Showing posts with label Sindiket. Show all posts
Showing posts with label Sindiket. Show all posts

06 November 2012

Penipuan Bisnes Cicak Tokek - Suntikan Silikon Bagi Besar Itu Cicak

Cicak Tokek disuntik dengan silikon bagi meraih keuntungan

Bila bercakap tentang suntikan silikon selalunya kita akan teringatkan kisah-kisah selebriti dan artis-artis Barat tak kira yang terkenal atau kurang terkenal yang menggunakan implan silikon untuk membesarkan payu dara. Kini, Cicak Tokek juga disuntik dengan silikon supaya kelihatan besar sebelum dijual kepada peraih.

Antara yang artis barat yang dikaitkan dengan pembesaran payu dara dengan cara implan silikon adalah Dolly Parton seorang penyanyi terkenal dengan lagu-lagu Country dan pelakon simbol seks drama bersiri Baywatch iaitu Pamela Anderson. Para peserta implan silikon ini akhirnya menderita akibat kesan implan silikon.

Kes penipuan Cicak Tokek disuntik silikon

Cicak Tokek kini menjadi buruan para pesakit-pesakit HIV disebabkan cicak-cicak ini dikatakan berkemampuan menyembuh penyakit HIV/Aids dan ada yang boleh mencapai harga RM25,000 bergantung kepada saiz. Cicak Tokek ini pula mampu membesar sehingga 20cm dan 40cm panjang.  Sebuah akhbar News Straits  Times melaporkan ada beberapa kes penipuan Cicak Tokek dipercayai Cicak Tokek ini telah disuntik dengan silikon supaya kelihatan besar. Ada sindiket menjual Tokek yang telah menyuntik Cicak Tokek dengan silikon bertujuan supaya dapat dijual pada harga tinggi di pasaran. Cicak Tokek yang telah diberi suntikan silikon ini akan kelihatan besar ketika dijual kepada peraih.

Setakat ini, belum ada bukti secara saintifik yang menjelaskan bahawa Cicak Tokek boleh menyembuhkan penyakit HIV/Aids. Jabatan Hidupan Liar turut mengesahkan bahawa memang ada sindiket tertentu yang memgambil kesempatan kerana kegilaan Pemburu Cicak Tokek  untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda secara tidak jujur dengan cara menjual Cicak Tokek yang telah disuntik dengan silikon.

28 July 2012

Senarai Tan Sri, Datuk Beli Ijazah Palsu Terdedah

Senarai Nama Tan Sri, Datuk & Ahli Politik Beli Ijazah Palsu Terdedah dan Akan Disoal Siasat

Shah Alam: Orang kenamaan termasuk Tan Sri, Datuk dan ahli politik adalah antara yang membeli ijazah palsu daripada sebuah syarikat yang didedahkan oleh akhbar ini baru-baru ini.

Siasatan polis mendapati kebanyakan yang memiliki ijazah menggunakan nama universiti palsu luar negara itu memegang jawatan penting dalam organisasi tertentu. - Berita Harian


Ahli Politik, Tan Sri, Datuk antara yang tersenarai beli ijazah palsu

SHAH ALAM - Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati 525 orang 'graduan' tempatan serta asing dikesan terlibat membeli sijil palsu sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, identiti semua 'graduan segera' yang terlibat, termasuk ahli politik dan individu bergelar Tan Sri, sedang dikenal pasti.

"Berdasarkan risikan serta gambar-gambar yang dirampas, kita kenal pasti ada individu-individu berstatus yang terlibat.

"Apabila maklumat sudah mencukupi, kita akan panggil mereka bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK), Selangor, hari ini.

Menurutnya, sepasang suami isteri yang merupakan dalang sindiket menjual sijil palsu terbabit ditahan pihaknya semalam.

Katanya, suspek lelaki yang juga pengarah syarikat berusia 37 tahun, ditahan di Cheras, manakala isterinya, seorang pensyarah berusia 36 tahun, ditahan di pejabat mereka di USJ 10, Subang Jaya.

"Kedua-dua mereka direman empat hari sehingga esok mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Tun Hisan berkata, dalam serbuan di pejabat suspek, pihaknya merampas senarai-senarai penerima sijil, dokumen-dokumen permohonan, sijil ijazah palsu, gambar konvokesyen, kad pelajar serta pelbagai risalah.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek menjalankan operasi terbabit sejak 2003 dan mendapat pelanggan melalui ejen tertentu yang dihantar untuk mencari pembeli termasuk secara online.

Katanya, suspek menawarkan sijil palsu dengan harga RM6,500 bagi ijazah, RM8,500 (sarjana) dan RM10,500 (doktor falsafah) dalam pelbagai jurusan yang kononnya diiktiraf oleh lima universiti luar negara, antaranya University of Rockhampton, Harvey International University, Cannington Brook University dan Charles Molnar University.

"Bagaimanapun tidak semua universiti terbabit wujud dan setakat ini suspek dikenal pasti mengaut keuntungan melebihi RM5 juta hasil kegiatan berkenaan. Pembeli sijil juga maklum sijil diterima adalah palsu.

"Pelanggan juga hanya perlu membayar wang mengikut sijil yang dikehendaki dan mereka tidak perlu belajar, mengambil ujian atau menghantar kertas kerja," katanya.

Tun Hisan berkata, setelah jumlah pelanggan yang didaftarkan mencukupi, satu majlis konvokesyen akan diadakan di mana-mana hotel terkemuka di Lembah Klang, kononnya untuk mengiktiraf penerima ijazah atau 'graduan' terbabit.

Menurutnya, majlis itu dijalankan sama seperti majlis konvokesyen yang diiktiraf dan penerima ijazah palsu turut memakai pakaian konvokesyen selain ahli keluarga dijemput hadir. Katanya, bayaran lain turut dikenakan bagi sesi konvokesyen itu. - SINAR HARIAN


Datuk, Tan Sri masuk senarai pembeli Ijazah Palsu


SHAH ALAM, 26 Julai – Polis Selangor berjaya membongkar sindiket ijazah palsu dengan tertangkapnya dua saspek lelaki dan wanita warga tempatan yang disyaki menjadi ajen untuk memperolehi ijazah tersebut. Sindiket tersebut yang beroperasi di sebuah pejabat di UEP Subang Jaya menjadikan premis tersebut sebagai tempat pengurusan dokumen dan sijil pemohon.

Ketua Polis Selangor dalam sidang medianya pagi tadi memberitahu sindiket tersebut menawarkan harga antara RM6,500.00 hingga RM8,500.00 bagi Sarjana dan RM10,500.00 bagi PhD.

Pemohon ditawarkan ijazah dalam apa jua bidang yang dipohon dan dalam tempoh tiga hingga lima bulan pemohon akan dipanggil untuk menerima segulung ijazah dalam majlis konvokesyen di hotel-hotel terkemuka. Sehingga tertangkapnya saspek ini, rekod mendapati seramai 525 orang pemohon telah menerima ijazah tersebut.

Siasatan masih lagi diteruskan bagi mengenalpasti individu atau kumpulan yang terlibat dalam sindiket tersebut. Pelbagai jenis sijil, borang permohonan serta gambar-gambar penerima ijazah telah berjaya dirampas. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Laman Facebook Polis Selangor.

29 January 2012

Sindiket Tipu Dompet Hilang - AWAS!

Perkara ini berlaku di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju pada hari Jumaat, 20 Januari 2012, pada jam 2:15 petang saya telah terserempak dengan seorang berbangsa India yang kononnya mengaku dompetnya hilang. Dengan muka sedih dan hampir menangis, dia merayu dengan saya untuk memberi wang supaya dia boleh membuat laporan di pejabat pendaftaran di mana bayaran sebanyak RM310 untuk denda kehilangan MyKad. Modus operandi and jalan ceritanya adalah seperti berikut:
  • Dia datang dari Johor Bahru untuk temuduga pekerjaan di Wangsa Maju.
  • Dompetnya hilang setelah tiba di LRT Wangsa Maju.
  • Dia siap menunjukkan salinan laporan polis yang di buat di Balai Polis Wangsa Maju untuk meyakinkan mangsa.
  • Dia meminta agar saya memberi wang sebanyak RM400 untuk bayaran denda (RM310) dan duit poket untuk makan dan tambang LRT atau bas ke JPN Maju Junction.
  • Dia berani menyuruh saya mengambil gambarnya untuk meyakinkan mangsa yang dia memang betul-betul dan tidak menipu.
  • Dia juga menyuruh saya mengambil gambar laporan polis yang dibuatnya.
  • Dia mengatakan setelah dia dapat kad pengenalan sementara, dia akan terus ke bank untuk membuat kad banknya yang baru dan terus memasukkan wang yang dipinjam ke dalam akaun bank saya dalam jam 5:00 petang.
Saya dengan amat terharu mendengar cerita ingin menolong dan meminjamkan wang sebanyak RM350, dengan niat yang ikhlas.

Tetapi setelah menunggu sekian lama sampai ke malam duit tidak juga dimasukkan ke dalam akaun bank saya. Panggilan ke telefon bimbitnya juga tidak ada talian (dimatikan). Saya berasa amat ragu-ragu dengan perkara ini dan memang saya rasa ditipu.

Berikut adalah ‘detail’ sang penipu jahanam:

    Nama: Sivanesan A/L K
    No IC: 830120-08-XXXX
    Alamat: No. xx, Jalan Taman Kulai Besar 3, Johor Bahru, Johor.
    No Telefon: 018-XXX3885

By: Kassim 

Saya sudah banyak kali terdengar cerita seperti ini. Saranan saya pada pembaca supaya JANGAN SESEKALI mudah terpedaya dengan tipu helah sebegini. Jangan mudah menaruh belas kasihan kerana modus operandi seperti ini adalah TIPU HELAH semata-mata. Jika bertemu dengan kes-kes seperti ini, sila arahkan supaya mereka berjumpa dgn pihak masjid, kuil atau jabatan agama Islam berdekatan di mana pertolongan cemas untuk keperluan ini boleh dilakukan.