Showing posts with label Ombak Rindu. Show all posts
Showing posts with label Ombak Rindu. Show all posts

01 January 2012

Ombak Rindu: Lebih 20 Kesilapan Filem Tidak Disedari Penonton

Ombak Rindu: Lebih 20 Kesilapan Filem Tidak Disedari Penonton
KREDIT: goofspotonfilm.blogspot.com

Best blog goofspotonfilm ni. Ini antara content yang menarik - Ombak Rindu.


1. TRIVIA: Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur. Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam.

2. Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah. Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu). Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek.

3. Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun.

4. Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju, seluar dan kasut basah.

5. Bantal kecil di atas sofa ada dua sisi. Satu sisi hitam dan satu lagi sisi warna seakan emas. Selepas Haris lepaskan pelukan, korang akan perasan yang bahagian hitam bantal menghadap ke hadapan. Tetapi, syot seterusnya, semasa Izzah duduk di bawah, korang akan perasan sisi warna seakan emas menghadap ke hadapan, sebelum syot seterusnya menunjukkan sisi hitam kembali menghadap ke hadapan kembali.


6. Anak kucing Izzah yang dia kutip membesar dengan cepat. Setelah beberapa syot saja, kita lihat Izzah memegang kucing dewasa. Perhatikan semasa dia di rumah semasa Haris datang.

7. Seorang hamba Allah muncul sedang sujud bersolat di tepi (saf hadapan) secara tiba tiba lepas tukar syot. Lihat di tepi skrin selepas syot bertukar.

8. Semasa Haris baringkan Izzah, rambut yang berada di bahunya tidak jatuh ke belakang. Tukar syot, rambutnya berada di belakang badannya secara tiba tiba.

9. Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot.

10. Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah.

11. Air pasang muncul tiba tiba sedangkan semasa Izzah bersembunyi di bali batu, kawasan tersebut masih belum dinaiki air.

12. Rambut Izzah di bahu kirinya yang berada di atas bahunya berada di belakang tiba tiba selepas tukar syot.

13. Mail dayung botnya meninggalkan rumah lama Izzah. Namun, syot seterusnya, kita akan lihat rumah Izzah tiada pun di belakang Mail walaupun dia tak sampai beberapa meter meninggalkan kawasan tersebut. Yang hanya ada, tebing lumpur berselut.

14. Malah, tebing yang berlumpur dalam syot Mail hilang dalam syot Izzah. Dalam syot Izzah, tebing sungai ada air.

15. Semasa jam tangan Izzah jatuh dalam air, korang akan perasan yang tali di depan sampan muncul dan hilang di antara syot.

16. AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa adegan Mak Jah dan Izzah di tangga, korang akan perasan yang Mak Jah menyebut ‘Kita sebagai hambanya’ tanpa menggerakkan mulutnya.

17. Semasa Izzah bangun, korang akan perasan yang cermin belakang Izzah gelap. Namun, semasa Mila datang, korang akan lihat cermin belakang cerah, menampakkan bangunan di luarnya.  Malah, belang belang di cermin kejap ada kejap xda between syot.

18. AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa Afiah cakap ‘I dan Haris tak ada apa2 hubungan’, ucapannya tak sama dengan bibirnya.

19. Dalam satu adegan sebelum kereta Haris kemalangan, kereta Izzah melalui satu jalan yang di kanannya adalah bukit. Namun, syot jauh menunjukkan di kanannya ada ladang teh. Syot seterusnya kembali menunjukkan jalan tepi bukit tersebut.


20. Hillux yang terjunam ke dalam gaung bukanlah Hillux yang dipandu oleh Haris. Hilux haris ada sticker di cermin depan.

21. Semasa Izzah meluru ke kereta Haris yang terjunam, sebuah keluarga yang entah datang dari mana siap dengan anak kecilnya datang meluru sekali. Apa yang kita tahu, kawasan ini adalah cerun bukit dan tiada siapa di kawasan tersebut melainkan Haris, Izzah dan pemandu lori. Or, mungkinkah pemandu lori tu sebenarnya bawa anak bininya bersiar siar dengan lori tanah tu?

22. Haris yang koma berganjak ke tepi apabila Izzah baring di sebelahnya dan kembali berada di tengah katil dalam syot seterusnya.

23. Semasa Izzah letak mangkuk, tiada gelas kelihatan di sebelah mangkuk. Semasa ibu Haris masuk, mangkuk tiada dan gelas muncul entah dari mana.

24. AUDIO PROBLEM / Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia dah selesai sebut ‘… sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik’ dalam syot selepas itu.

25. FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit). Malah, nama pemanggil, ‘Abang Haris’ tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah.

26. Darah di bawah punggung Izzah (yang jelas dilihat dari sesuatu yang berwarna hitam di seluarnya semasa Izzah rebah) hilang semasa Pak Dollah datang.

27. Mail arah Seha suruh arah budak budak. Perhatikan budak pakai baju merah yang berada di belakang sana. Dia berada di batas yang lain. Tapi, syot seterusnya, korang akan perasan yang budak tu berada sebaris dengan batas Seha sebelum syot seterusnya menunjukkan budak tu kembali berada di batas yang lain semula secara tiba tiba.


28. TRIVIA: Mael lupa naikkan tongkat motor. Pemanduan yang amat bahaya bila sampai di selekoh.

29. Mail dah bonceng motornya naik ke atas jalan selepas hantar Haris. Tetapi, syot seterusnya kita akan lihat Mail sekali lagi nak naik ke atas jalan.

30. Jika Izzah pakai kain batik, apakah benda berkotak yang berada di belakang Izzah yang nampak terbonjol dari bajunya yang nipis itu? Itu mungkin wireless mic.

KREDIT: goofspotonfilm.blogspot.com

11 December 2011

OMBAK RINDU HINA ISLAM?

Ombak Rindu tragedi murahan

DALAM kebudayaan Barat, seni persembahan genre drama Greek menerapkan unsur tragedi sebagai asas penciptaan karya seni persembahan atau tulisan.

Merujuk karya ilmiah berjudul Makna Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam oleh Prof Muhammad Naquib Al-Attas, Tokoh Melayu Terbilang 2011 merumuskan unsur tragedi bukan lagi wujud dalam bentuk seni, malah ia wujud dalam pengalaman sebenar yang dialami oleh masyarakat Barat.

Menurut al-Attas, “Seakan-akan dalam pengalaman dan kesedaran itu diada-adakan berterusan rasa bersalah-durhaka yang menghantui mereka, yang diajarkan oleh agama sebagai dosa asal yang dilakukan bapa kepada segala insan, yang telah tersilap langkah terpikat oleh peluang yang disodori godaan si penghasut yang mahu menyaksikan kejatuhannya dari rahmat Tuhan.”

Selanjutnya, kejatuhan bapa segala manusia ke lurah kehinaan sebagai “Suatu sumpahan berterusan ke atas anak cucu dengan rundungan berterusan menyebabkan mereka merasa bersalah dan sentiasa menyakiti hati dan fikiran mereka sendiri sepanjang zaman.”

Selepas dibuang ke dunia, seperti pada babak pertengahan karya seni, peranan mereka tetap “Bertelagah dan melakukan keganasan”. Tambah al-Attas, “Ketagihan pada tragedi dan seni yang memperlakonkannya sedemikian laku sehingga agama sekalipun terpaksa ditempa dalam acuan tragedi.

Dunia bagaikan pentas besar di mana insan merekacipta, melakonkan dan menyaksikan drama (lakonan) hidupnya sendiri demi menghasilkan kelegaan diri mereka daripada rasa takut dan hiba akan kesengsaraan diri.” (khatarsis).

Al-Attas merumuskan, “Tragedi bukan lagi suatu bentuk seni, kerana ia telah memberi kesan nyata kepada kebudayaan dan kerohanian Barat pada semua zaman.”

Lebih jauh lagi, fahaman humanisme dan sekularisme yang muncul pada Zaman Pertengahan di Barat, “Beransur serempak dengan munculnya falsafah dan sains sekular yang telah menjadikan tragedi menggantikan agama sebagai jalan untuk memartabatkan keluhuran insan.”

Pengalaman tragedi dalam masyarakat Barat ini dijelaskan al-Attas dalam pengalaman Barat terhadap golongan gereja dan golongan pendeta Kristian yang sudah pastinya berbeza dengan pengalaman Islam.

Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali bermula tragedi Ustazah Izzah dihantar bapa saudaranya Taha kepada Kelvin, pemilik kelab malam sebagai pelayan kelab dan pelacur sebelum dibeli oleh Hariz sebagai perempuan simpanannya. Babak awal memaparkan alam yang indah dan disusuli Ustazah Izzah membaca doa selesai membaca al Quran.

Di kelab malam, Ustazah Izzah dicengkam rahangnya oleh Kelvin dan orang-orangnya lalu dituangkan arak ke dalam mulut Ustazah Izzah. Baju kurung Ustazah Izzah dikoyak oleh Kelvin lalu pengsan. Apabila sedar, Izzah melihat Hariz menanggalkan bajunya dan meratah tubuhnya dengan mata nafsu haiwannya.

Ustazah Izzah bersikap “pasrah” untuk dirogol Hariz. Ustazah Izzah memaut kaki Hariz merayu-rayu meminta agar dirinya dibeli oleh Hariz. Ustazah Izzah diperlakukan sebagai wanita murahan, sehingga meminta Hariz menjadikannya sebagai isteri, namun sanggup dinafikan hak-hak sebagai isteri demi menikmati hubungan seks halal. Mereka menikah di Selatan Siam.

Tragedi identiti dan nilai merujuk pada sifat zahir dan batin diri sebagai watak penjahat yang dipenuhi nilai keji seperti khianat, penipuan, pura-pura, munafik dan penonjolan sifat haiwan. Pernikahan Hariz dan Izzah dirahsiakan daripada ibunya oleh Pak Dollah dan isterinya. Mila sebagai selebriti yang baharu pulang dari luar negeri bercakap rojak dan Datin Suffiah yang berambut warna mengerbang, mendedahkan pangkal dada merupakan watak yang dicengkam tragedi identiti dan nilai yang kronis.

Wafiah, sahabat Hariz tiba-tiba muncul memeluk Hariz kecewa akibat cinta, merupakan watak tragedi nilai dan identiti. Taha juga mewakili watak yang mengalami tragedi identiti dan nilai. Pak Dollah dan isterinya sebagai watak manusia beragama yang pasif sekadar pembantu rumah. Sehingga Pak Dollah muncul tiba-tiba menyatakan Hariz adalah anak kandungnya kepada Datin Suffiah sebagai suatu bentuk tragedi identiti dan nilai.

Kerangka

Berdasarkan hujah tersebut, nyatalah Ombak Rindu dibikin dalam kerangka pengalaman Barat dengan penerapan unsur tragedi secara meluas. Penonton sama ada sedar atau tidak disihir dengan tragedi untuk berasa simpati kepada Ustazah Izzah. Walaupun ada babak Ustazah Izzah membaca al-Quran dalam bilik diintai oleh Hariz semasa Ustazah Izzah masih perempuan simpanan Hariz, namun itu bukanlah bukti kuat menunjukkan Hariz bertaubat. Hariz hanya simpati pada Ustazah Izzah atas tabiat kemanusiaan dan nafsu badaniah sahaja.

Tiada langsung babak memperlihatkan Hariz menunaikan ibadat hatta solat. Agama hanya tempelan sahaja. Kemuncak cerita ini ialah pendedahan tragedi Pak Dollah-Datuk Suffiah, tragedi penceraian Mila-Hariz. Walaupun Hariz dan Ustazah Izzah menaiki kapal layar namun tiada babak menunjukkan Hariz berubah menjadi baik kerana agama, melainkan perubahan kerana simpati dan nafsu badaniah sahaja terhadap Ustazah Izzah.

Hal ini berbeza dengan pengalaman Islam dimana Adam a.s yang sedar lalu memohon ampun dosanya biarpun terlontar ke dunia. Allah menjanjikan kepada Adam a.s dan zuriatnya hidayat dan keselamatan bagi mereka yang ikhlas melaksanakan agama Allah. Merajalelanya watak Datuk Suffiah, ingkar dan kerasnya Mila dan ketiadaan babak Hariz pulang kepada Allah membuktikan filem ini adalah filem tragedi murahan semata-mata.

Manakala citra agama menerusi Ustazah Izzah dalam keadaan terhina, ketidakupayaan dan pasrah dalam lembah kehinaan. Agama pada Ustazah Izzah hanya pada tudung, kenaifan, mengajar dan membaca al-Quran. Agama pada Pak Dollah dan isterinya pada songkok dan pergi haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?

Usah tertipu aspek teknikal filem seperti sinematografi, pencahayaan, pengarahan dan lakonan sahaja, namun falsafahnya hancur mengaibkan orang Melayu dan Islam.

09 December 2011

OMBAK RINDU 8 JUTA

FILEM OMBAK RINDU semakin hangat di pasaran. Ramai orang sudah booking ini filem. Marilah kita melihat apa kata pihak penerbitan filem Ombak Rindu.

OMBAK RINDU Mampu pungut RM8 juta
Disediakan oleh Berita Harian

PENGARAH, penerbit dan pelakon Ombak Rindu pada malam gala filem itu, baru-baru ini.

Filem cinta kembali mendapat tempat di hati peminat

SEBELUM ini, filem arahannya kurang mendapat tempat di hati peminat apabila pungutan di pawagam kurang memberangsangkan. Namun, apabila dia tampil bersama garapan terbaru yang diangkat daripada novel tulisan Fauziah Ashaari, Ombak Rind, ia menjadi bualan hangat peminat. Maka tidak hairan apabila filem keluaran Tarantella Pictures dan Tayangan Unggul itu berjaya memungut kira-kira RM4 juta selepas empat hari tayangan. Ia sebuah pencapaian yang dilihat begitu cemerlang buat sebuah judul dalam genre drama. melihat sambutan hebat diberikan kepada filem lakonan Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani itu, Osman Ali berasakan, tidak mustahil filem terbabit mampu mencatat pungutan lebih tinggi - RM8 juta, selepas dua minggu tayangan.

Dan, jika sambutan memberangsangkan terus diterima, tidak mustahil juga ia bakal muncul filem drama cinta dengan pungutan terbesar dalam sejarah filem Melayu.

Malah, maklum balas yang diterimanya mengenai filem yang mula ditayangkan pada 1 Disember itu daripada penonton amat membanggakan dirinya sebagai seorang pengarah dan berpuas hati kerana dapat mengembalikan filem bergenre romantik kepada penonton.

“Saya tidak menjangka langsung mengenai kutipan yang dilakukan filem ini, malah melihatkan pada tajuk filem itu sendiri yang kurang nilai komersialnya membuatkan saya takut untuk mengarahkan filem ini.

“Selepas membuat kajian mengenai novel terbabit yang mendapat sambutan hangat pembaca, saya tanamkan tekad dalam diri untuk memberikan lebih lagi kepada penonton, terutama pembaca setia Ombak Rindu,” katanya.

Gagal meraih kutipan tinggi bagi filemnya sebelum ini, Puaka Tebing Biru, Anak Halal dan Cun, Osman melihat filem terbarunya memberi perubahan kepada industri perfileman tempatan.

Meskipun penerbit filem kini ghairah menerbitkan filem bergenre seram dan aksi, namun cubaan Osman untuk menghasilkan filem bergenre romantik nyata membuahkan hasil.

“Saya memang suka mengarah filem bergenre sebegini, tetapi sebelum ini saya tidak berpeluang berbuat demikian. Apabila diberi peluang oleh penerbit, saya cuba beri yang terbaik.

“Pelbagai pandangan yang saya terima mengatakan filem ini lebih bagus daripada novel, manakala bagi yang pernah membaca novel ini pula mengatakan ada plot yang tidak sampai seperti dalam novel,” jelasnya.

Biarpun pelbagai kritikan dan komen yang diterima, Osman memandang dari sudut positif dan beranggapan setiap komen dan kritikan itu menunjukkan keprihatinan penonton terhadap filemnya itu.

“Saya rasa penonton sudah mula menunjukkan minat terhadap filem bergenre sebegini kerana bagi yang pernah membaca novelnya, mungkin akan teruja untuk menonton tetapi bagi yang tidak pernah membaca novel berkenaan, mereka beranggapan ia sebuah filem yang menarik.

“Saya buat filem untuk semua golongan tak kira muda atau tua, malah hati saya rasa tersentuh apabila melihat pasangan berusia 50 tahun ke atas datang menonton filem ini,” katanya.

Berasakan sudah tidak ada lagi filem Melayu bergenre sedemikian, Osman berhasrat untuk terus mengarahkan filem romantik dan mengembalikan penceritaan yang pernah mendapat perhatian penonton suatu ketika dulu.

Begitupun Osman juga tidak melupakan genre lain apabila mengarahkan Jiwa Taiko, sebuah lagi genre aksi, selepas melakukannya menerusi Anak Halal.

Filem yang membariskan pelakon Bront Palarae dan Diana Danielle itu kini menjalani proses pasca produksi dan dijangka akan menjengah ke pawagam pertengahan tahun depan.

“Dulu saya pernah buat filem aksi tetapi tidak berhasil dan kali ini saya cuba lagi. Saya buat filem untuk kepuasan penonton dan apabila penonton berpuas hati dengan karya saya, itu satu kebanggaan buat diri saya.

“Saya tidak pernah meletakkan sebarang sasaran bagi filem saya, tetapi lebih mementingkan kepuasan penonton. Sebagai seorang pengarah kalau karya kita dihargai dan diterima penonton itu sudah cukup memberi kepuasan,” terangnya.

Maya Karin Tidak Pernah Sebut Alhamdulillah Kerana Dapat Melakukan Aksi Ranjang

Maya Karin Tidak Pernah Sebut Alhamdulillah Kerana Dapat Melakukan Aksi Ranjang
Maya Karin tidak cetus kontroversi
Disediakan oleh Berita Harian


KOTA BHARU: Pelakon, Maya Karin menafikan dakwaan beberapa blog yang mendakwa beliau mengucapkan perkataan syukur kerana berjaya melakonkan adegan ranjang bersama Aaron Aziz, dalam filem 'Ombak Rindu'.

"Saya tahu tempat mana nak cakap (Alhamdulillah)," katanya yang memberi penjelasan berhubung kontroversi terbaru berkenaan dan tidak menyangka pandangannya mengenai adegan itu diputar-belit wartawan yang menemuinya. "Saya cuma cakap gementar... saya terkejut... yang saya ingin lakukan itu (adegan ranjang) pun tak cakap," jelasnya pendek ketika ditemui di Program Ramah Mesra Bersama Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) di Pengkalan Chepa, di sini, semalam. Kenyataan Maya berhubung adegannya dalam filem terbaru arahan Osman Ali kini hangat diperkatakan, terutama laman sesawang hiburan apabila beliau dikatakan mengucapkan syukur selepas berjaya melakonkan adegan berkenaan.

Memetik sebuah laman sesawang hiburan, Maya didakwa berkata: "Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakon babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak berkenaan sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar”.

Katanya, beliau turut memohon agar isu berkenaan tidak diperbesarkan bagi mengelak kontroversi berkenaan semakin berlarutan.

"Saya tak perlu diperbesarkan (isu ini)... dah disalah tulis... ada juga title (tajuk) lain yang saya tak sebut langsung," katanya.

Walaupun filem Ombak Rindu disulami pelbagai kontroversi berhubung adegan seks terbabit, namun ia berjaya membuat kutipan lebih RM4 juta pada empat hari pertama tayangannya.

05 December 2011

Ombak Rindu Lirik Kaut 4 Juta

Ramai orang suka sama itu filem Ombak Rindu juga. Begitu juga novel Ombak Rindu semakin laris di pasaran. Penulis novel Ombak Rindu pun adakah suka juga? Penulis Ombak Rindu pun ada suka dan ada juga duka. Bukan duka sedih atau hati terluka, tetapi tidak puas hati jugalah sebab Ombak Rindu tidak menepati imaginasi penulis novel Ombak Rindu itu. Tetapi novel Ombak Rindu ini sangat popular juga, sampai ramai orang pun mahu tengok filem Ombak Rindu biarpun sudah tahu jalan cerita juga. Ombak Rindu memang hebat. Apakah rahsia kehebatan Ombak Rindu sehingga ramai orang suka sama filem Ombak Rindu. Ombak Rindu bukan filem Ong Bak, tetapi filem lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin juga. Babak ranjang Maya Karin di dalam filem Ombak Rindu pasti panas sekali. Semua orang pun suka dengan adegan ranjang di atas katil oleh Maya Karin jugakah? Tidak tahulah sama ada itu benar atau tidak, tetapi filem Ombak Rindu pasti sudah jadi rekod filem drama yang bagus sekali!

Lirik Lagu Ombak Rindu – Hafiz/Adira (OST Ombak Rindu)
Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira


Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Sinopsis Filem Ombak Rindu
Ombak Rindu adalah sebuah novel berbahasa Melayu karya Fauziah Ashari. Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu.
[sunting] Sinopsis

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


Ombak Rindu kaut RM4 juta


KUALA LUMPUR 4 Dis. – Filem yang diadaptasi daripada novel cinta popular karya Fauziah Ashari, Ombak Rindu arahan Osman Ali berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM4 juta selepas empat hari ditayangkan.

Menurut penerbit filem itu, Sharad Sharan, kutipan pada hari pertama tayangan iaitu Khamis lalu mencecah RM750,000 dan kutipan pada hari seterusnya melebihi RM1 juta sehari.

“Saya difahamkan setiap hari tiket habis dijual sehingga ada penonton merungut kerana tidak berjaya mendapatkan tiket.

“Justeru, saya menasihatkan agar penonton menempah awal tiket filem berkenaan secara dalam talian atau membelinya sehari lebih awal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Sharad, filem lakonan tiga artis popular iaitu Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani itu dijangka mencipta fenomena baharu dalam industri filem tempatan yang mahu melihat genre drama dan cinta kembali menguasai layar perak.

Katanya, sejak kebelakangan ini, genre seram dan aksi memikat selera penonton manakala genre lain semakin hilang bisanya.

“Melalui Ombak Rindu, saya yakin kegemilangan filem Melayu bertemakan cinta akan kembali menjadi kegilaan penonton.

“Diharap tarikan filem ini mampu bertahan melebihi tempoh minggu wajib tayang iaitu selama dua minggu,” katanya yang sebelum ini pernah menerbitkan filem Legenda Budak Setan lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani,” katanya.

04 December 2011

Filem Ombak Rindu - Panas, Ganas, Kontroversi

OMBAK RINDU - FILEM VS NOVEL (YANG PANAS, YANG HANGAT)

Ombak Rindu adalah sebuah novel berbahasa Melayu karya Fauziah Ashari. Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu.

Sinopsis Novel Ombak Rindu


Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Sinopsis Filem Ombak Rindu

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Isu-isu hangat mengenai Ombak Rindu

PENULIS OMBAK RINDU TIDAK BERPUAS HATI

Penulis novel Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari tidak berpuas hati selepas menonton filem bertajuk sama yang diadaptasi dari novel nukilannya. Penulis novel tersebut bagaimana pun mengakui agak sukar untuk membandingkan novelnya dengan filem tersebut.

“Sejujurnya saya tidak berpuas hati dengan filem ini. Memang agak sukar untuk menilai dan membandingkan dengan novel. Apabila kita membaca novel yang mengambil masa 5 jam, tentu sekali apabila ke medium filem ia hanya menjadi 2 jam. Saya melihat terlalu banyak campurtangan di antara pengarah dan penerbit.”


OMBAK RINDU KUTIP HAMPIR 1 JUTA PADA HARI PERTAMA TAYANGAN

AURA filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari sudah dapat dirasai usai tayangan pratonton filem berkenaan, dua minggu lalu. Seminggu sebelum tayangan komersial, gelora peminat tegar terhadap novel yang terjual sebanyak 150,000 naskhah itu semakin membadai.

Barangkali, selama tempoh lebih 12 tahun mengenali Izzah, masing-masing tidak sabar untuk mencari erti visual kisah tragis wanita malang yang menjadi mangsa kerakusan manusia dalam novel berkenaan.

Memasuki panggung pada 1 Disember lalu, Ombak Rindu membuktikan, drama air mata Melayu juga mampu mengganas setanding filem aksi atau seram yang paling mudah memanggil penonton ke pawagam. Hari pertama ditayangkan, Ombak Rindu berjaya mengutip RM750,000.

ADEGAN RANJANG DAN UCAPAN ALHAMDULILLAH MAYA KARIN

“Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,” kata Maya Karin.