Showing posts with label Ribut Matahari. Show all posts
Showing posts with label Ribut Matahari. Show all posts

29 January 2012

Ribut Matahari - Ribut Geomagnet Melanda Bumi Bila-bila Masa

Ribut Matahari Terbesar Sejak 2005 Landa Bumi - Badai Matahari
Difahamkan melalui berita TV3 sebentar tadi ,Ribut geomagnet paling kuat dalam enam tahun dijangka akan melanda bumi pada bila-bila masa.

Ia berikutan lentingan jisim korona mendadak dari atmosfera matahari yang menghala ke bumi dikesan sejak 2 hari lalu.

Menurut Pusat Kaji Cuaca angkasa lepas Amerika Syarikat, situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2 ribu kilometer per-saat, 5 kali ganda berbanding gerakan normal.

Fenomena ini juga menyebabkan perubahan medan magnet bumi secara mendadak. Jika berlaku, frekuensi tinggi yang dihasilkan mampu mengganggu pancaran telephone system yang digunakan dalam sistem komunikasi kapal terbang, berhampiran Kutub Utara dan sekitar Amerika Utara, Eropah serta Asia. Beberapa syarikat penerbangan dinasihatkan mengubah laluan udaranya. Ribut geomagnet berkenaan dijangka berkekuatan sederhana, tahap dua atau tiga daripada skala 5.


Badai Matahari Capai Bumi Semalam

Pada Ahad, 22 Januari 2012, matahari telah mengeluarkan ribut magnatetic dan akan menyebabkan gangguan kepada satelit di bumi dan gangguan elektrik.  Bumi hampir dengan matahari jadi kesannya akan dapat dirasai, walaupun begitu ribut magnet ni tidak bahaya kerana hanya terjadi dalam skala 3 (daripada 5).

Masalah dan kesan dari ribut magnet

Ribut magnet yang melanda ni dikatakan paling kuat sejak 6 tahun, tetapi sinaran itu dijangka akan menyebabkan hanya masalah kecil dengan satelit, dan grid kuasa.

Seorng ahli fizik memberitahu di ABC news yang orang ramai tidak perlu bimbang tentang radiasi yang berbahaya.

Medan magnet di sekeliling Bumi melindungi kita. Itu salah satu daripada kelebihan Bumi. Ribut geomagnetic dijangka berlangsung selama satu hari.

Tenaga  magnet ini boleh mengganggu komunikasi radio frekuensi tinggi yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan untuk mengemudi pesawat berhampiran dengan Kutub Utara, dalam penerbangan di antara Amerika Utara, Eropah dan Asia, jadi sesetengah laluan perlu diubah.

BUMI HURU-HARA KERANA RIBUT MATAHARI 2013
LONDON – Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.

Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.

Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. – Agensi

RIBUT SURIA 26.01.2012

Ribut suria paksa haluan pesawat dilencong
Disediakan oleh Berita Harian


KOMBINASI gambar NASA menunjukkan perkembangan sinaran cahaya luar biasa pada matahari dilaporkan boleh mengganggu sistem komunikasi pesawat dan satelit.

DELTA Air Lines kelmarin melencongkan laluan penerbangan beberapa pesawatnya di antara bandar Detroit dan destinasi di Asia elak ribut suria.

DETROIT: Syarikat penerbangan Delta Air Lines kelmarin melencongkan laluan penerbangan beberapa pesawatnya di antara bandar Detroit dan destinasi di Asia untuk mengelak sistem komunikasi pesawatnya terganggu disebabkan ribut suria yang turut mengandungi unsur radiasi.

Ribut itu dianggap terkuat sejak enam tahun lalu dilaporkan menyebabkan gangguan kecil kepada beberapa pesawat firma penerbangan Amerika Syarikat. Justeru, Delta membuat keputusan mengubah laluan beberapa penerbangan dan perubahan itu menambah 15 minit masa ketibaan pesawat. “Kami berdepan beberapa ribut suria di langit yang memberi impak kepada negara di hemisfera utara. Ia boleh memberi kesan kepada kemampuan komunikasi.

“Secara asasnya laluan pesawat ke arah kutub dilencongkan lebih ke selatan berbanding biasa,” kata jurucakap syarikat, Anthony Black.

Jurucakap syarikat penerbangan United Airlines, Mike Trevino, pula berkata syarikat itu melencongkan laluan satu pesawat Isnin lalu kerana ribut itu.

American Airlines melaporkan, setakat ini ribut itu tidak memberi impak kepada operasinya tetapi mereka terus mengawasi perkembangan atmosfera, kata jurucakapnya, Ed Martelle. – Reuters

09 January 2012

RIBUT MATAHARI MELANDA BUMI 2012

    Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari.

- Ribut matahari bukan kiamat -
BANYAK ramalan menyebut 2012 merupakan tahun berlakunya kiamat. Teori kemusnahan alam semesta kaum Maya telah dipopularkan menerusi filem 2012 hinggakan filem tahun 2009 itu meraih kutipan global sebanyak AS$769 juta (RM2.3 bilion).

Nostradamus, si peramal tersohor Perancis turut menamakan 2012 sebagai tahun kemusnahan planet-planet, manakala para ahli astrologi China dari Dinasti Chang mengatakan akan berlaku bencana besar tahun ini.

Oleh kerana itu, apabila saintis menjangkakan fenomena ribut matahari terjadi pada pertengahan 2012 hingga 2013, mitos kiamat yang dicanangkan sebelum ini terasa bagaikan semakin hampir.

Dalam ilmu astrologi, matahari merupakan bintang yang terletak paling dekat dengan bumi iaitu sejauh 149 juta kilometer. Ia mempunyai suhu teras 15 juta darjah Celcius dan telah terbentuk lebih 5,000 juta tahun yang lalu.

“Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari.

ANDAIAN bumi akan musnah pada 2012 mitos semata-mata.


“Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari,” kata seorang pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad.

Namun, beliau berpendapat ribut matahari tidak akan memusnahkan bumi. Malah, kejadian ribut matahari sampai ke bumi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera dan medan magnet bumi.

Kesan

“Ribut itu akan termusnah sendiri sebelum sampai ke daratan. Tetapi jika ia menembusi lapisan atmosfera dan medan magnet bumi dengan saiz dua atau tiga kali ganda melebihi saiz bumi, kerosakan besar boleh berlaku.

“Apa pun, ia terhad kepada kerosakan peralatan elektrik dan sistem telekomunikasi seperti satelit, sistem penerbangan dan Internet,” kata Shahrin.

RIBUT matahari berlaku disebabkan bintang itu menjadi lebih panas berbanding suhu biasa iaitu 15 juta darjah Celcius.

Beliau memberitahu, kesan ribut matahari pernah dirasai di bumi pada tahun 1859. Akibatnya, sistem telegraf di Amerika Syarikat dan negara Eropah lumpuh sama sekali.

“Peristiwa itu dinamakan Carrington Event. Begitupun, kejadian itu kini boleh dielakkan dengan dua satelit peninjau matahari bernama Stereo yang dilancarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat.

“Kedua-dua satelit itu berperanan mengumpul data untuk memahami dan meramalkan ribut matahari sebagai persediaan awal jika ia berlaku,” ujarnya.

Shahrin menambah, memang wujud kebimbangan bahawa ribut matahari kemungkinan menjejaskan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) manusia namun beliau berpendapat perubahan DNA itu lebih disebabkan oleh kesan rumah hijau dan pelepasan gas beracun radioaktif.

“Makanan, radioaktif dan bahan kimia yang meresapi tubuh boleh mengganggu sistem tubuh tetapi ia tiada kaitan secara langsung dengan fenomena ribut matahari,” tegasnya.

NASA sebelum ini meramalkan ribut matahari akan kerap berlaku sepanjang tahun 2012 dan 2013.

Ini mengakibatkan saintis Amerika Syarikat (AS) mengandaikan impak kerosakan akibat ribut matahari pada tahun 2012 lebih dahsyat berbanding Taufan Katrina yang melanda AS pada tahun 2005 dan mengorbankan 1,800 orang.

“Puncak kerisauan sebenar ialah gangguan ke atas kehidupan sosial yang bergantung pada teknologi seperti GPS dan komunikasi satelit,” kata ahli fizik NASA, Lika Guhathakurta.

Seorang lagi pegawai NASA, Michael Kaiser menambah, matahari mencetuskan ribut solar sejak berbilion tahun dahulu tetapi hanya pada akhir-akhir ini ramai yang mengambil berat isu tersebut.

“Ribut elektromagnet matahari boleh menjejaskan sistem tenaga elektrik selain membahayakan angkasawan.

“Pertambahan tenaga magnetik dalam atmosfera dijangka mengeluarkan radiasi yang mampu menyebabkan kuasa janakuasa elektrik meningkat mendadak,” katanya.

Ujarnya lagi, kali terakhir pancaran matahari meletus adalah pada tahun 1859 hingga menyebabkan dua pertiga daripada ruang angkasa bumi bertukar menjadi warna merah.

Dijangkakan, peristiwa itu dapat dilihat sekali lagi dengan beberapa bandar utama seperti London, Paris dan New York mengalami ribut awan pada 2012 atau 2013.

Pakar astronomi dari Indonesia, Hakim L Malasan pula berpendapat, fenomena ribut matahari tidak berhubung kait dengan kiamat. Seorang lagi pakar, Thomas Djamaluddin, mengatakan kiamat mungkin berlaku lima juta tahun lagi.

“Matahari akan menjadi bintang raksasa merah dan menelan planet terdekat, Utarid, Zuhrah dan mungkin bumi,” jelasnya.

RIBUT matahari tidak akan memusnahkan bumi sebaliknya merosakkan sistem radar dan satelit.

Hidrogen

Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman berpendapat, bidang astrofizik tidak dapat menentukan hari kiamat selagi tiada perubahan pada matahari.

“Ahli fizik memang percaya bahawa alam semesta akan berakhir tetapi sama ada pada 2012 atau 10 juta tahun dari sekarang mahupun 10 bilion tahun lagi, ia terpulang kepada teori yang kita ada.

“Dari segi fizik, jika matahari sudah kehabisan hidrogen, ia akan berkembang menjadi bintang lain. Ketika itu kehidupan di bumi akan mengalami perubahan dan kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai tanda kiamat.

RIBUT matahari tidak akan memusnahkan bumi sebaliknya merosakkan sistem radar dan satelit.

“Ini kerana apabila matahari tiada lagi tenaga, manusia tidak boleh hidup dan akan berlaku banyak kejadian alam yang boleh mencetuskan pengakhiran dunia,” katanya.

Menurut Pegawai Sains, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd. Zamri Shah Mastor, bumi juga boleh hancur menerusi hentaman objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid.

“Tetapi kita bernasib baik disebabkan bumi memiliki lapisan atmosfera. Lapisan itu menyebabkan komet dan asteroid yang cuba menerjah atmosfera bumi akan termusnah terlebih dahulu.

“Sebenarnya terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam bumi,” katanya.

Sumber : Kosmo