Showing posts with label Alat Mainan Seks Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Alat Mainan Seks Lelaki. Show all posts

27 August 2012

Robot Seks Wanita Dijual Untuk Melakukan Seks Dengan Lelaki

Robot seks wanita dijual RM23,642

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) – Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini.

Roxxxy yang setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.

“Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki,” kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion.

“Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia,” tambahnya.

Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.

Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).

Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian.

Buat masa ini, TrueCompanion juga sedang membina robot seks lelaki bernama Rocky. – AFP

kredit : kosmo.com.my

Remaja Ayah Jual Alat Seks - Sex toys

Dua beranak jual alat seks

KAJANG: Dua beranak yang sedang menjalankan perniagaan menjual peralatan seks terus ke rumah pelanggan sebaik menerima tempahan menerusi poster yang ditampal di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, ditahan di sini, Jumaat lalu.

Kedua-dua beranak berusia 17 dan 52 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sungai Long, jam 5.30 petang.

Hasilnya, polis merampas pelbagai alat mainan seks bernilai RM8,000. Mereka dipercayai aktif menjalankan perniagaan itu sejak tiga bulan lalu. Turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 21 tahun. Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Sakaruddin Che Mood berkata, semua peralatan seks yang ditemui dipercayai diimport dari negara jiran.

Menurutnya, perniagaan itu cukup mudah iaitu mereka hanya perlu menunggu pelanggan membuat panggilan berdasarkan nombor telefon tertera pada poster yang ditampal di tempat tumpuan orang ramai di Lembah Klang sebelum membuat penghantaran terus ke rumah bagi mengelakkan dicekup pihak berkuasa. Katanya, suspek mengakui jualannya mendapat sambutan menggalakkan.

Mohd Sakaruddin berkata, ketiga-tiga mereka disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan kini direman.

Dalam kes berasingan, dua wanita warga Indonesia ditahan mengikut Akta Pemerdagangan Manusia (ATIP) selepas dipercayai menyembunyikan 12 wanita negara itu berusia 14 hingga 42 tahun sebagai pembantu rumah tanpa sebarang upah sejak empat bulan lalu.

Sumber : Harian Metro

22 July 2012

Alat Mainan Seks Lelaki Disangka Cendawan Taisui - Berita Kelakar

Wartawan Malu Besar, Alat Mainan Seks Disangka Cendawan
24 JUN 2012


Ini antara siaran berita paling kelakar yang pernah disiarkan di TV1 pada 21-6-2012. Berita ini sebenarnya berasal dari stesen televisyen di China, di mana wartawan wanita telah tertukar antara cendawan Taisui dengan alat mainan seks lelaki.

Penduduk kampung dari Liucunbu, masyarakat luar bandar di barat China Xi’an, menemui mainan seks (sex toy) ketika sedang melakukan kerja menggerudi. Oleh kerana bingung dengan apa yang mereka temui, mereka pun menghubungi Xi’an TV station, yang terus menghantar wartawan wanita muda Yunfeng Ye ke lokasi kejadian.

Selepas membuat kajian, Ye pun mula mengulas dengan ayat “Kita boleh lihat ada sesuatu seperti mulut dan di sisi lain terdapat satu lubang yang menghubungkan semua jalan hingga ke hujung yang lain. Ia sangat licin dan kenyal seperti daging”. 

Ye mendakwa bahawa ia sejenis cendawan ‘Taisui’ yang jarang ditemui dan hanya tumbuh dalam keadaan tertentu.

Walau bagaimanapun, ramai penonton siaran itu yang telah menghubungi stesen TV Xi’an dan mengatakan bahawa misteri ‘cendawan’ itu sebenarnya mainan seks. Seorang pengguna telah menulis “Bagaimana anda tidak tahu perbezaan antara silikon dan kulat organik?” dan satu lagi menyatakan “Itu langsung tidak serupa seperti cendawan – adakah orang-orang stesen Tv ini tidak melakukan penyelidikan mereka?”

Pada hari selepas program itu disiarkan, pihak stesen Tv telah memohon maaf melalui Sina Weibo, sebuah laman web blog Cina.