Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

26 November 2011

Guru Piano diRogol & diBunuh Dalam Kereta Myvi di Taman Perling Johor

Seorang guru telah dirogol dan dibunuh di dalam kereta di Taman Perling, Johor Bahru. Ini satu berita rogol yang amat menyedihkan. Seorang guru pergi mengajar ilmu kemudian mati dibunuh dan dirogol juga. Persoalannya ialah bagaimana orang yang merogol dan membunuh itu boleh masuk ke dalam kereta Perodua Myvi juga. Adakah kerana mangsa tidak ada mengunci pintu kereta Perodua MyVi tersebut lalu si perogol dan si pembunuh telah masuk ke dalam kereta itu semasa mangsa rogol dan bunuh itu tidak ada di dalam kereta. Mungkinkah si perogol dan si pembunuh guru piano itu telah bersembunyi di belakang kereta semasa guru piano itu masuk ke dalam kereta? Adakah guru piano itu tidak sedar si perogol dan si pembunuh itu bersembunyi di tempat duduk belakang kereta MyVi, atau adakah kereta itu bercermin gelap? Pelbagai persoalan telah muncul apabila mengisahkan tentang guru piano mati dirogol dan dibunuh di Taman Perling.
 
Guru Piano diRogol & diBunuh Dalam Kereta Myvi di Taman Perling Johor
Kejam itulah yang sesuai dikatakan kepada penjenayah yang bukan sahaja merogol seorang guru piano di Taman Perling Johor, malah mangsa turut diikat dan juga dibunuh! Mari kita baca lebih lanjut berita Guru Piano diRogol & diBunuh Dalam Kereta Myvi di Taman Perling Johor.

Guru Piano diRogol & diBunuh Dalam Kereta Myvi di Taman Perling Johor
JOHOR BAHRU: Kehilangan seorang guru piano yang tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam Perodua Myvi miliknya dengan kesan jerutan di leher serta tangan diikat di belakang badan di persimpangan Jalan Undan 12, Taman Perling di sini, semalam.

Ketika ditemui, mangsa masih memakai baju-T putih, jaket perang serta skirt paras lutut dengan seluar dalamnya terlondeh dipercayai dirogol sebelum dibunuh di tempat lain. Mayatnya kemudian diletakkan dalam kereta berkenaan.

Mayat mangsa, Chiu Kong Min, 31, ditemui kira-kira tujuh jam selepas bapanya membuat laporan polis berhubung kehilangannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa mulanya disangkakan tidur dalam kereta berkenaan dan cuba dikejutkan seorang individu yang kebetulan melalui kawasan berkenaan. Bagaimanapun, selepas mangsa yang duduk di tempat duduk pemandu didapati sudah tidak bernyawa, individu terbabit segera melaporkan kejadian itu kepada polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Mohd Akhir Ishak berkata, sebaik menerima panggilan orang ramai, pihaknya bergegas ke lokasi bagi melakukan siasatan.

Menurutnya, polis kemudian menemui wanita itu tertunduk kaku dalam kereta miliknya dan siasatan mendapati mangsa dikatakan keluar dari rumahnya kira-kira jam 2.30 petang kelmarin untuk mengajar di Jalan Simbang, Taman Perling, menaiki Perodua Myvi hijau berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa keluar untuk mengajar piano seperti biasa, namun sehingga jam 12.30 tengah malam kelmarin, masih tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya yang bimbangkan keselamatannya membuat laporan polis.

“Pemeriksaan dan siasatan awal mendapati mangsa cedera ringan di kening kiri, kesan calar pada jari kedua-dua tangan selain luka di tangan dipercayai akibat bergelut dengan penyerangnya.

“Selain itu, ketika ditemui, kedua-dua tangannya diikat menggunakan kabel pengikat dan ada kesan jerutan di leher, namun barangan peribadi mangsa seperti telefon bimbit tidak diambil suspek,” katanya.

Beliau berkata, motif kejadian itu masih dalam siasatan dan hingga kini, polis masih tidak menemui sebarang bukti di kawasan sekitar lokasi penemuan mangsa serta dalam keretanya.

“Kami tidak menolak kemungkinan mangsa dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk dibedah siasat.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kami belum menahan mana-mana individu bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan, Tan Yang Siong di talian 012-7076928,” katanya.

Sumber Guru Piano diRogol & diBunuh Dalam Kereta Myvi di Taman Perling Johor : myMetro

06 November 2011

Polis tahan lelaki penganggur ugut guru di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki di Selangor Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kes mengugut dan mencederakan seorang guru wanita di negeri ini. Jahat sungguh lelaki itu kerana mengugut guru. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata lelaki berusia 32 itu ditahan di Jalan Batu Tiga Lama, Klang pada jam 4.40 petang oleh sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL). Lelaki itu sudah berusia 32 tahun tetapi masih belum berkahwin.

"Lelaki berkenaan dibawa balik ke IPDTL bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang guru wanita yang mendakwa diugut dan dikasari bekas teman lelakinya itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Lelaki jenis apakah yang sanggup mengugut guru wanita dan mengasari wanita?

Beliau berkata, lelaki yang tidak bekerja itu kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. Rupa-rupanya lelaki tersebut tidak bekerja. Adakah dia seorang yang sensitif dan panas baran menyebabkan dia tidak dapat kekal lama dalam satu-satu pekerjaan atau sememangnya lelaki tersebut malas bekerja?

Akhbar baru-baru ini melaporkan seorang guru berusia 29 tahun mendakwa dikasari bekas teman lelakinya secara fizikal dan mental. Wanita itu dalam laporannya mendakwa dipukul, dicekik dan diugut dibakar rambutnya oleh lelaki terbabit selepas dia memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan yang turut menipu duitnya sebanyak RM15,000. - Diubahsuai dari BERNAMA

04 October 2011

Hampir 3,000 guru khidmat masyarakat terima tunggakan elaun esok: YIT

KUALA TERENGGANU: Hampir 3,000 guru khidmat masyarakat akan menerima tunggakan elaun daripada Yayasan Islam Terengganu (YIT) esok membabitkan peruntukan berjumlah RM4.7 juta. Pengarah YIT, Md Kamaru Al-Amin Ismail, berkata tunggakan itu bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini. Tunggakan itu berikutan kenaikan elaun daripada RM150 sebulan kepada RM300, katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang YIT di sini, hari ini. Mengulas perkembangan lain, Md Kamaru Al-Amin berkata YIT akan membuka tiga lagi tadika tahun depan menjadikan jumlah keseluruhan 21 buah. Tadika terbabit akan dibuka di Kampung Seberang Takir di sini, di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun dan Kampung Mak Nik Kijal, Kemaman. Setiap bangunan Tadika itu bernilai RM3.5 juta dan mampu menempatkan sehingga 700 orang murid pada satu masa, katanya.- BERNAMA

29 August 2008

Jangan Pukul Budak Sekolah Sekarang

Kata Orang Dulu-dulu
Dulu-dulu, semasa zaman sebelum millenium dulu, sebelum zaman ICT atau Information Computer Technology melanda negara ini dahulu, emak dan ayah budak-budak dulu akan kata ayat yang sungguh popular seperti di bawah ini.

"Cikgu, cikgu buatlah apa yang cikgu hendak dekat anak kami.

Nak cubit ke, nak pukul ke, nak rotan ke. Tak apa. Kita faham tanggungjawab Cikgu. Nabi kata, budak kalau umur 10 tahun, tak tahu nak solat, rotan.

Anak-anak kami pun, Cikgu rotanlah, kalau dia degil. Kalau dia melampau, mempermain-mainkan Cikgu, rotanlah anak kami tu.

Biar dia belajar hormat (diulangi: belajar hormat) (diulangi: belajar hormat) belajar hormat orang tua.

Dan asalkan dia boleh belajar, jadi pandai supaya bila besar nanti boleh tolong (diulangi: boleh tolong) (diulangi: boleh tolong) (diulangi: boleh tolong) orang tua.

Jadi budak pandai. Bukan setakat ada ilmu, tapi pandai hormat orang tua."

Dahulu, kalau ada ibu bapa datang protes mengenai anak mereka yang memang nakal tu, orang akan kata ibu bapa budak itu kurang ajar, tidak ada adab, suka manjakan anak, lupa diri, bodoh sombong dan bermasalah.


Prinsip Sekarang: Murid Sentiasa Betul?
Sekarang, sudah zaman moden. Zaman ini kita ikut teori orang Barat. Dahulu dekat restoran makanan segera sahaja ada prinsip: "Customer, always right!". Sekarang dekat sekolah pun sama. "Pupil, always right!" Oh, jangan pukul budak-budak. Tak boleh pukul anak-anak. Mereka always right.

Cikgu, anak saya jangan dicubit, nanti anak saya sakit. Kalau anak saya sakit, sekolah nanti ada orang yang hendak datang. Sekolah tak laku. C

Cikgu anak saya tak boleh didenda, nanti sakit hati di dada. Kalau saya sakit hati, saya saman cikgu, baru cikgu tahu. Cikgu hendak kena saman? Tak mahu bukan? Jadi jangan denda anak saya cikgu.

Cikgu anak saya tak boleh dipukul, nanti saya bawa tukul. Cikgu kenal tukul? Tukul kalau hinggap dekat kepala cikgu, sedap juga, cikgu.


Jadi Kes: Anak Saya Sentiasa Betul?
Cikgu, tengok saya pecahkan tingkap cikgu. Cikgu kata, "Eh, jangan buat macam itu, tak baik, wahai anak muridku, sayang..."

Anak murid kata,"Cikgu, bukankah saya ini customer. Customer always right. Apa yang saya buat ini betul. Cikgu dengki."

Cikgu kata,"Cikgu kata jangan buat. Tak elok memecahkan tingkap. Merosakkan harta benda awam ini perbuatan khianat."

Anak murid kata,"Cikgu, kata saya khianat? Ini baru khianat!" sambil melemparkan botol plastik ke muka cikgu.

Cikgu marah. Kurang Ajar. Cikgu rotan.

Esok anak murid datang dengan ibu bapa. Cikgu salah! Cikgu salah! Cikgu salah!

Sekarang, anak-anak murid yang kurang ajar, yang biadab, yang jenis manja-manja, dibesarkan oleh ibu bapa yang suka manjakan anak.

Kata ibu bapa, "Anak saya, intan pantun saya. Langkah mayat saya dahulu, kalau cikgu hendak pukul anak saya!"

Anak murid menokoh tambah,"Betul itu, saya tak buat apa pun yang salah. Customer always right. Saya ni customer, saya always right!"

Sekarang zaman sudah berubah. Adakah sesiapa yang mengaku, dia termasuk dalam golongan ibu bapa yang protes, apabila anak dia buat silap, dia akan kata: "Mana ada, customer always right. Anak saya customer. Anak saya always right!"

Zaman sekarang. Manusia semakin ramai. Manja-manja pun makin ramai. Bodoh sombong pun tentulah makin ramai. Apa nak dihairankan?

Anak saya tak bodoh? Anak saya ada ilmu.
Anak saya orang besar-besar. Anak saya kurang ajar.
Anak saya tak tahu hormat orang tua.

Biarlah, anak saya kan tu. Saya nak mati celik, nak masuk neraka dengan anak-anak saya. Biarlah. Awak tu setakat Cikgu sahaja... mengajar aja. Jangan nak sibuk-sibuk.

Biarlah...


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

27 August 2008

Video Pelajar Menyeksa dan Mempermainkan Guru Mengundang Kontroversi di China

VIDEO PERILAKU BURUK
PELAJAR BULI GURU TERSEBAR:

GURU SEKOLAH BERUSIA 70 TAHUN
DISEKSA DAN DIPERMAIN-MAINKAN OLEH PELAJAR


BEIJING: Satu video mengandungi rakaman salah laku beberapa orang pelajar berusia belasan tahun menyeksa dan mempermain-mainkan guru yang sedang mengajar di dalam kelasnya tersebar di internet dan mengundang kemarahan umum.

Adegan keji tersebut dirakam oleh seorang pelajar di sebuah sekolah di Beijing. Menerusi video itu dapat dilihat seorang pelajar memakai subang, mendekati gurunya yang sedang mengajar di dalam kelas, dan kemudian menepuk dahi gurunya sebelum kembali bangkunya.

Tidak lama selepas itu, seorang pelajar lelaki yang lain melempar botol plastik kepada guru itu dan menyebabkan kesemua pelajar di dalam kelas tersebut ketawa.

Video yang mengandungi rakaman sekitar 5 minit itu disiarkan di sebuah blog dan kemudiannya tersebar di beberapa buah laman web. Hal ini mengundang kemarahan para pengunjung laman web kerana kedajalan anak-anak murid guru tersebut menghina guru.


Kemaafan Daripada Seorang Guru
Guru yang menjadi mangsa adalah Profesor Toot Toot yang mengajar mata pelajaran Sejarah, Politik dan Geografi di sekolah tersebut.

Sungguh mengharukan apabila guru tersebut sudi memaafkan anak-anak muridnya yang terlampau biadab itu. Ini adalah contoh kemuliaan hati seorang pendidik. Profesor tua itu juga telah menolak sebarang temubual atau usaha untuk menceritakan semula kejadian yang menimpanya, malah memberitahu media bahwa para pelajar tersebut telah meminta maaf dan menyatakan penyesalan mereka di atas salah laku yang telah mereka lakukan sebelum ini.


Warganegara Bertanggungjawab Memberi Sokongan Terus
Menurut Beijing News, beberapa orang pengunjung yang telah melihat video telah mengambil inisiatif untuk pergi ke sekolah tersebut untuk menegur para pelajar terbabit dan memberikan sokongan moral kepada guru yang telah berusia 70 tahun itu.

Bagi majoriti warganegara China, kejadian tersebut mengingatkan mereka kembali mengenai peristiwa Revolusi Budaya pada 1966-1976 di mana para pelajar memukul dan mengaibkan guru mereka.

Phak Wartawan Isu dan Berita Hangat di isuberitahangat.blogspot.com enggan menyiarkan video tersebut demi menjaga maruah individu-individu yang terlibat. Semoga para pelajar di Malaysia tidak mengulangi salah laku yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut.

Moralnya di sini, kita melihat seorang guru tua berusia 70 tahun terus berusaha untuk menyumbangkan bakti kepada anak-anak bangsa biarpun melalui kesengsaraan dalam menempuhi perubahan budaya. Guru itu mungkin telah melihat dunia pendidikan selama lebih 45 tahun, dan anak-anak murid yang membulinya itu pula berusia kurang sesuku daripada umur beliau. Kesabaran beliau merupakan contoh teladan buat warga pendidik.

Sumber: AFP, Rabu (30/5/2007)


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.