Keputusan Terengganu VS Kelantan Liga Super 2011 - 6 JUN 2011
Kelantan hampiri gelaran liga
UTUSAN
KUALA TERENGGANU - Kelantan terus mengorak langkah besar untuk memburu kejuaraan Liga Super buat kali pertama selepas mengecewakan Terengganu 3-0 di gelanggang lawan pada ketika saingan hanya berbaki dua perlawanan.
Malah, kemenangan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin semalam memberi kelebihan psikologi buat skuad bimbingan Datuk M. Karathu menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Bukit Jalil, Sabtu ini.
Namun, Kelantan masih belum boleh menarik nafas lega kerana terus dihambat rapat oleh penyandang juara, Selangor yang membuktikan kesungguhan untuk mengejar pendahulu apabila membelasah pasukan tercorot, Perlis 7-1 di Stadium Shah Alam.
Beraksi di hadapan lebih 10,000 penyokong sendiri, anak didik Irfan Bakti tidak mampu membendung asakan hebat pelawat yang diketuai penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.
Ketiadaan Ashaari Samsudin yang digantung satu perlawanan juga menjejaskan corak permainan tuan rumah sehingga mengakibatkan dua lagi penyerang iaitu Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat seakan kehilangan punca pada babak pertama.
Pelawat pula sebaliknya bijak mengawal perlawanan dan memanfaatkan peluang terhidang apabila Mohd. Izuan membuka jaringan seawal minit ketujuh setelah berlaku kekalutan di depan gawang tuan rumah yang dikawal Mohd. Sharbinee Allawee.
Bermula separuh masa kedua, tuan rumah mula menampilkan aksi yang lebih kemas, namun masih gagal memecah kebuntuan untuk memperoleh sekurang-kurang gol penyamaan, sebaliknya Norshahrul Idlan bijak menyempurnakan peluang untuk gol kedua pelawat pada minit ke-72.
Norshahrul sekali lagi menjadi duri dalam daging Terengganu apabila menghukum kealpaan tuan rumah dengan gol ketiga pada masa kecederaan, sekali gus menghapuskan sisa perjuangan skuad Penyu.
Sementara itu, Selangor garang mendahului 5-0 pada babak pertama di Shah Alam dengan Mohd. Asrarudin Putra Omar mengetuai amukan skuad Merah Kuning apabila meledakkan empat gol, manakala Rudie Ramli, Fitri Syazwan Raduan dan Mohd. Amirul Hadi Zainal masing-masing menambah satu gol.
Azmizi Azmi tidak mampu melegakan kesengsaraan Perlis biarpun berjaya memperoleh gol saguhati pelawat pada minit ke-75. Selangor kini menghambat Kelantan dengan dua mata di belakang ketika saingan berbaki dua perlawanan. Kelantan mengumpul 50 mata selepas 24 perlawanan, diikuti Selangor 48, manakala Terengganu jatuh ke tangga ketiga dengan 47 mata.
Negeri Sembilan turut mengamuk di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi apabila membelasah T-Team 4-0, bagaimanapun perlawanan semalam dicemari dengan dua layangan kad merah, yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan 10 pemain.
S. Kunalan meletakkan tuan rumah di depan seawal minit pertama permainan, sebelum Firdaus Azizul menambah dua gol pada minit ke-22 dan 42, manakala Hairuddin Omar melengkapkan gol keempat pada minit ke-46.
Dalam satu lagi saingan, Kedah memintas Perak untuk menghuni tangga keempat liga dengan 41 mata selepas menundukkan Felda United 2-1 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, pada ketika Perak hanya mampu seri 1-1 dengan Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang untuk meletakkan pasukan itu di tangga kelima.
Kelate.net sedia 10 bas ke Bukit Jalil
BHARIAN 2011/06/07
KELAB penyokong Siber bola sepak ‘Kelate.net’ menyediakan 10 buah bas dan 50 buah motosikal berkuasa tinggi untuk memberi sokongan moral kepada pemain Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Presidennya, Mohd Khairi Yazid berkata bagi mempromosikan sokongan kelab terhadap pasukan Red Wariors, kelab itu akan memasang skrin gergasi di perkarangan Kompleks Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam malam ini.
Katanya jualan tiket secara terbuka juga akan dibuat kepada anggota kelab yang ingin menyaksikan perlawanan akhir itu.
Beliau berkata program itu diadakan dengan kerjasama syarikat Karangkraf, Kelab Perantau Ketereh dan Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan Lembah Klang.
”Inisiatif itu diadakan untuk menunjukkan komitmen kelab terhadap semangat kesukanan terutama membabitkan perlawanan berprestij antara pasukan Pantai Timur itu,” katanya.
Mereka dijangka bergerak secara konvoi dari Kampung Medan, Petaling Jaya sehingga ke Stadium Nasional Bukit Jalil.- Bernama
KELANTAN BAYANGI JUARA LIGA FA 2011
KELATE.NET
KOTA BHARU – Pertembungan dua jaguh pantai Timur, Kelantan dan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Kuala Terengganu dalam saingan Liga Super hari ini, disifatkan sebagai ‘pembayang’ siapa bakal memenangi final Piala FA di antara kedua-dua pasukan pada Sabtu ini.
Berdasarkan rekod pertemuan musim lalu, ia berpihak Red Warriors apabila menumbangkan skuad Penyu 3-0 pada pusingan kedua, selepas hanya seri tanpa jaringan di Kuala Terengganu.
Namun musim ini ceritanya berbeza apabila kedua-dua pasukan berkongsi mata pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammed IV, awal Februari lalu.
Tugas sukar menanti pengendali Kelantan Datuk M.Karathu untuk merencanakan ramuan terbaik untuk memastikan Red Warriors membawa pulang tiga mata dalam usaha untuk mengukuhkan cengkaman tangga teratas Liga Super.
Meskipun turun tanpa penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat serta pertahanan kental, Zairul Fitree Ishak yang digantung, ia tidak menjejaskan peluang Red Warriors.
Ketiadaan Khairul Fahmi membuka peluang kepada Mohd. Shahrizan Ismail.
Begitu juga dengan posisi Zairul Fitree, yang akan diambil alih oleh Abdul Aziz Ismail.
Kembalinya, Dausu Jamaludin daripada penggantungan, akan memantapkan semula pertahanan Kelantan bersama Mohd. Farisham Ismail, S.Subramaiam serta Abdul Aziz Ismail.
Mereka mampu mengekang jentera serangan tuan rumah yang diketuai oleh penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat.
Kelibat penggempur sensasi kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha bersama gandingan S.Chanturu sekali lagi ditagih oleh peminat Red Warriors untuk menembusi benteng pertahanan tuan rumah seterusnya mengecewakan Mohd. Sarbinee Alaweedi di gawang gol Terengganu.
Berlainan pula bagi pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, selepas dimalukan 0-1 oleh Kedah pada perlawanan lalu, mereka pastikan berjuang berhabis-habisan, untuk merampas puncak liga.
Turun tanpa kelibat dua tonggak iaitu perancang tengah Mohd. Assahari Samsudin yang digantung serta pemain pertahanan Helmi Rameli, yang menyarung jersi skuad Olimpik negara, ia bukan masalah besar buat pengendali berpengalaman itu.
Kelibat Marzuki Yusoff pastinya akan ditagih untuk mengekang jentera serangan Kelantan.
Gandingan Joseph Kalang Tie, Ismail Faruqi Asha’ri dan Reeshafiq Alwi akan merencanakan jentera tengah Terengganu.
Ketajaman penyudah Abdul Hadi Yahya pastinya ditagih oleh Terengganu untuk terus meledakkan gol. Pengalaman yang diraih bersama Harimau Malaya pada perlawanan dengan Hong Kong Jumaat lalu pasti akan gunakan sebaik mungkin dalam perlawanan ini.
Blog ini bertujuan menegur dan menyampaikan isu hangat dan berita panas tanpa mengaibkan individu secara spesifik.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:
Showing posts with label Kelantan VS Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Kelantan VS Terengganu. Show all posts
07 June 2011
06 June 2011
Kelantan VS Terengganu 2011

Juara Piala Sumbangsih 2011, Kelantan gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan terengganu.Pada perlawanan tersebut kedua dua pasukan saling menyerang untuk memburu gol pertama namun Kelantan lebih bernasib baik apabila membuka jaringan pada minit ke 35″ apabila sepakan lintang Nurul Azwan Roya di sepak masuk oleh Badhri Radzi Atau Piya.
Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0.Pada separuh masa kedua tiada gerakan cantik dicipta oleh kedua dua pasukan dan pada minit ke 69″ terengganu berjaya menyamakan kedudukan menerusi kapten terengganu iaitu Marzuki Yusof.
Tamat perlawanan Kelantan FA 1 – 1 Terengganu.
TERBARU: 6 JUN 2011
Keputusan Kelantan vs Terengganu: Liga Super 6 Jun 2011:
KELANTAN 1-0 TERENGGANU
Keputusan Kelantan vs Terengganu: Liga Super 6 Jun 2011:
KELANTAN 3-0 TERENGGANU (Gol kedua Kelantan: Matyo) (Gol ketiga Kelantan: Matyo)
Permainan tamat dengan Kelantan 3-0 Terengganu setelah Mohd Izuan menjaringan gol pembukaan dan Matyo menjaringkan dua gol lagi.
92": Matyo menambah satu lagi koleksi gol peribadi menjadikan Kelantan 3-0 Terengganu.
91": Shahrizan menepis keluar bola setelah pemain Terengganu merembat di hadapan pintu gol
85": Izuan cedera akibat terjahan dari belakang oleh pemain Terengganu, tak ada kad kuning ke ref?
83": Permainan terpaksa dihentikan akibat tiang bendera patah, memang kelakar betul!!!!
79": Sepakan percuma Ismail Faruqi (Ter) di luar kotak penalti sedikit tersasar melepasi palang gol, apa-apa pun Shahrizan dapat membaca gerak-geri Ismail
73": Matyo menambah satu gol untuk Kelantan setelah berlaku sedikit salah faham antara penjaga gol Terengganu dan pemain pertahanan, Mohd Muhaimim berlanggar sesama sendiri (Update: Selangor 7-1 Perlis). Matyo so far menjaringkan 15 gol sama dengan Abdul Hadi
71": Update (Selangor 6-1 Perlis)
67": Secara keseluruhan pada separuh masa kedua, Kelantan lebih banyak bertahan memandangkan Terengganu bertali-arus menyerang
60": Daudsu (Kel) dikenakan kad kuning akibat tackle dari belakang. Entahlah pengadil sama ada bersikap saksama atau tidak
57": Izuan (Kel) dibawa keluar setelah dikasari oleh Ismail Faruqi. Sepatutunya perlu dilayangkan kad kuning!
55": Sepakan penjuru oleh Badri terus ke Sarbinee
57": Izuan (Kel) dibawa keluar setelah dikasari oleh Ismail Faruqi. Sepatutunya perlu dilayangkan kad kuning!
55": Sepakan penjuru oleh Badri terus ke Sarbinee
53": Satu lagi sepakan pemain Terengganu yang diselamatkan oleh Shahrizan. Memang cukup bagus Shahrizan. Pemain-pemain pertahanan Kelantan perlu lebih peka dan jangan hanya mengharapkan penjaga gol. Pemain tengah Kelantan juga perlu bermain dengan lebih baik, jangan mudah hilang bola
51": Sepakan Ahmad Nordin Alias yang cantik dapat ditepis cemerlang oleh penjaga gol Kelantan, Shahrizan. Satu layangan badan yang baik
50": Sayang sekali setelah Abdul Hadi gagal berbuat apa-apa setelah hantaran silang pemain Terengganu dan tiada pemain pertahanan Kelantan berada menjaga beliau
47": Daudsu pula diusung keluar, memang permainan yang kasar malam ini. Memang Terengganu merasai kehilangan Ashaari yang mana beliau sangat rajin @ pandai jaring gol dan juga memberi umpanan kepada pemain-pemain lain!!!
Separuh masa kedua bermula dengan Terengganu membuat sepakan mula dan sangat garang menyerang. Tiada sebarang pertukaran yang dilakukan
Permainan separuh masa pertama tamat setelah 3 minit masa tambahan berlalu. Kedudukan semasa Kelantan 1-0 Terengganu.
43": Sepakan penjuru pertama Kelantan diambil oleh Badri (Piya) sudah terlepas oleh penjaga gol Terengganu dan tandukan Matyo dapat dikeluarkan oleh pemain pertahanan Terengganu, apa-apa pun langkah yang bijak oleh Matyo. Sepakan penjuru kedua Kelantan gagal dimanfaatkan
40": Shahrizan menangkap kemas bola hantaran pemain Terengganu, so far penjaga gol kedua Kelantan bermain dengan cemerlang
38": Norshahrul (Matyo) diberi rawatan di luar padang akibat kecederaan. Update (Selangor 5-0 Perlis dan Negeri Sembilan 3-0 T-Team)
35": Sayang sekali larian solo Nurul Azwan Roya dari sebelah kiri dan hantaran kepada Badri yang tidak berada dalam kedudukan offside gagal disempurnakan
34": Shahrizan menyelamatkan kemas sepakan leret dari luar kotak penalti oleh pemain Terengganu
33": Abdul Aziz, pemain pertahanan Kelantan diusung keluar akibat terjahan kuat oleh pemain Terengganu
Update: Selangor membelasah Perlis dengan 4-0
23": Abdul Manaf (Terengganu) membuat sepakan cantik dari arah kiri tetapi dapat diselamatkan dengan cemerlang oleh penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan
22": Kad kuning kedua untuk malam ini dihadiahkan kepada kapten pasukan Terengganu, Mohd Mazuki setelah melakukan tackle yang keras ke atas Norshahrul Idlan
Sudah 20 minit permainan, Terengganu menggandakan serangan tetapi banyak kali berada dalam kedudukan offside
12": Farisham (Kelantan) dilayangkan kad kuning akibat melontar bola setelah pengadil menghadiahkan sepakan percuma untuk Terengganu
8": Kelantan mendapat gol pertama dengan jaringan Mohd Izuan setelah mendapat hantaran cantik hasil larian laju oleh Chanturu dari sebelah kanan pintu gol (Update: Selangor 1-0 Perlis, Negeri Sembilan 1-0 T-Team)
4": Ismail Faruqi membuat sepakan percuma dan penjaga gol Kelantan menumbuk keluar. Kedua-dua pasukan membuat serangan bagi mendapatkan gol pertama. Permainan agak kasar @banyak menggunakan fizikal
Permainan baru sahaja dimulakan setelah pembantu pengadil berpuas hati dengan ikatan jaring. Terengganu memakai jersi putih manakala Kelantan dengan jersi merah
Permainan masih belum bermula disebabkan oleh jaring gol bahagian Kelantan koyak dan dalam tengah baiki
Subscribe to:
Posts (Atom)