Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

10 January 2012

Anwar Ibrahim Imam Mahdi - Ustaz Badrul Amin Bakal Dipanggil JAIS? - Hasan Ali Mengesan Bahaya

Hasan Ali minta JAIS panggil Badrul Amin
Disediakan oleh Berita Harian

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya memanggil penceramah agama Badrul Amin Bahron.

Beliau berkata, ini berhubung klip ceramahnya yang seolah-olah menyamakan Penasihat Parti Keadilan Rakayat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Imam Mahdi. Katanya, tindakan itu perlu bagi JAIS meneliti teks ceramah dan mendengar sendiri penjelasan Badrul Amin yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabak Bernam, berhubung isu itu. "Saya minta JAIS panggil dia untuk tanya sendiri dan selesaikan masalah ini dan kita minta ia diadakan dalam keadaan harmoni untuk mendapatkan kepastian mengenai kandungan ceramahnya itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hasan berkata, Badrul Amin tidak sepatutnya mengagungkan seseorang dengan mengeluarkan kenyataan yang keterlaluan sehingga boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan mereka yang mendengarnya.

Katanya, Badrul Amin perlu menjelaskan kenyataannya mengenai perkara itu bagi menjaga nama baik dan reputasinya selaku pendakwah serta penceramah yang disegani.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Badrul Amin yang seolah-olah mengaitkan Anwar sebagai Imam Mahdi apabila merujuk Anwar sebagai pemimpin yang mampu menyatukan umat Islam atau paling tidak menyatukan dunia Arab.

Badrul Amin membuat kenyataan itu dalam satu ceramah dan video ceramah tersebut yang dimuat naik ke Internet pada Disember lalu.

Sementara itu, Hasan berkata hotel bajet dikenal pasti sebagai sarang maksiat paling popular di Selangor berdasarkan operasi yang diadakan menjelang tahun baru Sabtu lepas.

Beliau berkata, 234 orang iaitu 119 pasangan terdiri daripada 127 lelaki dan 107 perempuan ditahan dalam operasi yang dijalankan di beberapa hotel bajet di sembilan daerah di Selangor.

Katanya, semua yang ditahan berusia dalam lingkungan 16 hingga 50 tahun termasuk pelajar institusi pengajian tinggi di negeri ini.

Hasan berkata, JAIS turut menjalankan operasi di sebuah hotel bertaraf lima bintang di negeri itu dan 10 orang ditahan kerana minum minuman keras manakala 46 lagi dipanggil untuk menghadiri sesi kaunseling.

"Saya masih menunggu laporan penuh dari semua daerah berhubung pemeriksaan diadakan dan beberapa cadangan langkah mencegah akan dibuat serta perkara ini juga akan dimaklumkan kepada kerajaan negeri termasuk memantau operasi hotel bajet," katanya. - BERNAMA

09 January 2012

Anwar Tidak Bersalah - Bebas Tuduhan Liwat

Berita Terkini Anwar Ibrahim Kes Liwat - Anwar Ibrahim Bersih
MAHKAMAH PUTUSKAN ANWAR TAK BERSALAH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika menyampaikan keputusannya menegaskan bahawa mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA tidak terusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

"Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan," katanya ketika membacakan penghakiman.

Sementara itu pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II,Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden ketika ditemui berkata, mereka belummemutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

Beliau berkata, mereka mempunyai 10 hari untuk berbuat demikian.


LIWAT IV - Mahkamah Tinggi Memutuskan Anwar Ibrahim Tidak Bersalah - Bebas Dari Tuduhan Meliwat


KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini membuat keputusan tidak bersalah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di sini pagi ini.

Hakim mahkamah, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan barisan pembelaan, mahkamah tidak dapat menjamin seratus peratus intergriti bekas DNA yang digunakan di dalam kes.

Menurutnya lagi, mahkamah juga tidak boleh sabitkan kesalahan tertuduh dengan bergantung kepada keterangan saksi pertama pendakwaan sahaja.

“Justeru, mahkamah memutuskan tertuduh tidak bersalah,” sebelum terus bangun dan meninggalkan kamar mahkamah.

Anwar, 63, sebelum ini diarahkan membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Saiful Bukhari Azlan, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Seta Kasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaraya berjaya membuktikan kewujudan DNA Lelaki Y dari sumber air mani di dalam salur rektum Saiful menerusi dua pakar Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon.

DNA Lelaki Y didapati sepadan dan disahkan sebagai milik Anwar oleh kedua-dua pakar setelah merujuk kepada sampel DNA Anwar yang diambil melalui berus gigi, sehelai tuala “Good Morning” dan sebotol bekas air mineral ketika Ketua Umum PKR itu ditahan di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.

Hakim Zabidin memutuskan Anwar untuk membela diri berhubung kes pada 16 Mei tahun lalu setelah mendapati tiada sebab padanya untuk menolak segala bukti dan keterangan saksi yang dikemukakan barisan pendakwaraya.


Himpunan 901: Anwar didapati tidak bersalah

Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan dalam kes liwat II, bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dan dibebaskan.

9.05 am: Ketibaan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat.
 
9.00 am: Ketibaan Presiden PAS Hadi Awang.
 
8.44 am: Kira-kira 5,000 orang berkumpul di tempat letak kereta. Pemerhati SUHAKAM dan Majlis Peguam berada di situ.
 
8.30am: Anwar Ibrahim tiba. Disambut dengan laungan "Reformasi". Meskipun sesak, namun tiada kekecohan berlaku. Dalam twitter, Anwar menulis, "Kita mendoakan yang terbaik, di mana keadilan ditegakkan, tetapi bersedia untuk yang terburuk. "
 
8.20 am: Lebih 2,500 orang berkumpul di tempat letak kereta.

7.45 am: Ketibaan Sasterawan Negara, A.Samad Said.

6.20 am: Ratusan orang berarak memasuki kawasan letak kereta di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta.  Ramai yang bertopengkan wajah Anwar Ibrahim, dan memakai riben kuning.  Helikopter polis kelihatan berlegar di langit.

6.00 am: Polis membenarkan kira-kira 30 orang peserta perhimpunan melepasi halangan di jalan masuk ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Ramai yang berpayung dalam hujan.

27 August 2008

Kebangkitan Semula Datuk Seri Anwar Ibrahim - Menang Besar - Undi Majoriti 15671

Keputusan Pilihan Raya 26 OGOS 2008

Berdasarkan keputusan pilihan raya pada 26 Ogos 2008 ini, didapati Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat undian yang lebih besar berbanding jumlah undian Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, dan dengan ini membuktikan bahawa kebangkitan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh politik yang berkuasa di Malaysia.

Keputusan Parlimen PP44 :

PKR: 31,195
BN: 15,524
Bebas: 92
Majoriti: 15,671
Jumlah Pengundi: 47,258

Undi Rosak: 447
Peratus: 81%


Keputusan PRU 8 March 2008

P44 PERMATANG PAUH
Jumlah Pengundi: 58,449

Peratusan Kaum: M: 68.5% C: 24.79% I: 6.3% B/Sab: % B/Swk: % L: 0.41%
1. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR) (30,338)
2. Datuk Pirdaus Ismail (BN) (16,950)
Majoriti: 13,388
Jumlah undi: 47,398
Peratus mengundi: 81.09%
Undi rosak: 110


Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.

Keputusan Pilihan Raya Permatang Pauh 2008

Keputusan Rasmi
Pilihan Raya Permatang Pauh
26 Ogos 2008
Anwar Ibrahim menang besar,
majoriti 15,671 undi


TERKINI! PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Harakah) - Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi.


Detik-detik Sebelum Keputusan Rasmi Jumlah Undian Pilihan Raya Permatang Pauh 26 Ogos 2008

8.35 malam: Setakat pukul 8.30 malam, Anwar telah memperoleh 31,949 undi manakala Dato' Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 14,297 undi manakala AKIM menerima 74 undi.

Proses pengiraan di 28 pusat mengundi sedang dilakukan. Setakat ini kira-kira 70 peratus undian telah dikira.

Keputusan peringkat KeADilan ini diumumkan oleh Naib Presidennya, Azmin Ali selaku Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan PKR, di Pusat Operasi Utama parti itu di Penanti di sini.

Setakat ini keputusan hampur 20 daerah sudah diketahui dan Anwar menang hampir kesemua daerah itu.

8.40 malam: Keputusan tidak rasmi daripada KeADILan yang diterima adalah Anwar menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi.

9.50 malam: Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi.

Berita penuh di: harakahdaily.net

Setiap isu hangat atau berita panas seperti skandal artis, kisah kontroversi atau cerita sensasi yang disiarkan diblog ini telah cuba ditapis dan disunting semula supaya tidak memberi malu dan aib kepada individu -individu berkaitan. Semoga pendedahan ini akan memberi pengajaran kepada kita semua supaya jangan melampaui batas dalam pergaulan dan mana-mana urusan harian.