Showing posts with label Teladan. Show all posts
Showing posts with label Teladan. Show all posts

04 October 2009

Erti Cinta & Perkahwinan

Erti Cinta & Perkahwinan

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur di depan sana . berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .

11 October 2008

Kisah Benar - Azab Meninggalkan Solat - Wajah Jenazah Berubah Menjadi Hitam - Roh Ibunya Datang Memberitahu Sesuatu

Arwah Ibu Melawat Jenazah Anak Tidak Dituntut
Kisah Benar Pemuda Meninggalkan Solat

Ia mengingatkan ustaz kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, ustaz menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya ustaz dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Ustaz membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba ustaz lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya ustaz tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati ustaz mula bertanya-tanya. Ustaz terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Ustaz keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala ustaz; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran ustaz.

Sedang ustaz termenung tiba-tiba ustaz dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah ustaz. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan ustaz. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu.

"Ustaz dengar anak ustaz meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi ustaz nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati ustaz ada sedikit tanda tanya,namun ustaz membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Ustaz tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?" tanya ustaz.

"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."

"Makcik lihatlah betul-betul." kata ustaz. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Ustaz tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar ustaz bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada ustaz apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?"

Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Ustaz ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.

"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,ustaz tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini," kata ustaz untuk menggertaknya.

Bila ustaz berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak ustaz ni memang baik, patuh dan taat kepada ustaz. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan ustaz. Teringat ustaz kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian ustaz pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, ustaz kembali ke rumah semula. Ustaz perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati ustaz begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut.

Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ustaz hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, ustaz berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan ustaz itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Ustaz ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya.

"Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Ustaz terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.

Jadi 'apakah' yang datang menemui ustaz pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, ustaz yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan ustaz.

Ia mengingatkan ustaz kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

31 August 2008

Gambar Perkahwinan Malique Too Phat dan Melissa Maureen Rizal Jadi Isu Blogger

ALAM BLOGGER, 24 OGOS 2008 - Gambar perkahwinan Malique dari kumpulan Too Phat dan Melissa Maureen Rizal baru-baru ini mencetus konflik di kalangan pemilik asal gambar perkahwinan tersebut dengan sebuah blogger yang lain. Hal ini dikatakan berlaku apabila blogger tersebut didakwa menerbitkan gambar perkahwinan Malique Too Phat dengan Melissa Maureen Rizal tanpa kebenaran pemilik asal gambar tersebut. Pihak pendakwa meminta jasa baik blogger tersebut supaya mengeluarkan gambar-gambar tersebut daripada senarai entri blogger terbabit. Blogger terbabit akur dan memenuhi permintaan pemilik asal gambar tersebut.

Contoh Teladan: Blogger Terbabit Tidak Menegakkan Benang Yang Basah
Nampaknya dengan cara mengadakan perundingan, sesuatu masalah itu boleh diselesaikan dengan mudah. Isu gambar perkahwinan Malique Too Phat dan Melissa Maureen berakhir dengan aman. Blogger tersebut telah memberikan satu contoh yang baik, di mana apabila blogger tersebut telah melakukan kesilapan dan ditegur, beliau mengakui kesilapannya dan membetulkan keadaan.


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.