Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

22 November 2011

Penyokong Indonesia Bak Meludah Ke Langit Terkena Muka Sendiri

Indonesia bukan sahaja telah tewas dari segi pertandingan tetapi juga telah kalah dari segi moral. Semua api provokasi mereka telah membakar diri mereka sendiri, orang Malaysia cukup kebal daripada api provokasi Malaysia. Penyokong Indonesia yang mempunyai hati yang cukup sensitif tidak bertempat, kurang ajar dan juga tidak tahu melayan tetamu, sekarang sudah jatuh tertonggeng. Semoga NAMAWEE akan buat satu lagu untuk menyedarkan orang-orang Indonesia yang kurang ajar itu! Kurang ajar! Indonesia! Kurang ajar! Nah! Banana! Nah! Kurang Ajar! Sekarang tidurlah kamu dengan aman! Berani menghina Lagu Negaraku! Berani menghina negara Malaysia!

Cowok Ganteng: 'Bersatu dan bangkit' - tak termasuk Malaysia
•Disediakan oleh Berita Harian

BERSATU dan bangkit! (United and rising) – semangat murni yang cuba ditampilkan penganjur Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang – Indonesia.

Semangat ini cukup positif sehingga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ketua kontinjen negara, Datuk Naim Mohamad mahu media Malaysia menutup sebelah mata di atas kelemahan tuan rumah, sebaliknya memberi tumpuan kepada memartabatkan sukan di Asia Tenggara. Namun jelas Shabery dan Naim, dan mungkin juga ramai lagi pegawai serta rakyat Malaysia yang berada di Jakarta terutamanya, tertipu dengan slogan tuan rumah itu. Atau mungkin juga sebahagian besar penduduk kota Jakarta sendiri yang tidak memahaminya. Buktinya, di Stadium Gelora Bung Karno, Pusat Bowling Jaya Ancol, Velodrom Rawamangun, Dewan Taekwondo Cibubur - nama Malaysia seakan jijik buat penyokong tempatan yang begitu bersatu dan bangkit mengejek atlit negara dan lagu Negaraku.

Paling meloyakan, kartun dalam sebuah akhbar tempatan pada hari perlawanan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan yang menampilkan pemain Malaysia seperti banduan dan lanun dengan isu perebutan wilayah antara punca tohmahan berkenaan.

Provokasi di Gelora Bung Karno yang sudah basi dan tidak mampu mempengaruhi mental pemain negara, dijangka akan lebih bingit dan menyakitkan telinga dengan misi membalas dendam serta mengubat ‘sakit hati yang mendalam’ (seperti dikatakan peminat dalam satu temubual radio tempatan) terhadap Malaysia akibat kekalahan di Piala AFF Suzuki tahun lalu.

Menurut rakan wartawan yang pernah membuat liputan Sukan SEA di hampir semua negara di rantau Asia Tenggara ini, Sukan SEA di Jakarta antara yang paling teruk – terutama dalam sambutan rakyatnya terhadap kontinjen Malaysia.

Kontinjen Malaysia yang hadir ke bumi Jakarta seolah-olah musuh ketat yang cuba dimalukan dan dimusnahkan. Bagi penyokong Indonesia, biar mereka tidak dapat emas asalkan bukan Malaysia yang memperolehnya.

Sokongan padu sanggup diberikan kepada lawan Malaysia, tidak kira dalam apa acara sekalipun. Jadi jelas kedatangan kontinjen negara ke sini kurang dialu-alukan dan nama Malaysia tidak terbabit dalam kempen Bersatu & Bangkit kali ini.

Malaysia kini yang berada di tangga keempat keseluruhan selepas mencapai sasaran 45 pingat emas kelmarin, kini perlu menamatkan kempen kali ini dengan ibu emas – mengecewakan Indonesia dalam aksi final bola sepak malam ini – sekali gus mengajar sebahagian penyokong di sini erti semangat kesukanan sebenar.

Syed Riduan

Layanan Buruk Penyokong Indonesia Terhadap Atlit-Atlit Malaysia SUKAN SEA

Layanan Buruk Penyokong Indonesia Terhadap Atlit-Atlit SUKAN SEA
Penyokong-penyokong dan penonton-penonton Indonesia membuat bising, menghina dan tidak menghormati lagu Negaraku orang Malaysia dengan sengaja memang sangat buruk. Orang-orang Indonesia yang menjadi tuan rumah lagi juga penyokong tidak melayan tetamu mereka dari Malaysia dengan baik. Apa ini? Rupa-rupanya beginilah wajah dan air muka orang Indonesia. Sangat teruk dan cukup hina kelakuan mereka semuua ini. Orang Indonesia, terimalah kekalahan ini dengan bersorak-sorak lagi kerana kekalahan kamu bukan sahaja di gelanggang pertandingan tetapi juga moral yang paling teruk di dunia ini.

Kito Wong Palembang: Mana dia sikap setia kawan?
Disediakan oleh Berita Harian


SUKAN sering dikaitkan antara jambatan terbaik mengeratkan hubungan sesama negara kerana pada dasarnya, ia mengutamakan semangat kesukanan dan mengenepikan pengaruh perbezaan politik serta budaya.

Itulah juga matlamat penganjuran Sukan SEA yang bukan setakat bersaing dalam acara sukan, tetapi juga mengeratkan semangat setiakawan sesama negara Asia Tenggara mengambil bahagian. Namun, beberapa insiden terhadap layanan tuan rumah kepada atlit, pegawai mahu pun petugas media Malaysia tidak langsung mencerminkan matlamat itu. Insiden seperti penonton tidak berdiri dan menghormati lagu kebangsaan yang memenangi pingat emas sudah seperti kebiasaan di Kompleks Sukan Jakabaring yang menjadi venue utama kebanyakan acara di Palembang.

Malah, pada satu upacara penyampaian pingat di Pusat Akuatik membabitkan pemenang emas dari Malaysia, penonton tuan rumah sengaja bersorak dan membuat bising ketika NegaraKu berkumandang.

Bukan itu saja, petugas media Malaysia yang membuat liputan di Pusat Akuatik juga menghadapi kesukaran menjalankan tugas dihalang pihak keselamatan memasuki kawasan dikhaskan untuk atlit dan pegawai bagi temubual.

Apapun tahniah diucapkan kepada penganjur yang prihatin terhadap aduan media apabila sebahagian kemudahan yang dulunya teruk khususnya di pusat media utama yang talian internet dan telefon sering sesak dan terputus-putus selain meja dan kerusi yang tidak mencukupi, sudah ada sedikit peningkatan.

Fiesal

19 November 2011

Khairul Fahmi Senyapkan Mulut Penyokong Indonesia

Kemenangan Skuad Bola Sepak Harimau Muda ke atas pasukan bola sepak Indonesia memang sudah dijangkalah sebab Malaysia memang hebat jugalah. Tidak hairan kalau Malaysia mampu menang kerana pemain Malaysia sekarang hebat-hebat belaka.

Barisan pertahanan intipati kejayaan 
Harimau Muda ke separuh akhir INTIPATI kejayaan skuad Harimau Muda, petang ini harus berkisar kepada kekebalan benteng pertahanan yang hanya dibocori dua kali apabila turun menentang Myanmar dalam saingan separuh akhir. Selain Muslim Ahmad yang menerajui barisan pertahanan dan Mahali Jasuli yang menjadi pencetus kepada gol kemenangan jaringan Syahrul Azwari Ibrahim ketika menewaskan Indonesia pada perlawanan terakhir kelmarin, kelibat Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat harus memainkan peranan penting. Kelima-lima pemain ini sudah berpengalaman beraksi di hadapan penonton fanatik tuan rumah ketika menjuarai Piala AFF Suzuki, tahun lalu dan berbekal pengalaman itu, faktor gangguan penyokong tidak lagi menjadi isu besar buat perjuangan mereka. “Masuk kali ini sudah tiga kali saya beraksi di Gelora Bung Karno dan saya anggap ejekan mereka sebagai pencetus semangat buat kami,” kata Fadhli yang membantu mengekang asakan lawan sepanjang kempen kali ini. Bagi Asraruddina, kesefahaman dan kerjasama antara lima benteng kebangsaan ini yang sudah lama bersama antara faktor mengukuhkan kubu terakhir negara. “Kombinasi sama digunakan jurulatih (Datuk K Rajagobal) ketika AFF lalu dan ternyata ia membuahkan hasil. “Cuma untuk aksi separuh akhir, saya harap jentera serangan dapat mengemaskan tindakan penyudah bagi merealisasikan impian mengekalkan kejuaraan.” Ditanya sama ada ketiadaan jurulatih, Ong Kim Swee bakal menjejaskan persembahan pasukan, Asraruddin menjawab: “Tidak. Jurulatih sudah memberi arahan lebih awal dan kami tahu apa yang perlu dilakukan.”

Pemain Bola Sepak Malaysia Menang Mudah Kalahkan Indonesia

JERITAN MALAYSIA MALING BERTUKAR JADI MALAYSIA MENANG!

JERITAN “Malaysia Maling (pencuri)” oleh lebih 100,000 penonton di Stadium Gelora Bung Karno ketika lagu Negaraku berkumandang, tidak melemahkan semangat pemain bawah 23 negara untuk merakam kemenangan 1-0 ke atas Indonesia, malam tadi. Kemenangan itu sekali gus melonjakkan pasukan kendalian Ong Kim Swee sebagai juara Kumpulan A dan meneruskan misi mempertahankan emas pada peringkat separuh akhir bertemu Myanmar, esok. “Pemain menunjukkan watak mengagumkan malam ini (semalam). Tapi masih banyak perlu diperbaiki apabila kita menentang Myanmar dalam separuh akhir Sabtu ini. Bagi saya, setiap pasukan ke separuh akhir kuat dan harus waspada lagi,” kata Kim Swee. Gol jaringan pemain lincah, Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-17 berjaya menutup mulut lautan merah di Gelora Bung Karno - hanya selepas tiga minit dia masuk menggantikan Wan Zaharul Nizam Zakaria yang mengalami kecederaan. Selepas rehat, barisan pemain muda Indonesia yang agak tertekan dengan harapan disandarkan penyokongnya, mula menggandakan asakan dan bermain lebih keras menyaksikan Baddrol Bakhtiar dan Syahrul Azwari menjadi sasaran. Kim Swee yang cuba menyuarakan rasa tidak puas hati atas permainan Indonesia kepada pengadil, Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu, diarahkan keluar padang pada minit ke-67. Pengendali negara yang memberi arahan menerusi walkie-talkie kepada pembantunya, Yong Wai Hwang berjaya mengekalkan tumpuan pemain mempertahankan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat.

04 October 2009

Balasan Untuk Indonesia Kerana Memburuk-burukkan Malaysia

Media Indonesia begitu kerap memburuk-burukkan Malaysia, kini satu demi satu bencana alam menimpa Indonesia. Antaranya gempa bumi, dan kini hujan badai.

Jakarta - Hujan sangat deras mengguyur Kota Jakarta. Di jalan raya, jarak pandang terbatas dan angin bertiup kencang.

Hujan lebat yang disertai angin kencang terjadi hampir di seluruh wilayah Jakarta. Hujan ini dimulai sekitar pukul 14.00 WIB, Minggu (4/10/2009). Hingga pukul 17.40 WIB, hujan masih deras mengguyur.

Sejumlah biker pun memanfaatkan halte-halte bus atau jembatan penyebrangan untuk berteduh. Mereka mengaku jarak pandang terbatas dan angin kencang menyulitkan mereka untuk mengontrol laju sepeda motor.

"Daripada jatuh, mending istrirahat dulu. Ini hujan kaya badai," ujar Dibyo, biker yang berteduh di Jl Simatupang, Jakarta Selatan pada detikcom.

Pantauan detikcom, hujan deras ini menimbulkan genangan air di sejumlah titik. Antara lain di Jl Buncit Raya dan Tanjung Barat, Jakarta Selatan.

Berita Palsu - Indonesia Tolak Bantuan Malaysia

Isu hangat di alam cyber, Indonesia menolak bantuan Malaysia kerana dana dari hasil judi. Berita yang dikabarkan dari akhbar Harian Kota. Oleh kerana sumber berita ini dari forum topix iaitu forum yang tidak memerlukan ahlinya mendaftar sebelum menghantar artikel saya cuba mencari sumber asalnya dari carian Pakcik google dan makcik yahoo.

Malangnya hasil carian tiada akhbar yang bernama Harian Kota. Juga post dari warga Indonesia yang mengatakan tiada akhbar offline atau online yang bernama Harian kota

Gue orang minang di jakarta, kok gue gak pernag lihat ada koran yang namanya 'Harian Kota'? ada link nya gak?

Ini menunjukkan sumber berita ini tidak jelas kerana dari pemerintah Indonesia melalui medianya pula berterima kasih atas bantuan Malaysia.

Adakah memang ada pihak ketiga yang terus ingin terus menghangatkan permusuhan Indonesia dan Malaysia dan seterusnya terus melemahkan umat Islam.

Harian Kota, 2 Oktober 2009

JAKARTA – Berbagai bantuan telah mengalir dan mulai menumpuk di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat sejak Kamis lalu, hal ini cukup mengganggu kepadatan traffic di Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, yang sudah cukup tinggi dan mengakibatkan sejumlah penerbanganmengalami delay. Bahkan pesawat yang ditumpangi Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari dan Menko Kesra Aburizal Bakrie sempat tertahan di udaraPadang selama beberapa jam.

Namun ada yang menarik dari tumpukan bantuan tersebut, yaitu dipisahkannya bantuan dari Pemerintah Malaysia dengan bantuan dari negara-negara lainnya, hal ini di sebabkan karena adanya penolakan bantuan dari Pemerintah Malaysia dikarenakan alasan sumber dana Judi.

“Kami sangat berterimakasih atas kepedulian Pemerintah Malaysia, namun karena dibeberapa tempat terjadi penolakan dikarenakan alasan judi, kami memilih untuk memisahkan bantuan Pemerintah malaysia dengan bantuan negara lain, akan tetapi banyak jugabantuan dari perkumpulan warga minang di Malaysia yang mengirim bantuan dan tidak ditolak” ujar Kepala Distribusi Bantuan Bandara Minangkabau, Departemen Perhubungan Budi S Ervan.

Seperti diketahui Pemerintah Malaysia memiliki fasilitas perjudian terbaik dan terlengkap di AsiaTenggara dengan omset pendapatan 4 Milliar Dollar/tahun bernama GentingHighland, dan hal tersebut dinilai warga Sumatra Barat sangat bertolak belakang dengan budaya Muslim negeri Jiran tersebut. Bantuan PemerintahMalaysia berupa Mie Instan, Selimut, Tenda dan obat-obatan terlihat dibiarkan menumpuk di sisi kiri bandara Minagkabau dan sangat menggangu lalu-lintas bantuan korban gempa.

“Bantuan dari Negara Jepang yang tiba lebih dulu berupa 2500 Genset, 500 Tenda, 25 Instalasi penyaringan air, 400 Toilet portable dan 10 Kontainer Rumah Sakit Mini sudah kami sebarkan di 6 Kabupaten, sedang dari Pemerintah Amerika, Brasil,Jerman, Filipina, Brunai, Australia, Thailand, Vietnam dan Russia berupa Beras, obat-obatan, tenda, selimut, bahan makanan, instalasi air yang total keseluruhan berjumlah sekitar 28.000 ton akan tiba mulaihari ini, kami berusaha berkoordinasi dengan Barkorlak dan Palang MerahInternasional untuk penyediaan tempat penyimpanan dan penyalurannya” ujar Budi S Ervan.

Harian Kota, Jumat (2/10/2009).