Showing posts with label Aurat. Show all posts
Showing posts with label Aurat. Show all posts

19 November 2011

Ratu cantik kena kaunseling aurat

 Nama saja Islam tetapi pemakaian mahu seksi jugalah? Ini sudah lebih, bikin malu sama orang-orang timur jugalah.

JAIS panggil lima peserta Islam didakwa berpakaian seksi ketika pertandinga
KUCHING: Lima peserta Ratu Cantik Borneo (MBB) diarah menjalani sesi ‘kaunseling' di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam, selepas mereka didakwa mengenakan pakaian terlalu seksi ketika pertandingan itu. Penyertaan peserta Islam itu, Melatie Melissa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23; dan Roszainah Suhaili, 21, dikatakan menimbulkan rasa kurang selesa kalangan umat Islam sehinggakan ada yang membuat aduan kepada JAIS. Pertemuan selama hampir dua jam itu dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen; Pengarah JAIS, Abang Shamsudin Abang Seruji; Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta pegawai Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIS. Abang Shamsudin berkata, pihaknya mendapat aduan setiap hari mengenai penganjuran pertandingan itu sebelum tindakan memanggil peserta Islam terpaksa dibuat bagi memastikan mereka memahami hukum syarak. Katanya, pihaknya tidak akan menghalang penganjur daripada meneruskan pertandingan berkenaan kerana ia turut disertai 13 lagi peserta bukan Islam, namun berharap lima peserta Islam memikirkan semula kedudukan mereka. "Mana-mana pertandingan ratu cantik tetap haram berdasarkan hukum syarak, namun kita tidak boleh mengambil tindakan ke atas penganjur MBB dengan kesedaran harus ada di kalangan umat Islam terutamanya ibu bapa sendiri. "Kita telah memberi penerangan secukupnya mengenai aurat wanita kepada lima peserta berkenaan dengan tindakan seperti mengarahkan mereka menarik diri tidak dibuat berdasarkan situasi umat Islam di Sarawak yang agak berbeza," katanya. Difahamkan, penganjuran MMB menjadi perhatian selepas ia mendapat publisiti meluas media tempatan dan pada masa sama timbul bantahan pihak tertentu yang mengatakan peserta akan memakai pakaian renang pada malam pertandingan akhirnya. Sementara itu, salah seorang peserta, Adira yang berasal dari Kuching, mendakwa mereka diberi layanan baik oleh penganjur pertandingan itu, Alaric Soh, selain diminta tidak memakai pakaian yang boleh mencetuskan kontroversi. "Kebanyakan pakaian yang dipakai peserta pertandingan ini adalah pakaian biasa dengan Alaric telah memaklumkan jangan terlalu menonjolkan imej seksi, selain tiada syarat menetapkan kami perlu memakai pakaian renang," kata lulusan bidang perakaunan itu. Daripada 200 lebih permohonan untuk menyertai MBB, hampir 80 daripadanya adalah wanita Islam tetapi hanya lima dipilih penganjur

31 December 2010

Bertudung Tapi Seksi - Kejahilan Terdedah

Bertudung Tapi Bogel
selatanonline

Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu.

Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak ‘rapus’. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.

Senario tersebut sudah berlalu dan keadaan sekarang sudah berubah. Sama ada di pejabat, apatah lagi di institusi pengajian, dan di majlis-majlis, rata-rata wanita Melayu akan memakai tudung. Mereka akan berasa janggal dan terasing jika tidak bertudung.

Di kedai, pusat membeli belah, di lapangan terbang dan di mana sahaja, kebanyakkan wanita Islam telah menutup kepala mereka.

Tidak kira tua, muda, anak dara atau janda, pekerja biasa, pegawai tinggi, suri rumah tangga, rata-rata sudah menutup kepala kerana masing-masing terasa tidak selesa untuk menayangkan rambut.
Zaman berlalu, masa berganti, dan sistem nilai pun sudah berubah. Dulu yang bertudung dianggap janggal, kini yang menayangkan rambut pula akan dianggap janggal, apatah lagi bila berada di majlis-majlis tertentu. (Tidak tahulah kalau masih ada yang tidak berasa janggal).

Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.

Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.

Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.
Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana.

Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manu

_________________________________
bertudung tetapi bogel bertudung tapi seksi wanita pakai tudung tetapi bogel bertudung tetapi dedah aurat perempuan pakai tudung bogel perempuan pakai tudung dedah aurat seksi nampak punggung nampak payu dara nampah lurah buah dada

16 September 2010

Aurat Wanita

Firman Allah dalam surah an-Nur (bermaksud);“Dan janganlah mereka (yakni perempuan-perempuan beriman) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan”. (an-Nur, ayat 31).

Di dalam ayat di atas, Allah melarang wanita-wanita beriman mendedahkan perhiasan dalaman mereka kepada kaum lelaki kecuali beberapa orang berikut;
  1. Suami
  2. Bapa kandung
  3. Bapa mertua
  4. Anak lelaki kandung
  5. Anak lelaki tiri
  6. Saudara kandung
  7. Anak-anak saudara
  8. Sama-sama wanita
  9. Di hadapan hamba-hamba mereka
  10. Orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  11. Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan.

Perhiasan pada badan wanita ada dua jenis;

1. Perhiasan zahir; iaitu pakaian yang dipakai dan perhiasan yang ada di kawasan badan yang harus didedahkan iaitu muka dan tangan (seperti celak, cincin, inai dan sebagainya). Perhiasan zahir ini harus diperlihatkan (atau didedahkan) kepada orang lain termasuk lelaki ajnabi, namun dengan syarat aman dari fitnah.

2. Perhiasan batin/khafiy (tersembunyi); iaitu perhiasan yang berada di kawasan selain muka dan tangan seperti anting-anting, rantai, gelang kaki dan sebagainya; tidak harus diperlihatkan kecuali kepada suami, mahram dan lelaki-lelaki yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas. Jika perhiasan sudah tidak harus diperlihatkan, apatahlagi hendak memperlihatkan tempat beradanya perhiasan itu iaitu tubuh itu sendiri, sudah tentu lebih diharamkan. Jadi, ayat di atas sekaligus difahami darinya kewajipan wanita beriman menutup aurat mereka (iaitu seluruh badan kecuali muka dan tangan) dari dilihat oleh kaum lelaki kecuali beberapa orang yang disebut dalam ayat di atas.

Salah seorang yang dikecuali dalam ayat di atas ialah “Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan”, iaitu kanak-kanak yang belum memahami hal-ehwal wanita dan aurat wanita dan belum nampak pada mereka keinginan seks kerana umur yang masih kecil. (Lihat; Tafsir al-Munir (Dr. Wahbah az-Zuhaili), surah an-Nur, ayat 31). Jadi, kanak-kanak ada dua jenis;

1. Kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita dan belum ada keinginan kepada wanita. Kanak-kanak dalam kategori ini harus membuka aurat di hadapan mereka sebagaimana di hadapan mahram.

2. Kanak-kanak yang telah mengerti tentang aurat wanita. Kanak-kanak dalam kategori ini tidak harus wanita Islam membuka aurat di hadapan mereka iaitu sama seperti di hadapan lelaki ajnabi dewasa.

Dari sudut umur, umur mereka (yakni kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita) ialah sebelum mencapai umur murahiq iaitu lingkungan umur hampir baligh. (Fathul-Qadier, Imam as-Syaukani). Menurut Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam tafsirnya al-Wasit; “Kanak-kanak di bawah usia 10 tahun”. Jadi, kanak-kanak yang telah berusia 10 tahun ke atas, tidak harus lagi didedahkan aurat di hadapannya. Menurut Dr. Abdullah Syahatah dalam kitabnya “Tafsir Surah an-Nur”; paling jauh ialah yang berusia 12 tahun kerana menurut beliau; kanak-kanak yang telah melepasi 12 tahun telah mula bangkit dalam dirinya perasaan terhadap wanita walaupun mereka belum baligh (halaman 147). Berdasarkan pandangan ini, kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas –sekalipun belum baligh- tidak harus didedahkan aurat di hadapannya.

Penentuan umur di atas tidaklah mutlak kerana keadaan manusia pada setiap zaman sentiasa berubah. Pada zaman hari ini melalui pengaruh televisyen dan media-media masa yang lain, pendedahan tentang seks (hubungan lelaki dan wanita) begitu berleluasa termasuk kepada kanak-kanak. Oleh itu, tidak mustahil kanak-kanak lelaki hari ini walaupun belum berusia 10 tahun sudah ada keinginan kepada wanita. Maka ukuran yang paling tepat bagi seorang wanita –untuk mengukur sama ada harus ia membuka auratnya di hadapan kanak-kanak atau menutupnya- ialah dengan ia melihat keadaan kanak-kanak di hadapannya, bukan dengan melihat umurnya semata-mata.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tafsir Fathul-Qadier, Imam as-Syaukani.
2. Tafsir al-Munir, Dr. Wahbah az-Zuhaili.
3. Tafsir al-Wasit, Dr. Wahbah az-Zuhaili.
4. Tafsir Surah an-Nur, Dr. Abdullah Mahmud Syahatah.
5. Fiqh al-Albisah dan az-Zinah, ‘Abdul-Wahhab Tawilah.