MUMBAI: Pasangan pelakon Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan dan suaminya, Abhishek menyambut kelahiran bayi perempuan yang juga anak pertama mereka, semalam.
Bekas Ratu Dunia itu, Aishwarya Bachchan, 38, dilaporkan melahirkan bayinya itu di sebuah hospital swasta, Seven Hills di Mumbai, kata kakitangan hospital terbabit. “Bayi perempuan!” tulis Abhishek, 35, dalam akaun Twitter @juniorbachchan, tanpa mendedahkan butir-butir lanjut. Bapa Abhishek, yang juga legenda Bollywood, Amitabh Bachchan turut mengirim mesej melalui akaun Twitternya untuk berkongsi kegembiraan kehadiran cucunya.
“Saya jadi datuk...gembira!”, katanya sambil menyifatkan cucunya itu sebagai bayi perempuan comel.
Aishwarya dan suaminya yang disenaraikan sebagai pelakon senarai A di Bollywood bersama Amitabh dan isterinya yang juga aktres, Jaya Bachchan disifatkan sebagai ‘keluarga pertama’ Bollywood.
Amitabh sudah bergelar datuk kerana anak perempuannya, Shweta Nanda turut mempunyai dua orang anak.
Amitabh membincangkan kehidupannya kerana menjadi penulis blog dan Twitter. Beliau sebelum ini mempunyai hubungan dingin dengan media dan sering mengkritik mereka memberikan gambaran salah atau menceroboh keperibadian keluarganya.
Sebelum kelahiran berkenaan, penyiar India bersetuju untuk tidak membuat pengumuman awal mengenainya.
Malah, kenderaan untuk tujuan laporan dari luar studio juga tidak dihantar ke kediaman beliau atau hospital selain tiada ramalan nujum yang biasanya popular di India, disiarkan untuk meramal masa depan.
Malah, berita mengenai perkara itu juga terhad kepada hanya antara satu minit kepada 90 saat.
Kebanyakan rangkaian berita televisyen India semalam dilihat mematuhi perjanjian berkenaan tanpa membuat sebarang liputan.
Aishwarya meraih takhta Ratu Dunia pada 1994 dan mula muncul di Bollywood pada akhir 1990-an. Beliau sejak itu membintangi lebih 40 filem. – AFP
Blog ini bertujuan menegur dan menyampaikan isu hangat dan berita panas tanpa mengaibkan individu secara spesifik.
Tawaran Iklan Di bawah Ini Akan Tamat Pada Bila-bila Masa:
Showing posts with label Bollywood. Show all posts
Showing posts with label Bollywood. Show all posts
18 November 2011
16 October 2011
Shah Rukh Khan Duta Kebersihan
Shah Rukh Khan Duta Kebersihan
Disediakan oleh Berita Harian
MUMBAI: Pelakon tersohor filem Hindi, Shah Rukh Khan, dinamakan Duta Muhibah Untuk Sanitasi dan Kebersihan dalam satu upacara pembukaan Forum Sanitasi dan Kebersihan Global Majlis Kerjasama Bekalan Air dan Sanitasi (WSSCC) di hab kewangan India itu.
Ketika membuat pengumuman itu baru-baru ini, penganjur forum global pertama sanitasi yang menarik lebih 300 peserta dari seluruh dunia, berkata Shah Rukh Khan bersetuju dengan sukarela menyertai satu kempen bagi memastikan sebahagian besar kawasan di dunia dan penduduk India yang tidak mempunyai capaian memperbaiki sistem tandas mendapat kemudahan itu. Mengulas peranan barunya, pelakon Bollywood itu berkata, “Agak memalukan dan tragik setiap 30 saat seorang kanak-kanak maut akibat cirit-birit yang boleh dicegah, iaitu dua kematian kanak-kanak tidak sepatutnya setiap minit. Tandas untuk semua akan menjadikan India dan dunia sebuah tempat lebih sihat dan bersih, terutama kepada wanita miskin, gadis dan yang lain dalam lingkungan masyarakat.” – Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)