Showing posts with label Kebesaran Allah. Show all posts
Showing posts with label Kebesaran Allah. Show all posts

18 November 2012

Kambing Tertera Perkataan ‘Allah’ Dijual Dengan RM640,000

Kambing Tertera Perkataan ‘Allah’ Dijual Dengan RM640,000
JAIPUR: Seekor kambing ditawar untuk dijual pada harga RM640,000.

Islam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha. Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya.

Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang. “Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak kami dan ia yang terbaik di kawasan ini.

“Kami dengan senang boleh menjual haiwan ‘suci’ ini dengan 11 juta rupi (RM640,000). Harga itu agak berpatutan,” kata Islam.

Dia yang menguruskan perdagangan batu marmar milik keluarganya membeli kambing itu di kawasan ternakan berdekatan.
 
“Saya menyedari mengenai perkataan Allah dan imej bintang dan bulan itu sebaik membelinya. “Sejak membawanya pulang ke rumah, kami menjaganya dan memberinya makan kekacang, daun pokok segar dan buah-buahan kering. “Dagingnya sudah pasti enak,” kata lelaki itu.

Islam ditawarkan dengan harga yang tinggi untuk kambing berkenaan sejak mengiklankannya di Internet minggu lalu. Bagaimanapun, belum ada sesiapa mahu membelinya.
 
Menurutnya: “Tawaran paling tinggi yang saya terima ialah 2.5 juta rupi (RM150,000) tetapi saya menolak.
“Kambing ini tidak ternilai. Saya hanya ingin menjualnya dengan harga yang saya tawarkan. Dan jika berjaya menjualnya, saya akan mendermakan 50 peratus wang berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim tempatan.” kata Islam. – TS

26 September 2008

Anjing Lahirkan Bayi Manusia - Bayi Manusia Kacukan Anjing


Gambar-Gambar Bayi Manusia yang dilahirkan oleh anjing akan terpapar pada saat ke 16 dalam video ini. Bayi tersebut kelihatan seperti manusia tetapi tangannya dan kakinya pendek sahaja. Memiliki ekor dan wajah yang kelihatan seperti manusia dan anjing.

Namun komen seorang pengunjung membongkarkan sesuatu:

"It's called a water puppy.... doesn't make it through the deliver.. it dies in utero. It just keeps getting bigger and collects water giving it that grey look. It's not a miracle it happened to my dog. But she didn't make it through the delivery."