Ini filem Tintin ialah fasal wartawan juga. Ini wartawan banyak menulis berita juga. Berita yang ditulis sama ini wartawan memang berita-berita hangat betul-betul hangat juga. Itu berita juga, ini wartawan juga ada sama. Ini wartawan bernama Tintin bukan angkat bakul jugalah, bukan juga memikul biawak jugalah, tetapi ia memikul tugasnya sebagai wartawan adalah.
Filem: The Adventures Of Tintin: The Secret Of The Unicorn
Genre: Animasi, Pengembaraan
Pengarah: Steven Spielberg Pelakon: Jamie Bell, Andy Serkis, Daniel Craig, Simon Pegg, Nick Frost Tayangan: Mulai 10 November 2011 BAGI penggemar siri komik Tintin, pastinya kisah anak muda yang memburu berita hangat dan suka menjelajah ke serata dunia menyiasat pelbagai kejadian aneh, pelik dan penuh misteri masih kuat melekat dalam ingatan.
Sekali gus bagi kebanyakan pencintanya, watak wartawan bernama Tintin secara tidak langsung membakar semangat untuk melakukan pengembaraan sama, malah populariti komik terbabit membolehkannya dialih ke lebih 80 bahasa, termasuk bahasa Malaysia dengan jualan 230 juta naskhah di seluruh dunia.
Diterbitkan kali pertama pada Januari 1929, hasil nukilan Georges Remi atau nama pena ‘Herge’ dalam sebuah akhbar kanak-kanak berbahasa Perancis berjudul Le Petit Vingti鑝e, kemasyhurannya kekal hingga kini.
Justeru apabila dua pengarah ternama, Steven Spielberg dan Peter Jackson berganding bahu menghasilkan animasi komik berkenaan dalam bentuk tiga dimensi (3D), sudah tentu ramai ingin berkongsi debaran itu.
Mengambil judul The Adventures of Tintin: The Secret of the Unicorn, garapan kisah merangkumkan tiga siri daripada komik terbabit iaitu The Crab with the Golden Claws, The Secret of the Unicorn serta Red Rackham's Treasure.
Kronologi dimulakan dengan cantik, di sebuah pasar terbuka yang menunjukkan pemberita muda, Tintin (Jamie Bell) membeli sebuah model kapal lama yang kebetulan turut menarik perhatian seorang lelaki, Sakharine (Daniel Craig), untuk mendapatkan barang itu daripadanya.
Perjalanan hidupnya berubah apabila kediamannya digeledah seseorang seperti mencari sesuatu dan anjing kesayangan, Snowy, menemui gulungan kertas berbentuk peta yang mendorong Tintin merungkai misteri di sebalik model kapal itu.
Sifat ingin tahu yang sekian lama sebati dalam diri menyebabkan Tintin memecah masuk sebuah rumah agam yang ditinggalkan hingga membawa kepada penculikannya ke dalam sebuah kapal pelayaran besar yang dikendalikan Sakharin.
Masih tidak mengetahui motif penculikan, Tintin cuba melepaskan diri hingga bertemu kapten kapal sebenar, Kapten Haddock (Andy Serkis) yang berkongsi cerita mengenai sejarah datuknya yang pernah diserang lanun ketika membawa harta yang banyak.
Cuma disebabkan terlampau mabuk, ceritanya sukar difahami, malah kadangkala dia sendiri tidak mengingati peristiwa penting yang dikongsi datuknya kerana penyiasat muda itu yakin ia masih berkaitan Sakharine.
Perjalanan yang penuh mendebarkan itu sudah tentu tampak hidup malah kehadiran dua pegawai polis kembar yang lucu, Thompson dan Thomson (Simon Pegg dan Nick Frost) mewarnai sesetengah babak.
Cuma babak terawal ketika Tintin mahu merungkai misteri penemuan gulungan kertas kecil dengan lelaki misteri yang ditemuinya agak meleret, namun selepas setengah jam pertama momentum persembahan terus meningkat.
Umpama menonton filem Indiana Jones yang dipenuhi aksi mendebarkan terutama ketika penyiasat muda itu mahu melarikan diri daripada kapal besar begitu mencemaskan ditambah suntikan elemen ‘humor’ dek telatah Kapten Haddock yang kaki botol.
Filem ini memaparkan teknologi yang sempurna bersama mainan visual yang menarik, begitu juga karakternya yang menarik tetapi watak Tintin tidak sehebat seperti digambarkan di dalam siri komiknya.
Biar apa pun, peminat setia siri komik ini pasti mahu menyaksikan kehebatan hero kecil mereka merungkai misteri seterusnya memerangkap penjahat dengan cara tersendiri.
No comments:
Post a Comment