Showing posts with label Babi Hutan. Show all posts
Showing posts with label Babi Hutan. Show all posts

07 December 2011

Babi Hutan Terbesar Di Dunia Serang Orang Sampai Melambung?

Melambung disondol babi hutan
HMETRO 


KUALA LIPIS: Seorang lelaki yang sedang menoreh bersama isteri di kebun getah di Lata Papan, Penjom, di sini, terpaksa menempuh azab selama beberapa minit sebelum meninggal dunia akibat disondol babi hutan yang melambung dan mencampakkannya ke dalam parit, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Wahab Saad, 59, dari Kampung Mawai Baru, Kota Tinggi, Johor, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana lemas di dalam parit dan cedera parah di tubuh selain patah kedua-dua kaki serta tangan.


Turut diserang, rakannya, Chong Ching, 68, yang juga cedera tetapi terselamat selepas dia nekad bergelut dengan binatang berkenaan yang dipercayai tersesat dari hutan berhampiran.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, isteri Wahab, Napsiah Aman, 51, tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat melarikan diri dan meminta bantuan penduduk.


Menurutnya, mangsa bersama isterinya dikatakan tidak menyedari kehadiran haiwan setinggi kira-kira satu meter dengan taring yang panjang itu ketika asyik menoreh sebelum Wahab disondol beberapa kali.


Katanya, akibat serangan itu mangsa melambung dan terhempas ke dalam parit yang mempunyai air sedalam kira-kira dua meter.

“Selepas menyerang Wahab, binatang itu mengamuk dan berlari ke kebun berhampiran lalu menyondol Ching yang ketika itu sedang menoreh menyebabkan warga emas itu cedera.


“Bagaimanapun, Ching nekad mempertahankan diri dan bergelut dengan binatang berkenaan walaupun dia sendiri bermandikan darah akibat cedera terkena taring babi hutan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, babi hutan itu kemudian dibunuh warga emas terbabit menggunakan parang sebelum mangsa rebah dan tidak sedarkan diri akibat kehilangan banyak darah.


Katanya, sepasukan anggota polis yang tiba di tempat kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan penduduk menemui mayat Wahab dalam parit dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk dibedah siasat.


Abdul Razak berkata, Ching turut dikejar ke HKL namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), Temerloh, untuk rawatan lanjut kerana kecederaannya parah.


“Hasil bedah siasat di HKL mendapati Wahab disahkan meninggal dunia bukan disebabkan kecederaan parah akibat diserang babi hutan tetapi kerana lemas dalam parit,” katanya.


Bagaimanapun, polis mengesahkan kejadian terbabit tidak mempunyai unsur jenayah dan mengklasifikasikannya sebagai kes mati mengejut.

28 November 2011

Babi Hutan Menyondol Tukang Kebun - Beratnya 120 Kilogram

Babi hutan memang binatang yang amat ganas. Binatang ini suka menyondol orang juga. Satu hari babi hutan sudah sondol itu tukang kebun sampai berdarah juga. Tetapi tukang kebun ini telah mengoyakkan mulut babi kerana babi hutan ada taring. Taring babi hutan sungguh tajam. Oleh itu elakkan diri daripada bertemu babi hutan. Jika kamu bertemu babi hutan kamu hendaklah berlari zig zag. Ini kerana babi hutan tidak boleh berlari zig zag. Babi hutan cuma berlari lurus sahaja. Begitulah tips dan petua jika kamu dikejar babi hutan yang amat ganas seperti di dalam berita ini. Berat babi hutan itu 120 kilogram jugalah.

Koyak mulut babi hutan untuk elak ditusuk taring 
NORDI ditemani isterinya, Siti Rohani Saad ketika dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani semalam. 
ALOR SETAR – “Saya kuatkan diri koyak mulut babi hutan setiap kali ia mahu sondol saya kerana takut taringnya tertusuk pada perut dan bahagian badan lain yang boleh menyebabkan saya hilang nyawa.” Demikian cerita seorang tukang kebun, Nordi Said, 51, mengenai saat-saat cemas selama 10 minit dia terpaksa bergelut dengan seekor babi hutan di pekarangan rumahnya di Kampung Pokok Asam Lama, Bukit Jenun, Pendang dekat sini. Dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi kelmarin, Nordi cedera parah akibat disondol haiwan itu di seluruh badan termasuk di kepala, dada dan kedua-dua belah kakinya. Bercerita lanjut, Nordi memberitahu, dia tidak menyangka tindakannya keluar dari rumah untuk melihat punca bunyi bising zink membawa padah apabila diserang seekor babi hutan seberat kira-kira 120 kilogram.

10 September 2008

Singa Lawan Babi Hutan - Babi Hutan Menang


Tidak Mustahil Yang Kecil Boleh Menewaskan Yang Besar

Dalam dunia ini, usaha dan keberanian diperlukan untuk mencapai sesuatu matlamat. Jika seseorang itu berani mencuba, maka dapatlah dia peluang-peluang untuk masa depannya. Babi hutan ini tidak mengalah, malah terus melawan singa tersebut. Hasilnya babi hutan ini berjaya meneruskan hidupnya lagi. Jika babi hutan ini tidak berusaha untuk terus melawan, pasti dia sudah kalah dan menjadi makanan singa liar itu.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.