Showing posts with label cerita rogol. Show all posts
Showing posts with label cerita rogol. Show all posts

18 November 2012

Cerita Dirogol Bergilir-Gilir Oleh 10 Orang Lelaki Selama 4 Jam

Cerita Dirogol Bergilir-Gilir Oleh 10 Orang Lelaki Selama 4 Jam

SUBANG JAYA: Empat jam menjadi tempoh amat lama dan penuh sengsara bagi seorang wanita apabila dia dirogol bergilir-gilir 10 lelaki warga Myanmar selepas ‘diculik’ ketika menunggu bas untuk ke tempat kerja di Puchong Perdana, di sini.

Dalam kejadian jam 3 petang Sabtu lalu, mangsa wanita tempatan berusia 28 tahun yang menunggu bas bersendirian dihampiri dua lelaki Myanmar yang menaiki sebuah Proton Wira.

Sumber polis berkata, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan parang ke arah mangsa sebelum memaksanya masuk dan duduk di kerusi belakang kereta dinaiki mereka.

“Mangsa yang ketakutan dan tidak mampu melawan dibawa ke sebuah rumah flat di kawasan berhampiran dan di situ ada lapan lagi lelaki warga Myanmar menunggu.

“Dua daripada suspek mengikat kaki serta tangan mangsa sebelum seorang demi seorang merogolnya tanpa belas kasihan biarpun mangsa merayu dikasihani,” katanya.

07 December 2011

Lelaki Pukau, Rogol Isteri Ahli Perniagaan Berjaya

Lelaki rogol isteri ahli perniagaan diburu
Disediakan oleh Berita Harian

Muhammad Johari George Abdullah

KUANTAN: Seorang lelaki diburu selepas satu laporan polis dibuat seorang ahli perniagaan yang mendakwa isterinya dirogol lelaki terbabit, di sebuah hotel di Jalan Air Putih di sini, pada 17 Oktober lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Muhammad Johari George Abdullah, 35, dengan alamat terakhirnya di No 3 Lorong 8, Taman Pine, Jerantut dikehendaki polis bagi membantu siasatan yang dibuat ahli perniagaan berusia 27 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, kelmarin. Difahamkan, ahli perniagaan berkenaan dan isterinya yang berusia 24 tahun mengenali suspek pada pertengahan tahun ini ketika lelaki terbabit bermalam di inap desa milik pasangan berkenaan. Ketika ahli perniagaan itu berada di luar kawasan atas urusan kerja, suspek dipercayai mengambil kesempatan menjerat mangsa untuk berbincang kerjasama perniagaan sebelum membawa wanita terbabit ke hotel berkenaan pada 17 Oktober lalu, kira-kira jam 9 malam.

Mangsa juga mendakwa seolah-olah dipukau suspek dan hanya menuruti semua kemahuannya sebelum menyedari sudah dinodai.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian menimpanya kepada suaminya namun enggan membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada mulanya.

Namun, ahli perniagaan berkenaan akhirnya mengambil keputusan membuat laporan di IPD di sini kira-kira jam 12.20 tengah malam kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri, berkata siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mempunyai enam rekod jenayah lampau.

“Lelaki ini diburu polis atas pelbagai kesalahan antaranya tiga membabitkan dadah dan jenayah lain termasuk satu kes rogol.

“Berikutan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah terse-rempak dengan lelaki terbabit

04 December 2011

Pengawal Keselamatan Rogol Remaja Di Bank - Pengawal Keselamatan Tidak Selamat

Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja.

Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.

Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.

“Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.

“Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.

Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.
Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...
Dapatkan info terkini dengan klik link ini

Katanya, mangsa dibawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ) untuk menjalani pemeriksaan dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mangsa kini direman seminggu sejak Khamis lalu untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur,” katanya.

Semalam, suspek bersama seorang lelaki yang disyaki bomoh ditahan polis kerana disyaki merogol dibawa ke HJ untuk diambil sampel darah dan pemeriksaan kesihatan untuk membantu siasatan.

Bomoh yang juga pembantu kolam ternakan udang di Kerpan, di sini, kini masih direman sejak Khamis lalu selepas seorang pelajar tingkatan lima bersama bapanya membuat laporan dirogol suspek berusia 36 tahun itu ketika mendapatkan rawatan bantuan mengusir makhluk halus.

Mereka pergi ke rumah suspek kira-kira jam 8.30 malam di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam, di sini, bersama bapanya untuk mendapatkan khidmat mengusir hantu yang kemudian dipercayai dipukau sebelum dirogol.

sumber : Metro