Showing posts with label Alat Seks. Show all posts
Showing posts with label Alat Seks. Show all posts

27 August 2012

Robot Seks Wanita Dijual Untuk Melakukan Seks Dengan Lelaki

Robot seks wanita dijual RM23,642

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) – Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini.

Roxxxy yang setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.

“Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki,” kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion.

“Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia,” tambahnya.

Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.

Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).

Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian.

Buat masa ini, TrueCompanion juga sedang membina robot seks lelaki bernama Rocky. – AFP

kredit : kosmo.com.my

Remaja Ayah Jual Alat Seks - Sex toys

Dua beranak jual alat seks

KAJANG: Dua beranak yang sedang menjalankan perniagaan menjual peralatan seks terus ke rumah pelanggan sebaik menerima tempahan menerusi poster yang ditampal di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang, ditahan di sini, Jumaat lalu.

Kedua-dua beranak berusia 17 dan 52 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sungai Long, jam 5.30 petang.

Hasilnya, polis merampas pelbagai alat mainan seks bernilai RM8,000. Mereka dipercayai aktif menjalankan perniagaan itu sejak tiga bulan lalu. Turut ditahan ialah seorang lelaki berusia 21 tahun. Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd Sakaruddin Che Mood berkata, semua peralatan seks yang ditemui dipercayai diimport dari negara jiran.

Menurutnya, perniagaan itu cukup mudah iaitu mereka hanya perlu menunggu pelanggan membuat panggilan berdasarkan nombor telefon tertera pada poster yang ditampal di tempat tumpuan orang ramai di Lembah Klang sebelum membuat penghantaran terus ke rumah bagi mengelakkan dicekup pihak berkuasa. Katanya, suspek mengakui jualannya mendapat sambutan menggalakkan.

Mohd Sakaruddin berkata, ketiga-tiga mereka disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan kini direman.

Dalam kes berasingan, dua wanita warga Indonesia ditahan mengikut Akta Pemerdagangan Manusia (ATIP) selepas dipercayai menyembunyikan 12 wanita negara itu berusia 14 hingga 42 tahun sebagai pembantu rumah tanpa sebarang upah sejak empat bulan lalu.

Sumber : Harian Metro

22 August 2012

Kedai Alat Seks Jadi Kunjungan Pelajar Gila Seks

Pelajar Kemaruk Kunjungi Kedai Peralatan Seks

Seorang pelajar perempuan yang masih berpakaian seragam sekolah kantoi mengunjungi kedai seks di ibu kota apabila gambarnya yang sedang berada didalam kedai tersebut telah dirakam dan dimuatnaik didalam internet. Apa yang budak perempuan ni cari dalam kedai tersebut??

Lambakan ubat-ubatan dan peralatan seks yang sebelum ini dijual secara terbuka di negara-negara luar seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom atau Belanda kini mula menular di negara ini terutamanya di Kuala Lumpur.

Jika dahulu, aktiviti jualan aksesori seks itu hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan tetapi kini pengusaha produk tersebut lebih berani dengan membuka francais di kompleks membeli-belah terkenal secara terbuka di ibu negara. Antara pusat membeli-belah itu ialah di Jalan Imbi, Jalan Bukit Bintang, Bangsar, Subang Jaya, Cheras dan Damansara.

Paling menarik, untukmengenali premis-premis yang menjual peralatan seks itu sangat mudah kerana pintu-pintu masuk kedai itu diletak dengan objek berbentuk alat sulit lelaki.

Kesimpulannya Apa lah nak jadi anak anak zaman sekarang terutamanya pelajar sekolah, Banyak perkara yang perlu diteliti dan perlu pemantauan yang lebih berkesan oleh pihak berwajib. Jauhkan diri anak anak kita dari perkara-perkara yang membinasakan mereka.