Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

19 September 2008

Resepi Tart Nenas Gulung - Mudah dan Cepat

Resepi Tart Nenas Gulung - Juga disebut Kuih Tat Nenas
Biskut Gulung - Kuih Tat Nenas Gulung

Tat tat tat tat, tart tat tat tart nenas.... (ikut rentak lagu Star Wars)

Kuih Tart Nenas salah satu pembuka selera paling ajaib pada bulan Syawal. Kuih ini dilabelkan sebagai salah satu resepi kesukaan ramai yang paling popular sejak zaman berzaman. Blog ini sepatutnya memuatkan berita panas dan berita hangat, tetapi inikan bulan puasa, takkanlah Wartawan Sensasi Blog Isu Panas dan Berita Hangat ni nak cari berita-berita yang tak elok tu. Oleh itu apa kata, kita menghangatkan ketuhar dan gelombang mikro kita dengan haruman kuih-muih dan biskut raya.

Bahan bahan untuk membuat Kuih Tart Nenas
adalah seperti berikut:

Doh:
  • 1 kg tepung gandum,
  • 1 ketul buttercup,
  • 2 biji telur,
  • 2 biji kuning telur(untuk disapu),
  • 2 sudu teh esen vanila,
  • 2 sudu teh esen nenas,
  • majerin untuk melembutkan doh

Perasa dan hiasan:
  • 1 biji nenas,
  • 1 ½ cawan gula,
  • 4 kuntum bunga cengkih,
  • sehelai daun pandan

Cara membuat Tart Nenas:
  1. Gaulkan semua bahan doh dan uli hingga lembut.
  2. Masak semua bahan perasa sehingga pekat dan sejukkan.
  3. Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan, kemudian letakkan jem nenas di atasnya dan gulung.
  4. Sapukan kuning telur di atasnya untuk nampak lebih berseri, dan bakar.

Ejaan tart atau tat nenas ini mana satu yang betul? Macam resepi dan resipi jugalah, tidak ada yang jelas kebenaran penggunaanya. Selamat membuat kuih tart nenas!

01 September 2008

Resepi Rahsia Biskut Almond London


Resepi Rahsia Biskut Almond London

Dahulu, resepi untuk biskut Almond London dianggap cukup mahal. Sebab itu Wartawan Isu dan Berita Hangat mahu berkongsi resepi yang cukup hangat ini. Ada sesetengah orang memanggilnya sebagai Kek Kuih Almond London. Nampak lembut dan berkrim, tetapi apabila dimakan, rangup dan lemak. Di bawah ini disediakan resipi rahsia yang mudah dan asas dalam membuat biskut Almond London yang asli.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat biskut Almond London ini ialah:
  • 250 gram mentega
  • 125 gram gula aising
  • 100 gram tepung jagung
  • 250 gram tepung gandum
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1 atau 2 paket badam dipanggang rangup (ikut selera)
  • Sedikit badam yang dikisar halus (ikut selera - sesetengah orang suka letak banyak, dan sesetengah orang mahu letak sedikit),
  • Cawan kertas
Cara membuat:

Sediakan adunan:
Putarkan mentega, gula ising dan telur terlebih dahulu sebelum memasukkan campuran tepung jagung dan tepung gandung.

Uli adunan dan masukkan badam:
Uli adunan yang telah siap dengan lembut. Masukkan badam yang telah siap dibakar/digoreng ke dalam adunan yang telah siap diuli.

Bakar, celup dan tabur:
Celupkan biskut yang telah siap dibakar ke dalam coklat cair yang telah dimasak, masukkan biskut yang telah dicelup ke dalam cawan kertas, dan tabur dengan badam yang telah dikisar mengikut selera anda.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

30 August 2008

Resepi Kuih Baulu Bahulu Sekarang


Resepi Kuih Baulu atau Bahulu

Antara kuih yang paling senang nak dibuat sejak berzaman-zaman dahulu ialah kuih baulu. Betul, kuih ni senang nak dibuat, kalau buka gerai tepi jalan pun boleh. Itu sebab kita tengok dekat pasar raya tu, hyper market dan lain-lain tu kadangkala ada gerai jual kuih bahulu ni. Kuih bahulu ni cuma campurkan tepung, telur dan gula, dan acuan kuih baulu wajib ada.

Sediakan bahan-bahan dan peralatan berikut:
  • Acuan kuih baulu
  • 10 biji telur
  • 600 gram tepung
  • 350 gram gula
  • Boleh juga ditambah lain-lain bahan perisa atau tambahan dirasakan perlu seperti kismis, coklat, atau sebarang perasa lain.

Cara membuatnya:

Buat adunan telur:
Kacau telur sehingga kembang atau sesetengah orang panggil pukul. Telur dan gula mesti digabungkan. Gula penuh dengan karbohidrat. Telur mengandungi protein dan omega plus. Sungguh berkhasiat kuih baulu ni puan-puan, dan akak-akak sekalian.

Campurkan sedikit tepung dengan adunan telur:
Campurkan sedikit tepung dengan satu mangkuk kecil adunan telur dan gula tadi. Jangan terlalu pekat, nanti kuih bahulu jadi keras, dan jangan terlalu cair takut nanti kuih bahulu jadi rapuh. Boleh juga dimasukkan bahan-bahan tambahan yang lain.

Panaskan acuan, tuang dan bakar:
Bila acuan sudah panas, tuangkan adunan ke dalam acuan. Jangan sampai penuh, sebab kuih baulu ni bila dia masak, dia kembang. Bakar kuih bahulu sampai warnanya kuning keemasan.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.