Showing posts with label Korea. Show all posts
Showing posts with label Korea. Show all posts

02 November 2011

Cerita Askar AS Rogo Remaja Korea Dengan Kejam, Sadis dan Ganas Yang Akhirnya Jatuh Ke Tanah

Askar AS Bangang Kena Penjara 10 Tahun

SEOUL: Mahkamah Korea Selatan semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang anggota tentera Amerika Syarikat atas kesalahan memperkosa seorang remaja secara kejam, kes yang memaksa diplomat Amerika meminta maaf. Anggota berpangkat prebet itu dihukum kerana merogol gadis berusia 18 tahun berulang kali di bandar raya Dongducheon, yang menempatkan pangkalan Divisyen Infantri Ke-2 berhampiran dengan sempadan Korea Utara. “Ketika tertuduh memuaskan nafsunya dengan cara kejam selama tiga jam, mangsa menderita dalam keadaan ketakutan dan merasai penghinaan. Tertuduh perlu diberi hukuman berat,” kata mahkamah dalam keputusannya yang dipetik agensi berita Yonhap.

Ia berkata, askar berusia 21 tahun itu yang namanya tidak diberikan, memasuki sebuah bilik murah pada 24 September lalu dan merogol, mendera dan mengugut mangsa menggunakan gunting.

Dia kemudian merompak mangsa 5,000 won (RM13) sebelum melarikan diri, kata hakim mahkamah di bandar raya Uijeongbu, utara Seoul.

Itu adalah hukuman paling berat pernah dijatuhkan ke atas anggota tentera Amerika sejak tahun 1993 apabila seorang lagi anggota tentera dipenjara seumur hidup kerana membunuh wanita Korea, lapor agensi berita Yonhap. Namun, hukuman itu kemudian dikurangkan kepada 15 tahun.

Penolong Setiausaha Negara Amerika, Kurt Campbell, yang melawat Korea bulan lalu meminta maaf kepada rakyat negara itu kerana kes rogol yang tragik dan tidak boleh dimaafkan itu.

Tentera Amerika juga meminta maaf dan mengenakan perintah berkurung lewat malam selama sebulan ke atas anggota tenteranya di negara itu. – AFP

13 November 2008

Cicakman 2 - Planet Hitam - Memukau Pelajar Korea

MELIHAT sedutan filem Cicakman 2: Planet Hitam di laman sesawang www.cicakman.com, hati berdebar kencang seketika. Terasa kagum melihat kesan khas yang dipaparkan, begitu juga aksi yang dipersembahkan. Berdasar kepada treler berkenaan, Cicakman 2 nyata lebih besar dan hangat berbanding filem pertama.

Maka, tidak hairan apabila ada pelajar di Pusan, Korea Selatan, ingin tahu apakah Malaysia sudah biasa menghasilkan filem adiwira seperti itu, apabila Cicakman 2 ditayangkan pada sesi tayangan perdana dunia dalam kategori Superhero di Asia pada Festival Filem Antarabangsa Pusan, berlangsung pada 2 hingga 10 Oktober.

Sebanyak 10 filem dalam genre itu ditayangkan pada festival ini dan Cicakman 2, satu-satunya filem dalam kategori itu yang diberi penghormatan mengisi slot tayangan perdana dunia pada festival kali ini.

Menurut penerbitnya, Norman Abdul Halim, apa yang orang luar tidak ketahui, Cicakman dan Cicakman 2 satu-satunya filem adiwira pernah diterbitkan di negara ini.

29 August 2008

YouTube: Sebab Kita Mesti Belajar Pelbagai Bahasa Asing


VIDEO MEMAHAMI SEBUTAN PENYANYI
DARI SUDUT BAHASA ASING:
LAGU TAMIL - BILA LIRIK TAMIL MACAM LIRIK MELAYU
Marilah Mengenai Bahasa Kaum-kaum Di Negara Kita

Siapa punya kerja ni? Kreatif melampau, tapi kelakar juga video ni. Inilah akibatnya apabila orang Melayu tidak faham bahasa Tamil, sampai lirik lagu pun ditulis dalam Bahasa Melayu tanpa menterjemahkan terlebih dahulu.

Kelakar pula jadinya. Lirik lagu bahasa Tamil dianggap bahasa Melayu. Sesiapa yang tengok jaga-jaga, sebab anda mungkin tergelak-gelak baca lirik 'subtitle'nya nanti. Budak-budak zaman sekarang.

Tapi perasaan kelakar itu mungkin akan bertukar menjadi risau, bimbang dan tidak sedap hati apabila anda menyaksikan video-video di bawah ini seterusnya.


Video Klip: Maggi Tom Yam



Video Klip: Geli Mat



Babak Sedih daripada "The Legend of Condor Hero"
Edisi Bahasa Kelantan



Video Klip: Kiroro Mirae

Daya kreativiti oleh insan yang menggelar dirinya sebagai MBB (Marilah Berbaik-baik) ini diprotes oleh beberapa orang tertentu. Maka MBB pun tampil memberikan penerangan dan hujah-hujahnya. Berikut adalah hujah pencipta 'lirik baru' bagi setiap lagu-lagu yang ditulis 'lirik' barunya. Hujah-hujah beliau (MBB atau Mari Berbaik-baik) adalah seperti di bawah (yang telah ditulis semula mengikut struktur ejaan Bahasa Melayu yang boleh difahami semua pihak):

Hujah MBB:

Video ini bukannya menghin atau merendahkan atau memperlekehkan idola anda, tetapi ia hanyalah:

Tafsiran berdasarkan bunyi atau suara yang dikeluarkan oleh mereka dari sudut pandangan atau perseptif daripada MBB ke dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu+Bahasa Inggeris+Bahasa Pasar). Jadi, mengikut definisi itu, entah tak tahulah macam mana nak cakap, tetapi lebih kurang begitulah maksudnya.

Yang kita gelakkan bukannya 'orang yang menyanyi" tetapi 'apa yang dinyanyikan + subtitle'. Kalau geli mat tu lainlah sebab penyanyi dia ada buat pergerakan yang kelakar, jadi itu dikira terkecualilah.

Kalau ada orang kata perbuatan ini menghina bahasa dia orang, cuba bayangkan begini:

Katalah anda suka "sudu". Secara umumnya, fungsi sudu ialah untuk suap makanan, kan? Tetapi ada segelintir orang fikir "lain daripada kebiasaan orang" atau "kreatif", fungsi sudu adalah lebih daripa itu. sudu boleh jadi pencungkil penutup tin milo, boleh dijadikan perhiasan, boleh pukul cawan untuk buat muzik, boleh buat senjata, boleh buat magic show, boleh buat belajar sains. Jadi tak boleh kata kalau guna sudu untuk jadi cermin sebagai "menghina" sudu kerana itu adalah salah satu cara menggunakan sudu yang orang biasa tak terfikir pun. Samalah macam video ini, bagi orang Korea dan orang awam, ini ialah lagu korea, kalau orang yang faham bahasa Korea tu fahamlah, tetapi kalau bagi "sesetengah orangg" (termasuklah saya - MBB), kalau dengar betul boleh "ditafsirkan" ke dalam Bahasa Malaysia, tapi makna dia semua "lari", "nonsense" dan "entah apa-apa".

Marilah berbaik-baik.


Begitulah pendapat MBB. Usaha beliau menulis semula lirik-lirik lagu ini menjadi ikutan pula. Berikut adalah hasil rekaan kreatif seorang lagi insan yang memperkenalkan dirinya sebagai Fique88.



Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.