Showing posts with label homoseksual. Show all posts
Showing posts with label homoseksual. Show all posts

24 November 2011

Seks Songsang - Homoseks - Guru Ibu Bapa Bersatu!

Ini seks songsang itu orang panggil homoseks tapi bukan homo sapien juga, telah mendapat bantahan dari ramai orang termasuk ibu bapa dan guru. Ini gejala seks songsang mula mendapat tempat dalam filem juga. Itu filem Anu Dalam Botol atau ... Dalam Botol lagi filem apa itu Aku Bukan Tomboy lagi apa itu filem banyak juga filem yang apa judul juga tidak diketahui, tetapi banyak bagi orang tahu apa itu homoseksual, lesbian, gay, biseksual dan transeksual jugalah. Ini ibu bapa dan guru memang bagus punya orang. Menentang gaya hidup seks songsang amat bagus bagi masa depan negara terbilang jugalah.

Ibu bapa, guru berhimpun bantah promosi seks songsang

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 ibu bapa, guru dan pelajar daripada empat sekolah sekitar ibu negara berhimpun di depan Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang, di sini semalam bagi menyuarakan bantahan terhadap golongan yang mahu mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) secara terbuka.

Perhimpunan itu dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), bagi membantah amalan seks songsang berkenaan secara berterusan dengan mengedarkan risalah, sebelum meluaskannya ke seluruh daerah di Selangor dan Kuala Lumpur. Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, perhimpunan yang mendapat sokongan oleh Persatuan Ibu-bapa dan Guru (PIBG) dan NGO lain itu mensasarkan untuk mengumpulkan 100,000 rakyat negara ini bagi menyokong perjuangan itu. “Gerakan secara berterusan bagi memberikan kesedaran kepada ibu bapa, penduduk dan masyarakat terdapat gerak kerja khusus untuk menolak dan membantah pihak yang mahu mempromosikan gaya hidup songsang itu secara rasmi dan terancang, sekali gus mampu mempengaruhi anak-anak.

“JMM banyak menerima maklum balas daripada ibu-bapa yang mendakwa cadangan penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011, boleh merosakkan masa depan anak bangsa, ” katanya di sini semalam.

Katanya, JMM mendapat sokongan PIBG dan pelajar SK Ampang, Sekolah Menengah (SM) Teknik Titiwangsa, SK KOSAS dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ong Pong selain pembabitan NGO Tiong Hua dan Hindu Ampang.

Katanya, gerakan kedua pula, JMM akan berkumpul di salah sebuah sekolah di Putrajaya pada Sabtu ini dengan sasaran pembabitan daripada pelajar.

10 August 2009

Elak homoseksual, onani cegah wabak

KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia adalah langkah pencegahan yang boleh diambil oleh seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A (H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap, Dr V M Palaniappan.

Katanya, apabila seseorang terbabit dalam kegiatan itu, tubuh badan seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan oleh itu boleh menjadi sasaran yang mudah bagi jangkitan H1N1.

Bagaimanapun, hubungan kelamin yang normal antara pasangan berlainan jenis adalah selamat.

Dr Palaniappan, yang juga bekas Profesor Madya Ekologi di Universiti Malaya mengarang beberapa buku dalam bidang terapi pelengkap yang diteroka beliau yang dipanggil sistem penyembuhan secara ekologi.

Beliau berkata, sepanjang 33 tahun kajiannya mendapati bahawa kadar keasidan yang tinggi di dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang menyebabkan semakin ramai orang mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A (H1N1).

Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu, adalah perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid di dalam badan.

Beliau mengesyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.

Sebagai contoh, beliau berkata, mereka yang berasa demam dan mengalami rasa bahang ketika membuang air besar dan kecil kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa selama dua kali sehari selama tiga hari.

Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang dengan itu tidak mengganggu ketahanan badan
_________________________________
onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1 onani homoseksual wabak H1N1

Kegiatan homoseksual, onani mudah terdedah jangkitan H1N1

KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia langkah pencegahan yang boleh diambil seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A (H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap, Dr V M Palaniappan.

Katanya, apabila seseorang itu terbabit dalam kegiatan itu, tubuh seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan boleh menjadi sasaran mudah bagi jangkitan H1N1.

Bagaimanapun, hubungan kelamin yang normal antara pasangan berlainan jenis adalah selamat.

Dr Palaniappan yang juga bekas Profesor Madya Ekologi di Universiti Malaya sudah mengarang beberapa buku dalam bidang terapi pelengkap dipanggil sistem penyembuhan secara ekologi.

Sepanjang 33 tahun kajiannya mendapati kadar keasidan tinggi dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang dan seterusnya mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A (H1N1).

Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu, perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid dalam badan.

Beliau mengesyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.

Menurutnya, sebagai contoh, mereka yang demam dan mengalami rasa bahang ketika membuang air kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa dua kali sehari selama tiga hari.

Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang tidak mengganggu ketahanan badan. - Bernama

Dr Palaniappan berkata, kegiatan jasmani yang berlebihan seperti larian maraton perlu dielakkan kerana ia menghasilkan asid disebabkan kegiatan metabolik berlebihan.

Begitu juga dengan berjaga sehingga lewat malam tanpa tidur secukupnya dan bekerja tanpa rehat secukupnya boleh meningkatkan keasidan badan yang akan menurunkan ketahanan dan menyebabkan tubuh badan mudah terdedah kepada serangan virus.
_________________________________
onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1 onani homoseksual H1N1