Showing posts with label Melancap. Show all posts
Showing posts with label Melancap. Show all posts

08 November 2012

Apakah Itu Melancap? Adakah Anda Tergolong?

Apakah itu melancap?
• Melancap ialah perbuatan yang melibatkan sentuhan atau gosokan pada bahagian kemaluan seseorang yang menyebabkan keseronokan seksual sehingga ke tahap kepuasan nafsu (orgasm).
• Ia adalah sebahagian daripada perkembangan seksual dan boleh berlaku kepada remaja lelaki mahupun remaja perempuan.
• Ramai orang tidak mahu membincangkan perkara ini atau mengaku melakukannya kerana mereka mungkin berasa malu.
• Ia adalah sesuatu yang amat peribadi dan sulit.

Adakah melancap satu kesalahan?

• Melancap boleh dianggap sebagai satu proses pertumbuhan yang normal, namun tidak semua individu melakukannya.
• Ia merupakan pengalaman pertama untuk mendapatkan keseronokan seksual.
• Melancap berseorangan atau dengan pasangan anda adalah satu cara untuk mendapat keseronokan seksual tanpa risiko mengandung atau menghidap penyakit kelamin.
• Sekiranya anda melancap dan berasa bersalah setelah melakukannya, sila dapatkan nasihat daripada sumber yang anda boleh percayai.

Ianya adalah satu kesalahan apabila
• Ia dilakukan di khalayak ramai atau di tempat terbuka (perbuatan tidak senonoh).
• Ia dilakukan dengan begitu kerap sehingga anda menjadi ketagih untuk melakukannya.

Apakah pandangan agama mengenai melancap ?
• Di Malaysia, kebanyakan adat/budaya dan agama melarang perbuatan melancap.
• Sebagai contoh, agama Islam dan Katolik melarang perbuatan melancap.
• Anda perlu mengambil kira pandangan agama anda ketika membuat keputusan untuk melancap.
• Adalah lebih baik sekiranya anda boleh membincangkan isu-isu agama bersama guru-guru agama dan ibubapa anda.

Adakah ianya merbahaya?
Tidak, secara amnya, ia tidak merbahaya.

Ianya boleh menjadi bahaya jika :
• Ia dilakukan dengan agresif sehingga boleh mencederakan diri anda
• Ia dilakukan terlalu kerap sehingga menyebabkan gangguan fizikal dan psikologi

Contohnya:
• Seorang menggunakan berbagai jenis bahan, contohnya kain yang kasar untuk memberikan lebih rangsangan kepada bahagian kemaluan sehinggga menyebabkan luka di bahagian kemaluan.
• Seorang remaja lelaki mendapati dirinya mudah menjadi penat dan tiada tenaga untuk bangun pagi ke sekolah. Dia juga tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Kenapa? Ini kerana dia menghabiskan waktu malam dengan melancap dan asyik memikirkan tentang perkara ini. Dia juga risau ahli keluarga dan rakan-rakan akan mengetahui bahawa dia melakukan perkara ini. Dia juga malu dan bersalah kerana melakukan perbuatan yang dilarang.
• Tingkah laku melancap jika tidak dirawat akan menyebabkan kecelaruan emosi dan pelaku merasa tidak segan silu melakukannya di hadapan orang lain.
• Gangguan emosi yang menjurus kepada keinginan seksual yang tinggi boleh dirawat melalui sesi kaunseling dan psikoterapi..

Bilakah anda perlu mendapatkan bantuan?
Anda perlu mendapatkan bantuan, sekiranya;
• Aktiviti melancap anda menganggu aktiviti harian
• Apabila anda terlalu rasa bersalah

Siapakah yang dapat membantu:
• Ibubapa
• Guru/kaunselor
• Pembimbing Rakan Sebaya
• Doktor
• Sumber rujukan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia: http://www.moh.gov.my/ dan
JAKIM: http://www.islam.gov.my/
• Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Malaysian Consultative Council for Buddhism,
Christianity, Hinduism and Sikhism www. mccbchs.bobjots.org

30 October 2011

Apa Maksud Melancap Onani Toceng Filem Lucah Syahwat

SAYA penuntut di kolej swasta dan suka sangat menonton filem lucah, tapi sekarang tidak lagi. Namun saya masih teringat aksi dalam filem terbabit sehingga apabila syahwat bergelora, saya akan melepaskannya dengan melakukan onani. Bagaimana cara saya dapat menghindari perbuatan ini dan adakah melakukan onani dikira berdosa

PENUNTUT INSAF,

Kuala Lumpur. ALHAMDULILLAH wassolatu wassalam ala rasulillah wabad. Allah SWT memberikan amanah yang tidak terhingga kepada kita, antaranya adalah hati, pendengaran dan penglihatan. Anugerah penglihatan hendaklah dijaga dengan baik. Kita tentu berharap agar pelbagai anugerah dikurniakan Allah SWT dapat membawa kita kepada ketaatan dan ketakwaan kepada-Nya, bukan sebaliknya. Menonton filem lucah hukumnya jelas haram. Allah SWT memerintahkan orang beriman memelihara pandangan daripada perkara diharamkan. Allah SWT berfirman dalam ayat 30 dan 31 surah an-Nur. Pertama: Katakanlah pada orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya... Kedua (iaitu ayat seterusnya): Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya...

Janganlah kita melihat aurat orang lain. Melihat muka pun kita diperintahkan untuk menunduk pandangan. Perbuatan ini selain maksiat, juga boleh membawa kepada maksiat lebih besar lagi. Dalam sebuah hadis diriwayatkan al-Hakim dalam Mustadrak bermaksud: Pandangan itu adalah salah satu anak panah iblis yang beracun. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakan kepadanya keimanan. Ia akan menikmati manisnya iman dalam hati.

Menonton filem lucah termasuk perkara yang dapat merosakkan jiwa. Bagi remaja, fikiran akan terus bertaut dengan apa yang dilihat dalam filem. Jika belum berkahwin, apa yang ditonton itu akan mendorong melepaskan syahwat kepada perkara diharamkan Allah SWT. Boleh jadi dia akan menahan, namun ia boleh menjadikan jiwa tertekan oleh keinginannya yang membuak-buak. Dalam keadaan ini, seseorang amat mudah melakukan sesuatu diharamkan Allah SWT.

Selain itu, orang yang selalu menyaksikan perkara seperti itu akan mematikan rasa. Pepatah Arab ada menyebut, iaitu saling bersentuhan mengakibatkan hilang deria rasa. Samalah juga dengan menonton filem lucah. Ini akan merosakkan keinginan syahwat walaupun bukan dalam masa terdekat.

Jauhilah daripada kawan-kawan yang mengajak pada perbuatan mungkar ini. Banyakkan berzikir dan solat berjemaah di masjid. Mengisi masa dengan belajar, bersukan, rekreasi dan bekerja juga antara cara yang baik untuk menghindari perbuatan mungkar.

Mengeluarkan sperma dengan sengaja atau onani adalah dilarang. Ini adalah pandangan seperti Mazhab Maliki dan Syafii. Hujahnya iaitu Allah SWT memerintahkan untuk memelihara kemaluan dalam seluruh keadaan kecuali terhadap isteri dan hamba.

Jika seseorang melepaskan syahwatnya selain daripada isterinya dan hamba, maka ia termasuk dalam golongan yang melampaui batas dan melanggar apa yang ditetapkan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 5 hingga 7 yang bermaksud: Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidaklah tercela. Siapa yang mencari sebalik itu, mereka itulah orang yang melampaui batas. (Rujuk Fiqhus Sunnah jilid 2).

Selain itu, perbuatan ini juga mempunyai kesan tidak baik bagi kesihatan serta pembesaran fizikal dan mental remaja. Lebih-lebih lagi jika perbuatan ini menjadi kebiasaan sehingga sukar ditinggalkan. Demikianlah, wallahualam.