Showing posts with label Isteri. Show all posts
Showing posts with label Isteri. Show all posts

27 August 2012

Kisah Isteri Suka Melancap - Onani

Isteri Suka Onani Takut Dimarahi Suami

SAYA isteri kedua dan sedang mengandung anak pertama.

Suami selalu memberikan nafkah batin setiap kali pulang ke rumah, namun masalahnya saya rasa tidak puas kerana suami terlalu cepat memuaskan dirinya. Saya tidak berkata apa-apa dan menganggap perbuatan itu biasa.

Bagaimanapun, suami sering merungut kerana selalu tidak puas bersama dengan isteri pertama yang banyak rungutan ketika mereka melakukan hubungan kelamin.

Saya berbincang dengan suami mengenai masalah itu, tetapi suami tidak boleh berbuat apa-apa kerana nafsunya memuncak setiap kali bersama. Sebab itu, saya sering melakukan onani untuk memuaskan diri sendiri.

Adakah berdosa perbuatan saya itu tanpa memberitahu suami kerana takut dimarahi?


NAJIHA,
Perak

MEMANDANGKAN manusia memang dijadikan Allah mempunyai nafsu dan ­kehendak diri, Islam ­mengajar supaya ia perlu dikawal sebaik mungkin.

Begitu juga dengan anda sebagai isteri yang terpaksa membahagi giliran, kadangkala nafsu tidak puas ketika bersama suami, tetapi memuncak ketika berseorangan.

Bagaimanapun, memilih melakukan onani tidak dianjurkan Islam kerana ia sekadar memuaskan nafsu saja.

Nafsu seks hendaklah dikawal dan jangan diikut-ikutkan sangat.

Puan hendaklah mencari pilihan lain yang lebih baik seperti memperbanyakkan berpuasa, berzikir, bersolat dan aktiviti lain yang dapat menghalang dorongan seksual itu.

Begitu juga berdoa kepada Allah supaya menyelamatkan diri daripada perkara haram seperti zina. Ini bagi mengendurkan dorongan seks.

Seterusnya hubungan seks dengan suami dapat dibaiki dan dinikmati secara betul. Ini kerana memenuhi ­tuntutan seks melalui pasangan adalah yang sebaiknya.

Manakala memilih cara yang lain tidak dapat memuaskan tuntutan seks akan melahirkan nafsu yang lebih kuat sehingga boleh mengarah kepada perbuatan haram seperti zina.

Sumber: harian metro

24 November 2011

Isteri suruh aksi lebih ganas

PESAN isteri, Norhafizah Rahim agar lebih ‘ganas’ sejurus sebelum bertarung menjadi rahsia kejayaan Ahmad Shahril Zailudin memenangi pingat emas dalam final Putera D di Padepokan Pencak Silat, semalam. Ketika tiada siapa berani meletakkan harapan, apa lagi menentang pesilat tuan rumah, Ahmad Shahril yang lebih mesra dengan panggilan ‘botak’ membuktikan tiada yang mustahil mempamerkan kejaguhannya. Kejayaan menumbangkan Sapto Purnomo 5-0 bukan saja membolehkan dia meraih emas kedua peribadi selepas Manila 2005, tetapi juga membakar semangat kepada dua lagi pendekar, Mohd Al Jufferi Jamari (Putera E) dan Mohd Fauzi Khalid (Putera F) untuk menambah dua lagi koleksi emas untuk kontinjen negara - sekali gus mengatasi sasaran dua emas ditetapkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). “Sebelum turun bertarung, saya ada menghubungi isteri (Norhafizah) dan dia pesan buat yang terbaik dan beraksi dengan lebih ‘ganas’. Jadi, mungkin itu menjadi rahsia kejayaan saya. “Saya juga tidak tahu daripada mana ‘kuasa’ datang untuk bangkit. Ini mungkin juga berkat doa dia, ibu bapa dan rakan sepasukan,” kata anak peneroka Felda Chini Timur Pahang berusia 30 tahun itu. Mohd Al Jufferi menumbangkan Nguyen Duy Chien 4-1 manakala Mohd Fauzi melengkapkan emas ketiga menundukkan Katahat Raksapon 5-0.

20 November 2011

SUAMI TAKUT POLIS - Tinggal isteri, anak atas jalan

GERIK: Akibat terlalu takut selepas merempuh seorang anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya, seorang suami tergamak memecut laju motosikalnya meninggalkan isteri dan dua anak mereka yang sedang mengerang kesakitan dalam kejadian di Jalan Air Suda, di sini kira-kira jam 8.10 malam kelmarin. Kejadian berlaku di satu simpang berdekatan persimpangan lampu isyarat ketika lelaki berusia 25 tahun itu menunggang motosikal membawa anak lelaki berusia dua tahun dan anak perempuan tiga tahun serta isterinya berusia 22 tahun. Ketika dalam perjalanan dari pekan ini, dia melanggar lampu isyarat merah dan terus membelok masuk ke simpang Jalan Air Suda sebaik melihat empat anggota polis trafik sedang membuat operasi. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharum, berkata dalam keadaan kelam kabut, lelaki terbabit merempuh Koperal Rozi Ahmad, 45, yang berada di tengah jalan menyebabkan semua yang berada di atas motosikal terjatuh ke atas jalan. “Dia yang cedera di betis dan tangan bagaimanapun pantas mencapai motosikal sebelum memecut laju membiarkan anak dan isterinya mengerang kesakitan di atas jalan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Gerik di sini, semalam. Abdul Manab berkata, Rozi cedera teruk dengan tangan kiri patah apabila tulang menembusi daging lalu dibawa ke Hospital Gerik (HG) sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping (HT), manakala dua anak lelaki terbabit dan isterinya cedera di badan dan kaki dibawa ke HG untuk rawatan. “Bagaimanapun, kira-kira jam 9 malam tadi (kelmarin) lelaki itu muncul di HG untuk mencari anak dan isterinya lalu ditahan polis. Mengikut keterangan isterinya, lelaki itu sangat takut kepada polis dan sering lari jika terserempak pasukan keselamatan itu,” katanya.