09 December 2011

N D Lala Dibunuh ATAU Disamun?

Begitulah terkejut saya ini apabila mendengar berita N D Lala dibunuh orang. Ada orang cuba bunuh N D Lala jugakah? Rupa-rupanya bukan. Itu cuma orang cerita sahaja. Cerita sebenarnya sudah keluar di dalam BERITA HARIAN juga. N D Lala kena samun saja. Ada orang kata mat rempit dan ada orang kata budak-budak yang cuba samun N D Lala. Mereka ini pasti bukan peminat N D Lala kerana itu mereka menyamun N D Lala.

ND Lala disamun 15 remaja lelaki
Disediakan oleh Berita Harian


ND Lala menunjukkan cermin keretanya yang pecah selepas disamun sekumpulan 15 remaja lelaki yang menaiki 10 motosikal, awal pagi semalam.

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon yang juga usahawan e-dagang, Amir Hamzah atau ND Lala, 50, kerugian hampir RM4,000 apabila disamun sekumpulan 15 remaja lelaki yang menaiki 10 motosikal di stesen minyak Petronas di Jalan Genting Klang, berhampiran Danau Kota, awal pagi semalam.

Ketika kejadian jam 3.30 pagi itu, ND Lala dalam perjalanan pulang dari pejabatnya di Danau Kota ke Cheras dan berhenti di stesen minyak untuk ke tandas. “Apabila kembali ke kereta dan sedang membaca khidmat pesanan ringkas (SMS), saya lihat sekumpulan lelaki menaiki sedang berkumpul di jalan besar sebelum mereka tiba-tiba membuat pusingan U dan menuju ke arah kereta saya. “Mereka menggunakan topi keledar mengetuk cermin sisi penumpang sebelah pemandu hingga retak dan meminta saya menyerahkan wang, telefon bimbit dan beg duit serta mengugut ingin membunuh saya.

“Selepas mengambil semua barangan itu, mereka melarikan diri apabila sebuah lori yang membawa bekalan minyak masuk ke dalam stesen petrol berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

ND Lala yang bersyukur kerana tidak dicederakan oleh kumpulan remaja bermotosikal itu, kemudiana membuat laporan polis di Balai Polis Setapak.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan masih menjalankan siasatan, termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai rompakan itu supaya menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkawan tanpa senjata api.

No comments: