagi merebut hadiah sebakul barangan runcit yang bernilai €270 jika mereka datang dalam keadaan bogel. Sungguh hebat, mereka begitu bersemangat untuk berbogel.

Pengurus pasaraya tersebut, Nils Sterndorff kagum dengan kejayaan gimik beliau. Adakah orang-orang di Asia pun rasa kagum atau jijik? Ini adalah perbuatan yang pelik dan gila.

“Saya tidak menyangkan seratus orang akan datang, saya agak mungkin hanya 10 orang atau lebih daripada itu sahaja,” katanya.





09 October 2011

Lelaki Edar Air Mani Sendiri Dalam Yogurt

ALBUQUERQUE, Amerika Syarikat (AS) – Seorang pekerja kedai runcit mengaku salah kerana memberikan sampel yogurt berisi air mani di sebuah pasar di bandar ini, negeri New Mexico pada Januari lalu. Anthony Garcia berdepan dakwaan mencemari makanan dengan air mani dan membuat pengakuan palsu sewaktu disoalsiasat oleh pihak polis. Dia membuat pengakuan bersalah di sebuah mahkamah persekutuan AS kelmarin. Menurut polis, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan selepas sampel asid deoksiribonukleik (DNA) miliknya menyamai DNA yang terdapat pada air mani itu. Di bawah persetujuan bersama pihak pendakwa raya, Garcia berdepan hukuman penjara hingga tiga tahun, disusuli pengawasan polis selama tiga tahun selepas dia dibebaskan. – AP