09 December 2011

Maya Karin Tidak Pernah Sebut Alhamdulillah Kerana Dapat Melakukan Aksi Ranjang

Maya Karin Tidak Pernah Sebut Alhamdulillah Kerana Dapat Melakukan Aksi Ranjang
Maya Karin tidak cetus kontroversi
Disediakan oleh Berita Harian


KOTA BHARU: Pelakon, Maya Karin menafikan dakwaan beberapa blog yang mendakwa beliau mengucapkan perkataan syukur kerana berjaya melakonkan adegan ranjang bersama Aaron Aziz, dalam filem 'Ombak Rindu'.

"Saya tahu tempat mana nak cakap (Alhamdulillah)," katanya yang memberi penjelasan berhubung kontroversi terbaru berkenaan dan tidak menyangka pandangannya mengenai adegan itu diputar-belit wartawan yang menemuinya. "Saya cuma cakap gementar... saya terkejut... yang saya ingin lakukan itu (adegan ranjang) pun tak cakap," jelasnya pendek ketika ditemui di Program Ramah Mesra Bersama Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) di Pengkalan Chepa, di sini, semalam. Kenyataan Maya berhubung adegannya dalam filem terbaru arahan Osman Ali kini hangat diperkatakan, terutama laman sesawang hiburan apabila beliau dikatakan mengucapkan syukur selepas berjaya melakonkan adegan berkenaan.

Memetik sebuah laman sesawang hiburan, Maya didakwa berkata: "Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakon babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak berkenaan sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar”.

Katanya, beliau turut memohon agar isu berkenaan tidak diperbesarkan bagi mengelak kontroversi berkenaan semakin berlarutan.

"Saya tak perlu diperbesarkan (isu ini)... dah disalah tulis... ada juga title (tajuk) lain yang saya tak sebut langsung," katanya.

Walaupun filem Ombak Rindu disulami pelbagai kontroversi berhubung adegan seks terbabit, namun ia berjaya membuat kutipan lebih RM4 juta pada empat hari pertama tayangannya.

No comments: