Showing posts with label OKU. Show all posts
Showing posts with label OKU. Show all posts

15 August 2012

Layanan Seks Onani Untuk OKU Di Jepun - Gerakan Amal

Layanan Seks Onani Untuk OKU

Jolokan gelaran perhidmatan "Whitehands" baru-baru ini menjadi topik yang panas di Jepun. Perkhidmatan ini ditujukan untuk pelepasan seksual bagi penderita paralisis dan gangguan otot yang tidak dapat bermasturbasi secara normal.

Khidmat Guna Tangan Orang Kurang Kelainan Upaya Gadis Wanita Jepun

Ditujukan sebagai gerakan amal pada tahun 2008, perkhidmatan ini mulai merebak menjadi begitu terkenal dan memberikan layanannya di 18 kawasan di Jepun.

Salah seorang yang menggunakan perkhidmatan ialah lelaki yang berusia 40 tahun dan telah menggunakan jasa ini selama 3 tahun.Dia merasa menderita sebelum mendapatkan jasa ini dan sangat berterima kasih kerana ada jasa seperti ini untuk pelepasan seksualnya. "orang cacat memiliki dorongan yang sama dengan laki-laki lain. Saya fikir anda masih harus mencuba untuk mencari kekasih tetapi ketika itu tidak mungkin layanan perawatan seperti ini benar-benar membantu. Saya berharap masyarakat menjadi lebih memahami keperluan seksual orang cacat"

Untuk ini pesakit harus membayar ¥ 3500 selama 15 minit, ¥ 5500 untuk 30 minit dan lebih dari ¥ 10.000 selama satu jam, tarif yang sebanding dengan pelayanan kesihatan persalinan normal.(¥ 3500 bersamaan RM139.20)

02 November 2011

Pasangan OKU dicekup khalwat

Lari dari rumah ibu saudara selepas hasrat bernikah tidak direstui keluarga 
ALOR SETAR: Sepasang pasangan kekasih yang juga orang kelainan upaya (OKU) dicekup berkhalwat oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) ketika sedang berdua-duaan di sebuah bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, di sini, pagi semalam. Pasangan itu dikatakan melarikan diri dari rumah ibu saudara masing-masing di Kuala Lumpur, sebelum datang ke negeri ini dengan menumpang di sebuah bilik sewa sebelum merancang untuk bernikah di Thailand. Difahamkan, pasangan berkenaan dikatakan bertindak untuk bernikah di Thailand selepas hubungan cinta mereka dilarang oleh ibu lelaki berkenaan kerana bimbang anaknya gagal menguruskan rumahtangga disebabkan tidak mampu bekerja kerana mempunyai masalah lembam, manakala wanita itu mengalami kecacatan fizikal serta berkerusi roda. Malah, pasangan berkenaan yang berasal dari Johor itu dikatakan berkenalan di sebuah Pusat Latihan dan Kemahiran OKU di Sentul, Kuala Lumpur itu sebelum menjalinkan hubungan cinta. Lelaki berusia 26 tahun dan pasangannya berusia 18 tahun itu dikatakan menumpang di sebuah bilik sewa ibu saudara wanita terbabit sejak 17 Oktober lalu, sebelum dicekup berkhalwat pagi semalam. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota diketuai Md Nasir Md Dali memeriksa sebuah dari empat bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, pada jam 9.15 pagi. Katanya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang memakai seluar pendek paras lutut dan berkemeja T kemudian membuka pintu lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan. “Pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang wanita sedang berbaring di atas toto dengan memakai kemeja T dan berseluar pendek paras paha. "Hasil siasatan mendapati wanita itu cacat fizikal apabila tidak dapat berjalan kerana masalah kaki dan tangannya mengerekot, manakala pasangannya pula kelihatan normal tetapi mengalami masalah lembam. “Wanita itu terpaksa dibawa turun bersama kerusi roda miliknya untuk memudahkan dia bergerak,” katanya di sini, semalam. Muhammad Suhaimi berkata, pasangan itu mengaku lari dari rumah dan datang ke negeri ini sebelum mengambil keputusan untuk bernikah di Thailand. Katanya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. “Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.