Showing posts with label Laos. Show all posts
Showing posts with label Laos. Show all posts

29 November 2012

MALAYSIA TEWASKAN LAOS 4-1

MALAYSIA TEWASKAN LAOS 4-1
Disediakan oleh Berita Harian

Safiq Rahim (kiri) dan rakan meraikan gol pertama Harimau Malaya menentang Laos pada saingan Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. - Foto REUTERS

Malaysia mesti menang temu Indonesia untuk ke separuh akhir

Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak mahu terlalu gembira dengan kemenangan 4-1 ke atas Laos malam tadi, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada perlawanan terakhir Kumpulan B menentang Indonesia, Sabtu ini.

“Pemain melaksanakan tugas mereka malam ini (semalam), tetapi masih ada yang perlu diperbaiki menjelang pertemuan dengan Indonesia nanti,” kata Rajagobal semalam.

“Pertukaran dalam kesebelasan utama membawa hasil, pujian harus diberikan kepada Shakir Shaari yang beraksi cemerlang di bahagian tengah.

“Norshahrul (Idlan Talaha) yang tetap mahu diturunkan walaupun mengalami sedikit masalah di bahagian telinga, juga mempamerkan aksi terbaiknya malam ini.”

Rajagobal turut memuji kedua pemain sayapnya, S Kunanlan dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang kerap kali mencipta peluang menerusi larian kencang dan hantaran-hantaran cantik ke depan gawang lawan.

"Sekarang kita perlu lupakan kemenangan ini dan memberi tumpuan kepada perlawanan menentang Indonesia," kata Rajagobal yang mengharapkan sokongan padu terus diberikan kepada pasukan kebangsaan.

Malaysia bangkit merakam kemenangan selepas tewas kepada Singapura 3-0 dalam perlawanan pertama Ahad lalu yang mengundang kritikan daripada peminat.

Lagi berita menarik sekitar Piala Suzuki AFF, dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

28 November 2012

Malaysia VS Laos 28 November 2012

Keputusan Malaysia vs Laos 28 November 2012 - Piala AFF Suzuki 2012
Berikut merupakan keputusan terkini/penuh perlawanan Malaysia vs Laos Piala AFF Suzuki 28 November 2012. Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8.45 malam. Malaysia menang 4-1 menewaskan Laos.

Gol Pemain Malaysia
- Safiq 15'
- Safee Sali 66'
- Wan Zack Haikal 75'
- Muhymeen 79'.

Gol Pemain Laos
- Khone 38'

Perlawanan antara Indonesia vs Singapura sudah pun berakhir, di mana Indonesia berjaya menundukkan Singapura dengan jaringan 1-0. Malaysia wajib menang perlawanan ini untuk membuka peluang ke pusingan seterusnya.

Gol Pemain Indonesia
 -Andik Vermansah 88'


KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS LAOS 28 NOVEMBER 2012

Malaysia 4-1 Laos
Malaysia : Safiq Rahim (15'), Safee Sali (66'), Wan Zack Haikal (75'), Khyril Muhaimeen (79')
Laos : Khonesavanh (39')

Keputusan Malaysia VS  Laos live AFF Piala Suzuki 28 November 2012 menyaksikan Malaysia menang 4-1 ke atas Laos dalam perlawanan ke 2 peringkat kumpulan B.

Pada separuh masa pertama, Malaysia menguasai permainan. banyak serangan yang dijanakan pemain Malaysia. Hasilnya Safiq Rahim menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma cantik minit ke 15.

Walaubagaimanapun Laos berjaya merapatkan kedudukan menerusi sepakan Khonesavanh yang mengenai kaki Aidil Zakwan sekaligus melantun melepasi Farizal Marlias

Tamat separuh masa pertama, kedudukan Malaysia 1-1 Laos. Malaysia menguasai permainan namun Laos berjaya menjaringkan gol penyamaan.

Separuh masa kedua Malaysia terus mengasak mencari gol kemenangan. Banyak percubaan ke arah pintu gol Laos menerusi NorSHahrul Idlan Talaha dan Safee Sali namun dinafikan penjaga gol Laos.

Gol ke 2 Malaysia hadir menerusi tab Safee Sali yang menerima hantaran silang Wan Zack menewaskan penjaga gol Laos.

Harimau Malaya terus mengasak dan terus menambah gol ke 3 menerusi tandukan Wan Zack Haikal minit ke 75 hasil hantaran Gunalan.

Gol ke 4 hadir menerusi Khyril Muhaimeen yang membuat larian solo minit ke 79 lalu mudah menewaskan penjaga gol Laos.

Kedudukan Malaysia 4-1 kekal sehingga ke wisel penamat ditiupkan. Selepas ini Malaysia akan menentang Indonesia pada 1 Disember 2012. Malaysia harus MENANG menentang Indonesia untuk layak ke peringkat separuh akhir.

Laos Mahu Tewaskan Malaysia - Laos Kalah!

Laos nak 'sembelih' Harimau
Disediakan oleh Berita Harian

Rajagobal (kiri) bersalam dengan Kimura pada sidang media di Hotel Palace of Golden Horses semalam. Malaysia bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Pasti Malaysia tertekan selepas tewas kepada Singapura: Kimura

Kuala Lumpur: Laos berselera besar mahu menewaskan Malaysia pada perlawanan kedua, Kumpulan B Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Selepas hampir memalukan Indonesia pada perlawanan pertama Ahad lalu yang berakhir dengan keputusan seri 2-2, pengendali Laos, Kokichi Kimura yakin anak buahnya mampu beraksi lebih baik menentang tuan rumah yang juga juara bertahan.

Saya pasti Malaysia akan bermain 100 peratus, tetapi kami akan bermain 110 peratus" - Kokichi Kimura, Jurulatih Laos

“Saya pasti Malaysia yang tertekan selepas tewas kepada Singapura akan bangkit memburu kemenangan, tetapi kami sudah bersedia,” kata Kimura pada sidang media, semalam.

Aksi 110 peratus

“Malaysia dan Indonesia tidak banyak beza, saya mungkin akan melakukan sedikit perubahan taktikal untuk perlawanan ini.

“Saya pasti Malaysia akan bermain 100 peratus, tetapi kami akan bermain 110 peratus. Saya harap ia bakal menjadi permainan menarik dan kemenangan berpihak kepada kami,” katanya.

Laos yang menduduki ranking ke-179 dunia melakukan kejutan pada perlawanan sulung kempen kali ini apabila dua kali mendahului Indonesia menerusi permainan pantas dan tersusun.

Kimura yang mula mengendali skuad Laos sejak Julai lalu mempertaruhkan barisan pemain muda pada kejohanan kali ini dan selepas aksi pertama Kumpulan B, kehadiran pasukan kerdil Asia Tenggara itu tidak lagi boleh dilabel sebagai pasukan belasahan.