29 January 2012

Sindiket Tipu Dompet Hilang - AWAS!

Perkara ini berlaku di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju pada hari Jumaat, 20 Januari 2012, pada jam 2:15 petang saya telah terserempak dengan seorang berbangsa India yang kononnya mengaku dompetnya hilang. Dengan muka sedih dan hampir menangis, dia merayu dengan saya untuk memberi wang supaya dia boleh membuat laporan di pejabat pendaftaran di mana bayaran sebanyak RM310 untuk denda kehilangan MyKad. Modus operandi and jalan ceritanya adalah seperti berikut:
  • Dia datang dari Johor Bahru untuk temuduga pekerjaan di Wangsa Maju.
  • Dompetnya hilang setelah tiba di LRT Wangsa Maju.
  • Dia siap menunjukkan salinan laporan polis yang di buat di Balai Polis Wangsa Maju untuk meyakinkan mangsa.
  • Dia meminta agar saya memberi wang sebanyak RM400 untuk bayaran denda (RM310) dan duit poket untuk makan dan tambang LRT atau bas ke JPN Maju Junction.
  • Dia berani menyuruh saya mengambil gambarnya untuk meyakinkan mangsa yang dia memang betul-betul dan tidak menipu.
  • Dia juga menyuruh saya mengambil gambar laporan polis yang dibuatnya.
  • Dia mengatakan setelah dia dapat kad pengenalan sementara, dia akan terus ke bank untuk membuat kad banknya yang baru dan terus memasukkan wang yang dipinjam ke dalam akaun bank saya dalam jam 5:00 petang.
Saya dengan amat terharu mendengar cerita ingin menolong dan meminjamkan wang sebanyak RM350, dengan niat yang ikhlas.

Tetapi setelah menunggu sekian lama sampai ke malam duit tidak juga dimasukkan ke dalam akaun bank saya. Panggilan ke telefon bimbitnya juga tidak ada talian (dimatikan). Saya berasa amat ragu-ragu dengan perkara ini dan memang saya rasa ditipu.

Berikut adalah ‘detail’ sang penipu jahanam:

    Nama: Sivanesan A/L K
    No IC: 830120-08-XXXX
    Alamat: No. xx, Jalan Taman Kulai Besar 3, Johor Bahru, Johor.
    No Telefon: 018-XXX3885

By: Kassim 

Saya sudah banyak kali terdengar cerita seperti ini. Saranan saya pada pembaca supaya JANGAN SESEKALI mudah terpedaya dengan tipu helah sebegini. Jangan mudah menaruh belas kasihan kerana modus operandi seperti ini adalah TIPU HELAH semata-mata. Jika bertemu dengan kes-kes seperti ini, sila arahkan supaya mereka berjumpa dgn pihak masjid, kuil atau jabatan agama Islam berdekatan di mana pertolongan cemas untuk keperluan ini boleh dilakukan.

No comments: