Showing posts with label BR1M Online. Show all posts
Showing posts with label BR1M Online. Show all posts

09 November 2012

APPLY BR1M ONLINE NOW! REGISTER HERE!

APPLY BR1M ONLINE NOW! REGISTER HERE!

Apply BR1M online now with Lembaga Hasil Dalam Negeri, register here without going to the LHDN offices.

By visiting the following LHDN Official Link and you will see the following box appear in the middle of webpage, apply BR1M online by giving all accurate and correct information as required.

LHDN Official Webpage for BR1M:  ebr1m.hasil.gov.my

The following are the brief summary for the requirements you need to fulfill before applying the BR1M aid:

•   Isi rumah yang layak (RM500):
(i)       Warganegara Malaysia;
(ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

•   Individu yang layak (RM250):
(i)       Warganegara Malaysia;
(ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

•   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
•   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

PENDAFTARAN BR1M 2.0 SECARA ONLINE DAPAT SAMBUTAN

PENDAFTARAN BR1M 2.0 SECARA ONLINE DAPAT SAMBUTAN | Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pendaftaran secara dalam talian untuk BR1M 2.0 mendapat sambutan di luar jangkaan.

    “Hanya dalam tempoh dua hari dari 1 November hingga 2 November, kami menerima 148,000 permohonan secara dalam talian.

    “Sambutan ini menunjukkan bahawa sistem dalam talian (online) memudahkan orang ramai,” katanya selepas majlis pecah tanah di tapak kompleks bangunan baru Asrama Anak-Anak Yatim dan Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda di Chemor pada Sabtu.


Ahmad Husni berkata, permohonan itu menumpukan individu bujang yang berhak untuk mendapat bantuan sebanyak RM250, dan keluarga yang tidak menerima bantuan BR1M RM300 pada awal tahun ini.

    “Bagi mereka yang menerima bantuan pada tahun ini, mereka tidak perlu memohon lagi kerana nama mereka sudah berada dalam sistem.

    “Mereka hanya perlu memaklumkan kepada kita sekiranya terdapat perubahan pada alamat atau ketua keluarga sudah meninggal dunia,” kata beliau, sambil menambah bahawa para pemohon juga boleh menggunakan borang permohonan daripada agensi kerajaan selain pendekatan secara dalam talian.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) Online Application Form (Borang Permohonan)

Kepada pemohon BR1M 2.0 , anda boleh membuat permohonan atau kemaskini data peribadi anda secara atas talian (online) dengan melayari laman web berikut

PERMOHONAN / KEMASKINI BORANG BR1M 2.0

Untuk anda yang ingin mengisi secara manual, boleh download Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysa (BR1M) 2.0 pada pautan di bawah:

Download Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysa (BR1M) 2.0


eBR1M : Mohon BR1M 2.0 Secara Online Sekarang Untuk Dapatkan RM500 & RM250 Daripada Kerajaan!!

Borang BR1M di eBR1M : Bermula daripada semalam 1 November 2012, dijangka permohonan BR1M yang telah mula dibuka ini bakal memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang, yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion. Nampaknya, ratusan ribuan borang BR1M 2.0 sudah mula disiarkan diakhbar-akhbar arus perdana dan juga boleh didapati di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri. Yang bagusnya:

Yang bagusnya kali ini permohonan BR1M 2.0 boleh dilakukan secara online & diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

Borang BR1M 2.0 Boleh Diperolehi Di :
  • kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • selain memohon BR1M secara online di eBR1M
Permohonan BR1M 2.0 Kedua Secara Online di eBR1M

KLIK LINK ini : ebr1m.hasil.gov.my

Pemohon BR1M 1.0 tidak perlu memohon sekali lagi melalui borang BR1M 2.0 KECUALI jika :
  • Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang bertukar alamat atau
  • Kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula untuk membolehkan mereka menerima bantuan BR1M pusingan kedua yang akan diagihkan awal tahun 2013

BR1M Online - Bantuan Rakyat 1Malaysia

BR1M Online - Bantuan Rakyat 1Malaysia

Borang boleh diisi secara online atau muat turun di http://www.hasil.gov.my
Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada email :  br1m2@treasury.gov.my atau menghubungi talian hotline: 1-800-222-500 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 1 November 2012.
SIARAN MEDIA - MEDIA RELEASE - KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2.0
)

1. Pada pembentangan Bajet 2013 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan tunai (BR1M 2.0) kepada isi rumah dan individu bujang. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup serta selaras dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah.

2. Kriteria penerima BR1M tetap sama iaitu bantuan RM500 kepada ketua isi rumah yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000 dan kebawah. Sebagai tambahan, pemberian BR1M ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlah pendapatan kasar RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah sebanyak RM250.

3. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu :
  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah;
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah (dalam rumah yang sama);
  • Warga emas sebatang kara yang berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya, dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
4. Bagi individu bujang, kriteria yang layak adalah bujang termasuk Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 atau sebelumnya) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

5. Bagi penerima BR1M sedia ada, mereka tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua manakala pemohon baru boleh mendaftar secara atas talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2.0. Bagi penerima yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua isi rumah perlu mendaftar semula.

6. Pendaftaran pemohonan BR1M 2.0 akan bermula pada 1 November 2012. Tarikh tutup permohonan akan diumumkan kelak. Borang-borang permohonan BR1M 2.0 boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan serta agensi-agensi Kerajaan atau dimuat turun melalui laman sesawang LHDNM : www.hasil.gov.my.

7. Pembayaran BR1M 2.0 akan dibuat kepada penerima yang layak mulai awal tahun 2013.

8. Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak RM3.0 bilion.

9. Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada email : br1m2@treasury.gov.my atau menghubungi talian hotline 1-800-222-500 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 1 November 2012.

Kementerian Kewangan Malaysia
30 Oktober 2012