Showing posts with label Diesel. Show all posts
Showing posts with label Diesel. Show all posts

15 October 2008

Harga Petrol dan Diesel Turun Hari Ini

Harga Petrol dan Diesel Turun Hari Ini

15 Oktober - Berkuatkuasa hari ini, seluruh rakyat mula menikmati penurunan harga petrol dan diesel.

Harga petrol RON-97 dikurangkan sebanyak 15 sen, kepada RM2.30 sen seliter.

Harga petrol RON-92 dikurangkan sebanyak 10 sen, kepada RM2.20, manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penurunan harga bahan api di negara ini berikutan harga minyak dunia yang menurun kepada purata 82 dolar Amerika setong di pasaran antarabangsa.

Pengumuman semalam menandakan kali ketiga kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel.

Kali pertama pelarasan harga runcit petrol adalah pada 23 Ogos; dan kedua pada 24 September lalu.

Pada 4 Jun lepas, harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter.

Tindakan itu berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.

Sementara itu, cadangan agar penurunan harga minyak diputuskan di luar kabinet bagi membolehkan rakyat menikmati harga baru secepat mungkin, akan dibincangkan dalam mesyuarat Jumaat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, dengan berbuat demikian, dapat mempercepatkan proses penurunan harga minyak.

Cadangan itu menyebut agar penilaian harga minyak petrol dan diesel putuskan secara kolektif bersama Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan Kedua, serta beliau sendiri --- tanpa perlu dirujuk kepada kabinet.

Dalam pada itu, Datuk Shahrir berkata, isu pengusaha stesen minyak yang membatalkan tempahan daripada syarikat-syarikat minyak kerana takut harga minyak turun, tidak menjadi satu masalah.

Hal ini adalah kerana menurutnya, hanya sebilangan kecil yang berbuat demikian dan bekalan minyak dalam negara adalah cukup.

Beliau berkata, kementeriannya bekerjasama dengan syarikat-syarikat minyak; dan mengingatkan mereka supaya tidak memberikan bekalan yang banyak pada masa penurunan harga minyak semakin dekat.

-- BERITA24

24 September 2008

Harga Runcit Petrol dan Diesel Turun 10 Sen

Harga Runcit Petrol dan Diesel Dilaraskan, Turun 10 Sen

24 Sep 2008 - Jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk melaraskan harga petrol kepada satu harga baru.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira harga purata minyak dunia untuk tempoh sebulan terakhir ini.

Harga runcit petrol Ron 97 dan Ron 92 dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan daripada RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter.

Kabinet juga mengambil keputusan untuk mengurangkan harga runcit diesel sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.50 kepada RM2.40 seliter.

Pelarasan harga runcit petrol dan diesel ini berkuat kuasa mulai esok 25 September 2008.

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan di blog isuberitahangat.blogspot.com ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.