Showing posts with label Penawar Denggi. Show all posts
Showing posts with label Penawar Denggi. Show all posts

28 October 2011

Nyamuk Aedes - PUNCA DENGGI

Segala-galanya mengenai Denggi 
Apakah simptomnya? Denggi berpunca daripada empat virus yang berkait rapat (DEN-1, DEN-2, DEN-3 atau DEN-4). Ia merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti virus denggi. Demam denggi adalah penyakit seperti selesema yang teruk, yang boleh dihidapi oleh bayi, kanakkanak dan remaja tetapi jarang sekali menyebabkan kematian. Dua bentuk denggi yang paling berbahaya adalah Demam Denggi Berdarah (DHF) dan Sindrom Renjat Denggi (DSS). Virus denggi berjangkit kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes betina yang dijangkiti. Nyamuk secara amnya mendapat virus tersebut semasa menghisap darah seseorang yang menghidap denggi. Sebaik sahaja dijangkiti, sepanjang hidupnya, seekor nyamuk itu boleh memindahkan virus tersebut kepada individu yang mudah dijangkiti. Virus denggi itu kemudian mengalir dalam darah manusia yang telah dijangkitinya itu selama 3-14 hari (purata 4 hingga 6 hari). Individu tersebut mungkin diserang demam secara tiba-tiba serta berbagai-bagai tanda dan simptom yang tidak khusus. Denggi tidak boleh merebak secara langsung dari seorang ke seorang yang lain. Apakah itu Denggi? Bagaimana ia berjangkit? Tanda dan simptom demam denggi berbeza-beza mengikut usia pesakit. Simptom-simptom utama denggi adalah demam panas, sakit kepala yang teruk, sakit belakang, sakit sendi, rasa loya dan muntah, sakit mata dan ruam. Demam Denggi Berdarah dan Sindrom Renjat Denggi Demam Denggi Berdarah (DHF) dan Sindrom Renjat Denggi (DSS) boleh dikesan melalui serangan demam secara tiba-tiba, setinggi 40-41ÂșC. Ia akan berlanjutan selama 2 hingga 7 hari dengan tanda dan simptom demam denggi yang serupa. Ini diikuti oleh rerambut darah yang ‘bocor’, yang membolehkan komponen bendalir keluar daripada pembuluh darah, menyebabkan pendarahan renjatan dan berdarah seperti hidung atau gusi berdarah, dan kemungkinan pendarahan dalaman. Bilangan platelet akan merosot sehingga kurang daripada 100,000/mm3. Tempoh berlakunya DHF adalah 7-10 hari. Semasa dalam fasa awal serangan denggi, adalah sukar untuk membezakan DHF/ DSS daripada demam Denggi atau penyakit bervirus yang lain. Peringkat kritikal DHF/DSS berlaku paling kerap, 24 jam selepas suhu badan jatuh atau di bawah paras normal. Jika Demam Denggi Berdarah tidak dirawat, ia boleh membawa kepada Sindrom Renjat Denggi. Bayi dan kanak-kanak kecil mungkin mengalami demam dan ruam. Mereka akan mengalami kesakitan yang agak kurang berbanding dengan kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa. Sakit sendi Sakit otot Sakit kepala Demam Sakit mata Ruam Contoh ruam denggi yang biasa. Untuk para pesakit yang menghidap DHF atau DSS yang teruk, demam serta tanda dan simptom yang tidak khusus akan berlaku untuk beberapa hari. Ia diikuti pula dengan keadaan pesakit yang merosot secara tibatiba. Pesakit tersebut mungkin kelihatan tidak bermaya dan menjadi resah. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah adalah seperti: • tekanan darah yang rendah • denyutan nadi yang laju tetapi lemah • sakit perut yang teramat • kulit berlengas dan sejuk serta kelihatan resah Tanda-tanda pendarahan adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, gusi, hidung serta gastro-usus berdarah dan kadang kala aliran haid yang berlebihan. Mereka kerap mengalami sakit perut yang teruk, sejurus sebelum serangan renjatan. Tempoh pengeraman (Masa di antara gigitan nyamuk hingga tercetusnya simptom) Tempoh pengeraman untuk Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah berlanjutan dari 3 hingga 14 hari. Tempoh purata pengeraman ialah 4-6 hari. Pendarahan pada usus Lebam kulit Perdarahan subkonjunktiva Hidung berdarah Perdarahan kecil pada kulit Bagaimana mengesahkan denggi? Apakah jenis rawatan yang terdapat untuk demam Denggi? Jangkitan denggi didiagnosis dalam makmal dengan mengesan antibodi khusus dalam serum pesakit (ujian serologi) lima hari selepas menghidap demam. Jika perlu, ujian tersebut harus diulang selepas 2-3 minggu. Sebilangan kit ujian cepat yang berdasarkan sampel serum tunggal boleh didapatkan secara komersil tetapi mungkin kurang sensitif daripada ujian serologi yang konvensional. Semasa lima hari pertama mengalami demam, jangkitan denggi boleh didiagnosis melalui pengesanan molekul (tindak balas berantai polimerase) dan antigen denggi (antigen NS 1). Darah untuk ujian diagnostik harus diambil daripada pesakit secepat mungkin selepas tercetusnya simptom. Tiada terdapat drug antivirus untuk merawat denggi. Rawatan utamanya adalah untuk mengawal simptom dan mencegah komplikasi yang timbul daripada DHF dan DSS yang teruk. Pengawalan awal bergantung pada pemantauan harian yang rapi bagi bilangan platelet, supaya pesakit dapat menerima terapi penggantian bendalir dan pemasukan platelet jika perlu. • Jika anda fikir anda mempunyai denggi, rujuk kepada doktor atau pergi ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan di hospital yang berdekatan. Pengesanan dan rawatan awal bagi simptom tersebut boleh menyelamatkan nyawa. • Jika doktor mengesyaki Demam Denggi Berdarah, anda akan dimasukkan ke hospital. Tekanan darah dan bilangan darah anda akan dipantau dengan rapi. • Sesiapa yang merasakan bahawa mereka menghidap denggi harus mengambil pelega sakit, contohnya Acetaminophen atau parasetamol. Mereka harus berehat, minum banyak air dan rujuk kepada doktor. Apakah tempoh jangkitan selepas tercetusnya simptom? Individu yang dijangkiti tidak akan menjangkiti orang lain secara sentuhan langsung. Walau bagaimanapun, jika seseorang individu itu digigit oleh nyamuk semasa berada dalam peringkat awal jangkitan demam denggi, nyamuk itu mungkin akan dijangkiti juga dan boleh memindahkan virus denggi kepada orang berikutnya melalui gigitannya. Terdapat 4 jenis virus Denggi. Jangkitan pada satu jenis tidak memberikan perlindungan jangka panjang daripada jenis-jenis yang lain. Terdapat juga bukti bahawa risiko mendapat DHF/DSS akan meningkat pada orang yang pernah dijangkiti salah satu daripada 4 jenis virus Denggi tersebut. Adakah jangkitan denggi boleh berulang pada orang yang pernah dijangkiti sebelumnya? 1. Bagaimana saya boleh mengelakkan diri daripada dijangkiti Denggi? Cara terbaik untuk mengelakkan Denggi adalah dengan mengelakkan daripada digigit oleh nyamuk Aedes. Pembawa virus Denggi hidup dan membiak berdekatan kawasan perumahan atau di dalam rumah. Pembiakan berlaku di tempat air bertakung, contohnya dalam bekas kecil, pasu bunga dan sebagainya. Soalan Lazim Penularan virus denggi boleh juga disebabkan oleh individu yang mempunyai virus tersebut di dalam badannya. Warga asing atau warga Singapura yang kembali dari negara endemik Denggi, ada kemungkinan dijangkiti virus tersebut. Orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan yang berisiko tinggi. Langkah-langkah supaya tidak digigit nyamuk, seperti berada di dalam bilik yang berjaring atau berhawa dingin, menggunakan racun serangga aerosol untuk membunuh nyamuk serta menggunakan penghalau nyamuk yang mengandungi 20% - 30% DEET (dietiltoluamida). Sentiasa ambil tahu mengenai epidemik yang berlaku di negara yang anda kunjungi. 2. Bolehkah saya mendapatkan vaksin melawan Denggi? Tiada vaksin yang berkesan yang dapat melawan denggi. Oleh itu adalah penting untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti. Kajian penyelidikan masih dijalankan untuk mencari vaksin denggi yang berkesan. 3. Bagaimana kita boleh mencegah dan mengawal denggi di Singapura? Orang ramai sering diingatkan untuk menjaga kawasan rumah mereka supaya bebas daripada denggi dengan mengamalkan sistem pemeriksaan rutin terhadap habitat pembiakan Aedes di dalam dan di sekeliling rumah. Mereka juga boleh membubuh racun serangga dan granul ke dalam bekas mengandungi air. Penghuni estet privet dinasihatkan agar membaiki alur bumbung yang rosak dan membubuh racun serangga pada alur bumbung dan piring pasu bunga. Bekas yang boleh menakung air hujan atau digunakan untuk menyimpan air (contohnya bekas plastik, baldi atau tayar kenderaan terpakai) harus ditutup atau dibuang dengan betul. 05/2009 Hospital Besar Changi (CGH) mempunyai Perkhidmatan Tanya-Jururawat-CGH pada laman web kami. Perkhidmatan ini memberi laluan bagi anda bertanya soalan lanjut mengenai sebarang tanda, simptom, atau kemusykilan berkaitan kesihatan. Ianya disediakan oleh pasukan jururawat yang berpengalaman, dan akan berunding dengan pakar perubatan atau kakitangan paramedik kami, jika perlu. Perkhidmatan ini bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat atau perundingan perubatan. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, sila ke laman web kami di http://www. cgh.com.sg dan klik “Tanya-Jururawat-CGH” untuk menuju soalan anda. Anda akan mendapat balasan daripada kami dalam masa tiga hari waktu kerja. Perkhidmatan Internet Tanya-Jururawat-CGH Organisation Accredited by Joint Commission International Panduan Pesakit Interaktif www.cgh.com.sg/ipg CGH amat berbesar hati memperkenalkan Panduan Pesakit Interaktif (IPG) – sistem pendidikan kesihatan interaktif dalam talian yang pertama di Singapura. Direka oleh pasukan pakar klinikal kami, IPG menyediakan pilihan multimedia yang menarik untuk mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan. IPG memaparkan senarai keadaan perubatan yang biasa, rawatan, prosedur, selepas prosedur dan penjagaan selepas pembedahan melalui video dan teks yang boleh dicetak. Klip video membolehkan anda melihat bagaimana prosedur sebenar dijalankan atau perincian mengenai keadaan kesihatan. Agar lebih mudah, versi mesra pencetak juga disediakan supaya anda dapat mencetak dan membacanya bila anda mahu. Dengan IPG di Internet, anda boleh melayarinya pada bila-bila masa di rumah, malah dapat berkongsinya dengan keluarga dan rakan-rakan. Lungsuri lelaman kami hari ini!

Penawar Demam Denggi Berdarah - SUP KETAM NIPAH

SAYA ingin berkongsi pengalaman berhubung usaha melawan demam denggi dengan hanya makan sup ketam. Ketika dijangkiti penyakit itu pada Mei tahun lalu, saya mendapati ketam, mengandungi protein yang tinggi, dapat membantu pembinaan semula platelet darah. Pengambilan sup ketam dipercayai menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan begitu cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang minum dan makan satu mangkuk besar sup ketam (500 ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa singkat, iaitu cuma antara lima hingga lapan jam. Pesakit akan pulih hampir sepenuhnya dalam tempoh berkenaan. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawahnya. Malah, proses pemulihannya amat pantas kerana pesakit tidak perlu makan multivitamin ataupun pil magnesium untuk memulihkan tenaga dan staminanya. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptom awal denggi boleh mengambil sup ketam sebaik saja menyedari tanda diserang denggi. Sehingga kini pemerhatian saya mendapati tidak kurang daripada 20 kenalan yang diserang denggi sembuh dalam masa lima hingga lapan jam selepas makan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengagumkan dan saya pulih sepenuhnya dalam masa tujuh atau lapan jam ketika diserang demam denggi. Saya harap satu kajian saintifik perlu disegerakan bagi merealisasikan penemuan ini dan orang ramai tidak lagi fobia dengan wabak demam denggi apabila penawarnya ditemui. Jika anda hadapi deman denggi atau keluarga anda kami sedia membantu mendapatkan ketam.

Penawar Demam Denggi - Denggi Berdarah

APA ITU PENYAKIT DENGGI? 
Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.

JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI 
Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu: a. Demam denggi klasikal.Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.b. Demam denggi berdarah.Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.

AGEN PENYEBAB PENYAKIT DENGGI Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit.

PEMBAWA AGEN PENYAKIT DENGGI 
Nyamuk Aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada 1 gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2-4 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya.Nyamuk Aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat 2 jenis nyamuk Aedes yang membawa virus denggi iaitu: [b]1. Aedes aegypti[/b] Ciri-ciri: Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala.2. Aedes albopictusCiri-ciri: garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk Aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter.

CARA JANGKITAN 
Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama 8-10 hari untuk berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk Aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk Aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain.Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersdebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil 'Penularan Mekanikal'.Selain dari cara-cara di atas jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari dimana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya.Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit. Cara jangkitan penyakit denggi

TEMPAT PEMBIAKAN 
Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.Ia tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. A. Di dalam rumah 1. Ia membiak di dalam piring alas pasu bunga.2. Tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi.3. Perangkap semut. B. Di luar rumah 1. Di dalam tayar buruk.2. Saluran air hujan.3. Tin-tin kosong atau botol.4. Bata bangunan atau kawasan pembinaan5. Cawan getah6. Lubang pokok7. Tunggul buluh8. Ketiak daun seperti -pandan dan nenas [b]AWAS!!!! ANDA AKAN DIDENDA JIKA DIDAPATI MEMBIAK NYAMUK AEDES DI KAWASAN RUMAH.[/b]

TANDA-TANDA ATAU GEJALA 
1. Demam Denggi Klasikal Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pengidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. bagi orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Penemuan makmal: Jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.2. Demam Denggi Berdarah Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah.Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai 'Dengue Shock Syndrome'(DSS).Penemuan makmal: Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit.

DIAGNOSIS PENYAKIT DENGGI 
Diagnosis demam denggi secara klinikal kadangkala menyebabkan kekeliruan . Oleh itu diagnosis makmal adalah sangat penting. Terdapat 3 teknik untuk mendiagnosis denggi di makmal iaitu secara isolasi virus, serologi dan mengenalpasti DNA virus denggi. Kini terdapat satu peralatan komersial yang dipanggil 'Dengue Blot' yang digunakan untuk tujuan yang sama.1. Isolasi virus denggi Isolasi virus denggi dari darah atau spesimen tisu adalah cara yang paling konklusif untuk diagnosis denggi. Walaubagaimanapun tatacara ini bukanlah mudah kerana virus ini tidak hidup dengan baik di dalam binatang dan kultur sel. Satu cara yang telah dimodifikasikan supaya keputusan didapati dengan mudah dan lebih cepat adalah dengan mengisolasikan virus melalui inokulasi larva 'Toxorhynchites splendens' (Lam 1993). Pusat Demam Denggi dan Demam Denggi berdarah di Universiti Malaya dengan kerjasama WHO telah menggunakan teknik kombinasi inokulasi nyamuk dan kultur sel nyamuk2. Serologi Kebanyakan makmal menggunakan teknik serologi bagi mengenalpasti penyakit denggi. Ujian piawaian bagi penyakit denggi adalah 'Haemagglutination Inhibition Test'(HI). Ujian ini berdasarkan kepada keupayaan antibodi seseorang menghalang virus denggi dari mengaglutinasikan sel-sel darah merah yang tertentu. Selain dari memastikan jangkitan denggi ujian HI ini juga berupaya memastikan samada jangkitan adalah primer atau sekunder berdasar kepada tahap antibodi. WHO telah menetapkan titer bagi jangkitan sekunder sebagai 1:2560, manakala Malaysia pula menggunakan titer1:1280. Ujian yang lebih cepat ialah pengesanan denggi IgM melalui 'Enzyme-Linked Immunoabsorbent Assay'(ELISA). IgM ini didapati hanya seketika pada jagkitan primer dan sekunder dan pengesanan IgM di dalam serum menunjukkan kepada jangkitan aktif atau jangkitan yang baru. Lebih dari 6,000 sampel serum telah diuji dengan ujian HI dan ELISA dan didapati kedua-dua ujian adalah sama dari segi spesifisiti dan sensitiviti. Namun begitu ELISA lebih cepat, hanya memakan masa beberapa jam bagi jangkitan sekunder dan 7 hari untuk jangkitan primer. 3. Dengue Blot Dengue Blot adalah satu peralatan komersial yang telah dimodifiaksikan dari ujian ELISA. Kajian yang telah dilakukan bagi mengetahui keberkesanan Dengue Blot mendapati ia mempunyai sensitiviti 100% bagi jangkitan sekunder dan hanya 28.6% bagi jangkitan primer. Oleh itu ujian ini berguna sebagai ujian saringan terutama sekali di negeri-negeri yang endemik dimana sebilangan besar penduduk telah dijangkiti virus denggi. Sampel-sampel yang negatif perlu dibuat ujian serologi yang lain (Lam 1993).4. Pengesanan asid nuklik virus Ini merupakan satu teknik yang baru dengan menggunakan teknik 'Polymerase Chain reaction'(PCR). PCR telah dapat memastikan beberapa kematian akibat denggi apabila teknik-teknik lain gagal berbuat demikian. 

RAWATAN Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.1. Rawatan Demam Denggi Klasikal Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu: a. mengurangkan demam(suhu badan)b. mengelakkan dari perdarahan berlaku 2. Rawatan Demam Denggi Berdarah a. Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.b. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.c. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7.d. Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.

Sup Ketam Penawar Demam Denggi?

Sup Ketam Penawar Demam Denggi?



Wabak denggi yang menyerang pelbagai tempat di negara ini merupakan suatu ancaman bermusim yang sehingga kini telah melibatkan berpuluh ribu orang mengalaminya dan tidak kurang juga yang menemui ajal akibat denggi berdarah. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan peningkatan yang mendadak kes-kes denggi terutama selepas musim hujan.

Misalnya sepanjang tahun 2006, sebanyak 35,402 kes telah dilaporkan. Manakala jumlah kematian dalam tahun sebelumnya pula 107 kes. Dalam minggu ke 14 tahun 2008 ini setakat 5 April sahaja jumlah kes denggi dicatatkan sebanyak 756 dan terus meningkat dari semasa ke semasa. Wabak endemik yang berlaku sepanjang tahun ini kini seolah-olah sukar dielakkan oleh sesiapa sahaja terutama penduduk bandar dan menjadi ancaman melebihi virus selesema burung. Kementerian Kesihatan menjangkakan menjelang tahun 2010 sebanyak 48,000 kes akan dihadapi oleh penduduk negara ini.

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, thrombocytopenia dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Diagnosis

Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.

Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal.

Rawatan dan Pencegahan

Rawatan utama yang dilakukan oleh pihak hospital sekarang adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

Pada masa kini para saintis masih belum menemui vaksin untuk menentang demam denggi flavivirus. Cara mencegah denggi yang utama yang dilakukan oleh pelbagai pihak buat masa sekarang adalah dengan menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk. Penggunaan kelambu dan juga semburan penghalau serangga juga boleh membantu tetapi semuanya ini tidak memberi banyak makna kepada mereka yang telah dijangkiti denggi.



KETAM – PENAWAR TUNTAS DEMAM DENGGI ?

Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Berdasarkan hadis ini adalah jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini . Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.

Namun, penemuan saya sejak hampir dua tahun yang lalu mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam (crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi. Malangnya surat-surat email yang saya hantar kepada beberapa orang profesor dan penyelidik di beberapa buah universiti tempatan agar dibuat kajian saintifik mengenai perkara penting ini tidak mendapat sebarang sambutan dan ianya amat mengecewakan. Malang juga kerana saya bukanlah seorang saintis yang dapat membuat kajian sewajarnya. Jika di negara barat, mungkin penemuan ini telah meledak dan manusia sejagat telah menikmati manafaatnya. Namun ianya tidak berlaku di negara ini.

Kajian ringkas saya mendapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.

Sehingga kini observasi saya mendapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.


Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi.

Oleh kerana saya bukanlah seorang saintis dan penemuan ini belum lagi dibuktikan secara saintifik dan klinikal, maka saya ingin mencabar agar saintis-saintis dan penyelidik kita di universiti-universiti tempatan mengorak langkah untuk membuat kajian makmal mengenai khasiat ketam ini. Jangan sampai orang lain dahulu yang membuat kajian mengenai penawar penting ini berbanding kita. Jika kajian nanti mendapati dakwaan saya ini tepat maka Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang berjaya menemui vaksin mutlak melawan virus denggi dan bakal menjulang nama negara di peringkat antarabangsa.


Saya percaya penemuan ini bakal melakar suatu revolusi baru dalam bidang kajian penyakit berjangkit bawaan vektor di negara kita sementelah belum ada lagi saintis dunia yang berjaya menemui penawar demam denggi selama ini. Untuk itu suatu kajian saintifik perlu disegerakan bagi merealisasikan penemuan ini demi kemaslahahan umat manusia amnya dan rakyat negara kita khasnya. Manakala orang ramai nanti tidak lagi perlu fobia dengan wabak demam denggi yang begitu kerap menyerang negara kita terutama di bandar-bandar utama apabila penawarnya yang tuntas sebegini telah ditemui.

Tujuan saya mendedahkan perkara ini di internet adalah untuk menyebarluaskan perkara yang cukup penting ini demi maslahah manusia semua khasnya di Malaysia ini. Dan agar para penyelidik tempatan membuka mata dan keluar daripada kepompong stereotaip mereka yang cuma membuat kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja

Daun Betik Ubat Denggi? Betul Atau Tidak?

Percaya atau tidak, daun betik adalah penawar semulajadi kepada demam denggi. Seperti diketahui umum, penghidap demam denggi akan mengalami penurunan mendadak bacaan platelet di dalam darah mereka, yang sekiranya tak dapat dipulihkan berkemungkinan akan membawa maut. Jus daun betik dipercayai dapat membantu sistem pertahanan badan kita meningkatkan bilangan platelet dalam darah secara semulajadi. Berikut adalah petikan testimoni mengenai keberkesanan penggunaan jus daun betik yang disebarkan secara meluas melalui emel...

Cerita 1 :

"I would like to share this interesting discovery from a classmate's son who has just recovered from dengue fever. Apparently, his son was in the critical stage at the SJMC ICU when his platelet counts drops to 15 after even after 15 litres of blood transfusion. His father was so worried that he seek another friend's recommendation and his son was saved. He confessed to me that he give his son raw juice of the papaya leaves. From a paltelet count of 45 after 20 litres of blood transfusion, his pallet count jumps instantly to 135 after drinking the raw papaya leaf juice. Even the doctors and nurses were surprised. After the second day he was discharged. So he ask me to pass this good news around."

Cerita 2 :

"A friend of mine had dengue last year. It was a very serioussituation for her as her platelet count had dropped to 28,000 after 3 days in hospital and water has started to fill up her lung. She had difficulty in breathing. She was only 32-year old. Doctor says there's no cure for dengue. We just have to wait for her body immune system to build up resistance against dengue and fight its own battle. She already had 2 blood transfusion and all of us werepraying very hard as her platelet continued to drop since the first day she was admitted. Fortunately her mother-in-law heard that papaya juice would help to reduce the fever and quickly she got some papaya leaves, pounded them and squeeze the juice out for her. The next day, her platelet count started to increase, her fever subside. We continued to feed herwith papaya juice and she recovered after 3 days! Amazing but it's true."

Kaedah bagaimana nak mendapatkan jus daun betik adalah mudah. Anda cuma perlukan daun betik segar (hanya bahagian daun yang berwarna hijau), bersihkan dengan air sejuk kemudian ditumbuk atau "blend" dengan mesin pengisar. Tapis dan perah daun yang telah ditumbuk dengan menggunakan kain bersih untuk mendapatkan air / jus nya. Bagi pesakit minum jus tersebut 1 sudu sekali pada setiap hari, Insya Allah berkesan.



NEW DELHI: While the authorities across India continue to battle increasing number of dengue fever, which has no known vaccine, papaya leaves juice has been found to be helpful in combating the fever.

According to a message received from Dr Sumedha Bajaj of Bombay Hospital, two tablespoon full of papaya leaves juice once a day works wonders for the dengue affected persons.

Dr Bajaj quotes an instance of a patient suffering with dengue fever whose platelet count had dropped to 28,000 after three days in hospital and water had started to fill up her lung making it difficult for her to breathe.

Doctors had given up saying that there was no cure for dengue and the bodyĂą€™s immune system needed to build up resistance against dengue and fight its own battle.

It was then that papaya leaves juice came to her rescue. The very next day of having taken the juice that platelet count showed an upward trend and her fever subsided. With the continuous feeding of papaya leaf juice she recovered in three days.

Dr Bajaj says, just clean two pieces of only the leafy part, no stem or sap, and pound and squeeze with filter cloth. One leaf gives one tablespoon juice. The juice need not be boiled or cooked or rinsed with water, or it will loose its strength. Although, the juice is very bitter, it needs to be swallowed as it is and it works