29 August 2008

Jangan Pukul Budak Sekolah Sekarang

Kata Orang Dulu-dulu
Dulu-dulu, semasa zaman sebelum millenium dulu, sebelum zaman ICT atau Information Computer Technology melanda negara ini dahulu, emak dan ayah budak-budak dulu akan kata ayat yang sungguh popular seperti di bawah ini.

"Cikgu, cikgu buatlah apa yang cikgu hendak dekat anak kami.

Nak cubit ke, nak pukul ke, nak rotan ke. Tak apa. Kita faham tanggungjawab Cikgu. Nabi kata, budak kalau umur 10 tahun, tak tahu nak solat, rotan.

Anak-anak kami pun, Cikgu rotanlah, kalau dia degil. Kalau dia melampau, mempermain-mainkan Cikgu, rotanlah anak kami tu.

Biar dia belajar hormat (diulangi: belajar hormat) (diulangi: belajar hormat) belajar hormat orang tua.

Dan asalkan dia boleh belajar, jadi pandai supaya bila besar nanti boleh tolong (diulangi: boleh tolong) (diulangi: boleh tolong) (diulangi: boleh tolong) orang tua.

Jadi budak pandai. Bukan setakat ada ilmu, tapi pandai hormat orang tua."

Dahulu, kalau ada ibu bapa datang protes mengenai anak mereka yang memang nakal tu, orang akan kata ibu bapa budak itu kurang ajar, tidak ada adab, suka manjakan anak, lupa diri, bodoh sombong dan bermasalah.


Prinsip Sekarang: Murid Sentiasa Betul?
Sekarang, sudah zaman moden. Zaman ini kita ikut teori orang Barat. Dahulu dekat restoran makanan segera sahaja ada prinsip: "Customer, always right!". Sekarang dekat sekolah pun sama. "Pupil, always right!" Oh, jangan pukul budak-budak. Tak boleh pukul anak-anak. Mereka always right.

Cikgu, anak saya jangan dicubit, nanti anak saya sakit. Kalau anak saya sakit, sekolah nanti ada orang yang hendak datang. Sekolah tak laku. C

Cikgu anak saya tak boleh didenda, nanti sakit hati di dada. Kalau saya sakit hati, saya saman cikgu, baru cikgu tahu. Cikgu hendak kena saman? Tak mahu bukan? Jadi jangan denda anak saya cikgu.

Cikgu anak saya tak boleh dipukul, nanti saya bawa tukul. Cikgu kenal tukul? Tukul kalau hinggap dekat kepala cikgu, sedap juga, cikgu.


Jadi Kes: Anak Saya Sentiasa Betul?
Cikgu, tengok saya pecahkan tingkap cikgu. Cikgu kata, "Eh, jangan buat macam itu, tak baik, wahai anak muridku, sayang..."

Anak murid kata,"Cikgu, bukankah saya ini customer. Customer always right. Apa yang saya buat ini betul. Cikgu dengki."

Cikgu kata,"Cikgu kata jangan buat. Tak elok memecahkan tingkap. Merosakkan harta benda awam ini perbuatan khianat."

Anak murid kata,"Cikgu, kata saya khianat? Ini baru khianat!" sambil melemparkan botol plastik ke muka cikgu.

Cikgu marah. Kurang Ajar. Cikgu rotan.

Esok anak murid datang dengan ibu bapa. Cikgu salah! Cikgu salah! Cikgu salah!

Sekarang, anak-anak murid yang kurang ajar, yang biadab, yang jenis manja-manja, dibesarkan oleh ibu bapa yang suka manjakan anak.

Kata ibu bapa, "Anak saya, intan pantun saya. Langkah mayat saya dahulu, kalau cikgu hendak pukul anak saya!"

Anak murid menokoh tambah,"Betul itu, saya tak buat apa pun yang salah. Customer always right. Saya ni customer, saya always right!"

Sekarang zaman sudah berubah. Adakah sesiapa yang mengaku, dia termasuk dalam golongan ibu bapa yang protes, apabila anak dia buat silap, dia akan kata: "Mana ada, customer always right. Anak saya customer. Anak saya always right!"

Zaman sekarang. Manusia semakin ramai. Manja-manja pun makin ramai. Bodoh sombong pun tentulah makin ramai. Apa nak dihairankan?

Anak saya tak bodoh? Anak saya ada ilmu.
Anak saya orang besar-besar. Anak saya kurang ajar.
Anak saya tak tahu hormat orang tua.

Biarlah, anak saya kan tu. Saya nak mati celik, nak masuk neraka dengan anak-anak saya. Biarlah. Awak tu setakat Cikgu sahaja... mengajar aja. Jangan nak sibuk-sibuk.

Biarlah...


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

No comments: