Showing posts with label Sinopsis Filem. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis Filem. Show all posts

04 December 2011

Filem Ombak Rindu - Panas, Ganas, Kontroversi

OMBAK RINDU - FILEM VS NOVEL (YANG PANAS, YANG HANGAT)

Ombak Rindu adalah sebuah novel berbahasa Melayu karya Fauziah Ashari. Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Izzah yang yatim piatu.

Sinopsis Novel Ombak Rindu


Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Sinopsis Filem Ombak Rindu

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Isu-isu hangat mengenai Ombak Rindu

PENULIS OMBAK RINDU TIDAK BERPUAS HATI

Penulis novel Ombak Rindu iaitu Fauziah Ashari tidak berpuas hati selepas menonton filem bertajuk sama yang diadaptasi dari novel nukilannya. Penulis novel tersebut bagaimana pun mengakui agak sukar untuk membandingkan novelnya dengan filem tersebut.

“Sejujurnya saya tidak berpuas hati dengan filem ini. Memang agak sukar untuk menilai dan membandingkan dengan novel. Apabila kita membaca novel yang mengambil masa 5 jam, tentu sekali apabila ke medium filem ia hanya menjadi 2 jam. Saya melihat terlalu banyak campurtangan di antara pengarah dan penerbit.”


OMBAK RINDU KUTIP HAMPIR 1 JUTA PADA HARI PERTAMA TAYANGAN

AURA filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari sudah dapat dirasai usai tayangan pratonton filem berkenaan, dua minggu lalu. Seminggu sebelum tayangan komersial, gelora peminat tegar terhadap novel yang terjual sebanyak 150,000 naskhah itu semakin membadai.

Barangkali, selama tempoh lebih 12 tahun mengenali Izzah, masing-masing tidak sabar untuk mencari erti visual kisah tragis wanita malang yang menjadi mangsa kerakusan manusia dalam novel berkenaan.

Memasuki panggung pada 1 Disember lalu, Ombak Rindu membuktikan, drama air mata Melayu juga mampu mengganas setanding filem aksi atau seram yang paling mudah memanggil penonton ke pawagam. Hari pertama ditayangkan, Ombak Rindu berjaya mengutip RM750,000.

ADEGAN RANJANG DAN UCAPAN ALHAMDULILLAH MAYA KARIN

“Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,” kata Maya Karin.

20 November 2011

The Adventures Of Tintin: The Secret Of The Unicorn

 Ini filem Tintin ialah fasal wartawan juga. Ini wartawan banyak menulis berita juga. Berita yang ditulis sama ini wartawan memang berita-berita hangat betul-betul hangat juga. Itu berita juga, ini wartawan juga ada sama. Ini wartawan bernama Tintin bukan angkat bakul jugalah, bukan juga memikul biawak jugalah, tetapi ia memikul tugasnya sebagai wartawan adalah.

Filem: The Adventures Of Tintin: The Secret Of The Unicorn 
Genre: Animasi, Pengembaraan 

Pengarah: Steven Spielberg Pelakon: Jamie Bell, Andy Serkis, Daniel Craig, Simon Pegg, Nick Frost Tayangan: Mulai 10 November 2011 BAGI penggemar siri komik Tintin, pastinya kisah anak muda yang memburu berita hangat dan suka menjelajah ke serata dunia menyiasat pelbagai kejadian aneh, pelik dan penuh misteri masih kuat melekat dalam ingatan. Sekali gus bagi kebanyakan pencintanya, watak wartawan bernama Tintin secara tidak langsung membakar semangat untuk melakukan pengembaraan sama, malah populariti komik terbabit membolehkannya dialih ke lebih 80 bahasa, termasuk bahasa Malaysia dengan jualan 230 juta naskhah di seluruh dunia. 

Diterbitkan kali pertama pada Januari 1929, hasil nukilan Georges Remi atau nama pena ‘Herge’ dalam sebuah akhbar kanak-kanak berbahasa Perancis berjudul Le Petit Vingti鑝e, kemasyhurannya kekal hingga kini. Justeru apabila dua pengarah ternama, Steven Spielberg dan Peter Jackson berganding bahu menghasilkan animasi komik berkenaan dalam bentuk tiga dimensi (3D), sudah tentu ramai ingin berkongsi debaran itu. 

Mengambil judul The Adventures of Tintin: The Secret of the Unicorn, garapan kisah merangkumkan tiga siri daripada komik terbabit iaitu The Crab with the Golden Claws, The Secret of the Unicorn serta Red Rackham's Treasure. Kronologi dimulakan dengan cantik, di sebuah pasar terbuka yang menunjukkan pemberita muda, Tintin (Jamie Bell) membeli sebuah model kapal lama yang kebetulan turut menarik perhatian seorang lelaki, Sakharine (Daniel Craig), untuk mendapatkan barang itu daripadanya. Perjalanan hidupnya berubah apabila kediamannya digeledah seseorang seperti mencari sesuatu dan anjing kesayangan, Snowy, menemui gulungan kertas berbentuk peta yang mendorong Tintin merungkai misteri di sebalik model kapal itu. Sifat ingin tahu yang sekian lama sebati dalam diri menyebabkan Tintin memecah masuk sebuah rumah agam yang ditinggalkan hingga membawa kepada penculikannya ke dalam sebuah kapal pelayaran besar yang dikendalikan Sakharin. Masih tidak mengetahui motif penculikan, Tintin cuba melepaskan diri hingga bertemu kapten kapal sebenar, Kapten Haddock (Andy Serkis) yang berkongsi cerita mengenai sejarah datuknya yang pernah diserang lanun ketika membawa harta yang banyak. Cuma disebabkan terlampau mabuk, ceritanya sukar difahami, malah kadangkala dia sendiri tidak mengingati peristiwa penting yang dikongsi datuknya kerana penyiasat muda itu yakin ia masih berkaitan Sakharine. Perjalanan yang penuh mendebarkan itu sudah tentu tampak hidup malah kehadiran dua pegawai polis kembar yang lucu, Thompson dan Thomson (Simon Pegg dan Nick Frost) mewarnai sesetengah babak. Cuma babak terawal ketika Tintin mahu merungkai misteri penemuan gulungan kertas kecil dengan lelaki misteri yang ditemuinya agak meleret, namun selepas setengah jam pertama momentum persembahan terus meningkat. Umpama menonton filem Indiana Jones yang dipenuhi aksi mendebarkan terutama ketika penyiasat muda itu mahu melarikan diri daripada kapal besar begitu mencemaskan ditambah suntikan elemen ‘humor’ dek telatah Kapten Haddock yang kaki botol. Filem ini memaparkan teknologi yang sempurna bersama mainan visual yang menarik, begitu juga karakternya yang menarik tetapi watak Tintin tidak sehebat seperti digambarkan di dalam siri komiknya. Biar apa pun, peminat setia siri komik ini pasti mahu menyaksikan kehebatan hero kecil mereka merungkai misteri seterusnya memerangkap penjahat dengan cara tersendiri.

11 October 2011

Sinopsis Filem Al-Hijab lakonan Pierre Andre, Video Trailer Al-Hijab

Sinopsis Filem Al-Hijab

Al-Hijab mengisahkan Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya.

Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

Pelakon filem Al-Hijab: Pierre Andre,Fathia,Maimon Mutalib,Nor Albaniah,Aziz M.Osman,Khir Mohd Noor