Showing posts with label Hukum Agama. Show all posts
Showing posts with label Hukum Agama. Show all posts

14 August 2012

HUKUM BERZINA DI BULAN RAMADHAN

BERZINA DI BULAN RAMADHAN
Soalan; saya ada beberapa kemusykilan agama. Soalan di bawah ini daripada seorang sahabat saya, pening saya nak menjawabnya. Harap sangat ustaz dapat bantu saya mencari jawapan kepada sahabat saya ini.
1- Kalau berzina di bulan puasa, apakah hukumnya dan bagaimana cara hendak ganti puasa? adakah kena kifarat? kalau kena, bagaimana nak lakukannya? Adakah diqiaskan macam jimak di siang hari bulan Ramadhan?
2- kalau berzina 4 hari berturut-turut di bulan puasa, bagaimana nak ganti puasa itu?
3- Bagaimana pula kalau berzina di bulan Ramadhan, tetapi penzina itu memang tidak berpuasa. Adakah dia kena ganti sebab zina ke atau sebab tak puasa tu?

Jawapan;

1. Berzina hukumnya haram dan dosa besar bukan sahaja di bulan Ramadhan, tetapi juga di bulan-bulan lain. Cuma melakukan zina di bulan Ramadhan lebih dikeji kerana pelakunya tidak menghormati bulan Ramadhan. Orang yang berzina di siang hari di bulan Ramadhan, batal puasanya dan ia bukan sahaja wajib mengqadha puasa hari itu, tetapi juga diwajib Kaffarah atasnya. Kaffarah ialah denda yang dikenakan ke atas seorang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan dengan sengaja. Orang yang sengaja melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan di samping ia wajib menggantikan puasanya yang terbatal itu, ia dikenakan pula denda berat oleh Syara’ iaitu mengikut urutan di bawah;
a) Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita
b) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang)
c) Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk Malaysia, makanan asasinya ialah beras.

Menurut ulamak; termasuk dalam erti persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah; mensetubuhi faraj, dubur (iaitu meliwat), persetubuhan melalui zina atau syubhah atau dalam nikah yang fasid, sama ada mensetubuhi lelaki atau perempuan, manusia atau binatang. Persetubuhan-persetubuhan ini memberi kesan yang sama kepada puasa jika cukup syarat-syaratnya iaitu; (1) Wajib diganti puasa, dan (2) Wajib kaffarah atasnya.

2. Apabila berbilang hari berlaku persetubuhan maka berbilang jugalah kaffarah yang mesti ditunaikan. Contohnya, jika persetubuhan belaku pada empat hari, maka kaffarah yang mesti ditunaikan ialah empat juga.[1] Adapun jika persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, maka kaffarah yang dikira hanya sekali sahaja.

3. Jika seseorang itu membatalkan puasa dengan perkara lain selain persetubuhan (seperti dengan makan, minum atau sebagainya), kemudian setelah puasanya batal barulah ia bersetubuh dengan isterinya, menurut mazhab Syafi’ie; ia tidak dikenakan kaffarah kerana kafffarah diwajibkan ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan jima’ (persetubuhan). Dalam masalah ini, puasa itu batal dengan sebab makan atau minum, adapun persetubuhan ia berlaku setelah terbatalnya puasa.

24 November 2011

Hukuman Berzina dengan Isteri Orang Dosa

Dosa Berzina dengan Isteri Orang dan Hukumannya

assalamu'alaikum ustadz

saya ingin bertanya apa hukumnya bila seseorang berzina dengan seorang wanita yang bukan isterinya dan apakah dosanya akan diampuni oleh allah ?

terima kasih ustaz atas penjelasannya

wassalamu'alaikum

xyz
Jawapan bagi Soalan Dosa Berzina dengan Isteri Orang dan Hukumannya

Waalaikumussalam Wr Wb

Zina termasuk diantara dosa-dosa besar yang diharamkan Allah swt baik dilakukan oleh seorang yang belum menikah maupun yang sudah menikah, sebagaimana firman Allah swt :

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً

Artinya : “Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Isra : 32)

Imam Bukhori meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi saw bersabda: "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan". Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah itu? Beliau bersabda: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq, memakan riba, makan harta anak yatim, kabur dari medan peperangan dan menuduh seorang wanita mu'min yang suci berbuat zina".

Sedangkan sangsi seorang pezina yang telah menikah lebih berat dari yang belum menikah yaitu dibunuh dengan cara dirajam karena orang itu telah mengetahui dan merasakan kenikmatan dari jima’ dengan pasangannya baik suami atau istrinya melalui suatu akad pernikahan yang sah menurut syari’at. Sedangkan bagi orang yang belum menikah dihukum cambuk seratus kali dan diasingkan selama setahun, sebagaiman dalil-dalil berikut :

1. Firman Allah swt :

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Artinya : “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.” (QS. An Nuur : 2)

2. Dari Abu Hurairoh ra bahwasanya Rasulullah saw pernah memberikan hukuman kepada orang yang berzina (belum menikah) dengan hukuman dibuang (diasingkan) satu tahun dan pukulan seratus kali.” (HR. Bukhori)

3. Rasulullah saw menanyakan kepada seorang laki-laki yang mengaku berzina,”Apakah engkau seorang muhshon (sudah menikah)? Orang itu menjawab,’Ya’. Kemudian Nabi bersabda lagi,’Bawalah orang ini dan rajamlah.” (HR Bukhori Muslim)

Namun demikian Allah swt Maha Pengampun dan Maha penerima taubat hamba-hamba-Nya yang mau kembali kepada-Nya, bertaubat dengan taubat nasuha, yaitu : memohon ampunan kepada-Nya, menyesali perbuatan buruknya itu, bertekad untuk tidak mengulanginya di masa-masa yang akan datang dan melakukan berbagai amal shaleh, sebagaimana firman Allah swt :

Artinya : “Dan sesungguhnya aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal saleh, kemudian tetap di jalan yang benar.” (QS. Thaha : 82)

Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Anas bin Malik ia berkata; saya mendengar Rasulullah saw berkata: "Allah tabaraka wa ta'ala berfirman: "Wahai anak Adam, tidaklah engkau berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku melainkan Aku ampuni dosa yang ada padamu dan Aku tidak perduli, wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku niscaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa kesalahan kepenuh bumi kemudian engkau menemui-Ku dengan tidak mensekutukan sesuatu dengan-Ku niscaya aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi." Abu Isa berkata; hadits adalah hadits hasan gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari jalur ini.

Untuk itu tidak sepatutnya seorang yang telah melakukan suatu dosa sekali pun ia adalah dosa besar berputus asa karena pintu taubat masih terus dibuka selama nyawa belum berada di tenggorokan dan selama matahari belum terbit dari barat. Bahkan Allah swt menjanjikan bagi setiap orang yang berdosa lalu bertaubat dengan sebenar-benarnya akan dihapuskan kesalahannya itu bagaikan seorang yang tidak dosa serta memberikan kemenangan baginya di akherat dengan surga-Nya.

Artinya : “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." (QS. At Tahrim : 8)

Artinya : “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (QS. An Nuur : 31)

Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu 'Ubaidah bin Abdullah dari ayahnya dia berkata; Rasulullah saw bersabda: "Orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan seorang yang tidak berdosa."

Kemudian hendaklah si pelaku setelah bertaubat tidak membuka aibnya itu kepada siapapun setelah Allah menutupi aibnya, sebagaimana sabda Rasulullah saw ,”Setiap umatku mendapat pemaafan kecuali orang yang menceritakan (aibnya sendiri). Sesungguhnya diantara perbuatan menceritakan aib sendiri adalah seorang yang melakukan suatu perbuatan (dosa) di malam hari dan sudah ditutupi oleh Allah swt kemudian dipagi harinya dia sendiri membuka apa yang ditutupi Allah itu.” (HR. Bukhori dan Muslim)

Wallahu A’lam


BERZINA DENGAN ISTERI ORANG
Assalamualaikum Ustaz, saya nak bertanya jika seorang lelaki berzina dengan beberapa isteri orang beberapa kali dan dia dah bertaubat dan beramal soleh. Saya telah mendengar ceramah Ustaz bertajuk Lelaki Dayus mengatakan lelaki yg berzina dengan isteri orang segala amalannya berpindah kepada suami perempuan yangg dizina dan juga semua dosa suami perempuan itu ditanggung oleh lelaki yang berzina itu. Apakah amalan solehnya sehingga akhir hayat akan berpindah dan menanggung dosa seumur hidup suami tersebut..Kalaulah begitu, sia-sia sajalah beramal dan bertaubat.

JAWAB USTAZ IALAH: dah bertaubat selesai lah mudah-mudahan.taubat tu menghapuskan dosa,teruskan ibadat, yang lain-lain serahkan pada Allah. Itulah sebabnya kita disuruh bertaubat untuk membolehkan ibadat diterima.

Tajuk :
Berzina Dengan Isteri Jiran
Hadith :
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan katanya : “Aku bertanya : “ Ya Rasulullah! Manakah satu dosa yang paling besar? Baginda bersabda : “Engkau menjadikan sekutu bagi Allah sedangkan Ia yang menciptakan engkau. Aku bertanya : “ Kemudian apa ?” Baginda bersabda : “ Engkau membunuh anak mu kerana takut ia makan bersama mu. Aku bertanya : “ Kemudian apa ?” Baginda bersabda : “ Engkau berzina dengan isteri jiran mu.”
(al-Bukhari, Muslim, an-Nasaie dan at-Tirmidzi)

Huraian
Islam memandang setiap dosa besar itu sebagai sesuatu yang serius dan orang yang melakukannya wajib bertaubat (nasuha), menyesal tidak mengulangi perbuatan tersebut, memperbanyakkan istighfar dan ibadah kepada Allah. Jika ia mati dan tidak sempat bertaubat maka sesungguhnya balasan seksa yang azab akan menunggunya di neraka kelak. Sedangkan telah disebut dalam sebuah hadis, bahawa seringan-ringan seksaan neraka itu ialah sekiranya batu neraka itu diletakkan di bawah tapak kaki, nescaya akan menggelegaklah otak manusia. Dalam hal mensyirikkan Allah, membunuh anak dan berzina dengan ‘isteri orang’, dosa-dosa yang bakal ditanggung amat berat sekali. Justeru memohon ampun kepada Allah mesti dilakukan (jika ia berkaitan dengan hubungan antara manusia dengan Tuhannya) disusuli dengan memohon kemaafan daripada manusia (individu terbabit) iaitu sekiranya kesalahan atau dosa itu berkaitan berlaku sesama manusia seperti dosa berzina dengan isteri jiran iaitu si pelaku tersebut mesti meminta maaf di atas perbuatan terkutuknya di samping memohon keampunan yang bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.

09 November 2011

Hukum Kencing Berdiri

Tidak dibolehkan kencing berdiri, kerana ia bercanggah dengan sopan dan etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya. Namun jika diyakini air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan tidak akan terkena dirinya, maka tidak menjadi halangan baginya untuk kencing berdiri. Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :

“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Petikan hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.

Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik mengikutnya pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Ada sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka perbuatan Nabi kencing berdiri adalah kerana ada keuzuran bagi baginda, kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas ra pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.

Rumusan dari perbahasan kencing berdiri di atas, maka hukumnya adalah harus jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk. Manakala hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :

“Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW”.

MANDI WAJIB - PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI WAJIB

MANDU WAJIB ATAU MANDI JUNUB 
PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI WAJIB

Perkara yang mewajibkan mandi wajib atau mandi junub dinamakan sebagai hadath besar sementara yang mewajibkan seseorang mengambil wuduk dinamakan hadath kecil. Bagi ulamak Hanafi perkara yang mewajibkan seseorang mukallaf itu mandi wajib atau mandi junub, sama ada dia seorang lelaki ataupun wanita ada tujuh perkara. Ulamak Maliki pula mengatakan ada empat perkara. Di sisi ulamak Syafiee pula lima perkara sementara di sisi ulamak Hanbali ada enam perkara. la adalah sebagaimana berikut: 

1. Keluar air mani  
Iaitu apabila air mani tersebut terkeluar daripada kemaluan seorang lelaki ataupun wanita, secara seronok mengikut kebiasaan dan dengan terpancut, walaupun semasa tidur ataupun semasa jaga, dengan sebab memandang sesuatu, berfikir dan mengingati atau dengan sebab bersetubuh atau melakukan sesuatu perbuatan terhadap seorang yang hidup ataupun yang telah mati ataupun binatang. Ulamak Hanafi tidak mewajibkan mandi wajib atau mandi junub dengan sebab menyetubuhi orang yang mati, binatang ataupun kanak-kanak perempuan yang tidak memberahikan. air mani adalah air pekat yang keluar memancut sewaktu ketegangan syahwat. air mani wanita pula cair dan berwarna kekuningan. 

Keluar air mazi atau air wadi tidak mewajibkan mandi wajib atau mandi junub. Air mazi ialah air yang putih dan agak jernih dan keluar sewaktu seseorang itu bermesra dengan isteri. Sementara air wadi pula ialah air kencing yang pekat yang keluar pada permulaan kencing. Sebagaimana yang dijelaskan oleh ulamak Syafiee, air air mani boleh dikenali melalui cara keluarnya yang memancut beberapa kali ataupun dengan rasa seronok atau lazat sewaktu keluarnya, diikuti dengan zakar menjadi layu dan patah keinginan syahwat, walaupun tidak memancut dengan sebab sedikit. la juga mungkin keluar dengan warna darah. la juga boleh dikenali melalui baunya. Sewaktu basah ia berbau seperti bau tepung gandum yang diuli dan sewaktu kering pula ia berbau seperti putih telur dan sebagainya. 

Jika seseorang itu keluar air mani nya tanpa memancut dan terasa seronok seperti ia keluar baki daripada air mani selepas mandi wajib atau mandi junub, maka mandi wajib atau mandi junubnya wajib diulang. Kesimpulannya keluar air mani walaupun yang berlaku disebabkan membawa benda berat ataupun terjatuh daripada tempat tinggi ataupun semasa-mata mendapatinya di pakaian, semua itu mewajibkan mandi wajib atau mandi junub menurut ulamak Syafiee, sama ada ia keluar dengan keinginan ataupun tidak, dan sama ada keluar melalui saluran biasa ataupun saluran lain seperti pecah bahagian sulbinya lalu keluar air mani , melainkan jika air mani yang keluar melalui saluran yang tidak biasa itu disebabkan sakit, maka ia tidak mewajibkan mandi wajib atau mandi junub

Ulamak Hanbali berpendapat apabila air mani keluar tidak dengan kelazatan atau dengan syahwat, seperti disebabkan sakit, terlalu sejuk, cedera belakang daripada seseorang yang tidak tidur atau gila atau pitam ataupun mabuk, maka ia tidaklah mewajibkan mandi wajib atau mandi junub. Dengan ini, maka air mani tersebut dikira sebagai najis yang wajib dibasuh semua tempat yang terkenanya. Begitu juga orang yang menghidap penyakit keluar air mani tidak berhenti tidak wajib mandi wajib atau mandi junub. Dia hanya wajib mengambil wuduk sahaja. Seseorang yang mendapati ada air mani di kainnya, maka dia wajib mandi wajib atau mandi junub. Seseorang yang mendapati dia bermimpi, tetapi tidak mendapati keluar sebarang air mani , maka ulamak bersepakat mengatakan hukumnya dia tidak perlu mandi wajib atau mandi junub.

Ulamak Hanafi pula mengatakan sebagai langkah berhati-hati perkara-perkara berikut adalah mewajibkan mandi wajib atau mandi junub, iaitu sekiranya seseorang itu setelah sedar daripada mabuk atau pitam, mendapati kainnya dibasahi dengan yang disangka air mani . Begitu juga sekiranya seseorang itu mendapati air mani nya keluar selepas dia mandi wajib atau mandi junub. Untuk mewajibkan mandi wajib atau mandi junub, ulamak Hanafi mensyaratkan air mani tersebut hendaklah keluar secara memancut dan dengan rasa keinginan, sama ada bagi lelaki ataupun wanita, semasa tidur ataupun semasa jaga. Dengan itu, sekiranya air mani keluar disebabkan memikul beban berat ataupun kerana terjatuh daripada tempat tinggi, maka mandi wajib atau mandi junub tidak wajib. Ini disebabkan maksud junub dalam Surah Al Maidah ialah mereka yang keluar air mani dengan cara syahwat

Para ulamak Hanafi sepakat mengatakan bahawa hukum wajib mandi wajib atau mandi junub hanya bagi air mani yang keluar melalui kepala zakar dengan syahwat. Di sini, timbul perselisihan di kalangan mereka tentang adakah keinginan tersebut disyaratkan bersekali dengan keluar atau tidak? Mengikut pendapat Abu Hanifah dan Muhammad, perkara demikian tidak disyaratkan. Abu Yusuf pula berpendapat ia disyaratkan. 

Perbezaan pendapat mereka ini jelas dalam masalah apabila seseorang itu bermimpi dan mendapati keseronokan, tetapi air mani nya hanya keluar setelah dia mengambil wuduk dan bersembahyang. Dalam kes ini mengikut pendapat Abu Hanifah dan Muhammad dia mestilah mandi wajib atau mandi junub, tetapi tidak perlu mengulangi sembahyangnya. Mengikut pendapat Abu Yusuf pula dia tidak perlu mandi wajib atau mandi junub. Jika seseorang itu mandi wajib atau mandi junub selepas melakukan persetubuhan, sebelum dia tidur, kencing atau berjalan, kemudian air mani nya keluar tanpa syahwat, maka mengikut pendapat kedua-dua mereka mestilah mandi wajib atau mandi junub, tetapi mengikut pendapat Abu Yusuf ia tidak perlu. 

Pendapat kedua-dua mereka dikira lebih cermat kerana berjunub itu adalah memenuhi keinginan syahwat. Oleh itu, apabila ia telah berlaku, walaupun terpisah telah dikira memenuhi pengertiannya. 

Ulamak Maliki sependapat dengan ulamak Hanafi dan Hanbali bahawa air mani yang mewajibkan mandi wajib atau mandi junub ialah yang keluar secara seronok mengikut keadaan biasa. Jika ia keluar tidak secara tersebut, seperti keluar sendiri disebabkan sakit, dipukul, penyakit salas ataupun disengat kala, maka ia tidak mewajibkan mandi wajib atau mandi junub. Dia hanya perlu berwuduk sahaja. Begitu juga jika ia keluar secara seronok, tetapi yang bukan secara biasa, seperti orang yang menggaru gatal atau kurap di zakar nya ataupun digoyang oleh binatang yang ditungganginya ataupun masuk ke dalam air panas, maka dia tidak wajib mandi wajib atau mandi junub, tetapi hanya wajib berwuduk' sahaja. Bagaimana pun dalam masalah berkaitan dengan air panas dan menggaru gatal yang bukan terdapat pada zakar , dia tidak wajib mandi wajib atau mandi junub, walaupun terdapat keseronokan yang berterusan dan membawa kepada keluar air mani , kerana air panas tidak berkaitan langsung dengan keinginan jimak

Adapun di dalam masalah dibuai oleh binatang dan juga menggaru gatal pada zakar , sekiranya dia merasa keseronokan dan berterusan sehingga keluar air mani , maka dia diwajibkan supaya mandi wajib atau mandi junub, kerana kedudukannya hampir kepada keinginan jimak. Seseorang yang tersedar daripada tidurnya dan mendapati pakaiannya ataupun tubuhnya basah dan dia meraguinya sama ada air mani ataupun mazi, maka dia wajib mandi wajib atau mandi junub, kerana dengan adanya keraguan tersebut menyebabkan ia menjadi wajib. Para ulamak sepakat mengatakan bahawa tidak wajib ke atas seseorang perempuan yang terkena air mani di kemaluannya selagi ia tidak menjadikannya mengandung. Mereka juga berpendapat kebasahan yang ada pada faraj itu dikira bersih. Membasuhnya adalah sunat. 

Dalil menunjukkan keluar air mani itu mewajibkan mandi wajib atau mandi junub ialah berdasarkan Hadith Ali bin Abi Talib: Terjemahan: Aku seorang lelaki yang kuat keluar mazi, lalu aku tanya Rasulullah s. a. w. tentang hal itu lalu Baginda mengatakan, "Bagi keluar mazi wajiblah berwuduk dan bagi keluar air mani pula wajib mandi wajib atau mandi junub

Dalam Hadith Ahmad pula menyebut: Terjemahan: Jika air (air mani ) keluar memancut , maka hendaklah engkau mandi wajib atau mandi junub junub dan jika tidak, maka engkau tidak perlu mandi wajib atau mandi junub

Hadith daripada Ummu Salamah pula menyebut: Terjemahan: Bahawa Ummu Salamah telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. "Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah S.W.T. tidak malu daripada sesuatu yang benar. Adakah seseorang perempuan itu wajib mandi wajib atau mandi junub apabila ia mimpi bersetubuh?" 

Jawab Baginda, "Ya, sekiranya ia mendapati keluar air (air mani ). 

Ummu Salamah pun menyampuk, Adakah perempuan juga bermimpi?" 

Jawab Rasulullah s.a.w. "Bertuah betul engkau, bagaimana anaknya boleh menyerupainya. Keluar mazi dan keluar wadi tidaklah mewajibkan mandi wajib atau mandi junub. la hanya mewajibkan wuduk serta membasuh kemaluan berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w.: Terjemahan: Setiap lelaki yang keluar mazi ia wajib berwuduk. 

2: Bertemu Dua Tempat Khatan 
Walaupun Tidak Keluar air mani Maksudnya ialah berjunub dengan memasukkan kepada zakar atau kemaluan lelaki atau kadarnya bagi sesiapa yang zakar nya terpotong ke dalam kemaluan (faraj) yang mampu disetubuhi sama ada qubul atau dubur, lelaki ataupun perempuan secara pilihan ataupun dipaksa dalam tidur ataupun jaga. Mengikut pendapat ulamak Syafiee dan Hanbali, mandi wajib atau mandi junub tetap wajib walaupun perkara tersebut berlaku pada seorang kanak-kanak yang belum baligh. Kewajipan ini tidak disyaratkan taklif. Dengan itu, kanak-kanak , orang gila juga dikira berjunub dengan memasukkan zakar nya ke faraj dan kedua-dua mereka wajib mandi wajib atau mandi junub apabila sampai ke tahap sempurna. Seorang kanak-kanak yang telah mumaiyiz dan melakukan mandi wajib atau mandi junub, maka mandi wajib atau mandi junubnya itu dikira sah. Dia hendaklah disuruh melakukannya sebagaimana dia disuruh mengerjakan wuduk. Ulamak Hanbali pula mewajibkan mandi wajib atau mandi junub terhadap kanak-kanak lelaki yang berumur 10 tahun atau kanak-kanak perempuan yang berumur sembilan tahun wajib mandi wajib atau mandi junub apabila mereka melakukan persetubuhan. Apabila mereka mahu melakukan sesuatu perkara yang memerlukan mandi wajib atau mandi junub seperti membaca Al-Quraan dan yang memerlukan wuduk seperti bersembahyang dan tawaf. 

Ulamak Maliki dan Hanafi pula mensyaratkan hendaklah perbuatan bersetubuh itu dilakukan oleh orang yang mukallaf (akil dan baligh). Jika ia dilakukan oleh orang yang belum mukallaf, maka mandi wajib atau mandi junub tidak wajib. Bagaimanapun ulamak Maliki dalam pendapat yang muktamad di kalangan mereka mengatakan, kanak-kanak lelaki yang telah sampai peringkat remaja ataupun kanak-kanak perempuan yang disetubuhi oleh orang yang baligh disunatkan mandi wajib atau mandi junub. Ulamak Hanafi pula berpendapat, remaja lelaki hendaklah ditegah daripada mengerjakan sembahyang sebelum mandi wajib atau mandi junub. kanak-kanak yang telah mencapai umur 10 tahun hendaklah dilatih dengan menyuruhnya melakukan amalan mandi wajib atau mandi junub ini. 

Ulamak sepakat bahawa mandi wajib atau mandi junub adalah wajib dengan sebab persetubuhan ini tanpa disyaratkan keluar air mani , kerana Hadith Aisyah yang bermaksud: "Sesungguhnya air (mandi wajib atau mandi junub) adalah di sebabkan air (keluar air mani )," telah dimansuhkan mengikut ijmak ulamak. Hanya ulamak Hanafi sahaja yang mengecualikan perbuatan menyetubuhi orang mati, binatang dan kanak-kanak kecil yang belum menimbulkan keinginan jika tidak merosakkan daranya, maka mandi wajib atau mandi junub hanya wajib jika keluar air mani . Oleh itu, sekiranya tidak keluar air mani dan kanak-kanak kecil yang disetubuhi itu pula tidak rosak daranya, maka tidak wajib dia mandi wajib atau mandi junub dan mengambil wuduk. Dia cuma perlu membasuh zakar nya sahaja kerana perbuatan ini tidak dikehendaki mengikut tabi'i yang normal. Jumhur pula berpendapat bahawa mandi wajib atau mandi junub tetap wajib dengan melakukan persetubuhan terhadap mayat dan binatang, kerana ia tetap merupakan memasukkan zakar ke dalam faraj sama juga seperti yang melakukan terhadap manusia sewaktu dia masih hidup. Menyetubuhi manusia perempuan yang telah mati termasuk dalam keumuman hadith-hadith yang mewajibkan mandi wajib atau mandi junub seperti yang akan disebutkan. Sama ada persetubuhan itu dilakukan dengan berlapik ataupun tidak, maka mengikut pendapat ulamak Maliki dan Syafiee ia tetap mewajibkan mandi wajib atau mandi junub. Ulamak Maliki berpendapat bahawa wajib mandi wajib atau mandi junub tersebut sekiranya balutan yang meliliti zakar itu tipis. Jika ia tebal, maka mandi wajib atau mandi junub tidak wajib. 

Ulamak Syafiee pula tidak membezakan sama ada balutan itu tipis atau tebal, dia tetap wajib mandi wajib atau mandi junub. Ulamak Hanafi dan Hanbali pula berpendapat, dalam masalah jimak yang dilakukan dengan berlapik adalah tidak wajib mandi wajib atau mandi junub sekiranya tidak keluar air mani seperti dengan membalut zakar nya dengan kain ataupun menyarungnya dengan kondom. 

Ulamak Syafiee dan Hanbali pula mensyaratkan persetubuhan itu dibuat terhadap faraj yang asli. Memasukkan zakar ke faraj yang tidak asli tanpa keluar air mani tidaklah mewajibkan mandi wajib atau mandi junub, seperti seorang lelaki yang memasukkan zakar nya ke qubul seorang khunsa, kerana ia tidak diyakini mempunyai faraj yang sebenar. Begitu juga sebaliknya, seorang khunsa yang memasukkan zakar nya ke qubul atau dubur seorang lain tanpa keluar air mani , kerana tidak terdapat perbuatan memasukkan hashafah yang sebenar dengan yakin. 

Ulamak Maliki dan lain-lain mensyaratkan, hendaklah perbuatan memasukkan zakar itu berlaku terhadap faraj yang mampu disetubuhi. Dengan itu, mandi wajib atau mandi junub tidak wajib sekiranya persetubuhan itu dibuat terhadap faraj yang tidak mampu, ataupun yang bukan faraj seperti menyelitkannya di celah paha atau perut ataupun di celah bibir faraj ataupun hanya dengan bertemu dua khatan tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj dan begitu juga bersetubuh di antara dua wanita tanpa mengeluarkan air mani

Dalil yang menunjukkan wajib mandi wajib atau mandi junub dengan sebab bersetubuh ini ialah firman Allah S.W.T.: Terjemahan: 
Jika kamu berjunub, maka hendaklah bersuci. . (Sarah al-Maidah 5:6 

Begitu juga berdasarkan Hadith-hadith yang banyak di antaranya ialah 
Hadith: Terjemahan: Apabila bertemu dua tempat khatan, maka wajiblah mandi wajib atau mandi junub, walaupun tidak keluar air mani

Dan Hadith lain yang bermaksud: "Apabila seseorang itu berada di antara empat cabangnya kemudian melakukan kerja, maka wajiblah ke atasnya mandi wajib atau mandi junub." Imam Ahmad menambah dengan berkata, "Walaupun tidak keluar air mani ." 

Juga Hadith: Terjemahan: Apabila ia duduk di antara empat cabangnya kemudian bersentuh tempat khatan keduanya, maka wajiblah ia mandi wajib atau mandi junub junub. Imam al-Tarmizi menggunakan ungkapan yang bermaksud: "Apabila tempat khatan melepasi tempat khatan, maka wajiblah mandi wajib atau mandi junub." 

Hadith Ubay bin Ka'ab pula menyebut bahawa fatwa yang mereka katakan dahulu berdasarkan air (mandi wajib atau mandi junub) adalah dengan sebab air (keluarnya air air mani ), merupakan rukhsah yang diberikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. pada permulaan Islam kemudian selepas itu Baginda telah memerintahkan kami agar mandi wajib atau mandi junub. Dalam ungkapan yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi pula yang mana disahkan oleh beliau menyebut bahawa sesungguhnya mandi wajib atau mandi junub hanya apabila keluar air mani itu merupakan rukhsah di awal Islam, selepas itu ia adalah dilarang. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa 

Hadith Rafi bin Khadij yang dicatatkan menurut Ahmad yang menyebut air (mandi wajib atau mandi junub) adalah dengan sebab air (keluar air mani ) telah dimansuhkan. Dan ini menolak pendapat kaum Ansar yang mengatakan mandi wajib atau mandi junub tidak diwajibkan dengan persetubuhan yang tidak mengeluarkan air mani , kerana hadith-hadith yang telah dikemukakan jelas menunjukkan wajib mandi wajib atau mandi junub dengan bertemu dua tempat khatan, sama ada keluar air mani ataupun tidak. Ijmak juga telah terbentuk di kalangan sahabat tentang itu. 

Bertemu dua tempat khatan bukanlah hanya bermaksud keduanya bertemu atau bersentuh, tetapi juga berselisih. Ungkapan ini adalah ungkapan majaz yang bermaksud membenam atau memasukkan hashafah ke dalam faraj. Ini ialah kerana makna khatan ialah tempat di mana dilakukan khatan pada lelaki dan perempuan

Tempat khatan bagi wanita adalah di atas daripada tempat keluar kencing sedang tempat kencing ini berkedudukan di atas lagi daripada tempat masuk zakar . Ulamak Hanbali dan lelainnya menjelaskan bahawa wanita yang mati dan disetubuhi hendaklah dimandi wajib atau mandi junubkan semula. 

Rujukan : Fiqh dan Perundangan Islam Dr Wahbah Al Zuhaili

30 October 2011

Hukum Tepuk Tangan - Bertepuk Tangan - Menepuk Tangan - Hukum Agama

HUKUM BERTEPUK TANGAN - Haram ketika solat, diharus bagi meriahkan majlis

KEBIASAANNYA bertepuk tangan disaksikan ketika menghadiri majlis keramaian dan persembahan. Sudah menjadi kebiasaan majlis berbentuk Islam sunyi daripada tepukan gemuruh penontonnya. Bahkan suasana sedemikian menampakkan kesuraman sesuatu program. Apabila diteliti permasalahan ini, timbul beberapa perbahasan dalam kalangan sesetengah orang agama bahawa bertepuk tangan itu diharamkan. Ada pula mengeluarkan pendapat pelik ia boleh menyebabkan syaitan melahirkan anaknya. Malah ada yang mencadangkan jika ingin menepuk tangan maka tepuklah dengan belakang tapak tangan sebagai isyarat gantian. Persoalannya adakah ini sesuatu ditetapkan agama.

Walaupun ada dibahaskan dalam bab solat oleh ulama asy-Syafi’iyyah seperti Imam Ramli dan al-Bajuri, namun ia tidak membabitkan hukum menepuk tangan di luar solat. Maka, ada pendapat mengharamkannya berasaskan penghujahan dalil tertentu.

Firman Allah SWT bermaksud: “Tiadalah solat atau ibadah mereka di Masjidil Haram selain muka’ (siulan) dan tashdiyyah (tepuk tangan). Maka rasakan azab disebabkan kekafiran kamu.” (Surah al-Anfal ayat 35)

Pentafsir mentafsirkan ayat ini mengatakan perkataan al-muka’ (siulan) dan al-tashdiyyah (tepuk tangan) yang dimaksudkan dalam surah al-Anfal ialah perbuatan orang kafir yang mengganggu solat dan bacaan al-Quran Rasulullah serta kaum muslimin.

Tepukan dan siulan itu mendatangkan rasa tidak senang kepada Rasulullah dan orang Islam sehingga Rasulullah menegah perbuatan berkenaan. Ini pandangan paling tepat dalam menceritakan sebab turunnya ayat menurut Imam Jalaluddin as-Suyuti.

Al Qurtubi pula merujuk kepada pendapat Ibnu Abbas mengatakan, masyarakat Quraisy jahiliah melakukan tawaf di Masjidil Haram dengan bertelanjang, bertepukan dan bersiulan. Pada pandangan mereka ia adalah ibadat. Ini juga pandangan Mujahid, As Suddi dan Ibnu Umar.

Merujuk sebab turun dan kisah di sebalik ayat 35 surah al-Anfal ini, jelas pengharaman tepuk tangan secara umumnya adalah kepada orang yang meniru perbuatan orang kafir dalam melakukan ibadah. Jika ibadah solat diselang-selikan dengan bertepuk tangan maka secara jelas diharamkan.

Bagaimanapun, mengharamkan hukum menepuk tangan ketika di luar solat adalah pengambilan dalil yang bukan pada tempatnya kerana ayat berkenaan tertuju kepada mereka yang melakukan ibadat dengan cara bertepuk tangan.

Sudah jelas kepada kita bertepuk tangan dalam solat seperti orang jahiliah adalah dilarang. Namun, menepuk tangan di dalam solat dan di luar solat berbeza. Maka penyabitan hukumnya juga berbeza.

Begitu juga sebahagian pendapat mengatakan menepuk tangan diharamkan kepada lelaki berasaskan dalil hadis sahih yang bermaksud: “Barang siapa yang ingin membaiki kesalahan dalam solat hendaklah dia bertasbih (dengan berkata subhanallah). Sesungguhnya apabila dia berkata demikian, imam akan berpaling kepadanya (memberi perhatian). Dan sesungguhnya bertepuk tangan itu adalah khusus untuk wanita.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Perbuatan itu dilarang kerana termasuk dalam tasyabbuh (menyerupai) wanita seperti dinyatakan hadis bahawa hal semacam itu hanya khusus bagi wanita ketika memperingatkan imam yang tersilap dalam solat sementara lelaki disuruh mengingatkan imam dengan ucapan tasbih.

Hadis ini khusus mengenai bertepuk tangan dalam solat. Kes berlaku apabila seorang imam melakukan kesilapan maka makmum wanita hanya boleh menepuk tangan sebagai isyarat membetulkan imam. Ia tidak boleh menjadi dalil menegah bertepuk di luar solat seperti disebut oleh Al Imam Ibnu Hajar Al Haitami.

Pengharaman hukum menepuk tangan dalam sesuatu majlis itu tertolak kerana masih lagi didasari dalil agak lemah. Penulis cenderung kepada pandangan beberapa ulama yang membenarkannya seperti Syeikh Atiyyah Saqr, yang mengharuskannya kerana tiada dalil mengharamkan.

Menurut kaedah fiqh Islam, asal sesuatu perkara adalah harus. Maksudnya, sesuatu perkara yang tidak diberitakan oleh syariat dipandang harus hukumnya. Namun, ia boleh menjadi haram mahupun wajib jika disertakan dalil yang menyuruh.

Pengarang kitab al-Hafl al-Zifaf fi al-Fiqh Islam, Syeikh Rafiq Abd Aziz As-Sobbagh, berkata tepuk tangan perbuatan manusia yang biasa. Hukumnya berdasarkan faktor ia dilakukan.

Hukum bertepuk tangan dalam majlis asalnya mubah (perkara diharuskan) sebab bertepuk tangan termasuk perbuatan jibiliyah (af’al jibiliyyah) yang hukum asalnya mubah, sepanjang tidak ada dalil mengharamkan.

Perbuatan jibiliyah adalah perbuatan secara alamiah (fitrah) dilakukan manusia sejak penciptaannya dan menjadi bahagian yang tidak terpisah dari sifat kemanusiaannya seperti berfikir, bercakap, berjalan, berlari, melompat, duduk, makan, minum, mendengar, melihat dan seterusnya.

Menepuk tangan itu sesuatu yang diharuskan syarak. Ia boleh menceriakan sesuatu majlis terutama bagi menggembirakan kanak-kanak. Walaupun begitu, hukumnya boleh menjadi haram apabila bertepuk tangan dalam pertunjukan hiburan yang tidak syarak, pembukaan aurat atau menghina serta mengejek orang lain.

Bertepuk tangan di luar solat sama ada di majlis keramaian adalah harus pada hukum syarak. Yang ditegah adalah sewaktu solat ataupun mengaitkannya dengan ibadah. Begitu juga niat orang yang bertepuk tangan untuk mengejek, menghina ataupun memuji orang yang tidak sepatutnya.

Tegakkan hukum agama atas dasar hujah dan dalil kerana agama tertegak bersandarkan kepada al-Quran dan sunnah, bukannya dakwaan atau sangkaan semata-mata tanpa menilai dari mana asal usulnya.