Showing posts with label Bersetubuh. Show all posts
Showing posts with label Bersetubuh. Show all posts

10 November 2012

Penyakit Tidur Berjalan Sambil Bersetubuh

Pada tahun 2004, pakar-pakar doktor seluruh dunia akhirnya berjaya menyelesaikan kes yang sangat jarang berlaku iaitu seorang wanita bersetubuh dengan orang lain dalam keadaan dia sedang tidur.

Pada waktu malam semasa tidur, seorang yang umurnya dalam pertengahan jagung dan beliau dari negara Australia, dalam keadaan beliau tidur, dia meninggalkan rumahnya dan bersetubuh dengan orang yang tidak dikenalinya. Tingkah laku ini berterusan selama berbulan-bulan dan wanita ini tidak ingat langsung aktiviti malam yang dia lakukan. Mengikut keterangan, dia berasa hairan kerana apabila beliau bangun dari tidurnya, terdapat banyak kondom bertaburan di sekitar rumah. Pada suatu ketika,  kawannya bangun dari tidur untuk mencari beliau yang telah hilang, semasa dijumpai, beliau ini sedang melakukan persetubuhan.

Ketidakpercayaan adalah faktor utama dalam kes-kes seperti ini. Tetapi gabungan faktor ini, doktor yakin bahawa kes itu adalah satu fenomena penyakit tidur berjalan sebenar, termasuk kesusahan pasangan itu, dan penilaian klinikal mendalam. Dia berhenti keluar pada waktu malam selepas menerima kaunseling dari psikiatri. Tidak perlu menggunakan ubat-ubatan dadah seperti benzodiazepin, yang kadang-kadang digunakan untuk merawat penyakit tidur berjalan.

27 August 2012

Mitos hubungan seksual

Mitos hubungan seksual - Ramai yang tidak menyedari pelbagai mitos seksual yang terus mereka percayai akan menjejaskan hubungan intim.

WALAU semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis mitos dalam masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda, mitos penyakit misteri, mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.
Dalam masyarakat Asia, mitos hubungan intim sememangnya sangat tebal walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.

Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal. Berikut adalah 10 mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?

mitos 1: Wanita mengalami pendarahan sewaktu kali pertama hubungan seks
Wanita biasanya mengalami pendarahan sewaktu kali pertama melakukan hubungan intim kerana selaput daranya pecah. Bagaimanapun, pada zaman ini, dengan kebanyakan wanita hidup cergas dan aktif melakukan pelbagai aktiviti rekreasi seperti menunggang kuda dan bersukan, selaput dara itu mungkin pernah pecah sebelum ini. Jadi kenyataan itu, hari ini adalah satu mitos.

mitos 2: Lelaki sentiasa bersiap-sedia
Jangan silap dengan menyatakan kaum lelaki akan sentiasa ghairah dan bersiap sedia melakukan seks pada setiap masa. Wanita harus faham bahawa lelaki juga turut dipengaruhi dengan keadaan sekeliling, tarikan pasangan dan mood.

mitos 3: Wanita tidak hamil jika haid
Ramai yang mempunyai pemahaman yang salah tentang hal ini. Walaupun peratusan berlakunya kehamilan pada saat haid adalah kecil tetapi ia tetap menolak kenyataan itu sekali gus menjadikannya sebagai mitos. Oleh kerana sperma dapat hidup selama lima hari dalam tubuh wanita, ia memungkinkan kehamilan berlaku ketika itu.

mitos 4: Ejakulasi di luar vagina mengelak kehamilan
Oleh kerana tidak memakai kondom anda mengambil keputusan melepaskan air mani anda di luar kerana menyangka pasangan anda tidak akan hamil. Jangan silap, risiko kehamilan dengan cara ini masih agak tinggi.

mitos 5: Wanita lebih suka zakar besar
Kenyataan ini tidak benar kerana banyak pakar mendedahkan ramai wanita mengakui saiz bukanlah segalanya. Banyak wanita menekankan asmara, rangsangan sentuhan, kata-kata, ciuman dan sebagainya adakalanya lebih penting daripada saiz zakar.

MASYARAKAT seharusnya diberi pendidikan sewajarnya supaya mereka tidak terus dibelenggu kepercayaan salah.

mitos 6: Hanya wanita mengalami orgasme berkali-kali
Walaupun sekitar 30 peratus wanita mengalami orgasme berkali-kali, tetapi hanya 10 peratus melaluinya secara teratur. Sebaliknya beberapa pakar mendedahkan lelaki juga dapat mengalami orgasme berkali-kali tanpa kehilangan ereksi. Ia dikatakan lebih banyak terjadi kepada lelaki muda.

mitos 7: Zakar besar bila beronani
Tidak ada sebarang bukti menunjukkan zakar dapat menjadi lebih besar bila memuaskan nafsu dengan cara itu.

mitos 8: Onani boleh mandul
Tidak kaitan langsung antara onani dengan kemandulan. Secara logiknya, onani dan melakukan hubungan intim secara normal hanya berbeza daripada tekniknya. Onani menggunakan tangan, seks normal memasukkan zakar ke dalam vagina - hasil akhirnya adalah ejakulasi.

mitos 9: Seks berkait dengan etnik
Ada yang berpendapat etnik tertentu lebih hebat beraksi di ranjang dan begitu juga sebaliknya. Pakar seksual berpendapat etnik tiada kaitan dengan kehebatan seseorang dalam melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ia lebih menjurus kepada ilmu pengetahuan tentang hubungan intim yang dipelajari seseorang.
mitos 10: Tidak nikmat tanpa orgasme
Dalam satu kajian mendedahkan hanya sesetengah wanita mengalami orgasme dalam hubungan seksual mereka. Tetapi wanita ini mengakui tanpa orgasme, mereka masih boleh menikmati seks dan mencapai klimaks.

14 August 2012

HUKUM BERZINA DI BULAN RAMADHAN

BERZINA DI BULAN RAMADHAN
Soalan; saya ada beberapa kemusykilan agama. Soalan di bawah ini daripada seorang sahabat saya, pening saya nak menjawabnya. Harap sangat ustaz dapat bantu saya mencari jawapan kepada sahabat saya ini.
1- Kalau berzina di bulan puasa, apakah hukumnya dan bagaimana cara hendak ganti puasa? adakah kena kifarat? kalau kena, bagaimana nak lakukannya? Adakah diqiaskan macam jimak di siang hari bulan Ramadhan?
2- kalau berzina 4 hari berturut-turut di bulan puasa, bagaimana nak ganti puasa itu?
3- Bagaimana pula kalau berzina di bulan Ramadhan, tetapi penzina itu memang tidak berpuasa. Adakah dia kena ganti sebab zina ke atau sebab tak puasa tu?

Jawapan;

1. Berzina hukumnya haram dan dosa besar bukan sahaja di bulan Ramadhan, tetapi juga di bulan-bulan lain. Cuma melakukan zina di bulan Ramadhan lebih dikeji kerana pelakunya tidak menghormati bulan Ramadhan. Orang yang berzina di siang hari di bulan Ramadhan, batal puasanya dan ia bukan sahaja wajib mengqadha puasa hari itu, tetapi juga diwajib Kaffarah atasnya. Kaffarah ialah denda yang dikenakan ke atas seorang yang membatalkan puasanya dengan bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan dengan sengaja. Orang yang sengaja melakukan persetubuhan di siang hari pada bulan Ramadhan di samping ia wajib menggantikan puasanya yang terbatal itu, ia dikenakan pula denda berat oleh Syara’ iaitu mengikut urutan di bawah;
a) Membebaskan seorang hamba mukmin sama ada lelaki atau wanita
b) Jika tidak didapati atau tidak mampu, hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut (yakni tanpa selang)
c) Jika tidak mampu, hendaklah ia memberi makan 60 orang miskin dengan setiap orang satu cupak makanan asasi penduduk setempat. Bagi penduduk Malaysia, makanan asasinya ialah beras.

Menurut ulamak; termasuk dalam erti persetubuhan yang mewajibkan kaffarah ialah; mensetubuhi faraj, dubur (iaitu meliwat), persetubuhan melalui zina atau syubhah atau dalam nikah yang fasid, sama ada mensetubuhi lelaki atau perempuan, manusia atau binatang. Persetubuhan-persetubuhan ini memberi kesan yang sama kepada puasa jika cukup syarat-syaratnya iaitu; (1) Wajib diganti puasa, dan (2) Wajib kaffarah atasnya.

2. Apabila berbilang hari berlaku persetubuhan maka berbilang jugalah kaffarah yang mesti ditunaikan. Contohnya, jika persetubuhan belaku pada empat hari, maka kaffarah yang mesti ditunaikan ialah empat juga.[1] Adapun jika persetubuhan berlaku berulang-kali pada hari yang sama, maka kaffarah yang dikira hanya sekali sahaja.

3. Jika seseorang itu membatalkan puasa dengan perkara lain selain persetubuhan (seperti dengan makan, minum atau sebagainya), kemudian setelah puasanya batal barulah ia bersetubuh dengan isterinya, menurut mazhab Syafi’ie; ia tidak dikenakan kaffarah kerana kafffarah diwajibkan ke atas orang yang membatalkan puasanya dengan jima’ (persetubuhan). Dalam masalah ini, puasa itu batal dengan sebab makan atau minum, adapun persetubuhan ia berlaku setelah terbatalnya puasa.

13 August 2012

HUKUM HUBUNGAN SUAMI ISTERI DI BULAN PUASA

HUKUM HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI DI BULAN PUASA

Keluar air mani di bulan puasa
Adakah terbatal puasa setelah bangun dari tidur dan didapati telah keluar air mani akibat bermimpi?

Jawapan
Tidak batal puasa tersebut. Apabila keluar air mani kerana bermimpi adalah bukan perkara yang disengajakan.

Bersetubuh waktu siang Ramadhan

Pada 1984, saya dan suami pernah bersama pada waktu siang bulan Ramadan. Adakah kami dikenakan kafarah kerana ketika itu kami jahil mengenai agama. Bagaimanakah kiraan dan kepada siapakah perlu kafarah itu diberikan kerana tempat kami tiada fakir miskin?
Sekian Terima Kasih.

Jawapan.
Bersama atau bersetubuh ketika siang hari bulan Ramadan adalah dilarang. Suami isteri hanya boleh bersama setelah berbuka puasa. Walau jahil mengenai agama, kafarah tetap dikenakan setelah diketahui perkara ini berdosa. Kafarah bagi mereka yang melakukan persetubuhan ialah sama ada memerdekakan seorang hamba atau puasa dua bulan berturut-turut tanpa ada selang seli atau memberi makan kepada 60 fakir miskin. Walaupun sudah berlalu puluhan tahun, kafarah ini tidak berganda dan masih sama. Pasangan perlu mencari fakir miskin di daerah lain jika di tempatnya tiada fakir miskin. Sekarang ramai lagi fakir miskin yang boleh dibantu.

Bersetubuh/berjimak di bulan puasa
Pada bulan puasa yang lalu, saya dan isteri melakukan persetubuhan melepasi imsak.

Apakah hukumnya?
Bagaimana cara bagi saya untuk menggantikan puasa tersebut?

Jawapan

Hukum bersetubuh di dalam bulan puasa haram hukumnya dan di kenakan kaffarah (Kaffarah hanya dikenakan kepada lelaki sahaja) seperti berikut:-
  • Memerdeka seorang hamba(sudah tiada)
  • Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika sudah dicuba beberapa kali namun tidak mampu disegi syarak hendaklah,
  • Menberi 60 orang miskin makan setiap seorang satu cupak makan asasi.
  • Wajib qadha puasa yang terbatal kerana bersetubuh tersebut.

Hukuman/denda dikenakan kepada yang melakukan persetubuhan (sah) di bulan Ramadhan

Berhubung dengan persoalan yang telah saya kemukakan sebelum ini, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukuman atau denda yang dikenakan oleh Islam kepada orang yang melakukan hubungan intim (yang sah) semasa dalam puasa di bulan Ramadhan.

1) Apakah hukuman yang dikenakan kepada lelaki dan juga perempuan yang melakukan hubungan tersebut?

2) Macam mana hendak melakukan hukuman tersebut, contohnya yang melibatkan puasa 2 bulan.. macam mana niat untuk puasa tersebut?

3) Bolehkan wang digunakan sebagai ganti untuk secupak makanan asasi dan wang tersebut diberikan kepada pihak tertentu contohnya pihak masjid, majlis-majlis agama untuk mereka serahkan kepada fakir miskin atau senasib?

4) Adakah ada hukuman tambahan andai tidak sempat ‘membayar’ hukuman tersebut dalam tahun pertama membuat kesalahan, maksudnya telah sampai ramadhan yang kedua dan seterusnya (puasa yang ditinggalkan telah diganti cuma denda sahaja yang belum dilaksanakan)?

Jawapan :
Persetubuhan yang dilakukan dengan sengaja dalam keadaan berpuasa adalah dikenakan kaffarah iaitu :
- Memerdekakan seorang hamba jika mampu dan ada.
- Berpuasa 2 bulan berturut-turut
- Mengeluarkan 60 cupak beras jika tidak mampu berpuasa.

2. Niat puasa kaffarah hendaklah dilakukan pada malam hari kerana ia termasuk dalam puasa yang wajib.
Niatnya ialah :
" Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah".

3. Boleh diberikan kepada pihak masjid atau umpamanya jika saudara yakin kaffarah tersebut boleh disampaikan ke dada fakir miskin. Untuk lebih mudah bayar kepada Lembaga Zakat.

4. Seelok-eloknya hendak bayar kaffarah tersebut dengan segera dan diqada’ sehari puasanya secepat mungkin seelum sampai tahun yang berikutnya. Jika melangkau ke tahun yang berikutnya maka dia wajib mengqada’ sehari puasanya dan membayar secupak beras fidyah dan 60 cupak beras kaffarah.

Makruh lambatkan mandi wajib
Bilakah waktu yang sesuai untuk mandi wajib selepas bersama dengan suami pada malam hari pada bulan Ramadan?

Jawapan.
Waktu yang paling sesuai untuk mandi wajib ialah sebelum terbit fajar, iaitu sebelum masuk waktu subuh. Waktu subuh tempohnya pendek dan solat yang afdal ialah solat yang dilakukan pada awal waktu. Melambat-lambatkan mandi wajib adalah makruh. Ini kerana apabila seseorang itu berada dalam hadas besar maka banyak perkara yang tidak boleh dilakukannya seperti membaca Al-Quran, solat dan sebagainya.

Justeru, adalah dituntut seseorang yang berhadas besar agar segera menyucikan dirinya dengan mandi wajib. Secara fitrah, naluri insan seseorang itu tidak suka dirinya berada dalam kekotoran. Orang berhadas besar tidak berapa selesa berbanding dengan waktu dia bersih daripada hadas besar.

Sekiranya seseorang lelaki atau perempuan berjunub pada malam hari dalam bulan Ramadan dan tidak sempat mengangkat hadas besar sehingga terbit fajar (masuk waktu subuh), maka puasa kedua-dua mereka sah dengan syarat mereka berniat pada malam hari. Sama juga keadaan ini bagi mereka yang bermimpi pada malam hari sehingga keluar air mani.

Pandangan ini dapat diperkukuhkan lagi dengan melihat kepada apa yang diberitakan oleh isteri-isteri Rasulullah s.a.w. iaitu Aisyah dan Ummu Salamah yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah dalam keadaan junub ketika masuk waktu fajar kemudian baginda mandi (mandi selepas masuk waktu solat subuh). (al-Lu’lu’ wa al-Marjan, jld, 2, hlm, 11, al-Bukhari dan Muslim)

08 December 2010

Isteri mengadu tidak puas bersetubuh dengan suami

Isteri mengadu tidak puas bersetubuh dengan suami

SAYA berumur 40 tahun dan berkahwin 17 tahun. Masalah saya ialah isteri mengadu tidak puas dalam hubungan kelamin kerana sering gagal merasai pancutan air mani dalam rahim.

Bagaimanapun, isteri mencapai klimaks setiap kali melakukan hubungan kelamin, cuma dia tidak puas hati dengan pancutan air mani yang tidak terasa.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan semula pancutan hebat itu.

HISHAM
Kulai, Johor

Faraj wanita berkemampuan menghayati sensasi getaran, tekanan atau kekembangan dan sensasi sentuhan. Jika wanita itu biasa mendapat sensasi berkenaan, pasti dia terasa kekurangan kerana kurang menikmati sensasi kegemarannya walaupun hubungan kelamin itu dinamik serta lancar.

Jika pancutan air mani tidak dinamik, ia meleleh atau keluar tanpa tenaga dan jika faraj wanita longgar atau kurang langsing, perasaan kekembangan yang biasa dihayatinya tidak berlaku.

Bagi mendapatkan semula sensasi itu, wanita perlu menguatkan kemutan untuk mencengkam zakar pasangan dan pasangan pula perlu gerakkan ereksi dengan mengemut (cengkam otot lubang najis dan lubang kencing) sebelum berdayung dalam keadaan kemut dengan zakar kekal dalam faraj.

Ia bagi memastikan cengkaman faraj kepada zakar padat, seterusnya apabila lelaki itu klimaks, pancutan yang berlaku pasti keluar secara dinamik dan selanjutnya memberi perasaan pancutan, iaitu sensasi kekembangan kepada wanita.

Dinasihatkan anda dan pasangan amalkan senaman kemut atau Kegel supaya otot kemut kukuh, seterusnya menjamin hubungan seksual lebih menyelerakan.
_________________________________
Rahsia Mengenai Zakar Artikel Zakar dari Harian Metro berkaitan Zakar Masalah senggama kerana zakar terlalu besar zakar boleh patah Buah zakar gatal Zakar tidak berfungsi Zakar tak perlu berkhatan Zakar ejakulasi awal Suami risau air mani tiada sperma Zakar senak guna pam vakum Jerawat tumbuh di telur zakar Lelaki punya satu biji buah zakar Radang Zakar bengkak keluar nanah dari zakar setelah bersetubuh sapu minyak zaitun pada zakar zakar patah zakar bengkak suami sering urut zakar untuk power zakar retak semasa bersetubuh kerana zakar berkulup pasangan kerap beronani atau melancap zakar mengecut dan kecil isteri tidak puas dalam bersetubuh kepala zakar kaki melancap berubah jadi hijau pengantin risau zakar membengkak punca kurang sperma kepala zakar lembik kerana patah kulit zakar hitam lebam zakar tiba tiba layu sakit kerandut buah zakar saluran kecing tidak di kepala zakar zakar tiba tiba membengkak zakar lain daripada normal zakar bengkak dan tiada sperma tahi palat di takuk zakar suami buat ujuan air mani pakaian ketat ubah posisi buah zakar zakar warga emas tidak berfungsi sukar bersama isteri monopaus zakar membesar semulajadi zakar terlentuk ke kiri suami suka beronani alat kelamin tidak memberi kepuasan amalan sonsang - masuk zakar dalam mulut atau dubur sakit selepas bersetubuh tekanan mati pucuk pancut air main diluar faraj isteri sukar bersetubuh kerana zakar panjang air mani meleleh suami mudah pancut zakar bintik bintik zakar tiada kepala gay bukan penyakit Belum dapat zuriat kerana zakar tidak keras zakar bengkak sebelah zakar perlu dibelai untuk kuatkan ransangan zakar selalu tewas cara tahu testis sihat buah zakar bengkak sebesar guli risiko alat ubah saiz zakar pil tambah sperma air mani buah zakar satu bukan dua zakar layu lama tak guna melancap bawa keburukan pantat rahsia hati lelaki gambar zakar rahsia melancap gay nama nama islam gambar konek batang lancap telanjang air mani gambar artis perempuan rahsia tarikh lahir tukang urut sperma rahsia tahi lalat maskulin hisap batang nama anak nama bayi gambar batang majalah kesihatan cari kenalan artis malaysia wanita model macho badan cinta sunat petua budak nama-nama anak kuat kemaluan model lelaki malaysia tentang remaja satu hati gambar kemaluan yasmin ahmad kulum zakar ubat kuat sifat seluar dalam indonesia alat kelamin jururawat vs perempuan cari kawan lelaki handsome waktu subur metroseksual nama bayi lelaki dalam islam hebat gersang boleh dan perempuan teman mencari teman adab perhubungan lelaki dan perempuan pakaian Lelaki Melancap Lelaki Gay Batang Lelaki Lelaki Perempuan Nama Anak Lelaki Nama Bayi Lelaki Model Lelaki Lelaki dan Perempuan lelaki melancap hisap batang lelaki rahsia lelaki lelaki gay gambar konek lelaki nama nama islam lelaki lelaki telanjang gambar artis lelaki gambar zakar lelaki